Anda di halaman 1dari 53

LAPORAN PORTFOLIO PROGRAM AKTIVITI SUKANEKA

BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG ANJURAN ORGANISASI


PERMAINAN DI PROGRAM UNESCO WORLD WATER DAY
(SEA SCOUT, FPTV UTHM)

TARIKH

12 MEI 2017

TEMPAT

PULAU REDANG, TERENGGANU

ANJURAN

ORGANISASI PERMAINAN, PENGURUSAN KOKURIKULUM


SEKSYEN 1
1.0 PENDAHULUAN

Pihak Fakulti Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) telah mengadakan kursus Pengurusan Kokurikulum (BBD40102) sebagai subjek wajib
kepada pelajar program Pendidikan Vokasional, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional
(ISMPV) sesi 2016/2017. Sehubungan dengan itu, Pengurusan Kokurikulum (BBD40102)
Seksyen 1 telah mengadakan satu mesyuarat pada tarikh 16 Februari 2017 bagi memilih Ahli
Jawatankuasa (AJK) bagi Organisasi Permainan. Organisasi Permainan diwujudkan adalah bagi
melaksanakan program aktiviti permainan yang dijadualkan berlangsung semasa program
UNESCO World Water Day (Sea Scout, FPTV UTHM) di Pulau Redang, Terengganu pada
tarikh 10 hingga 13 Mei 2017 yang lalu.

2.0 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sukaneka Bersama Penduduk Kampung yang dilangsungkan semasa program


UNESCO World Water Day (Sea Scout, FPTV UTHM) di Pulau Redang, Terengganu ini
merupakan antara saluran pendidikan luar kelas yang sangat berkesan bagi para pelajar. Aktiviti
ini adalah bertujuan bagi melengkapkan perancangan pengajaran dalam kursus Pengurusan
Kokurikulum (BBD40102) iaitu berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti permainan. Menerusi
aktiviti permainan yang dijalankan, ia dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan
mahasiswa yang cergas dari segi fizikal dan mental. Ia juga diharap akan dapat mendidik
mahasiswa percaya kepada diri sendiri dan yakin dengan kemampuan diri untuk menguruskan
sesuatu aktiviti permainan. Menerusi aktiviti permainan yang dijalankan, para pelajar akan
didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperoleh ketika di dalam
kelas disamping bagi menanam sikap berdisiplin dan kerjasama antara interpersonal dan
intrapersonal. Yang paling utama, ia juga dapat memupuk nilai-nilai kemasyarakatan di dalam
diri setiap pelajar menerusi aktiviti sukaneka yang dijalankan bersama penduduk kampung.
Diharap menerusi aktiviti ini akan dapat memberi peluang kepada pelajar menonjolkan
kemampuan diri mereka serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar dan
masyarakat kampung.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Pada akhir program ini pelajar dapat :

i. Melengkapkan sukatan dalam Kursus BBD40102 Pengurusan Kokurikulum bagi pelajar


Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional.
ii. Mengukuhkan semangat jati diri pelajar.
iii. Pelajar dapat mempelajari hal berkenaan pengurusan sesuatu program dalam universiti
sekali gus membina kemahiran-kemahiran mengurus dan memimpin. (KI 7: Kemahiran
Kepimpinan)
iv. Menyemai semangat bekerja dalam kumpulan.
v. Memupuk nilai-nilai kemasyarakatan di dalam diri setiap pelajar menerusi aktiviti
sukaneka yang dijalankan bersama penduduk kampung.

4.0 ATURCARA PROGRAM

Tarikh : 12 Mei 2017

Lokasi : Pulau Redang, Terengganu

Peserta : 101 orang pelajar Pengurusan Kokurikulum

: Penduduk Kampung

Portfolio Aktiviti : (Sila lihat Lampiran A)

Aturcara Program : (Sila lihat Lampiran B)


5.0 PERSEDIAAN DAN PERLAKSANAAN PROGRAM

5.1 PERSEDIAAN SEBELUM KE PULAU REDANG

Pengurusan Kokurikulum Seksyen 1 telah mengadakan satu mesyuarat pada tarikh 16


Februari 2017 bagi memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi Organisasi Permainan. Organisasi
Permainan diwujudkan adalah bagi melaksanakan program aktiviti permainan yang dijadualkan
berlangsung semasa program UNESCO World Water Day (Sea Scout, FPTV UTHM) di Pulau
Redang, Terengganu pada tarikh 10 hingga 13 Mei 2017 yang lalu.

Pada tarikh 17 dan 18 Februari 2017, perjumpaan pertama dan kedua bagi Organisasi
Permainan telah dilakukan bertujuan bagi menghasilkan satu kertas kerja bagi memohon
peruntukan dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM bagi melaksanakan aktiviti permainan di
Pulau Redang. Disamping itu, perjumpaan ini juga dilakukan adalah bagi merancang aktiviti
permainan yang akan dilaksanakan di Pulau Redang.

Satu sesi sumbang saran (branstorming) telah dilakukan dan setiap AJK telah diberikan
peluang untuk mencadangkan aktiviti yang dirasakan sesuai bagi aktiviti permainan di pantai.
Setiap cadangan tersebut telah diteliti dan dibincangkan bersama sebelum sesuatu kata putus
dilakukan. Pada akhirnya, setiap AJK telah sepakat untuk melaksanakan empat (4) jenis aktiviti
permainan iaitu Semakin Hari Semakin Sayang, Tiup Tepung Bagi Mencari Gula-Gula, Lari
Berpasangan dan juga Boling Kelapa. Antara faktor-faktor pemilihan 4 jenis aktiviti permainan
ini adalah untuk menguji para peserta untuk berfikir dengan lebih kreatif, meningkatkan
keyakinan para peserta dalam menjalankan aktiviti, melatih peserta untuk berkomunikasi dengan
baik dengan teman kumpulan, memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan, melatih lebih
fokus dalam melakukan sesuatu perkara, mengasah bakat atau kemahiran dalam permainan
boling dan paling utama adalah dapat memupuk nilai-nilai kemasyarakatan di dalam diri setiap
pelajar menerusi aktiviti sukaneka yang dijalankan bersama penduduk kampung serta
mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar dan penduduk kampung.

Rajah 5.1 Sesi sumbang saran (branstorming) dilakukan diantara AJK Organisasi Permainan

Pada tarikh 8 Mei 2017, beberapa orang AJK yang terdiri daripada AJK Teknikal dan
Peralatan telah berusaha dan berjaya untuk mendapatkan beberapa unit peralatan elektronik
seperti pembesar suara beserta mikrofon dan juga pembesar suara jenis hailer secara pinjaman
dengan pihak Fakulti dan Universiti. Manakala itu, bagi mendapatkan peralatan-peralatan seperti
botol plastik dan kain tudung yang akan digunakan dalam aktiviti permainan, beberapa orang
AJK telah bekerjasama dalam mengumpul peralatan-peralatan tersebut.
5.2 SEMASA HARI KEJADIAN

5.2.1 Persediaan Tempat Dan Peralatan

Rajah 5.2.1.1 Rajah 5.2.1.2

Rajah 5.2.1.3 Rajah 5.2.1.4

Rajah 5.2.1.1 hingga Rajah 5.2.1.4 AJK Organisasi Permainan dibantu oleh AJK Badan
Beruniform Pengakap dalam menyediakan tempat dan peralatan yang akan digunakan dalam
aktiviti permainan
5.2.2 Aktiviti Sukaneka Bersama Penduduk Kampung Berlangsung

Aktiviti Sukaneka Bersama Penduduk Kampung telah diadakan pada hari Jumaat
bersamaan 12 Mei 2017, yang telah dijalankan pada pukul 3.00 hingga 6.30 petang. Terdapat dua
sesi iaitu sesi aktiviti permainan yang melibatkan pertandingan diantara kumpulan peserta
dengan kumpulan peserta yang lain dan juga pertandingan diantara kumpulan peserta dengan
orang kampung.

Sesi pertama aktiviti permainan yang melibatkan pertandingan diantara kumpulan peserta
dengan kumpulan peserta yang lain, dua aktiviti permainan telah dijalankan iaitu Semakin Hari
Semakin Sayang dan Tiup Tepung Bagi Mencari Gula-Gula. Sebanyak empat (4) buah kumpulan
yang telah mengambil bahagian dimana setiap kumpulan adalah terdiri daripada lima (5) orang
ahli kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua pusingan iaitu kelayakan dan kumpulan yang
menang pada pusingan kelayakan akan melayakkan diri ke pusingan akhir bagi menentukan
juara bagi kedua aktiviti permainan tersebut.

Rajah 5.2.2.1 Rajah 5.2.2.2


Rajah 5.2.2.3 Rajah 5.2.2.4

Rajah 5.2.2.5 Rajah 5.2.2.6

Rajah 5.2.2.7 Rajah 5.2.2.8


Rajah 5.2.2.1 hingga Rajah 5.2.2.8 Sekitar aktiviti permainan Semakin Hari Semakin Sayang dan
Tiup Tepung Bagi Mencari Gula-Gula yang disertai oleh para peserta

Bagi sesi kedua aktiviti permainan yang melibatkan pertandingan diantara kumpulan
peserta dengan penduduk kampung, dua aktiviti permainan telah dijalankan iaitu Lari
Berpasangan dan Boling Kelapa. Bagi aktiviti permainan Lari Berpasangan, sebanyak sepuluh
(10) buah kumpulan yang telah mengambil bahagian dimana setiap kumpulan adalah terdiri
daripada empat (4) orang ahli kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua pusingan iaitu
kelayakan dan kumpulan yang menang pada pusingan kelayakan akan melayakkan diri ke
pusingan akhir bagi menentukan juara bagi pertandingan Lari Berpasangan tersebut.
Kemenangan akhirnya telah berpihak kepada kumpulan penduduk kampung.

Rajah 5.2.2.9 Rajah 5.2.2.10

Rajah 5.2.2.11 Rajah 5.2.2.12


Rajah 5.2.2.9 hingga Rajah 5.2.2.12 Sekitar aktiviti permainan Lari Berpasangan yang disertai
oleh para peserta dan penduduk kampung

Sementara itu, bagi aktiviti permainan Boling Kelapa, sebanyak empat (4) buah
kumpulan yang telah mengambil bahagian dimana setiap kumpulan adalah terdiri daripada empat
(4) orang ahli kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua pusingan iaitu kelayakan dan
kumpulan yang menang pada pusingan kelayakan akan melayakkan diri ke pusingan akhir bagi
menentukan juara bagi pertandingan Boling Kelapa tersebut. Kemenangan akhirnya telah
berpihak kepada kumpulan peserta.

Rajah 5.2.2.13 Rajah 5.2.2.14


Rajah 5.2.2.15 Rajah 5.2.2.16

Rajah 5.2.2.13 hingga Rajah 5.2.2.16 Sekitar aktiviti permainan Boling Kelapa yang disertai oleh
para peserta dan penduduk kampung

Bagi meraikan penduduk kampung yang telah sudi untuk turut serta dalam aktiviti
permainan yang telah disediakan oleh AJK Organisasi Permainan, AJK Pertandingan dan
Perangkaan telah bersetuju untuk menambah dua lagi aktiviti permainan iaitu dan Permainan 10
Langkah dan Lawan Tarik Tali walaupun tiada dalam perancangan awal sebelum ke Pulau
Redang. Keputusan ini telah sepakat dibuat pada perjumpaan bagi AJK Pertandingan dan
Perangkaan yang telah berlangsung pada malam sebelumnya.

Bagi aktiviti permainan 10 Langkah, keenam-enam kumpulan peserta telah mengambil


bahagian dimana terdapat 5 kumpulan peserta yang akan menentang sesama sendiri manakala 1
lagi kumpulan peserta akan menentang kumpulan gabungan ahli Pengakap Laut Terengganu dan
penduduk kampung. Bagi bermain permainan ini, terdapat 25 buah petak yang telah dilorek
diatas pasir dan seorang peserta akan mewakili kumpulannya bagi berjalan diatas petak yang
disediakan. Ahli kumpulan yang lain perlu meneka laluan yang betul untuk sampai ke garisan
penamat dengan cara memberikan arahan petak mana yang perlu dilalui oleh wakil mereka yang
berada di dalam petak tersebut. Tetapi terdapat syarat yang perlu dipatuhi iaitu wakil tersebut
hanya dibenarkan membuat 10 langkah sahaja diatas petak yang disediakan. Sekiranya gagal,
peluang mencuba akan diberikan kepada pihak lawan sehinggalah satu kumpulan berjaya
menyelesaikan permainan ini.
Rajah 5.2.2.17 Rajah 5.2.2.18

Rajah 5.2.2.19 Rajah 5.2.2.20

Rajah 5.2.2.21 Rajah 5.2.2.22


Rajah 5.2.2.17 hingga Rajah 5.2.2.22 Sekitar aktiviti permainan 10 Langkah yang disertai oleh
para peserta dan penduduk kampung

Bagi aktiviti permainan Lawan Tarik Tali, sebanyak empat (4) buah kumpulan yang telah
mengambil bahagian dimana setiap kumpulan adalah terdiri daripada tujuh (7) orang ahli
kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua pusingan iaitu kelayakan dan kumpulan yang
menang pada pusingan kelayakan akan melayakkan diri ke pusingan akhir bagi menentukan
juara bagi pertandingan Lawan Tarik Tali tersebut. Kemenangan akhirnya telah berpihak kepada
kumpulan penduduk kampung.

Rajah 5.2.2.23
Rajah 5.2.2.24 Rajah 5.2.2.25

Rajah 5.2.2.26 Rajah 5.2.2.27

Rajah 5.2.2.23 hingga Rajah 5.2.2.27 Sekitar aktiviti permainan Lawan Tarik Tali yang disertai
oleh para peserta dan penduduk kampung

Selepas tamat kesemua aktiviti permainan yang dijalankan pada petang itu, sesi
penyampaian hadiah telah dilakukan. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah
disampaikan sendiri oleh Mejar Mohd Safiee Bin Idris iaitu pensyarah penasihat bagi Kursus
BBD40102 Pengurusan Kokurikulum.
Rajah 5.2.2.28 Kenangan di Pulau Redang bersempena program UNESCO World Water Day
(Sea Scout, FPTV UTHM)
5.3 SELEPAS HARI KEJADIAN

Pada hari Isnin bersamaan 17 Mei 2017, telah diadakan satu sesi Pasca Nilai (Post
Mortem) + Sumbang Saran (Brainstorming) dimana ia telah dijalankan pada waktu kuliah bagi
Kursus BBD40102 Pengurusan Kokurikulum Seksyen 1 iaitu pada pukul 3.00 hingga 5.00
petang. Kesemua AJK Organisasi Permainan telah hadir bagi sesi tersebut. Pada sesi itu,
kesemua AJK telah dikehendaki bagi mengeluarkan idea dan pendapat mereka bagi melakukan
pasca nilai serta sumbang saran untuk aktiviti permainan yang telah dijalankan semasa program
UNESCO World Water Day (Sea Scout, FPTV UTHM) di Pulau Redang, Terengganu.

Sepanjang sesi Pasca Nilai (Post Mortem) + Sumbang Saran (Brainstorming) ini
berlangsung, terdapat enam (6) persoalan yang dikemukakan berkaitan aktiviti permainan yang
telah dilaksanakan. Enam (6) persoalan tersebut adalah Kekuatan Bagi Setiap Ahli, Cabaran
Yang Dihadapi Oleh Setiap Ahli/Pasukan, Jawatan Yang Ingin Saya Pegang Pada Aktiviti Yang
Serupa Pada Masa Hadapan, Kekuatan Program, Cabaran Program dan juga persoalan mengenai
Perubahan Yang Akan Dilakukan Berpandukan Jawatan Baru Yang Ingin Dipegang Pada
Aktiviti Yang Serupa Pada Masa Hadapan. Setiap ahli telah memberikan pandangan serta
pendapat mereka secara bebas dan jujur pada setiap persoalan yang dikemukakan.

Pada sesi tersebut juga, setiap ahli telah menyuarakan masalah yang dihadapi oleh
mereka sepanjang proses persediaan sebelum ke Pulau Redang serta sepanjang proses
perlaksanaan aktiviti permainan semasa di Pulau Redang. Pada akhir sesi tersebut, setiap ahli
telah membincangkan jalan penyelesaian yang telah dan boleh diambil bagi masalah yang
dihadapi oleh mereka itu.
Rajah 5.3.1 Sekitar sesi Pasca Nilai (Post Mortem) + Sumbang Saran (Brainstorming)
dilangsungkan.

Rajah 5.3.2 AJK Organisasi Permainan yang hadir semasa sesi Pasca Nilai (Post Mortem) +
Sumbang Saran (Brainstorming) dilangsungkan.
6.0 MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG PERSEDIAAN DAN
PERLAKSANAAN PROGRAM

Pada sesi tersebut, setiap ahli telah menyuarakan masalah yang dihadapi oleh mereka
sepanjang proses persediaan sebelum ke Pulau Redang serta sepanjang proses perlaksanaan
aktiviti permainan semasa di Pulau Redang. Antara masalah yang dihadapi oleh mereka
sepanjang proses persediaan sebelum ke Pulau Redang adalah faktor kesukaran untuk memilih
jenis aktiviti permainan yang bersesuaian dengan tempat penganjurannya iaitu pantai serta
kesesuaian permainan tersebut kepada penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, faktor
kesukaran untuk mendapatkan peralatan untuk menjalankan aktiviti permainan yang dijalankan
adalah antara masalah yang dihadapi. Bagi masalah lain yang dihadapi oleh mereka sepanjang
proses perlaksanaan aktiviti permainan semasa di Pulau Redang adalah faktor perancangan masa
untuk memastikan aktiviti berjalan seperti yang terkandung dalam tentatif, faktor cuaca yang
panas terik pada hari aktiviti tersebut berlangsung, faktor terdapat beberapa orang peserta yang
sakit serta faktor keselamatan dari segi pergerakan peserta dari tempat penginapan ke pantai,

7.0 PENYELESAIAN BAGI MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG


PERSEDIAAN DAN PERLAKSANAAN PROGRAM

Pada akhir sesi tersebut, setiap ahli telah membincangkan jalan penyelesaian yang telah
dan boleh diambil bagi masalah yang dihadapi oleh mereka itu. Bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh ahli sepanjang proses persediaan sebelum ke Pulau Redang seperti masalah faktor
kesukaran untuk memilih jenis aktiviti permainan yang bersesuaian dengan tempat
penganjurannya iaitu pantai serta kesesuaian permainan tersebut kepada penduduk kampung
yang terlibat, masalah ini dapat diatasi dengan setiap AJK telah diberikan peluang untuk
mencadangkan aktiviti yang dirasakan sesuai bagi aktiviti permainan di pantai. Setiap cadangan
tersebut telah diteliti dan dibincangkan bersama sebelum sesuatu kata putus dilakukan. Pada
akhirnya, setiap AJK telah sepakat untuk melaksanakan empat (4) jenis aktiviti permainan iaitu
Semakin Hari Semakin Sayang, Tiup Tepung Bagi Mencari Gula, Lari Berpasangan dan juga
Boling Kelapa.

Bagi mengatasi masalah faktor kesukaran untuk mendapatkan peralatan untuk


menjalankan aktiviti permainan yang dijalankan, AJK Teknikal dan Peralatan telah berusaha dan
berjaya untuk mendapatkan beberapa unit peralatan elektronik seperti pembesar suara beserta
mikrofon dan juga pembesar suara jenis hailer secara pinjaman dengan pihak Fakulti dan
Universiti. Manakala itu, bagi mendapatkan peralatan-peralatan seperti botol plastik dan kain
tudung yang akan digunakan dalam aktiviti permainan, beberapa orang AJK telah bekerjasama
dalam mengumpul peralatan-peralatan tersebut.

Manakala itu, bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh ahli sepanjang proses
perlaksanaan aktiviti permainan semasa di Pulau Redang seperti faktor perancangan masa untuk
memastikan aktiviti berjalan seperti yang ditetapkan di dalam tentatif, AJK Pertandingan dan
Perangkaan telah mengambil keputusan untuk bergerak lebih awal ke pantai bagi persediaan
tempat dan peralatan yang akan digunakan dalam aktiviti permainan seperti yang dirancang. Ini
dilakukan bagi memastikan setiap aktiviti permainan yang dijalankan dapat berlangsung secara
lancar tanpa sebarang masalah. Namun begitu, aktiviti permainan yang dirancang tidak dapat
dijalankan mengikut masa yang ditetapkan pada tentatif disebabkan terdapat kelewatan dalam
pergerakan peserta disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Bagi jalan
penyelesaian yang boleh diambil pada masa hadapan adalah dengan memastikan para peserta
patuh pada arahan yang telah diberikan.

Selain itu, masalah faktor cuaca yang panas terik pada hari aktiviti tersebut berlangsung
juga tidak dapat dielakkan, namun begitu, Ketua AJK Pertandingan dan Perangkaan telah
menasihati para peserta untuk memakai sebarang perhiasan diri seperti topi dan meletakkan tuala
basah pada kepala untuk mengelakkan para peserta terdedah secara langsung kepada sinaran
matahari dan mengurangkan kepanasan dan tidak lupa juga membawa bekalan minuman yang
mencukupi bagi memastikan para peserta sentiasa dalam keadaan hidrat semasa aktiviti
permainan dilangsungkan di pantai.

Sementara itu, bagi masalah faktor terdapat beberapa orang peserta yang sakit, perkara ini
tidak dapat dielakkan kerana ianya berlaku diluar kawalan AJK, namun masalah ini dapat diatasi
dengan cara membawa mereka yang sakit ini, bersama-sama ke pantai dengan menaiki van bagi
membolehkan mereka turut serta melihat kemeriahan aktiviti yang dijalankan pada petang itu
walaupun hanya sekadar duduk di tempat berehat yang terdapat disitu. Perkara ini juga dilakukan
bagi memastikan keselamatan mereka terjamin oleh kerana jika mereka dibiarkan secara
sendirian di tempat penginapan tanpa pantauan daripada AJK Keselamatan, ia akan mengundang
bahaya kepada peserta tersebut.

Masalah yang berikutnya juga berhubung rapat dengan AJK Keselamatan dimana faktor
keselamatan dari segi pergerakan peserta dari tempat penginapan ke pantai. Perkara ini telah
diambil serius walaupun jarak perjalanan diantara tempat penginapan ke pantai hanyalah
mengambil masa diantara 15 hingga 25 minit, namun faktor kenderaan seperti motorsikal dan
van persiaran yang banyak melalui laluan perjalanan ke pantai ditambah dengan laluan yang
sempit dan sedikit berbukit, tetap dapat mengundang bahaya kepada para peserta. Namun
masalah ini dapat diatasi dengan memastikan setiap AJK Keselamatan sentiasa berjalan seiringan
dengan para peserta bagi mereka sentiasa bergerak di bahagian tepi jalan dan secara
berkumpulan kecil. Ini dilakukan untuk memastikan setiap peserta selamat tiba ke tempat yang
dituju.
8.0 SENARAI LAMPIRAN

Berikut adalah senarai dokumen lampiran berkaitan “Program Aktiviti Sukaneka


Bersama Penduduk Kampung Di Program UNESCO World Water Day (Sea Scout, FPTV
UTHM)” untuk tujuan rekod dan rujukan:

LAMPIRAN A : Portfolio Aktiviti Program Aktiviti Sukaneka Bersama Penduduk


Kampung Di Program UNESCO World Water Day (Sea Scout,
FPTV UTHM)

LAMPIRAN B : Aturcara Program Aktiviti Sukaneka Bersama Penduduk Kampung Di


Program UNESCO World Water Day (Sea Scout, FPTV UTHM)

LAMPIRAN C : Modul aktiviti permainan bagi Aktiviti Sukaneka Bersama Penduduk


Kampung Di Program UNESCO World Water Day (Sea Scout,
FPTV UTHM)

LAMPIRAN D : Minit Mesyuarat bagi Organisasi Permainan, Pengurusan Kokurikulum


Seksyen 1
LAMPIRAN A

PORTFOLIO AKTIVITI PROGRAM AKTIVITI SUKANEKA BERSAMA PENDUDUK


KAMPUNG DI PROGRAM UNESCO WORLD WATER DAY (SEA SCOUT, FPTV
UTHM)

1.0 PERSEDIAAN SEBELUM KE PULAU REDANG

1.1 SESI SUMBANG SARAN (BRANSTORMING) AJK ORGANISASI PERMAINAN

Rajah 1.1 Sesi sumbang saran (branstorming) dilakukan diantara AJK Organisasi Permainan
1.2 SEMASA HARI KEJADIAN

1.2.1 Persediaan Tempat Dan Peralatan

Rajah 1.2.1.1 Rajah 1.2.1.2

Rajah 1.2.1.3 Rajah 1.2.1.4

Rajah 1.2.1.1 hingga Rajah 1.2.1.4 AJK Organisasi Permainan dibantu oleh AJK Badan
Beruniform Pengakap dalam menyediakan tempat dan peralatan yang akan digunakan dalam
aktiviti permainan
1.2.2 Aktiviti Sukaneka Bersama Penduduk Kampung Berlangsung

1) Aktiviti Permainan Semakin Hari Semakin Sayang Dan Tiup Tepung Bagi Mencari Gula-
Gula.

Rajah 1.2.2.1 Rajah 1.2.2.2

Rajah 1.2.2.3 Rajah 1.2.2.4


Rajah 1.2.2.5 Rajah 1.2.2.6

Rajah 1.2.2.7 Rajah 1.2.2.8

Rajah 1.2.2.1 hingga Rajah 1.2.2.8 Sekitar aktiviti permainan Semakin Hari Semakin Sayang dan
Tiup Tepung Bagi Mencari Gula-Gula yang disertai oleh para peserta
2) Aktiviti Permainan Lari Berpasangan.

Rajah 1.2.2.9 Rajah 1.2.2.10

Rajah 1.2.2.11 Rajah 1.2.2.12

Rajah 1.2.2.9 hingga Rajah 1.2.2.12 Sekitar aktiviti permainan Lari Berpasangan yang disertai
oleh para peserta dan penduduk kampung
3) Aktiviti Permainan Boling Kelapa.

Rajah 1.2.2.13 Rajah 1.2.2.14

Rajah 1.2.2.15 Rajah 1.2.2.16

Rajah 1.2.2.13 hingga Rajah 1.2.2.16 Sekitar aktiviti permainan Boling Kelapa yang disertai oleh
para peserta dan penduduk kampung
4) Aktiviti Permainan 10 Langkah.

Rajah 1.2.2.17 Rajah 1.2.2.18

Rajah 1.2.2.19 Rajah 1.2.2.20


Rajah 1.2.2.21 Rajah 1.2.2.22

Rajah 1.2.2.17 hingga Rajah 1.2.2.22 Sekitar aktiviti permainan 10 Langkah yang disertai oleh
para peserta dan penduduk kampung
5) Aktiviti Permainan Lawan Tarik Tali

Rajah 1.2.2.23

Rajah 1.2.2.24 Rajah 1.2.2.25


Rajah 1.2.2.26 Rajah 1.2.2.27

Rajah 1.2.2.23 hingga Rajah 1.2.2.27 Sekitar aktiviti permainan Lawan Tarik Tali yang disertai
oleh para peserta dan penduduk kampung

Rajah 5.2.2.28 Kenangan di Pulau Redang bersempena program UNESCO World Water Day
(Sea Scout, FPTV UTHM)
1.3 SELEPAS HARI KEJADIAN

1.3.1 Sesi Pasca Nilai (Post Mortem) + Sumbang Saran (Brainstorming) AJK Organisasi
Permainan

Rajah 1.3.1.1 Sekitar sesi Pasca Nilai (Post Mortem) + Sumbang Saran (Brainstorming)
dilangsungkan.
Rajah 1.3.1.2 AJK Organisasi Permainan yang hadir semasa sesi Pasca Nilai (Post Mortem) +
Sumbang Saran (Brainstorming) dilangsungkan.
LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM AKTIVITI SUKANEKA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG


DI PROGRAM UNESCO WORLD WATER DAY (SEA SCOUT, FPTV UTHM)

12 Mei 2017 – Jumaat

MASA AKTIVITI CATATAN

12.30 T/Hari Makan Tengah hari

- Solat Zuhur berjemaah

2.30 ptg Bergerak pergi ke pantai AJK Keselamatan

Aktiviti

Sukaneka bersama penduduk kampong


3.00 ptg – 4.30 AJK Pertandingan dan
- Semakin Hari Semakin Sayang Perangkaan
- Tiup Tepung Bagi Mencari Gula-Gula,
- Lari Berpasangan
- Boling Kelapa

4.30 ptg Solat Asar berjemaah

5.00 ptg Sambungan Aktiviti AJK Pertandingan dan


Sukaneka Bersama Penduduk Kampung
Perangkaan
- 10 Langkah
- Lawan Tarik Tali

6.00 ptg Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang AJK Cenderahati

6.30 ptg Berangkat pulang ke tempat penginapan AJK Keselamatan


LAMPIRAN C

MODUL AKTIVITI PERMAINAN BAGI AKTIVITI SUKANEKA BERSAMA


PENDUDUK KAMPUNG DI PROGRAM UNESCO WORLD WATER DAY (SEA
SCOUT, FPTV UTHM)

1) MODUL PERMAINAN SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG (CAMPAK


BELON)

Bilangan peserta : 20 orang


Jangka Masa : 10 minit

Objektif :
 menguji para peserta untuk berfikir dengan lebih kreatif
 meningkatkan keyakinan para peserta dalam menjalankan aktiviti
 melatih peserta untuk berkomunikasi dengan baik dengan teman kumpulan

Langkah :
1. Peserta dikehendaki berbaris dalam satu barisan panjang mengikut jarak yang ditetapkan.
2. Peserta pertama akan mengambil belon dan melontar ke peserta di belakang beliau dalam
kedudukan membelakangi rakan kumpulan.
3. Peserta seterusnya akan menangkap belon tersebut dan mengulangi perbuatan seperti
diatas sehingga ke peserta terakhir.
4. Peserta terakhir dikehendaki memasukkan belon ke dalam bekas yang disediakan.
5. Sekiranya belon pecah peserta dikendaki membaling semula belon.
6. Pemenang dikira berdasarkan jumlah bilangan belon yang berjaya dihantar ke belakang
tanpa pecah dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Peralatan :

Alatan Diperlukan Jumlah


Belon 40
Baldi 8
2) MODUL PERMAINAN TIUP TEPUNG BAGI MENCARI GULA-GULA

Bilangan peserta : 20 orang


Jangka Masa : 10 minit

Objektif :
 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan

Langkah :
1. Peserta perlu meniup tepung hingga menjumpai gula-gula yang terdapat didalam pinggan
berisi tepung.
2. Peserta perlu mengambil gula-gula tersebut dengan menggunakan mulut dan
memasukkan gula-gula tersebut di dalam pinggan berasingan yang disediakan.
3. Peserta perlu melakukan permainan ini secara bergilir-gilir dengan ahli kumpulan
masing-masing. Gula-gula yang terdapat di dalam pinggan berisi tepung itu adalah
sebanyak 10 biji.
4. Kumpulan yang berjaya mencari kesemua gula-gula dan memindahkan ke dalam pinggan
berasingan terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Peralatan :

Alatan Diperlukan Jumlah


Pinggan 2
Tepung 1
Gula-gula 1
3) MODUL PERMAINAN LARI BERPASANGAN

Bilangan peserta : 40 orang (10 kumpulan)

Bilangan penduduk kampung : 24 orang (6 kumpulan)

Jangka Masa : 30 minit

Objektif :
 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan

Langkah :
1. Membentuk 10 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri dari empat orang.
2. Setiap kumpulan diberi menjadi dua pasang kain.
3. Pasangan pertama berada digaris awal lintasan dan pasangan kedua menunggu di hujung
lintasan.
4. Pasangan pertama salah satu kakinya akan diikat.
5. Satu orang dari pasangan masing-masing akan ditutup matanya.
6. Pasangan yang matanya tidak ditutup berperanan sebagai pemandu.
7. Apabila wisel berbunyi, pasangan pertama berlari menuju hujung lintasan dan harus
melalui bendera yang berada dalam lintasaan.
8. Sesampainya di hujung lintasan selendang/kain yang digunakan sebagai pengikat kaki
dan penutup mata diserahkan kepada pasangan kedua.
9. Pasangan kedua bergegas mengikat kakinya dan menutup mata salah dari salah satu
pasangan.
10. Kemudian berlari ke arah garis awal dengan melalui setaip kon yang berada di dalam
lintasan.
Peralatan :

Alatan Diperlukan Jumlah


Wisel 1
Jam pendetik 1
Selendang/Kain 32
Kon kecil 5
4) MODUL PERMAINAN BOLING KELAPA

Bilangan peserta : 16 orang (4 kumpulan)

Jangka Masa : 30 minit

Objektif :

 Dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung dengan para


peserta.
 Melatih lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara.
 Mengasah bakal atau kemahiran dalam permainan boling.

