Anda di halaman 1dari 13

Refleksi Kendiri Ceramah Seminar BIG PISMP Sem 2 Ogos 2011

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program seminar ceramah mengenai Etiket Sosial / Social Etiquette bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Auditorium TAZA pada 12 Ogos 2011 yang lepas. Seminar ceramah yang disampaikan oleh Encik Mahmud Bin Jusuh ini mengambil masa kira-kira 2 jam setengah, iaitu dari pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.00 petang. Sebenarnya saya sentiasa menantinantikan seminar bengkel ini, selepas saya mengikuti program khidmat komuniti di SMK Perinssen pada beberapa minggu yang lepas, kerana saya yakin dan percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Sememangnya seminar ini telah memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru dalam senantiasa beretika sosial dan berprotokol dalam banyak aspek. Pertama sekali, saya sedar bahawa hidup beragama merupakan elemen yang terpenting dalam kehidupan kita . Hal ini demikian kerana ia akan menjadi panduan hidup iman kita sepanjang hayat. Kalau kita tidak mempunyai sebarang kepercayaan dan agama dalam hidup kita, kita akan berasa sangat pasif, gelisah dan terganggu apabila kita melanda dilemma kehidupan atau cabaran dalam kehidupan kita. Jadi, agama diibaratkan sebagai suluh lampu dan berperanan untuk menyuluh kehidupan kita serta memandu kita agar menjalani kehidupan pada hala jalan yang betul, halal dan benar. Selain itu, saya juga sedar bahawa dasar dan latar keluarga yang sihat dan seimbang juga amat penting dalam penbentukan seorang insan yang beretika sosial. Selepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh Encik Mahmud, saya dapat mempelajari bahawa ajaran keluarga merupakan unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada pembentukan insan yang mempunyai etika sosial. Sememangnya hidup dengan beretika harus dimulakan pada ibu bapa terlebih dahulu kerana merekalah yang melahirkan, menjaga dan mendidik kita sejak dari kita lahir lagi. Ini bermakna kita meluangkan paling banyak masa untuk bersama dengan mereka. Jadi, sekiranya ibu bapa memberikan didikan keluarga yang sempurna kepada anak-anak mereka, seperti membantu anak-anak membanding beza antara kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam melakukan semua perkara, maka adalah tidak menjadi masalah bagi mereka apabila

mereka pergi ke kumpulan masyarakat yang lebih besar dan ketika bersosial dengan orang ramai. Menghadiri seminar ceramah ini juga telah memberikan kesan positif yang amat mendalam terhadap kerjaya saya. Hal ini demikian kerana daripada ceramah ini, saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifattawaduk, atau sikap merendah diri tidak kira di mana sahaja. Sememangnya semua orang harus bersikap merendah diri dan tidak sombong, terutamanya terhadap orang yang lebih tua, berpengalaman dan veteren daripada kita. Kalau tidak, kita akan sentiasa dilebelkan dengan istilah angkuh, sombong, lawa, dan banyak lagi perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang teruknya, sekiranya kita dilebelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas, adalah sangat susah bagi individu tersebut untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan orang yang semacam itu. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku, pertuturan dan pemikiran kita pada kadar yang boleh bersamaan dengan rendah diri agar kita dapat bergaul dengan orang lain dengan harmoni, tenteram dan sejahtera tanpa sebarang prejudis dan bias terhadap orang itu. Malah, sebagai seorang guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasa berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, sama ada rakan sejawat, ibu bapa, murid, ataupun masyarakat awam. Berpenampilan sempurna ini sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak aspek dan memerlukan ilmu dan pengetahuan yang khusus, tidak kira cara berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan orang lain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam kalangan guru pelatih; selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita haruslah berpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah berpakaian berdasarkan impression sebagai seorang guru. Oleh itu, pakaian-pakaian yang jenis singkat, ketat, menjolok mata dan tidak menutup aurat haruslah dielakkan walaupun kita berada di luar kawasan sekolah, di pusat membeli belah, di cafe makanan, dan sebagainya. Sama juga seperti kasut, tas tangan, rambut, kuku, barang-barang perhiasan, dan sebagainya, kita haruslah memakai mengikut peraturan dan norma masyarakat yang ditetapkan. Seminar ceramah ini juga turut memberikan impak positif yang amat mendalam terhadap masyarakat dan komuniti di sekeliling saya. Dalam konteks

ini, ia merujuk kepada aspek pertuturan dan komunikasi dengan orang lain. Selepas mendengar penerangan Encik Mahmud, saya sedar bahawa sebagai sorang manusia yang hidup masyarakat, kita haruslah mempunyai tatacara perkenalan, pertuturan dan cara bermakan yang betul, terutamanya semasa menghadiri majlis-majlis rasmi. Oleh itu, kita haruslah menjadikan prinsip satu hari satu kawan sebagai amalan dan pegangan hidup kita. Sebagai seorang guru yang inisiatif, kitalah yang harus memulakan sesebuah hubungan persahabatan. Janganlah kita tunggu orang lain mengambil tindakan terlebih dahulu, tetapi kitalah yang harus aktif mengambil langkah untuk berkenalan dengan orang lain. Oleh yang yang demikian, saya sedar bahawa untuk menjayakan sesebuah hubungan persahabatan, kita haruslah mempunyai tatacara berkenalan yang betul dan sesuai. Perkenalan mempunyai cara dan seni yang tersendiri yang perlu diketahui oleh setiap individu supaya sesi perkenalan dapat berjalan dengan lancar. Yang pertama sekali, pastikan kedua-dua pihak bersedia untuk diperkenalkan. Orang yang diperkenalkan haruslah memandang mata yang menerima perkenalan tetapi jangan terlalu lama. Jika kita berjabat tangan dengan orang lain, janganlah kita berjabat terlalu lama ataupun terlalu lekas menarik tangan seperti kita jijik dengan tangan orang tersebut. Yang paling penting sekali, kita haruslah jujur dalam perhubungan dan tidak melakukan apa-apa yang akan merosakkan perhubungan tersebut. Iktibar lain yang saya dapat daripada seminar ceramah ini termasuklah kita haruslah mempunyai tatacara dan tatatertib makanan yang betul dan tepat.Antara kekuatan yang saya dapat ialah saya mula mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan etiket sosial dan protokol, seperti cara menggunakan sudu dengan betul semasa makan, cara makan yang betul iaitu perlu mendahulukan jenis makanan yang mana, cara berpakaian yang sesuai dalam majlis-majlis tertentu serta cara-cara duduk yang betul. Yang lebih spesifik lagi, saya tahu bahawa semasa menjamu makanan di high table, saya perlu menunggu pelayan menarik kerusi dan selepas duduk dia akan meletakkan napkin di atas paha, dan banyak lagi Selain itu, saya mula sedar akan kepentingan etiket sosial dan protokol dalam kehidupan sayasebagai seorang bakal pendidik, di mana seorang pendidik perlu melibatkan diri dalam suatu majlis ataupun suasana yang begitu berprotokol, misalnya perlu menghadiri makan malam di hotel dan sebagainya.

Malah, saya juga sedar bahawa kita haruslah mempunyai tatacara perbualan sosial yang betul dan sesuai demi memulakan, mengekalkan dan memajukan sesebuah perhubungan. Dalam seminar ceramah tersebut, terdapat 11 jenis prinsip yang terkandung dalam tatacara perbualan sosial. Antaranya termasuklah kita perlulah menggunakan prinsip berhenti, lihat, dengar barulah bercakap. Janganlah kita menjadi jurujual ataupun jet-plane. Jangan pula kita membuat bising seperti concorde pula. Sepatutnya kita perlu bercakap dengan orang yang berada di kiri dan di kanan kita. Malah,kawalan mata dan anggota adalah amat penting sekali agar orang berada selesa berkomunikasi dengan kita. Kita juga perlu peka dengan sekeliling kita. Kalau orang yang kita bercakap itu hanya menjawab ya... tidak... sahaja, ia bermaksud orang itu tidak berminat tentang topik yang dibincangkan. Oleh yang demikian, topik perbualan kita haruslah sesuai dan berpatutan. Janganlah kita membincangkan perkara-perkara yang tidak sesuai seperti hal-hal peribadi, agama, politik, dan sebagainya, kecuali topik-topik berkenaan adalah minatnya. Sebaliknya, kita boleh membincangkan topik-topik seperti muzik, makanan, buku, berkebun, dan lain-lain semasa kita berbual atau bersosial dengan orang lain. Namun, apa yang paling penting dalam tatacara perbualan sosial ialah hormat-menghormati. Contohnya, kita patut mematikan telefon bimbit semasa makan dan berkomunikasi, selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Encik Mahmud: Dalam sesebuah perhubungan, yang tua dihormati, menghormati yang tua satu kewajipan; dengan yang sebaya kesantunan dan dengan yang muda kasih sayang. Dengan mengamalkan semua ini, pasti ia akan memberikan impak positif terhadap negara kita apabila semua pelancong yang melawat ke negara kita memuji rakyat Malaysia bersopansantun, beretiket sosial dan bersahsiah murni. Dengan itu, nescaya imej baik negara kita akan meningkat dan disanjung di persada dunia. Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada apa yang diperkatakan oleh Encik Mahmud sepanjang seminar ceramah etiket sosial ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekankan unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Model konseptual Pendidikan Guru yang mengandungi elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberi penekanan dalam program ini. Satu sukatan pelajaran yang standard bagi semua program pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru (KDPM/KPLI/KPLI-SR/KPLSPM) telah disediakan untuk program ini. Semua pelajar pra perkhidmatan diwajibkan bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Diploma perguruan Malaysia. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga menu utama iaitu Konsep dan Ciri-Ciri Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan guru serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Tujuan utama Program Bina Insan Guru (BIG) diadakan adalah untuk menunjukkan ciri ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. Disamping itu dapat meningkatkan katahanan fizikal dan mental. Para guru pelatih juga dapat meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat dan meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan . Akhirnya, dapat meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

2.0 MATLAMAT Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

3.0 OBJEKTIF

1) Memupuk kesediaan berbakti secara sukarela kepada komuniti. 2) Memupuk kerjasama dan kerja sepasukan. 3) Membina hubungan sosial dengan masyarakat dan komuniti setempat. 4) Mendedahkan pelajar-pelajar kepada pelbagai persekitaran komuniti 5) Melatih pelajar-pelajar menjadi peka kepada komuniti, persekitaran, budaya, taraf hidup serta keperluan pendidikan komuniti.

4.0 Jadual Perlaksanaan BIG Siri 2

Tarikh : 23.Julai.2011

Masa 7.30 pagi

Aktiviti Para guru pelatih yang terlibat berkumpul di hadapan Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA). Taklimat ringkas daripada Penyelaras Program BIG, Encik Michael Tarang Jelaming.

7.45 pagi

Tiba di Pra-sekolah Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang. Kehadiran para guru pelatih diambil. (Peralatan yang diperlukan dibawa ke lokasi) Para guru pelatih yang terlibat dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk pembahagian tugas khidmat masyrakat yang pelu dilaksanakan.

8.15pagi

Para guru pelatih melaksanakan tugasan yang telah dibahagikan mengikut kumpulan masingmasing. Tugasan dikategorikan kepada dua iaitu, aktiviti di luar dan di dalam. Antara aktiviti luar yang dilakukan oleh para guru pelatih adalah mencuci longkang,

mencabut/mencantas rumput,mencangkul tanah dan lain-lain. Antara aktiviti dalam yang dilaksanakan pula ialah seperti mengemas bilik darjah pra-sekolah, mencuci tingkap, membersihkan bilik stor dan dapur dan sebagainya. 10.00pagi Sarapan pagi disediakan. Para guru pelatih berehat sebentar untuk menjamu sarapan pagi yang telah disediakan. 11.00pagi Para guru pelatih mengemas sisa-sisa sarapan pagi bersama dan melaksanakan tugas masingmasing semula. 1.30petang Setelah siap melaksanakan semua aktiviti-aktiviti tersebut, para guru pelatih mula membersihkan lantai serta jalan tar yang kotor disebabkan sisasisa tanah di prasekolah tersebut. Aktiviti murai juga dilakukan oleh para guru pelatih. 2.00petang .Para guru pelatih mengemas dan membersihkan semua peralatan yang telah digunakan. Semua peralatan yang telah dibersihkan disimpan dengan baik di tempat asal. 2.15petang Semua guru pelatih yang terlibat diarahkan untuk berkumpul di depan Pra-sekolah. Para guru pelatih berkumpul mengikut kumpulan dan kehadiran diambil semula. Ucapan penghargaan ringkas oleh Encik Michael Tarang Jelaming. 2.30petang Nyayian lagu Negara Ku IPG Batu Lintang Ibu Pertiwiku Bersurai

5.0 Kandungan (sebelum, selepas dan semasa BIG siri 2)

Sebelum Bina Insan Guru Siri 2 Kami mendapat surat pemberitahuan mengenai program yang akan dilakukan pada hujung minggu nanti Kami juga berbincang semasa sesi tutorial bersama-sama tutor tentang baju yang seragam yang perlu dipakai pada hari tersebut. Kami telah bersetuju untuk memakai baju T kelas yang berwarna biru. Kami juga mendapat serba sedikit makluman tentang masa dan tempat berkumpul melalui ketua kumpulan. Semasa Bina Insan Guru Siri 2 Kami mendengar penerangan daripadaEn. Michael Tarang Jelaming tentang pembinaan portfolio. Kami juga turut membahagikan ntugas masingmasing Selepas Bina Insan Guru Siri 2 Membuat refleksi individu Mengumpulkan gambar-gambar tentang aktiviti yang telah dijalankan. Berbincang dengan rakan-rakan tentang cara pembinaan portfolio. Menghantar portfolio Mendengar taklimat mengenai tugastugas yang akan dilakukan nanti.

6.0 REFLEKSI INDIVIDU (SITI MIRANI BINTI CHE RAHIM)

Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga memberi sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang terutamanya kepada mereka yang ditempatkan di kawasan pedalaman.

Pertama kali menjejakkan kaki ke prasekolah IPGKBL meninjau kenangan silam semasa masih bergelar seorang pelajar tadika. Sekolah ini sangat cantik dan berwarna-warni. Saya dan rakan-rakan berkumpul di dalam kelas prasekolah bersama-sama guru-guru pelatih daripada kumpulan pengajian lain dalam program yang dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Untuk BIG kali ini (siri 1/ 2011), guru-guru pelatih yang terlibat ialah dari PISMP PA/AQ dan KS Ambilan Jan 2011. Saya berasa sangat seronok kerana dapat menjalankan aktiviti bersama guru-guru pelatih yang sungguh kreatif dan bersemangat.

Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa up to date dengan mengamalkan adab-adab yang terpelihara.

Saya sebagai seorang guru pada masa hadapan dapat mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program Bina Insan Guru ini. Terima kasih tidak terhingga En. Michael Tarang Jelaming yang banyak membimbing saya sebagai pelajar di IPGM Kampus Batu Lintang. Tanpa tutor sehebat beliau siapalah saya dan terima kasih juga kepada Cik Florence Teo Tze Chin dan Pn. Tay Meng Guat sebagai tutor kelas saya yang menjadi tonggak utama penyuntik semangat kepada saya dan rakan sekelas semasa menjalankan aktiviti khidmat masyarakat bina insan guru siri 2. Setiap aktiviti dalam Program Khidmat Masyarakat yang telah di jalankan di prasekolah IPGKBL, telah menyedarkan saya sebagai seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar sebagai seorang guru kelas, yang

bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dalam kelas sahaja tetapi meliputi segala aspek samaada luar atau dalam kelas termasuk apkek kebersihan.

Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri setiap guru pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan prasekolah tersebut. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan, dimana saya dan rakan-rakan membuat tinjaun di tapak yang akan kami bersihkan. Sebagai seorang guru pelatih, saya perlu membuang satu-satunya kelemahan diri saya iaitu perasaan malu untuk berkomunikasi dengan dengan masyarakat. Semasa menjalankan kerja, saya turut bersama-sama guru dan pembantu prasekolah untuk membersihkan kawasan dalaman prasekolah tersebut.

Saya dan rakan-rakan mendengar penerangan daripada guru dan pembantu prasekolah sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan. Kami ditugaskan untuk menghias meja-meja di prasekolah tersebut, memenuhi sudut-sudut info yang masih kosong dengan info-info yang bersesuaian untuk pelajar prasekolah. Kami juga ditugaskan untuk mengemas bahagian dapur dan membersihkan semua rak-rak buku dan menyusun semua alatan di dalam prasekolah dengan baik. Rakan-rakan lain pula, ditugaskan untuk membuat mengatur batu bata dan membuat batas bagi menanm pokok bunga. Mereka bersama-sama berkerjasama bagi memindahkan tanah ke dalam batas batu bata di sepanjang kawasan pagar prasekolah dan melakukan kerja pembersihan longkang di sepanjang kawasan prasekolah tersebut.

Tiada kata pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut kami, tetapi apa yang ada hanyalah kami boleh melakukannya. Malah, saya dan rakan-rakan juga membersihkan tandas, mengelap tingkap, memotong rumput dan mengemop lantai. Setiap aktiviti yang dilakukan saya rasa itu masih belum mencukupi bagi program ini. Pada pendapat saya, saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di minta melakukan tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya apabila posting nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang mempunyai kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang akan menyedarkan orang kampung tentang apakah pentingnya kebesihan itu. Saya akan menganjurkan pelbagai program seperti gotong-royong dan sebagainya.

Bagi saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai seorang guru pelatih yang akan bergelar seorang guru tidak lama lagi. Melalui program ini saya dapat belajar cara yang baik untuk membimbing para pelajar pada masa hadapan dalam bidang pendidikan kurikulum dan kokurikulum. Program ini juga membantu saya untuk memantapkan jati diri saya dan membentuk peribadi mulia. Selain itu, program ini juga membantu saya untuk menjadi setanding modal insan kelas pertama yang mantap dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial. Saya juga belajar cara-cara yang betul untuk menghiaskan bilik darjah dan menyusun bilik darjah . Saya berharap segala ilmu ini akan dapat saya aplikasi apabila saya bergelar seorang guru pemulihan pada masa hadapan.

Saya juga amat bersyukur kerana program bina insan ini dilaksanakan di prasekolah kerana sebagai seorang guru pemulihan saya dapat berbual-bual dengan guru prasekolah tersebut dan mendapat info-info berguna tentang masalah para pelajar saya pada masa hadapan. Hal ini kerana, para pelajar akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M), semasa berada di prasekolah. Oleh itu, saya haruslah mengajar daripada peringkat kemahiran asas paling bawah supaya mereka juga dapat menguasai kemahira 3M dan dapat berada di dalam kelas perdana bersama-sama rakan-rakan lain. Antara nasihat yang saya dapat perolehi daripada guru prasekolah tersebut adalah, mengajar para pelajar dari senang kepada sukar, konkrit kepada abstrak. Antara tip-tip mengajar yang saya perolehi pula adalah, kaedah belajar melalui bermain. Kaedah ini amat berkesan apabila diberi peneguhan positif contohnya hadiah. Hal ini kerana, memang fitrah seorang pelajar untuk bermain.

Selepas menyiapkan semua tugasan di bahagian dalam prasekolah tersebut, saya turut membantu rakan-rakan yang kelihatan kepenatan mengangkat tanah. Walaupun sangat penat mereka kelihatan sangat gembira. Kedengaran suara mereka sangat riuh sekali. Kami bersama-sama bekerjasama membantu antara satu sama lain. Selepas itu, kami makan bersama-sama. Seorang pelajar telah membaca doa dan kami makan. Saya sangat berterima kasih kepada semua tutor-tutor kumpulan, En. Michael Tarang Jelaming dan semua warga prasekolah yang banyak memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada saya dalam

meningkatkan keupayaan diri dalam pembentukkan seorang guru yang berguna pada masa hadapan. Cuma saya masih lagi mempunyai kelemahan dalam perhubungan sosial ketika bergaul dengan rakan-rakan kumpulan lain terutama guru pelatih yang terdiri dari kaum adam. Tetapi saya telah cuba sedaya upaya meningkatkan dan mempelajari bagaimana cara untuk meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan mereka. Dalam program ini saya juga dapat berkenalan dengan beberapa orang guru pelatih yang sebelum ini kami hanya sekadar membalas senyuman sahaja.

Program pada hari ini telah ditutup dengan kehadiran En. Michael Tarang Jelaming, pegawai dari Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Batu Lintang. Semua guru pelatih yang terlibat diarahkan untuk berkumpul di depan Pra-sekolah.Para guru pelatih berkumpul mengikut kumpulan dan kehadiran diambil semula. Ucapan penghargaan ringkas oleh Encik Michael Tarang Jelaming diikuti nyanyian lagu Negara Ku, IPG Batu Lintang dan Ibu Pertiwiku dan bersurai. Ucapan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Cik Florence, tutor kumpulan kami yang bersama-sama semasa program ini berlansung. Program seumpama ini harus dijalankan kerana memberi banyak manfaat kepada guru pelatih IPGM Kampus Batu Lintang untuk keluar sebagai seorang bakal pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan. Program ini dapat mengeratkan sillaturrahim dan ukhuwah sesama guru pelatih.

7.0 PENUTUP

Saya berpendapat, aktiviti yang dijalankan sepanjang program BIG ini adalah sangat sesuai dan menyeluruh kerana saya dapati, ia dapat membina kemantapan jasmani, kekuatan rohani dan juga ketahanan mental dan sosial. Maka, dengan kemahiran-kemahiran yang diterapkan, tentunya dapat melahirkan seorang bakal guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator dan jurulatih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang bermanfaat sepanjang saya berada di prasekolah ini. Saya berjanji akan

mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas kalian.

Anda mungkin juga menyukai