Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

SESI 2021/2022

LAPORAN AKTIVITI EXCO SUKAN DAN REKREASI

NAMA : MUHAMMAD AL RIDHUAN BIN RASHDAN


NO ID : KNJ201810258
JAWATAN : EXCO SUKAN DAN REKREASI
LAPORAN AKTIVITI EXCO SUKAN DAN REKREASI ( SEPTEMBER 2021 )

Pada 3 September, perjumpaan pertama dilakukan di medium Google Meet


bersama penasihat dengan tujuan memberi tahu keputusan exco MPP sesi
2021/2022. Saya telah dilantik sebagai exco sukan dan rekreasi. Bekerjasama
dengan PP BHEPS KOQ, penasihat, penolong penasihat, presiden dan ahli
jawatankuasa kelab sukan dan rekreasi iaitu Sport Management Club, Kelab Bola,
Kelab Raket, Martial Art Club dan Kelab Prosis.

Pada 6 September, satu perjumpaan diadakan di medium Google Meet bagi


tujuan berbincang dan membuat kertas kerja untuk pertandingan “ Survive 4 KPTM
KTN E-Sport ” dan “ Hype Aerobics “ sempena Hari Sukan Negara.

Pada 6 hingga 30 September, satu pertandingan IPMA Virtual Global


Challenge diadakan. Saya dan ahli MPP yang lain juga turut bertanding dalam
pertandingan tersebut. Kami mengambil dua bahagian iaitu Traditional Song & Dance
Documentary dan Global Challenge Kitchen. Setelah perbincangan bersama
penasihat MPP bagi membahagikan kumpulan, saya ditempatkan di kumpulan
traditional song & dance documentary. Di dalam kumpulan tersebut, kami perlu
mencari maklumat tentang lagu tradisi dan tarian negara Sierra Leone. Selain itu,
dalam kumpulan tersebut saya mengambil bahagian meng ‘edit’ video rakaman ahli
kumpulan saya.
LAPORAN AKTIVITI EXCO SUKAN DAN REKREASI ( OKTOBER 2021 )

Pada bulan Oktober, Majlis Perwakilan Pelajar 2021/2022 menganjurkan


beberapa pertandingan dengan kerjasama Sport Management Club Kolej Poly Tech
Mara Kuantan. Pertandingan tersebut ialah Survive4KPTMKTN E-Sport yang
dijalankan pada 2 hingga 8 oktober dan pertandingan Hype Aeorobic KPTMKTN
dijalankan juga pada 23 September hingga 8 Oktober. Pertandingan tersebut adalah
dijalankan secara atas talian.
Bagi pertandingan E-sport tersebut, saya juga terlibat secara langsung. Saya
diberikan jawatan dan menjadi pengurus belakang takbir iaitu menguruskan dan
menjadi juri semasa pertandingan dijalankan. Pada masa yang sama juga saya
menyebarkan link siaran langsung kepada pelajar- pelajar KPTM Kuantan. Selain itu,
kami bekerjasama membuat pengagihan kumpulan peserta dan membuat
perbincangan yang rapi mengenai pertandingan tersebut bagi mengelakkan sebarang
masalah yang berlaku.
Majlis Perwakilan Pelajar 2021/2022 juga mengadakan program Hari Sukan
Negara pada 9 Oktober 2021. Program tersebut diadakan secara langsung di medium
Zoom pada jam 8 pagi. Tidak lupa juga, program tersebut dimeriahkan lagi dengan
kehadiran semua warga KPTM Kuantan termasuk ahli Sport Management Club yang
membuat senamrobik pada permulaan program.
Sebelum program Hari Sukan Negara, saya telah bekerjasama dengan ahli
jawatankuasa Sport Management Club untuk membuat senamrobik pada hari
kejadian. Selain itu, semasa program dijalankan, saya juga ditugaskan menjadi
pengacara majlis bersama seorang rakan MPP.
Pertandingan Terrific Youth Challenge yang dikendalikan oleh En.
Kamarulnizam bin Kamarudin juga saya menyertai dengan cabaran selawan 1000 kali
sehari dalam tempoh masa sebulan.
Pada 13 Oktober 2021, Perjumpaan Ad-Hoc bersama tuan Pengarah, BHEPS
dan MPP diadakan. Perjumpaan tersebut diadakan pada jam 4 hinggan 6 petang di
medium Google Meet. Saya dan rakan sepejuangan MPP yang lain diwajibkan
menghadiri perjumpaan tersebut.
LAPORAN AKTIVITI EXCO SUKAN DAN REKREASI ( NOVEMBER 2021 )

Pada 15 November 2021, saya telah mendapat kelulusan pulang awal ke


kampus bagi menyediakan persiapan awal pendaftaran dan kemasukan pelajar sesi
1121. Hal ini dapat memudahkan saya dan ahli MPP yang lain dalam melaksanakan
tugas-tugas berkaitan dengan kolej dan jawatan yang kami sandang, bahkan pula
dapat memudahkan perbincangan secara bersemuka bersama ahli MPP serta pihak
pengurusan kolej. Selain itu, saya membuat pemeriksaan stor sukan di pejabat
BHEPS dan bilik martial art bersama En. Mohd Azamuddin bin Che Embi.
Bukan itu sahaja, semasa berada di kolej, kami membuat banyak persiapan
bagi kemasukan pelajar antaranya bergotong royong membersihkan dan mengubah
suai susunan buku di dalam perpustakaan. Selain itu, kami membuat gotong royong
di setiap blok kediaman dengan memasang langsir, membuat petunjuk arah dan
menampal memo di setiap papan kenyataan.
Selepas itu, kemasukan secara fizikal pelajar semester 4,5 dan 6 bagi sesi
1121 diadakan pada 28 hingga 30 November 2021. Malangnya, semua ahli MPP tidak
dapat melibatkan diri secara langsung pada hari kemasukan pelajar. Hal ini kerana,
terdapat salah seorang ahli MPP kami disahkan positif Covid-19 manakala 7 daripada
kami disahkan sebagai kontak rapat. Dan kami dikuarantinkan selama seminggu di
blok K bagi lelaki dan blok F bagi perempuan. Hal ini membuatkan kami ahli MPP
membantu secara atas talian sahaja bagi persiapan program-program yang diadakn
pada hari pendaftaran.
Pada 28 hingga 30 November 2021 juga terdapat aktiviti I Love KPTM. Program
tersebut merupakan program orientasi bagi pelajar semester 1. Program ini juga
diadakan di aplikasi Zoom Meeting. Semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi
2021/2022 KPTM Kuantan dijemput bagi sesi suai kenal barisan barisan MPP KPTM
Kuantan. Selain itu, taklimat SOP juga dijalankan pada setiap malam 28,29 dan 30
November bafi memberikan penerangan serta pencerahan kepada pelajar berkenaan
peraturan norma baharu di kawasan kolej.
Akhir sekali, semua program pada hari kemasukan pelajar didapati berjalan
dengan lancar seperti yang dirancang secara rapi walaupun terdapat beberapa
halangan semasa melaksanakan program dan aktiviti tersebut.
LAPORAN AKTIVITI EXCO SUKAN DAN REKREASI ( DISEMBER 2021 )

Pada awal bulan iaitu 2 hingga 10 Disember, Majlis Sukan IPTS Malaysia
(MAHASISWA) mengadakan pertandingan E-Sport. Pihak KPTM Kuantan
menghantar 2 pasukan untuk bertandingan dalam kategori pertandingan PUBG
Mobile. Saya juga terlibat dalam pasukan tersebut dengan menjadi pengurus pasukan
untuk mengendalikan pasukan tersebut.
Pada 9 Disember pula, pihak BHEPS mengadakan Majlis Apresiasi & Watikah
Perlantikan MPP KPTM Kuantan yang diadakan di e-Red Hotel pada jam 8:30 malam
hingga jam 10 malam. Pada majlis tersebut, semua ahli MPP dan mantan MPP KPTM
Kuantan dijemput hadir pada malam tersebut. Semua ahli MPP KPTM Kuantan sesi
2021/2022 hadir awal pada jam 3 petang untuk membuat persiapan awal majlis
tersebut.
Pada keesokan hari, Kempen Derma Darah KPTM Kuantan dilaksanakan
bersama-sama Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tengku Ampuan Afzan,
Kuantan dengan kerjasama Exco Kebajikan MPP KPTM Kuantan. Kempen tersebut
mendapat sambutan penderma darah sebanyak 50 orang.
Pada 17 hingga 19 Disember, pihak HQ Mara mengadakan Kem Kepimpinan
MPP KPTM & KUPTM 2021 di Kem Kongkoi, Negeri Sembilan. Kem tersebut dihadiri
oleh semua MPP Semalaysia. Saya dan ahli MPP KPTM Kuantan turut menyertai kem
tersebut. Semasa kem dijalankan, saya merupakan ketua kumpulan “ Ivengers “
dengan mempunyai bilangan ahli seramai 10 orang dari pelbagai kolej.
Sebelum 21 hingga 22, KPTM Kuantan dilanda banjir yang teruk dan pihak
kolej terpaksa menghantar semua pelajar ke kediaman masing-masing atas kesulitan
yang berlaku. Selain itu, semasa banjir berlaku, kesemua pelajar juga dipindahkan
dan ditempatkan sementara di MRSM Kuantan. Saya dan ahli MPP yang lain
membantu pihak KPTM Kuantan untuk menghantar pulang pelajar. Ahli MPP dan JPK
(Jawatankuasa Pengurusan Kediaman) turut membantu dari segi memastikan tiada
pelajar tertinggal bas, memberi makanan kepada semua pelajar sebelum bergerak
pulang dan lain lain.
Pada 23 hingga 25 Disember, aktivit gotong-royong diadakan di dalam KPTM
Kuantan. Semua MPP, JPK dan segelintir pelajar yang masih tidak pulang turut
melibatkan diri dalam melaksanakan gotong-royong selama 3 hari berturut-turut. Kami
mengemas asrama lelaki dan mengemas perpustakaan KPTM Kuantan.

Anda mungkin juga menyukai