Anda di halaman 1dari 1

Ucapan wakil murid

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan
Guru Besar, Barisan guru penolong kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Saya sebagai wakil
murid Sekolah Kebangsaan RPS Terisu ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru
kepada semua guru yang berada di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang
dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada
tahun ini dengan bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa” bertepatan dengan dunia
pendidikan masa kini dalam membentuk dan melahirkan murid yang cemerlang dalam semua
bidang demi agama, bangsa,dan Negara. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru.
Lantaran itu,marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan
haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar
nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru merupakan pengganti ibu bapa
kita di sekolah. Oleh itu,hormatilah guru-guru kita. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat
dan bimbingan mereka.
Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah insan yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar sehingga kita
Berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.
Oleh itu guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.
Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah
jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu dikenang. Terima kasih cikgu. Saya akhiri ucapan
saya dengan fragmen sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa.
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai