Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN JAWATANKUASA KHEMAH

PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP AMBILAN JUN 2013 IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 24 27 JUN 2013 NUSA HOLIDAY VILLAGE , KUALA TAHAN , JERANTUT

SENARAI NAMA AJK KHEMAH KARTHIK CHANTARAN TAN PEY MOON NG LEA HWEE LIM HUI HUAN KEK ZI XIN

SEBELUM PROGRAM Kerja Jawatankuasa Khemah bermula sehari sebelum kami bertolak ke Kuala Tahan iaitu pada 23 jun 2013.Pada hari tersebut, semua peserta berkumpul di Astaka Khalid Alwalid untuk mempelajari cara-cara memasang khemah di tapak perkhemahan nanti serta memeriksa setiap khemah yang akan digunakan sepanjang program nanti sebagai tempat penginapan peserta.Sebanyak 18 buah khemah telah diagihkan kepada 69 peserta dengan nisbah 1 khemah untuk 3 orang dan ada 5 buah khemah yang besar diagihkan dengan kadar 4 hingga 5 orang untuk satu khemah.Semua khemah yang diperiksa berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan.Kami telah menambah 2 buah khemah untuk digunakan jika berlaku kerosakkan pada khemah yang dipilih dengan jumlah khemah yang akan dibawa adalah sebanyak 20 buah.Kami juga telah meletakkan nama peserta yang akan menggunakan khemah tersebut pada setiap satu bagi memudahkan kerja-kerja pengagihan dan pemeriksaan di tapak nanti.

SEMASA PROGRAM Rombongan peserta program Bina Insan Guru fasa 1 PISMP Ambilan Jun 2013 seramai 69 orang dengan pensyarah iringan tiba di tapak perkhemahan di Nusa Holiday Village , Kuala Tahan pada pukul 2 petang.Kerja-kerja pengagihan dan taklimat pemasangan khemah yang diberikan sehari sebelum itu telah memudahkan kerja di tapak. Semua peserta mengambil khemah yang ditanda dengan nama masing-masing dan memasang khemah di tapak perkhemahan dengan baik.Khemah tersebut digunakan sebagai tempat penginapan sepanjang 3 malam program yang dijalankan.Tiada khemah yang rosak semasa pemasangan khemah oleh peserta.

SELEPAS PROGRAM Khemah-khemah yang dipasang telah dibuka semula dan disimpan dengan kemas di dalam beg khemah pada hari terakhir perkhemahan.Jumlah khemah yang dibawa adalah 20 dan tiada kehilangan atau kerosakkan berlaku.Apabila sampai di kampus , semua peserta secara gotong-royong mencuci semua khemah yang digunakan agar tiada lumpur atau pasir.Khemah yang dicuci disidai di koridor dan penghalang besi di Astaka.Pada hari keesokkannya, khemah-khemah tersebut dilipat denga kemas dan dimasukkan ke dalam beg khemah dan disimpan di setor menyimpan peralatan di Astaka.Kerja Jawatankuasa Khemah berakhir dengan jaya.Saya selaku Ketua Jawatankuasa Khemah mengucapkan terima kasih kepada pembantu-pembantu saya yang menolong saya sepanjang tugas ini serta semua peserta yang memberi kerjasama yang membanggakan.

Sekian sahaja laporan Jawatankuasa Khemah untuk Program Bina Insan Guru kumpulan PISMP Ambilan Jun 2013 fasa 1.

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI ; 1 AGENDA

Yang menjalankan tugas,

C.Karthik
. KARTHIK CHANTARAN KETUA JAWATANKUASA KHEMAH

Anda mungkin juga menyukai