Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang berusaha Tuan Pengetua Pn.

Naterah
bt Jusoh, guru-guru dan rakan pelajar yang dikasihi. Terima kasih kerana memberi saya
peluang untuk berucap pada pagi yang bahagia ini. Saya berasa sungguh bangga dan
bertuah pada hari ini kerana dapat meraikan majlis ini bersama para guru yang dikasihi.

Hadirin sekalian,

Seluruh masyarakat pendidik pada hari ini akan merayakan Hari Guru yang
bertarikh 16 Mei pada setiap tahun. Walaupun tarikh sambutan di peringkat sekolah
sedikit terlewat, namun objektifnya tetap tidak berubah. Tujuannya adalah untuk
memperingati perjuangan dan pengorbanan guru-guru kepada kita. Kita amat bertuah
kerana mendapat guru-guru yang sungguh berdedikasi dalam kerjaya mereka. Mereka
sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit untuk memberikan pendidikan kepada
kita. Guru diibarat lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain.

Guru boleh diibaratkan seperti ibu bapa angkat kepada pelajar-pelajar. Tugas guru
dalam mendidik anak bangsa bukan mudah kerana merekalah penentu jatuh bangunnya
sesebuah negara. Pelbagai pihak turut menyalahkan guru-guru jika pelajar-pelajar runtuh
akhlak mereka dan kecundang dalam pelajaran. Tanpa mereka sedari sikap para pelajar
itu sendiri yang mampu mentitiskan air mata guru-guru kerana disiplin dan kelakuan
yang amat rendah. Guru-guru sebenarnya amat ikhlas mendidik pelajar.

Hal ini jelas terbukti dengan tahap pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang
akademik dan kokurikulum cukup memuaskan. Tanpa bantuan mereka mungkin tahap
yang sedemikian cemerlang tidak akan tercapai. Kepada guru-guru kami mengucapkan
jutaan terima kasih atas pengorbanan yang telah diberikan selama ini. Bersempena hari
yang penuh bahagian ini, kami berharap semua guru bergembira dan terhibur dengan
persembahan dan program khas yang akan diadakan sebentar lagi.

Sempena 16 Mei ini juga, saya mewakili rakan-rakan mengambil kesempatan


untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Semoga
semua guru berjaya dalam tugas masing-masing. Tiada balasan yang setimpal untuk
menunjukkan penghargaan kami. Kepada guru-guru, yang pastinya kami akan belajar
bersungguh-sungguh. Terimalah serangkap pantun daripada saya :

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai