Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO OLAHRAGA (LARI BERPAGAR 100M)

Kekuatan

Semasa menjalankan pengajaran makro bagi acara olahraga untuk larian berpagar yang berjarak 100m ini, kami dapat mengesan beberapa kekuatan pengajaran kami. Antaranya adalah pengawalan kelas kami sangat baik. Selain itu, kami juga telah membuat persediaan rapi sebelum hendak memulakan pengajaran makro kami ini, maka pengajaran dan pembelajaran kami ini dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Antaranya adalah melalui kaedah berlari skip yang berada pada fasa memanaskan badan. Murid-murid akan berlari skip angkat lutut tinggi, kemudian akan menghayunkan tangan lurus di sisi dan angkat hingga paras bahu. Seterusnya postur badan tegak dan mata pandang ke hadapan dan akhirnya mendarat di atas bebola kaki. Kami dapat merasakan bahawa murid-murid kami ini suka berlari dan kami merancang untuk melakukan aktiviti berlari dalam fasa ini. Selain itu juga, dari aspek suara, kami berjaya mengawal kelas dengan baik adalah disebabkan oleh suara yang lantang dan jelas menyebabkan murid-murid mampu mendengar arahan dan penerangan kami dengan baik. Apabila kami menyuruh pelajar berbari dalam dua barisan iaitu lelaki dan perempuan, mereka berjaya untuk melakukannya dengan baik dan tanpa ada sebarang kompromi. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. Oleh itu, secara

ringkasnya kejayaan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seseorang guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dengan bijak.
Kelemahan

Walau apa pun, kami tetap juga manusia biasa. Pengajaran kami turut mempunyai berbagai kelemahan. Antara kelemahan yang telah kami kesan adalah dari aspek pemilihan tempat. Contohnya, ketika fasa pendaratan, kami meminta muridmurid untuk melompat dari bangku batu yang agak tinggi dan cukup merbahaya bagi murid-murid yang tidak mahir dan fleksibel tubuhnya untuk aktiviti bersukan. Kesilapan ini cukup jelas setelah kami melakukan pengajaran makro ini dan kami anggap inilah kesilapan besar yang telah kami lakukan. Selain itu, kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Ketepatan masa adalah penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berjalan dengan lancar. Hasil pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.

Anda mungkin juga menyukai