Anda di halaman 1dari 41

LUKISAN

Perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah Drawing yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan to draw adalah dari perkataan Old English iaitu dragan yang bermaksud to drag dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan. Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan. Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk Unforgettable Fire yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima. Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi sejarah dan artistik. Hal ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu daya visualisai, daya emosi dan daya estetika. Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi. Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah.

Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk

meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang. Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah: a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar, b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa. c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik) d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang terbaik. Karya lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering. Karya lukisan merupakan kerja peringkat awal yang dibuat untuk menghasilkan catan. Karya lukisan mementingkan unsur garisan untuk membentuk imej dan tidak menggunakan warna, kecuali warna daripada alat tulis seperti pensel warna atau krayon. Lukisan biasanya dihasilkan secara sepontan serta dapat menunjukkan keaslian dan keindividuan gaya persembahan pelukisnya.

JENIS-JENIS LUKISAN Lukisan Figuratif: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

Lukisan Kajian: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Lukisan Informasi: Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih.

Lukisan Teknikal: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna.

Lukisan Konseptual: Pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.

Lukisan Artistik: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.

Lukisan Ilustrasi: Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif.

ELEMEN ASAS LUKISAN Kualiti Garisan: Garisan merupakan elemen sangat penting dalam sesebuah hasil karya lukisan. Tanpa garisan seolah-olah ia bukan sebuah hasil lukisan sebaliknya menjadi karya catan. Hanya dengan garisan yang bersahaja dapat membentuk imej. Misalnya karya Sochu Suzuki bertajuk Mouse (1980), dengan satu palitan garisan ala kaligrafi dapat menggambarkan seekor tikus. Inilah kekuatan garisan. Sebenarnya kualiti garisan itu bukan tertumpu kepada kekuatan pada sesuatu karya sahaja tetapi ia boleh memberi kesan ilusi kepada kita. Contoh karya ahli teori kognitif Gestalt menghasilkan lukisan garisan yang boleh memberi kesan ilusi kepada kita. Perspektif: Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang sempurna. Pendedahan kepada nilai perspektif adalah latihan awal kepada pelukis. Pendedahan melukis di luar studio dapat menerangkan kedudukan perspektif yang betul. Terdapat perspektif satu titik lelap, dua titik lelap, tiga titik lelap dan perspektif pelbagai titik lelap. Kesan Pencahayaan: Pada umumnya karya lukisan akan lebih menarik sekiranya pengkaryanya dapat menfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Penggunaan kesan cahaya dapat memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana pada karya tersebut. Aspek-aspek yang penting bagi menentukan pencahayaan ialah kawasan paling cerah, cerah, bebayang, bebayang gelap, pantulan cahaya dan bebayang objek. Jalinan dan Gesture: Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna. Kesan Gesture juga dapat membentuk jalinan yang menarik. Pelukis terkenal akan mempelajari lukisan melalui lakaran yang bebas tetapi menampakkan imej yang hendak disampaikan. Kesan jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintit, garisan bergoris dan sebagainya. Jalinan juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton. Corak dan reka bentuk: Pada umumnya corak dan reka bentuk dalam karya lukisan adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya. Karya Jasper Johns bertajuk Flag (1958) sebagai contoh karya lukisan yang menekankan

satu corak dan reka bentuk. Beliau menggunakan pensil di atas permukaan kertas untuk membentuk corak dan reka bentuk sebagai lakaran yang bersahaja tetapi mempunyai gaya persembahan yang menarik. Ruang: Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna. Pelukis master menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya. Karya lukisan Cina menggunakan ruang kelegaan sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga jenis ruang yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan iaitu ruang dalam, ruang cetak dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek yang akan dilukis. Struktur: Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan menentukan struktur bentuk terlebih dahulu. Pelukis harus diajar membentuk struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Sebagai contoh lukisan yang banyak menggunakan struktur ialah lukisan teknik. Bentuk: Kajian bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara perspektif, ton, jalinan dan struktur. Pelajaran awal pelukis didedahkan dengan bentuk-bentuk geometri seperti bulat, empat segi, kun dan sebagainya.

