Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

22200 BESUT TERENGGANU

KERTAS KERJA PROGRAM


NGUKAH DAN KECERIAAN BUKIT KELUANG
2020

Tarikh:
20 FEBRUARI 2020

Anjuran:
8 PISMP AMBILAN JUN 2016 MELALUI KURSUS
ELEKTIF GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA JABATAN
PENDIDIKAN JASMANI IPGKSM
1.0 PENGENALAN

Program Ngukah Bukit Keluang 2020, adalah aktiviti yang dianjurkan oleh guru
pelatih kursus elektif Gaya Hidup Sihat 8 PISMP Ambilan Jun 2016 dengan kerjasama
Unit Jabatan Pendidikan Jasmani IPG Kampus Sultan Mizan. Program ini menggunakan
trek dua laluan pendakian ke puncak yang julung kalinya diadakan di IPG Kampus
Sultan Mizan. Program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada guru pelatih
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mendaki iaitu mendaki Bukit Keluang. Selain
itu, program ini juga mampu memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang aktiviti
luar yang menjadi keperluan sebagai seorang guru di sekolah serta memberikan
pendedahan kepada guru pelatih akan kepentingan bersukan iaitu mendaki bukit di
samping mengeratkan silaturrahim sesama warga IPGKSM yang terlibat dengan
program tersebut. Di samping memastikan keceriaan dan kebersihan Bukit Keluang
terus terpelihara.

2.0 RASIONAL

Profesion Perguruan merupakan satu kerjaya yang mulia dan penuh dengan
cabaran. Perubahan zaman yang bergerak pantas telah banyak mengubah cara hidup
masyarakat hari ini. Rata-rata masyarakat hanya mementingkan kecemerlangan anak-
anak mereka hanya dalam bidang akademik dan kurikulum dan mengabaikan aspek
kokurikulum. Justeru tanggungjawab dan peranan seorang guru yang bakal memimpin
dan mendidik anak-anak generasi bangsa juga akan bertambah dan meliputi pelbagai
aspek meliputi perkembangan jasmani dan kecerdasan minda. Atas kesedaran inilah,
Jawatankuasa 8 PISMP Ambilan Jun 2016 berhasrat untuk melaksanakan Program
Ngukah dan Keceriaan Bukit Keluang 2020 peringkat IPG Kampus Sultan Mizan. Melalui
hasrat murni ini, semua guru pelatih akan dapat menjalani satu aktiviti yang dapat
melahirkan bakal guru yang cergas dan cerdas.

Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih akan
kepentingan dalam menyertai pelbagai jenis aktiviti sukan dalam kehidupan terutamanya
dalam kehidupan sebagai seorang guru. Selain itu juga, menunjukkan akan kepentingan
badan yang cergas dalam menjamin otak yang cerdas seiring dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang menerapkan nilai Jasmani sebagai salah satu aspek yang
wajib diterapkan dalam kalangan murid sekolah.
3.0 MATLAMAT

Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan guru pelatih supaya


menjadikan sukan sebagai wadah yang penting dalam kehidupan sebagai seorang
pendidik. Program ini juga memberikan peluang kepada semua pelajar untuk mengambil
pengalaman dalam aktiviti lasak iaitu pendakian bukit sebagai pendedahan kepada
mereka. Selain itu, untuk menjadikan guru insan yang berkebolehan dalam semua
bidang bersesuaian dengan identiti guru sebagai seorang yang profesional dan antara
lain juga ialah untuk membentuk guru yang boleh memberi kebaikan kepada keluarga,
masyarakat, agama bangsa dan negara. Program ini juga bertujuan untuk memupuk
kesedaran tentang menghargai alam sekitar yang dikurniakan oleh Ilahi terutamanya
dengan menikmati suasana ketika menggunakan trek laluan ke puncak Bukit Keluang

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memupuk minat bersukan dalam diri guru pelatih.


4.2 Memberi kesedaran akan kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan iaitu
dengan mengamalkan budaya gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.
4.3 Memberi peluang kepada guru pelatih mempertingkatkan kemahiran dalam
pengelolaan program yang diadakan sebelum guru pelatih bertugas di sekolah
kelak.
4.4 Memupuk kesedaran untuk menghargai alam sekitar terutamanya ketika melalui
trek pendakian.
4.5 Memastikan keceriaan dan kebersihan Kawasan Bukit Keluang terus terpelihara
dari semasa ke semasa seiring dengan kunjungan para pengunjung yang gemar
atau yang baharu pertama kali mendaki Bukit Keluang bagi memastikan para
pengunjung menyifatkan Bukit Keluang ini sentiasa kelihatan bersih serta terjaga
setiap kali mereka mendaki Bukit Keluang. Tegasnya, persekitaran Bukit Keluang
sentiasa terpelihara dengan kebersihan dan keceriaan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Para siswa siswi pendidik kursus elektif Gaya Hidup Sihat PISMP Semester 8
ambilan Jun 2016 IPG Kampus Sultan Mizan.
6.0 TARIKH
20 Februari 2020

8.0 TEMPAT
Pentas terbuka Pantai Bukit Keluang (permulaan dan penamat). Trek laluan
adalah seperti dalam lampiran.

9.0 ATURCARA PROGRAM

9.00 pagi - Para peserta berkumpul di Gimnasium


- Peserta melakukan aktiviti memanaskan badan
- Ahli bertugas menyampaikan taklimat program

9.15 pagi Para peserta bergerak berjalan kaki ke Bukit Keluang

10.00 pagi - Dijangka tiba di Bukit Keluang


- Ahli bertugas semak senarai nama peserta
-Taklimat oleh jawatankuasa trek dan laluan
- Mula mendaki bukit

