Anda di halaman 1dari 5

Ulasan Kritikal Berdasarkan artikel Kisah Ri Zen, Ri Zen menghadapi pelbagai masalah di dalam bilik darjah mahupun sekolah.

Masalah - masalah yang dihadapi oleh Ri Zen di dalam bilik darjah perlulah dikenalpasti oleh guru-guru yang mengajarnya supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya dapat dikesan dan dinikmati oleh Ri Zen. Terdapat pelbagai teori-teori ,kemahiran dan model-model pengajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh Ri Zen. Pelbagai masalah telah dihadapi oleh Zi Ren di dalam bilik darjah dan sekolah, di rumah serta di kelas tuisyen.Dengan membaca artikel Kisah Ri Zen, Ri Zen telah menghadapi masalah pembelajaran dan masalah disiplin di dalam bilik darjah dan sekolah seperti Zi Ren kurang berkomunikasi dengan rakan-rakan, pelajarannya lemah dan dia berani menyampuk kata-kata gurunya apabila memarahinya kerana tidak melengkapkan kerja rumahnya, Zi Ren menghadapi banyak masalah dengan kerja rumah dan tidak mahu melengkapkan kerja rumahnya, dia juga mula hilang keyakinan diri, dia juga kurang berkawan dan berasa dirinya dibuli di sekolah baharu kerana dia masih tidak pandai bertutur dalam Bahasa Melayu, tulisannya semakin merosot, ejaannya cuai walaupun dia selalu mengeja dengan susunan huruf secara terbalik dan tertinggal serta Ri Zen sangat cuai dalam matematiknya walaupun dia memahami konsep operasi yang dikehendakinya. Masalah yang lain yang dihadapi oleh Ri Zen adalah tidak melengkapkan kerja rumah. Pelajarannya juga lemah dan Zi Ren juga berani menyampuk kata-kata gurunya apabila memarahi kerana tidak melengkapkan kerja rumahnya, dia menghadapi banyak masalah dengan kerja rumah. Oleh sebab itu, di sekolah dia dimarahi oleh guru dan dihantar kepada Guru Besar kerana tidak mahu melengkapkan kerja rumah yang banyak itu. Teori yang seterusnya ialah teori pelaziman operan skinner. Denda merupakan satu proses untuk melemahkan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Guru menarik balik sesuatu yang digemari oleh Ri Zen seperti tidak membenarkan mereka keluar bermain atau tidak dibenarkan menonton televisyen sepanjang hari. Hal ini boleh Ri Zen melengkapkan kerja rumah. Satu lagi prinsip penting yang diutarakan oleh Skinner ialah penghapusan. Sesuatu tingkah laku yang tidak diberi peneguhan positif lama-kelamaan hapus dengan tersendirinya dan tingkah laku yang kurang diingini di kalangan murid-murid boleh dihapuskan sekiranya guru-guru tidak memberi sebarang peneguhan.Masalah melengkapkan kerja rumah yang dihadap olehi Ri Zen akan berkurangan apabila menggunakan Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner.

Tulisan Ri Zen dan pelajarannya juga semakin merosot di sekolah. Untuk meningkatkan minat dalam pelajarannya guru boleh menggunakan teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov ( 18491036 ). Oleh itu, Ri Zen akan merasa ceria apabila guru tersebut masuk ke kelas mereka dan semestinya pengajaran guru tersebut akan menjadi menarik serta menyeronokkan serta memupuk minat pelajarannnya dan dia akan mula belajar dengan baik dengan dorongan guru. Pengajaran berasaskan teori ini juga boleh diperkukuhkan melalui latihan dan juga ulangan beberapa kali. Apabila bercakap tentang perubahan pada perlakuan murid, prinsip rangsangan dan gerak balas juga boleh diaplikasikan untuk membawa perubahan positif serta mengelakkan perlakuan negatif di kalangan murid-murid. Teori pelaziman klasik Pavlov boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk mengaitkan sesuatu rangsangan dengan aktiviti pembelajaran Ri Zen agar dia boleh menguasai sesuatu mata pelajaran. Seseorang guru perlu menggunakan salah satu cara seperti memberi pujian dan bintang bagi memberi rangsangan kepadanya untuk memupuk minatnya dalam pelajaran dan tulisannya merosot boleh menjadikan cantik. Tanpa perhatian daripada emaknya, tingkahlaku Ri Zen mula berubah. Dia langsung tidak menyayangi adik dan emaknya. Selain daripada itu dia juga asyik dimarahi oleh ibu kerana tingkahlaku yang tidak mahu mendengar kata-kata emak . Setiap hari, dia ditengking oleh ahli keluarganya kerana enggan duduk untuk menghabiskan kerja rumah yang diberi oleh guru sekolah. Zi Ren kelihatan budak yang tidak ceria, sebaliknya terpendam perasaan marah terhadap semua orang yang ada sekitarnya. Dia juga kelihatan rendah ekstrim dirinya. Pertuturannya mula gagap, mata dan bahunya juga kerap Twitching seperti menghidap sindrom Tourette. Guru boleh menggunakan teori pembelajaran iaitu teori Carl Rogers. Carl Rogers telah dilahirkan pada 8hb Januari di Oak Park, lllinois, 1902 dan telah meninggal pada tahun 1987. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Pada dasarnya,Carl Rogers mementingkan manusia sebagai manusia dan bukan sebagai objek yang boleh dimanipulasikan sama ada dari aspek-aspek fizikal atau emosi. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat mereka sebagai mempunyai hati yang baik dan mulia. Perlakuan mereka mendorong menuju kepada pencapaian kesempurnaan kendiri. Terdapat beberapa usul penting dalam teori humanistik. Salah satu daripadanya ialah persepsi individu mengenai diri kendiri. Mengikut Carl adalah selaras dengan konsep kendiri. Jika seseorang individu memiliki konsep kendiri yang tinggi, dia akan merasa berkeyakinan tinggi dan bersemangat untuk melakukan segala tugas yang diagihkan kepadanya tetapi Zi Ren kelihatan budak yang tidak ceria, sebaliknya terpendam perasaan marah terhadap semua orang

yang ada sekitarnya. Dia juga kelihatan rendah ekstrim dirinya. Usul seterusnya pula membantu Ri Zen untuk mengatasi masalah-masalah ini, Guru-guru yang menunjukkan empati dan sentiasa bersikap positif akan mendorong mendidiknya secara lebih mendalam. Menurutnya lagi, seseorang guru kaunselor yang baik dapat membantu menghilangkan penghalangpenghalang yang terpendam dalam diri Ri Zen seperti marah, degil, memberontak dan rendah ekstrim agar potensinya boleh berkembang dan boleh mengubahkan tingkahlaku kepada

positif. Usul yang ketiga adalah kecenderungan untuk Berjaya. Setiap manusia mempunyai kecenderungan untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan akan bersaing untuk mencapai kejayaan. Penguasaan ilmu dan pemerolehan pengalaman berlaku secara semulajadi sehingga manusia mencapai kesempurnaan kendiri. Kefahaman melalui refleksi juga merupakan antara usul penting dalam teori humanistik. Ri Zen mengalami masalah menguasai kemahiran, isi pelajaran serta kurang fokus terhadap pelajarannya biasanya tidak memperolehi perkembangan mental yang sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak menggalakkan. Masalah ini juga berpunca kerana ibu bapa mereka yang jarang memberi perhatian kepadanya dan tidak mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikirannya. Walaupun neneknya cuba menghantar ke kelas tuisyen, guru tuisyen selalu mengadu bahawa dia tidak boleh duduk diam dan kurang fokus. Dia juga lembam untuk berfikir dan mentafsir isi pelajaran dan kemahiran yang diajar oleh guru. Ini amat merumitkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menangani masalah Ri Zen dan kurang menguasai kemahiran dan isi pelajaran, rangsangan dan tindak balas sangat positif adalah sangat penting. Berdasarkan kepada teori pembelajaran Gagne sebelum guru menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar di dalam kelas, pelajar seharusnya telah memperoleh pembelajaran isyarat, rangsangan gerak balas, rangkaian pertalian berbahasa, diskriminasi, konsep dan pembelajaran hukum. Guru juga boleh membantu Ri Zen mengenal pasti ciri-ciri utama suatu kelas objek agar pembentukan konsep mudah dicapai serta membina soalan-soalan yang boleh memandunya ke arah pembentukan konsep dengan jelas. Model sosial untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain. Dalam model sosial merangkumi model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan pelajaran tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan dan perhubungan manusia. Dalam artikel kisah

Ri Zen, dia juga masih kurang berkawan di sekolah baharu kerana dia masih tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu. Pembelajaran koperatif yang dipelopori Slavin (2005)

merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar. Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka

menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama. Guru Ri Zen boleh menggunakan model ini dan meminta bantuan daripada pelajar yang mahir dalam bahasa Melayu untuk menggalakkan Ri Zen yang tidak tahu bertutur Bahasa Melayu untuk memberi semangat kepadanya bertutur dalam Bahasa Melayu. Guru juga boleh menggunakan model pengajaran iaitu model main peranan dan simulasi untuk mengurangkan kemarahan Ri Zen seperti menyampuk , dia juga mengamuk dengan menunjukkan kemarahannya seperti lari ke biliknya dan menutup pintu dengan kuat sekali. Model peranan merupakan kaedah kumpulan berorentasikan proses, di mana pelajar berlakon atau simulasikan situasi kehidupan sebenar. Guru boleh mengadakan aktiviti main peranan di dalam bilik darjah dengan melibatkan kesemua pelajar atau pelajar yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati situasi yang dilakonkan. Main peranan bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam lakonan dan perbincangan. Hal ini dapat Ri Zen boleh dapat memahami tingkah laku orang lain dan dapat mengurangkan tingkah laku negatif seperti marah. Model pengajaran ini dapat membantu Ri Zen melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnya membina keyakinan diri dan menumpukan perhatian kepada pembelajarannya dengan bimbingan guru. Dia juga memupuk sifat-sifat sosial. Guru boleh memberi watak yang bersesuaian dengan Ri Zen dan menyuruhnya berlakon seperti watak yang diberi. Dia boleh berinteraksi sesama mereka dan berkomunikasi secara berkesan dengan dorongan gurunya. Guru perlu memberi peluang kepada Ri Zen semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlakon mengikut situasi watak yang dimainkan, berbincang serta memikirkan masalah sendiri dan dengan ini Ri Zen memahami diri sendiri lebih mendalam. Hal ini secara langsung melatihnya untuk mengawal perasaan dan emosi seperti marah, degil mengganggu serta mengamuk dalam pelbagai situasi.

Anda mungkin juga menyukai