Anda di halaman 1dari 5

PEMBACA BUTIRAN CATATAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis
kita akan bermula sebentar lagi.

Fatekah Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Cikgu Ahmad Saimi


Bin Sallehdengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam
dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi,
Lambaian Kasih” sempena persaraan Cikgu Ahmad Saimi Bin
Salleh.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif


kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam


sejahtera,.

Wawa
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil
Ustaz Mohd Adli Bin Abdul Razak. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Ucapan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
Alu-aluan kasih kepada Ustaz Mohd Adli Bin Abdul Razak atas bacaan
doa itu tadi.
Fatekah
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Melayang serindit di atas permatang,
Wawa
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Diraikan
En Ahmad Saimi bin Salleh

Yang Berusaha En. Md Faisal Bin Mohd Salleh


Guru Besar SK Taman Midah 2

Yang Berusaha En. Borhannudin Bin Mustafah


Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,

Yang Berusaha En. Ishak Bin Bidin


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Pn.Mazlah Bt Ab Kadir


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Pn. K.N Selvi A/P Nadarajah


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.

Terlebih dahulu syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah


dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk meraikan En Ahmad Saimi dalam Majlis
“Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”

Fatekah **Baca Biodata Ringkas **

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Ahmad
Saimi Bin Salleh sepanjang perkhidmatan beliau di dalam
dunia pendidikan yang berakhir di SK Taman Midah 2.
Tayangan
Video Hadirin yang dimuliakan,

Wawa Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


tayangan video sempena persaraan Yang Diraikan Cikgu
Ahmad Saimi Bin Salleh.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En Ahmad


Saimi Bin Salleh untuk naik bersemayam di atas
singgahsana. Dipersilakan.

*** Tayangan Video

Ucapan Guru Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Besar Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Fatekah
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput Yang Berusaha En. Md Faisal Bin Mohd


Salih, guru besar SK Taman Midah 2 untuk menyampaikan
ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Md Faisal Bin Mohd Salleh


atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Yang Dirai
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu
Wawa ucapan daripada Yang Diraikan En. Ahmad Saimi bin Salleh.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

Bagi merialisasikan impian Cikgu Ahmad Saimi untuk


Penyampaian mengadakan pertandingan kawad kaki, pihak sekolah telah
Hadiah & menganjurkan pertandingan kawad kaki pada 12 Jun 2019
cenderamata yang lalu.
Oleh itu, bagi menghargai jasa dan sumbangan Cikgu Ahmad
Fatekah Saimi bin Salleh dalam bidang kokurikulum, majlis dengan
segala hormatnya menjemput Cikgu Ahmad Saimi untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Untuk pengetahuan semua, piala sumbangan dan hadiah
adalah sumbangan daripada yang diraikan Cikgu Ahmad
Saimi bin Salleh.

****Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad Kaki

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Ahmad Saimi Bin
Salleh.

Untuk itu, sekali lagi Majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan En. Ahmad
Saimi Bin Salleh untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

** Penyampaian Hadiah ikut senarai

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


Penutup kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Ahmad Saimi Bin
Wawa Salleh.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan En Ahmad Saimi Bin Salleh atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk cikgu Ahmad Saimi……….

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai