Anda di halaman 1dari 4

TAJUK KAJIAN :

PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

1.0. Latar Belakang Kajian

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting yang menjadi
aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pada tahun
2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk
Malaysia. Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan
kanak-kanak.

Akan tetapi, saban hari kita sering disajikan dengan berita mengenai masalah sosial yang
semakin menular dalam masyarakat. Hal ini berterusan sungguhpun pelbagai inisatif telah
diambil bagi membendung gejala sosial yang semakin parah. Kanak-kanak yang tidak
berdosa diabaikan oeh ibu bapa dan ditinggalkan tidak berperikemanusiaan di tepi jalan
tanpa sekelumit rasa kasihan. Terdapat pihak yang tampil bagi membela nasib kanak-kanak
malang dengan menyediakan tempat perlindungan dengan harapan ada pihak yang sudi
mengambil dan memelihara kanak-kanak terbabit di kemudian hari.

Namun sejauh manakah tempat perlindungan sementara tersebut akan dapat membela
kanak-kanak itu jika tiada program khas diberikan untuk kanak-kanak itu untuk membesar
dengan lebih sempurna dan seterusnya menjadi insan yang berguna tanpa perlu
mengharapkan bantuan dan ihsan masyarakat semata-mata?

2.0. Pernyataan Masalah

Dasar dan perlindungan terhadap kanak-kanak adalah penting berikutan kes kehilangan dan
penderaan terhadap mereka sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan. Mengikut
statistik polis, 242 kes kehilangan kanak-kanak dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama
tahun 2008 manakala 1,168 kes pada tahun 2007 dan 1,478 kes pada tahun sebelumnya
yang mana 80 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak perempuan. Angka ini amat
membimbangkan dan kementerian berharap badan bukan kerajaan dapat bekerjasama
dalam hal ini kerana melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab semua pihak. Laporan
kes penderaan kanak-kanak juga dikatakan meningkat setiap tahun 1,242 kes penderaan
dilaporkan pada 2002 dan meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun iaitu
2,279 kes pada tahun lepas.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengambil langkah


untuk meminda Akta Kanak-kanak 2001 dalam usaha memberi perlindungan segera kepada
golongan itu yang terbiar, diekploitasi atau didera. Hal ini kerana usaha itu adalah selaras
dengan langkah kementerian mengubal dasar dan pelan tindakan kanak-kanak berteraskan
prinsip yang terkandung dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai

Hak Kanak-Kanak. Langkah yang diambil kerajaan itu adalah sebahagian daripada usaha
bagi memastikan golongan tersebut sentiasa mendapat penjagaan dan peluang untuk
berkembang ke tahap potensi optimum.

Ketika ini, kementerian sedang menjalankan program untuk perlindungan kanak-kanak


seperti Rumah Kanak-Kanak (RKK) dan juga Rumah Tunas Harapan (RTH) bagi melindungi
kanak-kanak yang terabai atau tiada saudara mara.

3.0. Objektif Kajian

3.1. Pernyataan Masalah

Tesis ini bertujuan untuk memenuhi keperluan asas yang diperlukan oleh kanak-kanak
dalam proses tumbesaran mereka. Ia merupakan sebuah kompleks penempatan yang dapat
menempatkan kanak-kanak terbiar berusia bawah 18 tahun yang bersesuaian dan efektif
dari segi rekabentuk yang mana dapat memberi keselesaan bukan sekadar dari sudut
fizikal, malah mental, emosi, rohani dan jasmani. Selain itu, kompleks penempatan kanakkanak ini diharapkan dapat memberikan suasana kekeluargaan buat kanak-kanak kurang
bernasib baik ini.

3.2. Signifikan Kajian

Kompleks penempatan bagi kanak-kanak terbiar ini bukanlah sekadar pusat perlindungan
semata-mata selain berharap agar terdapat ada yang datang untuk menjadikan mereka
sebagai anak angkat. Namun, ia merupakan : rumah yang dapat memberikan kasih sayang buat mereka;
makan pakai yang cukup untuk mereka membesar dengan sempurna dan sihat;
tempat belajar yang tidak formal bagi menguatkan nilai-nilai moral dalam diri, mentaliti,
rohani dan fizikal;
tempat bagi mereka mengekspresi kreativiti mereka serta;
ruang positif bagi meluahkan emosi yang terpendam.

4.0. Kaedah Kajian

4.1. Kajian Lapangan Pejabat Kerajaan berpotensi


- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (kerajaan)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (kerajaan)

- Yayasan Chow Kit/ Yayasan Salam (swasta)

4.2. Tapak kajian


- Chow Kit, Kuala Lumpur
Lokasi yang dipilih adalah spot area di mana kebanyakan kanak-kanak terbiar didapati di
sana. Terdapat Rumah NurSalam ditempatkan namun didapati kemudahan yang disediakan
mempunyai sedikit kekurangan.
- Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru
Lokasi tapak ini sesuai oleh sebab ia terletak di sekitar infrastruktur seperti sekolah,
perumahan dan hospital. Keluasan tapak juga sesuai untuk membina kompleks penempatan
yang lengkap dengan kemudahan yang diperlukan.

4.3. Bangunan Kajian


Kompleks Penempatan pusat pembelajaran, aktiviti, agama dan kaunseling; dormitri

4.4. Perbincangan / Kajian

Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun seharusnya dilindungi daripada semua bahaya


termasuk jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksplotasi. Di
samping itu, penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi
fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai
supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi dan pemimpin masa
hadapan. Ia bertujuan mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanakkanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang baik dan cekap bagi
kanak-kanak berkenaan.

5.0. Rujukan

5.1. Rujukan Primer


- Jabatan Kebajikan Masyarakat - www.jkm.gov.my
- Yayasan Chow Kit - http://yck.org.my
- http://www.shelterhome.org
- http://rumahnursalam.blogspot.com/
- Zain, Rosihan (2012) Filem Chow Kit, Primeworks Studios Sdn Bhd

5.2. Rujukan Sekunder (Kajian literatur )

- Hii Nee Lee (2011) A Playful Orphanage: Sustainable Approach Towards Interactive
Environment; Children-Centered, Flexible, Social Problems; Housing & Educational;
Technovation Panel.
- Norhayani Abdul Ghani (2005) Children's Community Complex: A New Approach of Rumah
Kanak-kanak; Environment Education; Housing, Education, Rehabilitation; Management
Panel.
- Noor Hidayah Mohd Rodhi (2005) Interactive Children Center; Unfriendly Environment For
Children; Education, Childcare, School; Management Panel.

6.0. Panel Keutamaan

6.1. Sebab-Sebab bagi Panel Keutamaan


- RUMAH Matlamat kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah kompleks penempatan
yang lebih kondusif dan terancang bagi kanak-kanak. Prof Tajudin merupakan seorang yang
pakar dalam menghasilkan rekabentuk berasaskan pengguna dan cara untuk
menyelesaikan isu sosial melalui senibina.
- SKOP Kajian ini lebih menjurus ke arah perkembangan perlindungan untuk spesifik
golongan iaitu kanak-kanak yang mana dapat memberikan perlindungan dan pembelajaran
kepada mereka.
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Tesis ini merupakan cadangan bagi
penambahbaikan rumah perlindungan kanak-kanak yang ada sekarang bagi menyediakan
dan menghasilkan rumah perlindungan dan pendidikan bagi kanak-kanak malang ini yang
lebih baik.

6.2. Pengakuan Kesahihan Proposal

Saya dengan ini mengakuI kesahihan dan keaslian proposal yang dijalankan. bagi

(NOOR AMALINA BINTI MOHD JUNET)


204191340011
(SITTI KHADIJAH BINTI BACHO)
2014191340020

Anda mungkin juga menyukai