11.30 tengah - Dijangka tiba di puncak Bukit Keluang


hari - Aktiviti gotong-royong mengutip sampah

12.30 tengah Turun bukit


hari

12.45 tengah - Ahli bertugas semak senarai nama peserta


hari - Para peserta dibenarkan untuk mengambil makan
- Bersurai

10.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM NGUKAH DAN KECERIAAN BUKIT


KELUANG 2020
Penaung : Dr. Haji Muhamad Sidek Bin Said
(Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan)
Penasihat 1) : Dr. Ahamad Bin Rahim
(Timb. Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan)
2) : En Khairuddin Bin Mat Hassan
(Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani)
Penyelaras : En Muhamad Irham bin Muhamad Zainuddin
(Pensyarah JPJK)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Muhammad Najmi Bin Masjuri (017-5512696)


Naib Pengerusi : Muhammad Hafizi Bin Azizan (011-39119945)
Setiausaha : Nik Alya Fatini Binti Shari (014-2105227)
Bendahari : Nor Shafikah Binti Rozali (011-19297579)

Kertas kerja : Nik Alya Fatini Binti Shari (014-2105227)

1. Pendaftaran

Muhammad Najmi 013-5649367

Muhammad Hafizi 014-5753533

2. Peralatan dan Tempat

Abu Zar Al-Ghifari 013-6658187

Muhammad Akmal 013-9634708

Asyraf Refaat 019-8692347

3. Kesegaran

Nik Alya 0133306431


Nor Shafikah 017-9214971

4. Dokumentasi

Imran Aiman 011-19181301

Syafiq Maluddin 010-9039193

Amierul Syarief 013-8134233

5. Keselamatan dan Kecemasan

Amirul Amar 013-8254317

Hafiz Zuzly 017-5706062

Muaz Shukri 019-4565734

6. Trek dan Laluan

Wan Syazwan 014-2846545

Syaifulruddin 019-9410460

Mohd Hakim 019-8086549

7. Tugas-tugas Khas

Zikri Ali (Emcee) 014-5036903

Muhammad Zahrullail (Emcee) 014-5618290

Fawwaz Hassan (Bacaan Doa) 014-5443100


11.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Pendaftaran
Tugas-tugasnya ialah :
1. Menyediakan borang pendaftaran peserta
2. Memastikan peserta mematuhi peraturan yang ditetapkan

Jawatankuasa Peralatan dan Tempat


Tugas-tugasnya ialah :
1. Menyediakan peralatan seperti plastik sampah.

Jawatankuasa Kesegaran
Tugas-tugasnya ialah :
1. Menguruskan air mineral untuk para peserta
2. Menguruskan minuman dan makanan untuk para peserta
3. Menjaga kebersihan tempat acara sebelum, semasa dan selepas mendaki bukit.

Jawatankuasa Trek dan Laluan


Tugas-tugasnya ialah :
1. Melakar trek dan laluan untuk pendakian sebelum program berlangsung
2. Memastikan trek dan laluan untuk program selamat digunakan.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kecemasan


Tugas-tugasnya ialah :
1. Menentukan pasukan bantu mula yang bertugas pada hari program.
2. Memastikan kemudahan asas seperti peti aid kecemasan, stretcher dan ubat ubatan
disediakan.
3. Membantu mengawal lalu lintas dan penonton supaya tidak menganggu perjalanan
program
Jawatankuasa Dokumentasi:
Tugas-tugasnya ialah:
1. Menyediakan kamera bagi tujuan dokumentasi sepanjang program berlangsung.
2. Merekodkan segala kejadian yang berlaku pada hari program berlangsung.

Jawatankuasa Tugas-tugas Khas


Tugas-tugasnya ialah:
1. Membantu mana-mana jawatankuasa yang memerlukan bantuan sepanjang program
berlangsung.
2. Membaca doa sebelum dan selepas mendaki bukit.

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perbelanjaan Jumlah (RM)


1. Makanan peserta - Nasi Ayam & Air Teh ( RM5.50 )
20 orang x RM5.50 RM 110

4. Air Minuman Mineral ( RM15 – 1 karton )


1 karton 24 botol RM15
5. Plastik sampah RM 6
1 set 20 plastik
Jumlah RM131

13.0 PENUTUP

Kami amat mengharapkan agar program Ngukah dan Keceriaan Bukit Keluang 2020
yang bakal dijalankan ini mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga usaha ini dapat
memberi manfaat yang besar kepada semua warga IPG ini terutama kepada guru pelatih
IPG Kampus Sultan Mizan. Tinggi harapan kami sekiranya program ini mendapat sokongan
dan komitmen yang menggalakkan daripada pihak pengurusan IPG Kampus Sultan Mizan.
Segala perhatian dan komitmen pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh

…………………………………..
(NIK ALYA FATINI BINTI SHARI)

Setiausaha I,
Program Ngukah dan Keceriaan Bukit Keluang 2020,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Besut Terengganu

Disemak oleh

…………………………………..
(EN MUHAMAD IRHAM BIN MUHAMAD ZAINUDDIN )

Penyelaras Program Ngukah dan Keceriaan Bukit Keluang 2020,


Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Besut Terengganu

Disahkan oleh

…………………………………..
(EN KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN )

Ketua Unit Jabatan Pendidikan Jasmani,


Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Besut Terengganu

Diluluskan oleh

…………………………………….
(DR HAJI MUHAMAD SIDEK BIN SAID)

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,


Besut Terengganu

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai