Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

NAMA : SITTI KHADIJAH BINTI BACHO


NO. K/P : 9409140-12-6444

KEKUATAN
Semasa menjalankan pengajaran mikro saya telah dapat mengesan beberapa
kekuatan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan
baik. Selain itu saya telah membuat persediaan rapi sebelum memulakan pengajaran mikro
ini, maka pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah
dirancang. Pemilihan aktiviti bagi setiap fasa yang sesuai dapat menarik minat murid dan
dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam
penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman
murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas,
memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan
yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid
terhadap penyampaian saya berkenaan isi pelajaran. Selain itu, kelantangan suara juga
menunjukkan ketegasan saya dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemudian akan
memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada
penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan yang wujud.
Ketegasan saya dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat
kepada guru.
Seterusnya, dari aspek komunikasi pula, alhamdulillah, setiap arahan dan laras
bahasa yang saya gunakan dapat difahami dengan baik oleh setiap murid. Walaupun saya
dari negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, namun saya berjaya menggunakan laras
bahasa yang sesuai bagi membolehkan murid-murid yang rata-ratanya berasal dari negerinegeri di bahagian Semenanjung. ami maksud setiap tutur kata dan arahan kami.
Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana berjaya mengendalikan
pengajaran mikro pada kali ini dengan amat baik sekali dari segenap aspek. Saya juga telah
banyak membuat penegasan berbentuk pujian dan sekali gus telah menerapkan amalan
nilai murni sepanjang sesi pengajaran saya. Antaranya ialah pujian bagus terhadap murid

dan kumpulan yang berjaya melakukan aktiviti dengan baik, amalan menepuk tangan untuk
rakan lain bagi memotivasikan diri murid juga dipraktikkan.
KELEMAHAN
Setiap kekuatan pasti ada kekurangan yang dan tidak dapat dinafikan bahawa
pengajaran mikro ini mempunyai kelemahan yang tersendiri. Setelah habis sesi pengajaran
saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan saya. Kelemahan saya ialah saya tidak
menghantar semula pundi kacang yang telah habis digunakan oleh pelajar. Perkara ini
menyebabkan pelajar tertanya-tanya sama ada perlu untuk memulangkan semula pundi
kacang dan ada juga yang meletakkannya di tepi gelanggang. Kelemahan ini akan
menyebabkan peralatan sukan akan mudah hilang dan rosak apabila pelajar tidak
memulangkan semula peralatan di tempat yang betul.
Langkah Penambahbaikan
Kelemahan dan kekurangan yang dikesan di dalam pengajaran dan pembelajaran
saya memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan
datang. Berdasarkan kepada kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro
saya, penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh guru ialah meminta pelajar untuk
memulangkan semula peralatan di tempat yang telah ditentukan oleh guru. Langkah ini juga
bagi memudahkan guru untuk menguruskan peralatan semasa dan selepas pengajaran.
Secara keseluruhan pengajaran mikro saya agak berjaya untuk menarik minat murid
sebelum ke satu langkah pengajaran yang seterusnya dan dapat memastikan murid saya
dapat bersukan dengan aktif.

Anda mungkin juga menyukai