Anda di halaman 1dari 6

Praklausa

Kata praklausa ialah sejumlah kata yang terletak di depan klausa yang terdiri daripada kata seru, tanya, perintah, pembenar, dan pangkal ayat. Tugas perkataan yang demikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa. Bentuk kata yang tergolong kepada kata praklausa seperti :-

Kata Seru bentuk kata yang berfungsi melahirkan pelbagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contohnya: aduh, cis, wah, aduhai, eh, syabas, wahai, oh, amboi

Aduh, sakitnya gigiku! Cis, berani kau melawan!

Kata Tanya perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka hendaklah diletakkan partikel kah. Contohnya: siapa, kenapa, mengapa, berapa, apa, bila, mana

Berapakah jumlah wang awak? Bilakah kamu mahu bayar? Awak hendak ke sana bila?

Kata Perintah
bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan.

Contohnya: jangan, jemput, minta, harap, tolong, usah, sila

1. Jangan buat bising di sini. 2. Sila ambil buku anda.

Kata Pembenar
bertujuan mengesahkan sesuatu penyataan. Contohnya: ya, benar, betul.

Ya, itulah keretanya. Benar, itu ibu saya.

Kata Pangkal Ayat perkataan yang hadir di permulaan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.

Contohnya : syahadan, kalakian, sebermula, arakian, maka, alkisah, adapun

Maka puteri pun diarak ke istana. Alkisah tidak beberapa lama kemudian, matilah pemberontak itu.

Anda mungkin juga menyukai