Anda di halaman 1dari 6

Sirih junjung berhias indah,

Sekacip pinang pembuka kata,

Bunga manggar kilau bercahaya,

Datang berkunjung ke majlis meriah,

Sejarah terukir nilai permata,

Lembaran sejarah kini bermula.

Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke dewan,


menuju ke pelamin yang tersergam indah di hadapan,
pasangan pengantin yang cantik lagi menawan, yang
segak juga rupawan, pasangan Raja Sehari;

IZAD BIN ARIPIN bersama pilihan hatinya SITI NUR


AQIDAH BT OTHAMAN

<PENGANTIN DIARAK KE PELAMIN DIRINGINI PALUAN


KOMPANG>

 
<PENGANTIN BERADA DI ATAS PELAMIN>

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara 

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang dihormati tuan-tuan, puan-puan serta hadirin


sekalian, bagi pihak keluarga EN.ARIPIN DAN
PN.NORAINI saya ingin mengalu-alukan kehadiran
semua  ahli keluarga Abdul Aziz ke majlis hari  ini.
Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah
bermakna dan dapat menyerikan majlis kita pada hari
ini.

Burung Nuri hinggap di balai

Balai seri buatan Pak Tua 

Tempat berehat rakan dan taulan

Duduk tersenyum kedua mempelai 

Menadah tangan memanjatkan doa


Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan


dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin
oleh EN MOHD ASHRI BIN MOHD NASIR.

<BACAAN DOA>

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Anak teruna mengail patin

Mengail patin di tepi titi

Senyum terukir pasangan pengantin

Tanda gembira penuh di hati

Baiklah, kita teruskan majlis dengan acara merenjis air


mawar.

Dengan itu, saya menjemput:

Ayahanda dan bonda pengantin lelaki


En Aripin dan Pn Noraini

Maklong Nyaros

Paklang,En Saleh dan maklang,Pn Faridah

Pakteh,En Mohd Nasir dan makteh,Pn Siti Khadijah

Andak,Pn Azizah

Pakcik,En Zainal dan makcik,Pn Sarina Azida

Paksu,En Azham dan acu,Pn Zaiton

<SESI MERENJIS>

Demikianlah tadi, acara merenjis air mawar dan salam


restu bagi memeriahkan lagi majlis persandingan ini,
kita teruskan dengan sesi bergambar mengikut
keluarga.mohon kerjasama semua ahli keluarga
bersedia bagi melancarkan perjalanan majlis.

Majlis menjemput ke semua ahli keluarga pengantin


lelaki

Maklong dan keluarga

Paklang dan keluarga

Pakteh dan keluarga

Andak dan keluarga

Pakcik dan keluarga

Paksu dan keluarga

Kesemua ahli keluarga


<SESI BERGAMBAR>

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada


hari ini iaitu acara memotong kek. Dengan rasa
hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin ke
meja kek yang disediakan.

<PENGANTIN MEMOTONG KEK>

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain


ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang
tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga
buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan
Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Dijemput pasangan mempelai kita yang diraikan pada


hari ini untuk ke ruang bawah ini bagi beramah mesra
dengan tetamu yang hadir dan para tetamu dijemput
untuk menjamu juadah yang disediakan.

<PENGANTIN BERAMAH MESRA DENGAN TETAMU>

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta


Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa


mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa
yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat
buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah
wassalamualaikum WBT.

 
`

Anda mungkin juga menyukai