Media dan teknik lukisan Media: Media kering yang sering digunakan ialah pensil, arang/charcoal, berus, pastel, semua jenis pen, berus, conte dan pensil warna. Manakala media basah yang selalu digunakan ialah cat air, dakwat, cat akrilik, cat minyak, cat poster dan cat tempera. Teknik: Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang berterusan. Antara teknik yang paling popular ialah teknik Gesture yang menjadi satu identiti dalam karya lukisan. Walau bagaimanapun banyak teknik boleh diterokai untuk mendapatkan mutu karya yang baik. Lukisan telah menjadi asas penting kepada semua kepakaran seni. Di mana ia telah dipraktikkan sejak pra sejarah, pertengahan dan sekarang. Pada lewat abad ke-12 ia telah meninggalkan banyak bentuk seni popular kepada seniman dan amatur. Lukisan juga menawarkan kita saluran yang menarik untuk seni imaginasi. Lukisan boleh menyelamatkan pengalaman menarik dan sementara ia tidak membuat perhubungan antara peribadi dan sejagat sepenuhnya dengan jelas, lukisan boleh mempunyai pandangan sepintas lalu ke dalam pengalaman itu. Ia boleh membangkitkan memori. Ia boleh menjatuhkan cahaya dorongan hidup seperti kematian, percintaan, kuasa, mengejar intelektual, kerja, impian dan emosi. Lukisan juga adalah bentuk seni yang bersifat demokrasi yang bermaksud pelukis dapat atau mempunyai hak kebebasan dalam menghasilkan seni. Nilai lukisan tidak sahaja untuk sesuatu yang mudah diperoleh tetapi terhadap kerapatan kemesraannya dan potensi untuk bekerja melalui idea. Lukisan juga boleh mempunyai kesannya dengan maksud yang lebih sederhana. Lukisan kini dengan teguh wujud sebagai medium dalam pandangannya yang tersendiri. Lakaran kini juga mempunyai nilai aestetik dan komersil yang memberi taraf sama dengan catan dan arca. Konsep Renaissan tentang peraturan lakaran di dalam seni tampak adalah dipengaruhi dengan mendalam sejak dahulu lagi. Zaman Renaissan, mempunyai dua fungsi. Pertama melatih pelukis muda. Kedua menjadi jalan kepada kelahiran pelukis untuk meluahkan idea sebelum karya sebenar.

PROSES PENGHASILAN LUKISAN Untuk menghasilkan karya lukisan, penekanan kepada perkara-perkara seperti jenis lukisan, elemen asas, media dan teknik merupakan perkara yang harus dititikberatkan. Bagi kerja-kerja studio, pengamatan akan menumpukan kepada pemokusan objek, komposisi dan susunan objek yang akan dilukis. Manakala di luar studio penekanan kepada pemokusan dengan menggunakan tetingkap dan melihat dari aspek perspektif serta pencahayaan. Aspek-aspek pengamatan semasa melukis perlu diberi penekanan antaranya ialah: ruang dan objek, subjek dan latar belakang dan saiz dan kadar banding. Perkara-perkara ini adalah sebagai penilai kepada sesuatu karya.

MUHAMMAD HAZWAN BIN KHAIRIL KHALID: Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia baginda Muhammad SAW, ahlul bayt, dan Para Sahabat baginda. Tidak lupa mendoakan kesejahteraan kehidupan ibu pendidik jiwa, bapa si jantung hati dan guru-guru termasuk para pensyarah yang pernah dan masih mendidik penulis semoga dalam lindungan dan berkah Allah senantiasa selalu. Penulis mengucapkan rasa syukur di atas kejayaan menghasilkan tugasan ini dengan penuh lancar. Komitmen penulis terhadap tugasan ini teramat tinggi memandangkan penulis sudah menganalisis dan bermuhasabah di atas kesilapan penulis dalam tugasan sebelum ini termasuk dalam disiplin waktu dan komitmen kerja. Penulis melakukan tugasan ini dengan bantuan dan motivasi sahabat penulis dalam menyiapkan tugasan ini dengan waktu yang ditetapkan pensyarah walau bertembung dengan praktikum. Segala kesyukuran di atas penghasilan tugasan ini. Mohon maaf diatas kealpaan penulisan ini mungkin terdapat kesalahan ejaan atau tertinggal mana-mana isi penting yang dikehendaki oleh pensyarah. Pelbagai manfaat penulis memperolehi dalam proses menyiapkan tugasan ini. Kerjasama pensyarah yang menilai tugasan ini amatlah penulis hargai. Semoga penilaian ini dinilai dengan sewajarnya. Wassalam.

BORANG REKOD KOLABORATIF KERJA KURSUS NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN : :... : SEMESTER: .

MATA PELAJARAN : .. PENSYARAH PEMBIMBING: PERKARA YANG DIBINCANGKAN TANDATANGAN PENSYARAH

TARIKH

KOMEN

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

TARIKH : 22 SEPTEMBER 2013


MUHAMMAD HAZWAN BIN KHAIRIL KHALID

910806-11-5433

Muhammad Hazwan bin Khairil Khalid Unit PSV/PJ/BM Semester 6 910806-11-5433

Tugasan yang diberikan kepada kami ialah menghasilkan karya lukisan yang bertemakan townscape(lanskap bandar) menggunakan media arang melalui gambar yang kami ambil. Masa yang diberikan hanyalah seminggu lebih selepas taklimat yang diberikan sewaktu kami masih lagi berpraktikum. Perbincangan yang saya lakukan bersama pensyarah sempat berlaku apabila pensyarah memantau pengajaran praktikum untuk kali akhirnya. Pensyarah kami, Tuan Haji Nazli bin Hamzah sendiri menasihati saya untuk terus berhubung untuk sebarang maklumat bagi mengelakkan berlaku salah faham dalam menyiapkan hasil kerja kali ini. Saya memulakan pencarian melalui sumber internet tentang lanskap bandar. Amat kurang maklumat yang saya perolehi berkenaan lanskap bandar. Namun contohcontoh yang diperolehi banyak membantu saya untuk meneruskan tugasan ini. Seterusnya saya mengambil langkah ke hadapan dengan mengambil gambar secara di kawasan bandar Kuala Terengganu sehinggalah pandangan atas melalui pemandangan daripada Taman Panorama. Pelbagai perbincangan yang saya soal melalui SMS kepada pensyarah disebabkan keterbatasan jarak untuk bertemu secara personal. Akhirnya keputusan hasil perbincangan kami, saya putuskan untuk melakarkan pemandangan Masjid Putih yang berhampiran Istana Maziah.

Lakaran dan penghasilan karya terakhir dihasilkan dalam masa 5 hari. Kemudiannya saya menggunakan penyembur untuk memastikan keutuhan hasilkan karya. Saya menyiapkan penulisan dan lakaran sehingga tiga malam tidak tidur dengan cukup bersama-sama dengan rakan lain seperti Halim, Umzarul, Fahmi, Syuhada dan Sayed Saufi. Akhirnya bingkai yang ditempah melengkapkan hasil karya yang dihasilkan. Semoga ini memberi inspirasi kepada kami untuk menghasilkan karya yang lebih baik.

NAMA: MUHAMMAD HAZWAN BIN KHAIRIL KHALID NO MATRIK: 124161 TARIKH LAHIR: 6 OGOS 1991 NO KAD PENGENALAN : 910806-11-5433 ALAMAT : 4278, JALAN TOK RENEK, KAMPUNG PADANG MIDIN, 21400 KUALA TERENGGANU. NO TELEFON: 014-512 5835 EMEL: ibnukhalid313@yahoo.com

NAMA: MUHAMMAD HAZWAN BIN KHAIRIL KHALID NO MATRIK: 124161 TARIKH LAHIR: 6 OGOS 1991 NO KAD PENGENALAN : 910806-11-5433 NAMA PENSYARAH: TUAN HAJI NAZLI BIN HAMZAH TARIKH HANTAR: 22 SEPTEMBER 2013

Anda mungkin juga menyukai