Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN TEMUBUAL

1.0 Pengenalan
Pada tanggal 3 dan 4 Mac 2018 yang lalu, pihak IPGKPM melalui Jabatan Ilmu
Pendidikan (JIP) telah mengadakan satu program bersama masyarakat Orang Asli iaitu
Program Mesra Budaya Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Segamat Kechil.
Program ini dijalankan adalah untuk memenuhi tuntutan tugasan kursus Budaya dan
Pembelajaran (EDUP3073) iaitu membincangkan aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian
sosiobudaya di Malaysia melalui temubual.

2.0 Prosedur Menjalankan Temubual


Temubual merupakan kaedah pengutipan data kualitatif yang melibatkan interaksi ‘face-
to-face’ antara penyelidik dengan informan atau orang yang ditemubual.. Menurut Patlon
(1980) terdapat tiga pendekatan dalam temubual iaitu temubual formal, temubual tidak
formal dan temubual terbuka. Sepanjang kajian ini dijalankan, proses temubual dilakukan
secara individu dan berkumpulan di mana temubual dilakukan secara ‘face-to-face’ antara
saya dan masyarakat Orang Asli itu sendiri itu En Rosli Bin Datang atau lebih dikenali
sebagai Eddie.

3.0 Hasil Dapatan Temubual


Saya telah menemubual salah seorang masyarakat Orang Asli di Kampung Segamat
Kechil iaitu En Rosli Bin Datang yang lebih mesra dipanggil Eddie. Beliau mengatakan
bahawa kesemua penduduk di Kampung Segamat Kechil ini merupakan masyarakat Orang
Asli Suku Jakun. Menurut Siti Fatiemah Sa’at & Jama’yah Zakaria (2013), Suku Jakun
adalah suku kaum Melayu Asli (Melayu-proto) yang tinggal di Selatan Semenanjung
Malysia. Berdasarkan temubual saya bersama Eddie, saya telah mengenalpasti beberapa
aspek sosiobudaya yang terdapat dalam kalangan masyarakat Orang Asli Suku Jakun.
Antaranya :

3.1 Agama dan Kepercayaan

Menurut Eddie, masyarakat Orang Asli Jakun di Kampung Segamat Kechil.


mempunyai lebih kurang 172 buah keluarga dimana hanya 40 buah keluarga sahaja

EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN | TUGASAN 2 Aien Farha Binti Mohd Khosaini 1
yang memeluk agama Islam dan selebihnya agama animisme. Kebanyakan suku
Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam
sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat
berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.
Rumpun bangsa Jakun atau disebut juga Orang Ulu dikatakan berasal dari Yunan,
selatan China. Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai Pahang,
Rompin, Pekan dan Johor Utara. Kebanyakan dari mereka masih mengamalkan
kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit,
lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka kuat berpegang kepada pantang
larang yang diamalkan sejak lama dahulu (Ab. Rahman, A, 1987).

Walaubagaimanapun , perkara sedemikian tidak menjadi masalah kepada


masyarakat Orang Asli di sini. Ini adalah kerana menurut Eddie masyarakat Orang
Asli tidak menitikberatkan hal sedemikian kerana bagi mereka perbezaan agama
tidak akan menjejaskan suku kaum mereka.

3.2 Bahasa
Kaum Jakun adalah tergolong daripada suku Melayu-proto, jadi bahasa mereka
tidak jauh berbeza daripada orang Melayu (Rohani Mohd Yusof & Noor Hasnoor
Mohamad Nor , 2016). Menurut Eddie, bahasa yang mereka tuturkan adalah tidak
jauh berbea dengan bahasa yang kami sendiri pertuturkan. Justeru itu, dalam proses
temubual ini, saya dan Eddie langsung tidak mengalami masalah dalam memahami
bahasa mereka. Sebagai contoh :

Bapa = Bapak
Emak = Emok
Isteri = Bini
Lelaki = Jantan
Perempuan = Betinok

3.3 Adat dan Pentadbiran


Setiap kampong orang asli Jakun diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil
“batin” atau “tok batin” (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2009). Ketua ini berkuasa
penuh di atas segala hal ehwal penduduk kampong. Menurut Eddie lagi, Batin

EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN | TUGASAN 2 Aien Farha Binti Mohd Khosaini 2
bertindak dan bertanggungjawab dalam urusan perkahwinan, sebagai ketua adat
pentadbiran dan menjaga keselamatan dan kesejahteraan Kampung Segamat
Kechil. Sejak turun menurun pemilihan dan pelantikan Tok Batin dibuat
berdasarkan keturunan sebelah Tok Batin, iaitu anak lelaki sulung. Jika beliau
tiada zuriat lelaki,atau tiada dikalangan anaknya yang berkebolehan maka
pewaris seterusnya akan dipilih daripada kalangan adik beradik atau saudara
mara yang mempunyai pertalian darah paling dekat denganTok Batin.

