Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN ENCIK MOHD ZAINUDIN BIN SALIM OLEH : CG IMANSHAH Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan

Encik Mohd Zainudin bin Salim, diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah Ilmu Panduan Hidup, diiringi oleh Orkestra Muda Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Alfadhil Ustaz Ahmad Kamil bin Hamza. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Alfadhil Ustaz Ahmad Kamil atas bacaan doa sebentar tadi. Yang Berusaha Tuan haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang Sekolah Tuanku Abdul rahman Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim Yang berusaha Dato' Dawa bin Abdullah, Wakil PErsatuan Bekas Penuntut STAR (STAROBA) Yang berusaha Penolong-penolong kanan,

Guru-guru kanan, guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi meraikan majlis persaraan seorang warga pendidik di alama mater yang tercinta ini. Untuk makluman semua, Encik Mohd zainudin bin Salim telah berkhidmat selama 19 tahun di sekolah ini. Sesungguhnya majlis yang kita adakan ini, tidak mampu untuk membalas segala keringat dan jasa yang diberikan oleh beliau terhadap sekolah ini. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Bagi membuka tirai ucapan pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Tuan haji Abdul hashim bin Abdul Karim, pengetua Cemerlang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Tuan Pengetua Cemerlang atas ucapan yang dititipkan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena majlis persaraan ini yang telah disediakan oleh pasukan Briged Bestari STAR. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Mohd Zainudin bin Salim atas ucapan itu tadi. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada pelajar tingkatan lima. Persembahan pertama merupakan deklamasi sajak berjudul "farewell teacher" oleh

Isma Aiman bin Ismayatim diikuti persembahan kedua nayanyian lagiKau Ilhamku oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka ORKES BINTANG. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk mengiringi Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim untuk naik ke pentas. (MC membacakan senarai pemberi hadiah) Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebentar tadi. Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Duhai tuan, , sebaik sahaja dikau beredar dari sekolah ini, maka terbukalah pintu rindu dihati kami. Selamat menerusan kehidupan. Mungkin budi mu yang tumpah

di sini, hatta setitis mahupun selaksa. Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang dikau sampaikan selama ini hanyalah amanat dan tanggungjawab. Terima kasih dari sudut hati yang terdalam . Dan terakhirnya marilah sama-sama kita menyanyikan nasyid DOA PERPISAHAN buat terakhir kalinya. Sekian, terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai