Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN TUGASAN AJK PERALATAN.

AJK PERALATAN GANESAN A/L MUNIANDY (KETUA) MOGANAVALLI A/P NARAYANAN TING CHAI YIN SIVARAJ A/L SEGAR CHONG SIN YEE ONG AI CHIN Tugasan AJK peralatan bermula sehari sebelum Program Bina Insan Guru ( BIG ) diadakan di Nusa Camp,Kuala Tahan, Jerantut,pahang iaitu pada 23 Jun 2013 bersamaan hari Ahad.Kami telah mengadakan simulasi memasang khemah peserta, mengikut kumpulan masing-masing.Semasa memasang khemah para peserta diminta menyemak peralatan perkhemahan disamping itu memastikan khemah dalam keadaan yang baik dan bersih.Kami juga menyemak dan menyediakan peralatan yang harus dibawa ke program BIG bersama ahli kumpulan yang telah diagihkan. Pada 24 Jun2013,bersamaan hari Isnin para peserta bersama pensyarah telah berkumpul di hadapan Astaka Khalid Al Walid untuk bertolak ke Nusa Camp.Para peserta telah menaikan barang - barang yang hendak digunakan sepanjang BIG ini kedalam bas IPGK Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis,Pahang.Kami menyusun barang barang tersebut secara teratur dan kemas didalam bas supaya ia tidak rosak dan hilang. Apabila kami tiba di Nusa Camp,Jerantut para peserta bersama ajk peralatan diminta menurunkan barang barang keperluan asas BIG disusun ditempat yang selamat supaya ia dapat diagihkan kepada setiap kumpulan.Semasa memberi peralatan tersebut ketua kumpulan setiap kumpulan diminta menurunkan

tandatangan dalam borang penerimaan barang supaya mereka tidak menghilangkan barangan tersebut dan memulangkan kepada urusetia peralatan dalam keadaan yang baik.

Selain peralatan perkhemahan,ajk peralatan juga memberi peralatan memasak mengikut kuatiti peserta dalam setiap kumpulan.Ketua Kumpulan telah menerima barang barang tersebut dalam keadaan bersih dan tersusun.Semasa

mengagihkan peralatan ini semua kepada setiap kumpulan kami telah dibantu oleh En.Shafuan Azraf Bin Azahan,pembantu am pejabat unit kokurikulam IPGKTAA. Peralatan yang dibawa ke perkhemahan BIG,telah sentiasa diawasi oleh ajk peralatan supaya tidak dicuri atau rosak.Pada 25 Jun 2013,para peserta telah menggunakan peralatan kayak yang dibawa dari IPGKTAA.Urusetia peralatan telah mengagihkan barang barang kayak mengikut bilangan peserta dan kumpulan.Para peserta diminta menulis nombor jaket keselamatan yang diambil dalam borang penerimaan barang supaya pihak urusetia mengetahui bilangan barang yang diambil dan keadaan barang tersebut semasa memulangkan kepada urusetia peralatan.Barang barang yang digunakan dalam aktiviti berkayak telah dicuci dan disusun di tempat yang teduh,supaya kumpulan kedua dapat menggunakan pada keesokkan harinya iaitu pada 26 Jun 2013 dalam keadaan yang selamat dan bersih.Prosedur yang sama telah dijalankan oleh ajk peralatan kepada kumpulan dua.Para peserta telah memberi kerjasama kepada ajk peralatan untuk

menguruskan peralatan semasa berkayak. Pada hari terakhir BIG iaitu 27 Jun 2013,para peserta bersedia untuk pulang tetapi ajk peralatan tetap mengutamakan tanggujawab yang diberi disempurnakan dengan teratur dan berkesan.Kami telah menyemak peralatan yang diberi kepada setiap kumpulan seperti yang ditandatangani dalam borang penerimaan barang.Ada kumpulan telah menyerahkan barang yang diterima dalam keadaan yang baik walaupun beberapa kumpulan telah tercicir barang yang dipinjam dan pihak penganjur meminta mereka ganti barang barang tersebut dalam masa terdekat. Kami ajk peralatan telah dipertanggujawabkan untuk membawa barang barang yang disimpan di bilik stor Nusa Camp,Jerantut.Kami adalah kumpulan terakhir yang menghabiskan BIG,di sana.Para peserta telah membantu kami untuk menaikan barang barang memasak seperti tong gas dan dapur masak.Dalam kepenatan para peserta sentiasa menolong antara satu sama lain bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Mereka telah menyusun barang barang tersebut dalam keadaan teratur dalam bas.

Apabila kami tiba ke IPGKTAA para peserta bersama ajk peralatan telah mencuci semua khemah,poncho,jaket keselamatan dan fly sheet yang telah digunakan dalam BIG ini.Kami telah menyidai semua yang di cuci sekitar Astaka Khalid Al Walid.Walaupun para peserta dalam kepenatan tetapi mereka telah menjalankan tugasnya dengan teratur dan kemas bersama ajk peralatan.Manakala peralatan yang lain seperti memasak ,dapur dan tong gas telah dipulangkan ke unit kokurikulam dengan selamat dan bersih. Para peserta dan ajk peralatan telah diminta datang pada 28 Jun 2013 bersamaan hari Jumaat ke Astaka Al Walid untuk menyimpan peralatan yang dicuci dengan kemas dan teratur dalam stor Gerko.BIG ini telah tamat dengan sempurna di mana ajk peralatan menjalankan tugas dengan sempurna, disamping itu mempelajari sesuatu yang berguna pada masa akan datang. KUANTITI YANG DIAMBIL 12 12 20 44 28 30 2 6 6 7 BAKUL KUANTITI YANG DIPULANGKAN 12 12 20 44 28 30 2 6 6 7 BAKUL G-041rosak

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

NAMA ALATAN GROUND/FLY SHEET PONCHO KHEMAH BOUYANCY AIDS HELMET PADDLE PETI KECEMASAN FLOORTING ROPS TONG GAS DAPUR PERALATAN MASAK

CATATAN

Laporan disediakan oleh, ---------------------------------------(GANESAN A/L MUNIANDY) KETUA PERALATAN BIG PISMP SEM 1AMBILAN JUN 2013

4 JULAI 2013

Anda mungkin juga menyukai