3.3.2 Adat Resam membuka tanah


 Suku kaum Jakun di Kampung Segamat Kechil masih banyak bergantung
kepada sumber alam semula jadi,kegiatan pertanian. Mereka
mempercayai hutan-belukar, bukit-bukau, gunung-ganang dan anak
sungai ada penguasa atau keramatnya. Justeru itu, demi keselamatan
diri dan tanaman maka “netau” atau “upacara buka tanah” dilakukan
sebelum pembukaan kawasan baru
Ini juga bagi menjamin pertanian memberi hasil yang memberangsang
dan tanam selamat daripada gangguan binatang liar dan bencana alam.
Tradisi netau atau upacara buka tanah diketuai oleh pawang atau poyang
Kampung Segamat Kechil. Dilakukan dengan jampi mentera termasuklah
membakar “kemeyan” dan mendirikan “sangkak” berisi pulut kuning, nasi
putih, ayam, sireh pinang, air, dan rokok .

3.3.3 Adat Resam Perkahwinan


 Menurut Eddie, cara pelaksanaan adat perkahwinan orang asli Jakun
adalah tidak jauh berbeza dengan masyarakat Melayu.
Adat perkahwinan suku kaum ini bermula dengan rombongan „merisik‟
yang diketuai oleh ketua keluarga pihak lelaki bersama Tok Batin dan
diikuti dengan upacara meminang serta hantaran, diikuti dengan
penetapan tarikh majlis perkahwinan. Cincin “belah rotan” digunakan
sebagai tanda pertunangan, “pengeras (batukepala)” satu suku(dua puluh
lima sen), dan kelengkapan serba satu (sepasang pakaian,sepasang
kasut, alat-alat solek, sehelai sapu tangan dan satu set perkakas jahitan
iaitu unting, jarum, dan benang).
Tok Batin bertindak sebagai saksi dan penasihat adat perkahwinan. Jika

EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN | TUGASAN 2 Aien Farha Binti Mohd Khosaini 3
sekiranya dari kampung atau wilayah berlainan maka melibatkan kedua-
dua Tok Batin dari wilayah atau kampung tersebut hadir sama sebagai
penasihat daN saksi. Jika perlu, peranan Tok Batin juga boleh bertindak
sebagai wali dalam situasi tertentu. Pada malamnya dimulakan dengan
upacara „malam berinaiSebelum majlis persandingan, bermula dengan
perarakan pengantin lelaki ke rumah perempuan dan seterusnya ke
jinjang pelamin. Perarakan ini diiring oleh kaum keluarga terdekat beserta
dengan bunyi gong dan gendang. Setelah sampai di halaman rumah
salah seorang dari kumpulan perarakan pengantin lelaki member salam
dalam bentuk pantun, dan pantun dibalas oleh pihak pengantin
perempuan. Seterusnya, diikuti dengan „tarian (silat) sembah pengantin‟.
“Tempung Tawar” direnjis tanda restu anggota keluarga, saudara mara,
sahabat handai dan tetamu. Selesai upacara persandingan kedua-dua
pengantin diiringi masuk kedalam rumah dan diikut dengan majlis amanat
dari generasi tua waris terdekat kepada pasangan pengantin yang
diketuai oleh kedua-dua Tok Batin. Menurut Eddie, masyarakat Orang
Asli mengaanggap perkahwinan sebagai sesuatu yang suci dan
perceraian sebagai sesuatu yang durjana.

3.3.4 Adat Resam Kematian


 Bagi orang asli Jakun, kematian adalah sesuatu yang menyedihkan dan
hiba. Mereka amat menghormati pemergian si mati. Bagi adat mereka, si
mati tidak boleh dikebumikan segala belum cukup bilangan ahli keluarga
terdekat si mati datang meziarahi mayat. Selepas cukup bilangan
tersebut, barulah penyempurnaan mayat tadi disegerakan. Sebagai tanda
sayang dan hormat pada si mati, salah seorang daripada keluarga si mari
perlu berkabung selama 40 hari dengan memakai pakaian serba hitam
dan juga dilarang memakan atau dalam keadaan bergembira selama
tempoh itu. Kebiasaanya perkara ini akan dilakukan oleh ibu, isteri atau
anak-anak si mati.

EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN | TUGASAN 2 Aien Farha Binti Mohd Khosaini 4
3.4 Aspek Sosiobudaya Yang Memberi Kesan Dan Implikasi Kepada Kehidupan
Seharian Mereka
Berdasarkan temubual bersama Eddie, jelas membuktikan bahawa masyarakat Asli
Jakun sebenarnya mempunyai satu adat dan budaya yang amat unik. Keunikkannya
telah menjadikan masyarakat ini lebih stabil dari sudut sosial, ekonomi dan politiknya
walaupun teknologi makin menghimpit kehadapan (Nor Sedek Ismail, 2000).
Berdasarkan aspek sosiobudaya seperti adanya ketua atau lebih dikenali “ tok batin”,
kepercayaan adat serta pegangan budaya yang kuat menjadikan masyarakat Orang
Asli Jakun Kampung Segamat Kecil ini hidup dalam sejahtera dan harmoni. Eddie
juga pernah mengatakan bahawa tidak pernah lagi berlakunya kes kecurian di dalam
kampung ini. Itu membuktikan bahawa, kekuatan serta kasih sayang di antara
mereka tidak boleh dipisahkan. Tidak ada unsur-unsur hasad-dengki, khianat,
sabotaj, kedekut, dendam dan sebagainya. Mereka menjaga hubungan baik dengan
ketiga-tiga unsur di dunia ini iaitu makhluk supernatural, manusia dan alam sekitar.
Konsep World View atau pandang dunia masyarakat Jakun termasuklah didalamnya
segala adat dan budaya serta pantang larang inilah, yang telah mengawal
masyarakat ini daripada kecil hinggalah besar dan akhirnya mati. Walau pun segala
peraturan ini tidak dibuku atau dikanunkan tetapi mereka sama sekali tidak akan
melanggarnya kerana kefahaman yang tinggi terhadap kesan dan akibatnya.
Keadaan ini tentulah jauh berbeza dengan masyarakat kita dibandar hari ini.
Masalah sosial seperti sumbang mahram, tamak, hasad dengki, dendam,
mementingkan diri-sendiri, materialistik dan sebagainya adalah perkara yang biasa.
Kita selalu mengatakan masyarakat bandar lebih bertamadun berbanding
masyarakat asli, tetapi sejauh manakah kenyataan ini benar?. Oleh itu sama-
samalah kita melihat dan memahami bahawa orang-orang asli terutamanya
masyarakat Jakun Kampung Segamat Kecil memang mempunyai satu budaya dan
adat yang tinggi dimana ianya telah berjaya mengawal masyarakat ini dengan baik
sekali.

EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN | TUGASAN 2 Aien Farha Binti Mohd Khosaini 5
4.0 Kesimpulan
Melalui temubual ini dapat saya simpulkan bahawa masyarakat Orang Asli Jakun
berjaya memupuk nilai-nilai murni yang boleh memandu dan memimpin mereka agar
selamat dan sejahtera di dunia. Masyarakat ini telah mempraktikkan satu hubungan yang
sangat murni dengan tiga unsur utama di dunia ini, iaitu manusia, alam dan kuasa
supernatural. Tingginya nilai budaya dan etika masyarakat Jakun telah menjadikan mereka
dapat bertahan di dalam arus pembangunan masa kini. Sosiobudaya yang mereka
tekankan dikalangan mereka telah memberikan kesan dan implikasi yang positif dalam
kehidupan seharian mereka.

EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN | TUGASAN 2 Aien Farha Binti Mohd Khosaini 6
RUJUKAN

Sa‟at, S. F. & Zakaria, J. (2013). Masa Depan Cerita Rakyat Masyarakat Orang Asli Jakun.
International Journal of the Malay World and Civilisation, (volume 1, No. 1) 83 - 88

Rohani Mohd Yusof & Noor Hasnoor Mohamad Nor. (2016). Bahasa Orang Asli Melayu-Proto:
Bahasa Atau Dialek Melayu?. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ab. Rahman, A. (1987). Jabatan Hal Ehwal Orang Asli: Sejarah penubuhan dan kejayaannya
(1954-1980). Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2009. Kehidupan, Budaya dan Pantang Larang Orang Asli.
Kuala Lumpur: Perniagaan Rita

Nor Sedek Ismail. 22/04/2000. Budaya Orang Asli Unik. Utusan Malaysia.

EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN | TUGASAN 2 Aien Farha Binti Mohd Khosaini 7

Anda mungkin juga menyukai