Anda di halaman 1dari 3

CATATAN REFLEKSI (Desmond Daniel Ak Copta) 1.

KEKUATAN : Antara kekuatan yang saya dapat kenal pasti dalam menyediakan dan menjalankan aktiviti P&P untuk perkembangan 1 adalah saya tahu apa yang hendak saya lakukan. Saya dapat membuat imaginasi apakah jenis aktiviti yang bakal saya lakukan kepada anak didik saya. Selain itu, saya memanipulasi ide yang diperolehi selepas menonton video berhubung kemahiran yang hendak diajar. Saya juga gemar menulis butiran mengajar dan peka terhadap setiap perkataan yang saya tuliskan. Semasa P&P dijalankan saya mempunyai nada suara yang cukup lantang dalam memberi arahan dan demonstrasi yang saya lakukan juga adalah ringkas dan tidak banyak berkata-kata. Apa yang saya lakukan adalah demo dan buat. Organisasi yang saya lakukan turut teratur dan tersusun. Saya juga melihat terdapat gelak ketawa daripada pelajar saya semasa melakukan aktiviti dan saya yakin aktiviti yang dijalankan adalah menyeronokkan dan mereka mampu mengikutinya. Selain itu, kelas yang saya ajar juga berada dalam keadaan terkawal sepanjang P&P. 2. KELEMAHAN : Antara kelemahan yang saya telah kenal pasti selepas P&P adalah saya tidak memberikan arahan yang jelas terutama semasa melontar bola. Saya juga kurang tegas dalam mengawal para pelajar kerana bagi saya, mereka perlu diberikan kebebasan dalam melakukan aktiviti yang telah diberikan. Keselamatan juga kurang dititikberatkan kerana saya beranggapan aktiviti yang dilakukan itu adalah tidak berbahaya bagi mereka. Aktiviti yang dijalankan juga agak sukar bagi sesetengah pelajar di mana kemahiran mengelecek yang saya dedahkan kepada mereka agak sukar bagi mereka. Malah, saya hanya memikirkan aktiviti yang saya rasakan sesuai dijalankan melalui pengalaman saya dan tidak berfikir di luar kotak dan menggunakan deria-deria yang lain. Misalnya membuat pemerhatian terhadap kemahiran yang lebih mudah dan ringkas. 3. CADANGAN MENGATASI / MEMPERBAIKI : Cadangan yang boleh diambil hasil daripada perbincangan adalah saya seharusnya menyediakan aktiviti yang mudah dan senang dikendalikan. Aktiviti yang dijalankan juga seharusnya ringkas dan tidak terlalu kompleks kerana saya bukan hendak menjadikan mereka seorang pemain dunia namun mengajar mereka kemahiran dalam sukan tersebut. Saya juga bersetuju dengan melihat kepada dril-dril dalam sesuatu sukan menerusi internet adalah bagus kerana kita tidak akan terikutikut dengan buku teks. Kepelbagaian dalam sesuatu aktiviti juga perlu dilakukan agar pelajar lebih menguasai sesuatu kemahiran.

CATATAN REFLEKSI (Tuan Nur Fatin Nadia Bt Tuan Izham Ros) 1. KEKUATAN : Saya telah ditugaskan untuk membuat satu Rancangan Pengajian Harian (RPH) bagi tajuk kemahiran menggelecek bola. Tugasan ini adalah berkumpulan jadi saya dan ahli kumpulan telah membahagikan tugasan apa yang perlu dibuat. Bagi tajuk saya ialah bahagia perkembangan kedua di mana apa yang perlu saya buat ialah kesinambungan daripada perkembangan satu. Sebelum membuat tugasan ini, saya telah mecari bahan-bahan untuk kemahiran yang diajar di dalam laman sesawang yang telah disyorkan oleh pensyarah. Selain itu, saya juga telah memahami kemahiran menggelecek bola dengan membaca buku bola sepak. Oleh itu, saya mempunyai persediaan yang rapi. Di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, saya mempunyai kekuatan di dalam diri saya. Antaranya ialah saya telah membuat persediaan awal tentang apa yang perlu diajar iaitu kemahiran menggelecek bola dengan pelbagai variasi. Saya juga sangat yakin bahawa RPH yang saya sediakan mampu memberi keseronokan kepada murid-murid jika ianya berjalan dengan lancar. Tambahan pula, suara yang dilontarkan juga kuat dan jelas semasa memberi arahan. Selain itu juga, saya dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid serta member peneguhan dan hukuman yang sewajarnya kepada murid tersebut. 2. KELEMAHAN : Di samping kekuatan, saya juga telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang ada di dalam diri saya semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama ialah saya tidak mengasingkan murid lelaki dan murid perempuan. Hal ini telah menyebabkan pergerakan menggelecek agak lambat dan kurang licin kerana murid lelaki terpaksa mengurangkan kelajuan berikutan murid perempuan yang berada di depan. Tambahan pula, arahan yang diberikan juga terlalu banyak sekaligus menyebabkan murid-murid tidak dapat menerimanya lalu membuat kesalahan. Selain itu, kelemahan yang paling ketara ialah langkah keselamatan tidak diutamakan kerana bulatan yang dibuat adalah berdekatan dengan tiang gol. 3. CADANGAN MENGATASI / MEMPERBAIKI : Melalui kekuatan dan kelemahan ini, saya perlulah menjadikannya sebagai pengalaman dan pengajaran pada masa akan datang. saya haruslah mementingkan keselamatan kawasan permainan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Seterusnya ialah arahan perlu ringkas dan pendek supaya memudahkan murid-murid memahami isi pengajaran yang hendak

disampaikan. Murid lelaki dan murid perempuan juga perlu diasingkan agar tidak berlaku kelambatan semasa PnP dijalankan. Kesimpulannya, saya berharap agar dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti ini pada masa hadapan. CATATAN REFLEKSI (Mohd Hafiz Bin Mat Leh) 1. KEKUATAN : Saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kami telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan kami (Hafiz, Nadia, Desmond) telah diberikan tugasan untuk menyediakan RPH dan pembentangan teknik kemahiran menggelecek. Kami telah membahagikan bahagian-bahagian masing-masing. Saya telah mendapat tugasan untuk menyiapkan bahagian kemuncak(permainan). Pada 18 Januari 2012, kumpulan kami telah membentangkan kemahiran menggelecek tersebut. Untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah mencari maklumat dalam pelbagai sumber seperti buku rujukan dan melayari internet. Dalam proses mencari dril tersebut, saya telah mendapat banyak ilmu dril dan kemahiran dalam mengajar permainan bola sepak. Bagi bahagian kemuncak, saya telah menyediakan satu permainan yang dikenali The Pirates. Permainan The Pirates dipilih kerana, pada pandangan saya permainan ini sangat sesuai dalam menguji teknik dan kemahiran pelajar menggelecek bola. Dalam proses pengajaran, kekuatan yang saya miliki ialah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Semua pelajar dapat fokus dan dengar apa yang saya perkatakan. Dalam menyampaikan arahan kepada pelajar, saya telah menunjukkan demostrasi tentang permainan tersebut. 2. KELEMAHAN : Namun begitu, kelemahan juga tidak dapat dipisahkan dalam diri saya. Pensyarah pembimbing kami, (Dr Ong) telah memberi komen dan yang nasihat yang membina kepada saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kelemahan yang telah dikesan oleh beliau ialah saya memberi arahan yang agak panjang semasa mengajar. Hal ini mungkin akan menyebabkan palajar berasa bosan dan sukar mengingati peraturan permainan yang diterangkan oleh saya. Oleh itu, beliau menyarankan agak arahan yang diberikan mestilah pendek, ringkas dan padat. (Keep it short and simple)(K.I.S.S).

Anda mungkin juga menyukai