Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

‫الر ِحي ِْم‬ َّ ِ‫ِبس ِْم هللا‬


َّ ‫الر ْح َم ِن‬
‫علَى آ ِل ِه‬
َ ‫س ِي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬
َ ‫علَى‬
َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َوال َعا ِق َبة ِل ْل ُمت َّ ِقي َْن َوال‬, ‫ب ال َعالَ ِمي َْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد‬
ِ ‫هلل َر‬
‫ص َحا ِب ِه أَجْ َم ِعي َْن‬
ْ َ ‫َوأ‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan
berada dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Jorak bagi sesi 2018 ini.
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau memberkati majlis ini dengan limpahan Rahman dan Rahim-
Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.
Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti
mereka di sekolah yang bertuah ini .

Disaat ini juga kami merafakkan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik
mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami
kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa
akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

Jadikanlah murid-murid yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai
murid-murid yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka murid-
murid yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi
mereka dalam bidang akademik mahupun keterampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon
daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan
sumber inspirasi kepada murid-murid lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan
menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

ِ َّ‫اخ ُرهُ َو َخي َْر أ َ ْع َما ِلنَا َخ َواتِ ُمهُ َو َخي َْر أي‬
‫امنَا يَ ْو َم أ ْلقَاكَ فِ ْي ِه‬ ِ ‫اللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َخي َْر أ َ ْع َم ِارنَا َء‬
‫ان َوالَ تَجْ عَ ْل فِ ْي قـُلُ ْو ِبنَا ِغالًّ ِللَّ ِذي َْن‬ ِ ‫اإل ْي َم‬ َ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذي َْن‬
ِ ‫سبَقُ ْونَا ِب‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ٌ ‫َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّكَ َر ُء ْو‬
ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫ع َذ‬َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ ِ ‫س َنة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
‫ب العَالَ ِمي َْن‬ ِ َّ ِ ‫ َوا ْل َح ْمد‬، ‫سلَّ َم‬
ِ ‫ُّلِل َر‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َوصَحْ بِ ِه َو‬
َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬
َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai