Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO

1.0 Pengenalan

aya telah menjalankan pengajaran makro dengan topik Jisim. Standard pembelajaran
bagi pengajaran ini ialah 6.2.1 Menukar unit jisim melibatkan kilogram dan gram. Berdasarkan
boring penilaian yang dinilai oleh rakan saya, saya dapati terdapat beberapa kelebihan dalam
pengajaran makro saya. Saya telah membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan
pengajaran makro ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan berlaku semasa sesi
pengajaran. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menjalankan isi
kandungan dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala
aktiviti pengajaran yang dirancang dengan kemas dan teratur.

2.0 Kekuatan - kekuatan yang dikenalpasti

Dalam set induksi, saya telah mengadakan aktiviti menonton video tentang
penimbangan objek. Hal ini telah menarik minat pelajar untuk bersedia menerima isi pelakaran
yang akan diajar pada hari tersebut. Video yang saya memilih adalah sangat jelas dan
mempunyai warna yang menarik. Selain itu, pada fasa perkembangan, Saya telah
menggunakan bahan bantu mengajar, iaitu penimbang dan bahan-bahan maujud seperti
cawan dan sebeagai-bagainya. Dengan menggunakan BBM, saya dapat menarik perhatian
dan memotivasi murid-murid melibat diri secara aktif sepanjang proses P&P. Selain itu,
penggunaan resos itu dalam pengajaran saya dapat membantu mereka memahami dengan
lebih jelas tentang isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Apabila meminta pelajar keluar
untuk menjalankan aktiviti menimbang objek, arahan yang saya berikan adalah jelas.
Kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih
berkeyakinan untuk menimba ilmu.

Selain itu, pada fasa tindakan, saya telah menjalani aktiviti kumpulan. Saya
membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan mendapat satu beg
yang mengandungi pelbagai angka unit jisim. Melalui aktiviti kumpulan ini, ahli kumpulan
mempratikkan nilai hormat dengan menerima pandangan atau idea rakan mereka tanpa
membuat sebarang gangguan, atau pengadilan. Nilai hormat juga dapat diterapkan sekiranya
murid menunggu giliran mereka untuk mengemukakan pandangan mereka tanpa mencelah
rakan mereka. Nilai hormat juga dapat diperlihat melalui reaksi muka atau pergerakan yang
positif ketika mendengar pendapat rakan.

3.0 Kelemahan – kelemahan yang dikenalpasti

walaupun saya dapat melaksanakan pengajaran makro saya dengan baik dan boleh
dipertingkatkan lagi, tetapi saya mendapati beberapa kekurangan saya dalam perlaksanaan

1
ini semasa melihat balik pengajaran makro saya dalam video, saya sedar bahawa komunikasi
saya dalam Bahasa Melayu mempunyai masalah yang banyak. Hal ini disebabkan, saya tidak
membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu selain bahasa ibunda saya dalam sesi
pengajaran. Dalam pengajaran makro, Selain itu, saya juga mendapati keyakinan yang tidak
mencukupi juga akan mempengaruhi keminatan murid terhadap pengajaran guru. Oleh sebab
kekurangan keyakinanpada diri, dalam fasa penutup saya, saya dapati murid-murid saya
kurang memberikan pandangan diri.

4.0 Cadangan Penambahbaikan

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi


meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan dalam tugasan makro saya, penambahbaik yang saya akan dibuat adalah
membuat latihan komunikasi dengan penggunaan Bahasa Melayu dengan lancar kerana
penguasaan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran merupakan cabaran kepada saya
sehingga sesi perlaksannan keadah bercerita tidak dapat dilaksanakan dengan baik seperti
pengajaran makro dalam tugasan Pengajian Cina yang menggunakan bahasa ibunda saya.

5.0 Kesimpulan

Pengajaran makro ini telah menyediakan peluang kepada saya bagi melaksanakan
perancangan pengajaran yang dihasilkan dalam tugasan 2 dengan lengkap. Melalui proses
Pengajaran Makro, saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri supaya dapa
tmenyediakan diri kepada praktikum yang akan datang pada semester hadapan.

537 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai