Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH

1444H

Mengumumkan ketibaan Al-Fadil Ustaz Akib Bin Abdullah “Pengurus


Aman Palestin Damansara” yang diiringi
Al-Fadil Ustaz Ahmad Munawir Bin Sallehuldin, Pengetua Sekolah
Izzuddin Shah,
Barisan guru Penolong Kanan, guru-guru,para pelajar serta hadirin
hadirat yang dirahmati Allah sekalian
[SELAMAT DATANG KE MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ
PERINGKAT SEKOLAH IZZUDDIN SHAH]
Para hadirin dipersilakan duduk………………

Persembahan oleh pelajar sebentar tadi adalah di bawah bimbingan


Zaid Bin Zainuddin kelas 4 Ibnu Rushd

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh saudara Adam Sya’rawi Bin Osman

Amin amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada saudara Adam Sya’rawi Bin Osman atas bacaan doa itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Al-Fadil Ustaz Mohd Akib
Bin Abdullah,Pengurus Aman Palestin Damansara untuk
menyampaikan ceramah beliau bersempena majlis sambutan isra’
mikraj peringkat sekolah izzuddin shah di bawah
tajuk………………………………]
Sedikit latar belakang berkenaan penceramah kita pada hari ini….beliau
diberi nama Al-Fadil Ustaz Mohd Akib Bin Abdullah,
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………..................
..................................................................................................
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan….

Majlis mengucapakan jutaan terima kasih kepada Al-Fadiil Ustaz Mohd


Akib Bin Abdullah atas ceramah beliau yang penuh bermakna sebentar
tadi….diharapkan para hadirin mengambil pengajaran dan iktibar atas
ceramah tersebut.
Seterusnya majlis sekali lagi menjemput wakil aman palestin damansara
Al-Fadil Ustaz Akib Bin Abdullah dan Al-Fadil Ustaz Ahmad
Munawir bagi melangsungkan penyerahan tabung aman palestin
sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan
bersempana sambutan isra’ mikraj peringkat sekolah izzuddin shah….
Bagi pemenang kuiz dini…..
Tempat ketiga dijemput saudara:………………………………………….
Tempat kedua dijemput saudara:………………………………………….
Tempat pertama dijemput saudara:…………………………………………

Bagi pemenang kategori teka silang kata…..


Tempat ketiga dijemput saudara:………………………………………….
Tempat kedua dijemput saudara:…………………………………………..
Tempat pertama dijemput saudara:…………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadil Ustaz Akib Bin Abdullah dan Al-
Fadil Ustaz Ahmad Munawir atas penyampaian hadiah sebentar tadi…
Seterusnya dijemput Al-Fadil Ustaz Akib Bin Abdullah bagi
menyampaikan ucapan…Majlis mempersilakan
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz Akib Bin
Abdullah atas ucapan beliau sebntar tadi………..

Dengan berakhirnya ucapan itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami
mengundurkan diri. Pihak majlis menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang
kami mengendalikan majlis ini
Kalau ada jarum yang patah,
Banyak kain tidak berjahit,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan jadikan kenangan pahit.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang kurang
itu datangnya daripada kami.
Sekian terima kasih.Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai