Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM KAYAK KEMERDEKAAN KE-59

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

Tarikh

: 17 Ogos 2016 18 Ogos 2016

Tempat

: Sungai Kota Tinggi ke Johor Lama

Ketua

: Muhammad Faris Bin Hashim

AJK

: Muhamad Aiman Haziq Bin Ar Azmi

Pada 17 Ogos 2016 dan 18 Ogos 2016, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
IPGK Temenggong Ibrahim dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah
mengadakan satu program iaitu Program Kayak Kemerdekaan Ke-59 yang bermula di
Sungai Kota Tinggi dan berakhir di Johor Lama. Seramai 60 orang guru pelatih telah
terlibat dengan aktiviti yang dijalankan ini.
SEBELUM
Setiap ahli jawatankuasa yang dilantik telah dibahagikan kepada tugas masing-masing.
AJK Pengangkutan telah mengisi borang permohonan penggunaan kenderaan iaitu bas
dan van bagi membawa guru pelatih dari IPG bergerak ke Sungai Kota Tinggi. Setelah
semua permohonan diluluskan, program ini menerima sebuah bas dan van. Setelah itu,
pensyarah penyelaras program telah menyewa sebuah lori untuk membawa kayakkayak yang diperlukan untuk menjayakan program ini. Sebanyak 30 buah kayak telah
digunakan dan diangkut dengan menggunakan lori yang telah disewa. Kayak-kayak
tersebut telah diletakkan di Bangunan Seri Warisan, Kota Tinggi. Pada 17 Ogos 2016,
kami telah mengadakan sesi latihan untuk berkayak di Sungai Kota Tinggi. pergerakan

Kayak-kayak yang digunakan dibawa menaiki lori ke Kota Tinggi

SEMASA
Pada 17 Ogos 2016, kami telah mengadakan satu sesi latihan untuk berkayak di Sungai
Kota Tinggi. Tepat jam 2.00 petang, semua guru pelatih yang terlibat telah bergerak ke
Kota Tinggi dengan menaiki bas dan van yang telah diberikan oleh pihak pengurusan
IPG. Semua guru pelatih telah selamat tiba di Kota Tinggi pada jam 3.15 petang.
Setelah selesai menjalani sesi latihan berkayak pada jam 6.00 petang, semua guru
pelatih bergerak pulang ke IPG dan hanya 5 orang guru pelatih sahaja yang bermalam
di Kota Tinggi dengan tujuan menjaga kayak-kayak untuk program ini.
Pada keesokkan hari iaitu 18 Ogos 2016, semua peserta program ini telah
bergerak dari IPG pada jam 6.30 pagi dengan menaiki bas dan van. Pengarah IPG
Kampus Temenggong Ibrahim telah merasmikan program ini pada jam 8.30 pagi dan
peserta program memulakan aktiviti berkayak sejurus selepas program ini dirasmikan.
Seramai 3 orang pensyarah dan seorang staf sokongan telah mengiring peserta
program kayak kemerdekaan dengan menaiki sebuah bot kecil dan sebuah dinghy.
Pensyarah pengiring dan staf sokongan mengiringi peserta program bagi tujuan
keselamatan dan mengelak daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Pensyarah pengiring menaik dinghy untuk memantau peserta program

SELEPAS
Setelah selesai Program Kayak Kemerdekaan Ke-59 ini, kayak-kayak yang telah
digunakan dihantar pulang ke IPG dengan menaiki lori yang telah disewa. Satu
mesyuarat post-mortem telah diadakan bagi membincangkan kekuatan, kelemahan dan
cadangan penambahbaikan tentang Program Kayak Kemerdekaan Ke-59 ini. Semua
peserta program telah selamat tiba di IPG tepat jam 10.00 malam.

KEKUATAN
Antara kekuatan yang dapat dinyatakan pada AJK Pengangkutan ialah pengurusan
penempahan bas telah dilakukan lebih awal. Hal ini menyebabkan tidak berlaku
sebarang kesulitan semasa penempahan bas. Selain itu, pemandu bas juga telah
dimaklumkan lebih awal tentang tentatif program dan perjalanan bas.

KELEMAHAN
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan oleh AJK Pengangkutan. Antaranya
ialah perjalanan atau pergerakan bas tidak dapat menepati masa dan sedikit lewat
daripada masa yang dirancangkan. Hal ini memandangkan kerana guru pelatih tidak
dapat menepati masa semasa berkumpul di setiap perhentian.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mengatasi beberapa kelemahan dan isu yang timbul, beberapa cadangan
penambahbaikan telah dicadangkan. Antara cadangan penambahbaikan ialah guru
pelatih perlu menepati masa yang telah ditetapkan. Hal ini supaya jadual perjalanan bas
dapat berjalan seperti yang dirancang. AJK Pengangkutan perlu lebih tegas dalam
memastikan semua guru pelatih lebih menepati masa.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.............................................................

..........................................................

(MUHAMMAD FARIS BIN HASHIM)

(EN. HISHAMUDDIN BIN HASSAN)

KETUA AJK PENGANGKUTAN,

PENYELARAS PROGRAM,

PROGRAM KAYAK KEMERDEKAAN

PROGRAM KAYAK KEMERDEKAAN

KE-59.

KE-59.

Anda mungkin juga menyukai