Anda di halaman 1dari 2

Laporan Pelaksanaan Aktiviti Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Sungai Layar

Tahun 2016

1. Kempen dan Informasi


- Berjaya dilaksanakan sepanjang bulan Januari untuk menarik minat pelajar Tingkatan 1
bagi menyertai Kadet Bomba tetapi kurang sambutan. Pelajar lebih berminat untuk
menyertai unit beruniform yang lebih ramai keahliannya seperti Kadet Polis dan Kadet
Pertahanan Awam. Pihak Sekolah adalah dicadangkan untuk melakukan ‘streaming’
supaya setiap unit beruniform mempunyai bilangan keahlian yang sama banyak.
- Bilangan ahli Kadet Bomba bagi sesi pagi yang didaftarkan adalah cuma seramai 51
orang dan sesi petang seramai 57 orang

2 Kursus Kadet Bomba dan Ujian Kenaikan Pangkat


- Kursus kenaikan pangkat dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 28 – 30 jan 2016
walaupun mengalami masalah kewangan dan logistik kebombaan. Seramai 40 orang
anggota kadet yang berkelayakan telah menyertai kursus dan 23 orang telah layak untuk
ditauliahkan pangkat (rujuk keanggotaan platun Kadet Bomba dan Penyelamat SMK
Sungai Layar
- Lampiran : Dokumentasi Perkhemahan Kadet Bomba dan Ujian Kenaikan Pangkat

3 Kajian Kebombaan
- Sepanjang tahun 2016, kadet bomba telah mengenalpasti bilangan pili bomba yang
terdapat di kawasan sekolah dan memastikan pili bomba ini berada di dalam keadaan
baik dan tidak terlindung. Usaha untuk mengecat pili bomba kepada warna merah (
terkini) tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan kewangan dan kesungguhan ahli
kadet untuk terlibat dalam aktiviti ini. Perancangan tahun 2016 adalah untuk
mewujudkan Progaram Pili Bomba Angkat kepada ahli kadet.

4 Penyediaan buku kehadiran dan Penilaian Kokurikulum


- Buku rekod kokurikulum diselia dengan baik dan semua ahli kadet memastikan setiap
kehadiran ditandatangan oleh guru penasihat dalam buku rekod

5 Pertandingan Kawad Kecekapan Kadet Bomba / Perkhemahan Kadet Bomba KMY


- 10 orang anggota kadet telah menyertai Pertandingan Kemahiran Kebombaan Kadet
Bomba KMY yang diadakan bertujuan untuk memilih kadet bagi mewakili KMY ke
Perkhemahan Kadet Bomba peringkat negeri. Selepas ditunda atas faktor cuaca
kepanasan melampau, pertandingan berjaya juga dijalankan tetapi hanya melibatkan
beberapa acara sahaja. Malangnya, pada tahun 2016 tiada Perkhemahan peringkat
negeri dan peringkat kebangsaan diadakan disebabkan kekangan kewangan.
- Tarikh : 4 April 2016
Tempat : Balai Bomba Yan
Pertandingan Kemahiran 1. Kawad Operasi Berhalangan L/P
2. Brain and Brawn ( Cabaran mental dan fizikal) L/P
Keputusan : Tempat ke-4 (Lelaki) dan Tempat ke-6 (Perempuan)

6 Perjumpaan Ahli
- Latihan mingguan dapat dilaksanakan sebanyak 18 kali sepanjang tahun 2016. Masa
yang diperuntukkan (Hari Rabu, jam 7.40- 8.40 pagi) agak terhad dan masa yang sukar
untuk memohon bantuan jurulatih daripada Jabatan bomba (Waktu peralihan syif
tugasan harian)
7 Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform
- Berjaya dilaksanakan bertarikh 10-12 Mac 2016 melibatkan semua unit beruniform
sekolah. Seramai 20 orang anggota kadet telah penyertai perkhemahan tersebut yang
diadakan di dalam kawasan sekolah setelah mengambil kira faktor kewangan, logistik
dan keselamatan pelajar. Pengisian yang menarik dan memberikan pengalaman yang
berguna kepada anggota kadet yang menyertainya. Perkhemahan berjalan lancar dan
tiada masalah yang tidak diingini berlaku.

8 Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SMK Sungai Layar


- Berjaya dilaksanakan bertarikh 28 Sept 2016 melibatkan semua unit beruniform sekolah.
Seramai 16 orang anggota kadet telah menyertai pertandingan tersebut. Latihan intensif
selama 2 minggu telah diadakan sebagai persediaan setelah mengambil kemahiran asas
kawad kaki yang masih lemah di kalangan anggota kadet. Pasukan Kadet Bomba telah
mendapat naib johan kategori lelaki dan ketua platun terbaik. Diharap kejayaan ini dapat
menyuntik semangat anggota kadet untuk berusaha lebih gigih bagi menghadapi
pertandingan pada tahun 2017.

9 Aktiviti tambahan :
- Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform SMK Sungai Layar kelolaan Kadet Bomba dan
Penyelamat SMK Sungai Layar bertarikh 27 Mac 2016
- Perbarisan kehormat sempena Hari Kokurikulum SMK Sungai Layar bertarikh 4 Ogos
2016

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………. ………………………………...
Mohd Fadzli Nor bin Abd Hamid
Penolong Penguasa Kadet
Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
SMK Sungai layar

Tarikh : 24 November 2016

Anda mungkin juga menyukai