Langkah :

1. Setiap kumpulan hanya boleh menghantar 4 orang wakil sahaja. 2 wakil dari pihak
penduduk kampung dan 2 pihak dari para peserta.
2. Setiap peserta akan diberi peluang menggolekkan dan meleretkan buah kelapa sebanyak
2 kali sahaja.
3. Mata permainan dikira berdasarkan kepada jumlah botol yang berjaya dijatuhkan. 1 botol
bersamaan dengan 1 mata.
4. Peserta tidak dibenarkan melontar atau membaling terus buah kelapa ke arah botol. Buah
kelapa hanya boleh digolekkan atau dileretkan sahaja.
5. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah mata yang tertinggi. Sekiranya seri, balingan
penentuan akan diadakan sebanyak 2 kali.
(**Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD**)
.
Cara Bermain Boling Kelapa.

1. Cara permainan adalah sama seperti bermain boling.


2. Peserta haruslah berada di belakang garisan dan tidak dibenarkan melebihi garisan
tersebut semasa meleretkan buah kelapa.
3. Pemain menggolekkan kelapa untuk menjatuhkan botol mineral yang telah disusun.
(**menggolekkan kelapa bergilir – gilir mengikut kumpulan**)
4. Kemahiran meleret dan menggolek sahaja dibenarkan.
5. Jika peserta menggunakan kemahiran lain, peserta akan dikira batal dan tidak dikira
markah.
6. Pasukan yang menjatuhkan botol mineral paling banyak akan dikira sebagai pemenang.
7. Garisan Permulaan 10 M

10 M
el
a
k

Bbotol
Garis Permulaan

Air
Peralatan :

Bil Alatan Unit

1 Kelapa 4 biji

2 Botol air 10 botol


LAMPIRAN D

MINIT MESYUARAT BAGI ORGANISASI PERMAINAN, PENGURUSAN


KOKURIKULUM SEKSYEN 1

1) Minit Mesyuarat Pertama

Tarikh: 16.2.2017 (Khamis)


Masa : 8.00 Malam
Tempat : Studio Pendidikan
Kehadiran : (Senarai nama dilampirkan)

Bil Agenda Tindakan


1. Ucapan Pengerusi
- Mengalu – alukan kehadiran semua jemputan mesyuarat bagi
tujuan penubuhan Organisasi Permainan.
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
- Tiada pembentangan dan pengesahan
3. Pemilihan Ahli Jawatankuasa
- Mesyuarat telah sepakat dan setuju untuk melantik AJK Setiausaha sementara
Permainan (seperti dibawah) bagi menggerakkan aktiviti dan
perjalanan pengurusan organisasi permainan ini, iaitu :

Pengerusi : Mohd Syazwan Afif bin Abd


Karim
Tim. Pengerusi : Muhamad Fikri Zulhaq bin Abd
Manan
Setiausaha : Bismi Nurnazatul Shima binti
Mohd Mahthir
Tim. Setiausaha : Noor Syazila binti Che Youp
Bendahari : Nurul Atiqah binti Abd Ghapar
Ahli Jawatankuasa :
1. Certaikly Anak Daud
2. Kamarul Azwad bin Ruslani
3. Marlia Ainur binti Mohd
Ngimran
4. Mohamad Faris bin Che Mohd
Yusof
5. Muhammad Ilyasak bin Abdul
Halim
6. Nasibah binti Awang
7. Nur Khamisah Hanis binti
Mohamad Rosli
8. Nur Safirah binti Baharudin
9. Rasyidah binti Mohamad
Hassan

4. Membahaskan usul yang diterima


- Cadangan lokasi untuk mengadakan program aktiviti Wakil setiap kumpulan
permainan, antara lokasi tersebut ialah : dan Pengerusi
1. Pulau Rawa, Mersing
2. Pulau Redang, Terengganu
3. Cherating, Pahang
4. Pulau Langkawi
5. Tasik UTHM

- Setelah berbincang, semua ahli telah bersetuju memilih lokasi


tersebut :
1. Pulau Rawa, Mersing
2. Pulau Redang, Terengganu
5. Hal – hal lain
- Membincangkan aktiviti yang akan dijalankan, AJK Aktiviti
walaubagaimanapun ahli bersetuju untuk menetapkan aktiviti
selepas pemilihan lokasi yang sebenar diluluskan.
6. Ucapan penangguhan Pengerusi

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 malam ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Disediakan Oleh,

…………………………………………………...

(Bismi Nurnazatul Shima Binti Mohd Mahthir)

Setiausaha Organisasi Permainan

1 Jun 2017

Disahkan Oleh,

…………………………………………………...

(Prof Dr Hj Ahmad Bin Esa)

Pensyarah Penyelaras Pengurusan Kokurikulum Seksyen 1

1 Jun 2017
2) Minit Mesyuarat Kedua

Tarikh: 17.2.2017 (Jumaat)


Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Studio Pendidikan
Kehadiran : (Senarai nama dilampirkan)

Bil Agenda Tindakan


1. Ucapan Pengerusi
- Mengalu – alukan kehadiran semua AJK Organisasi
Permainan.
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Setiausaha
- Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Kali Pertama
Organisasi Permainan.
- Nurul Atiqah binti Abd Ghapar mencadangkan minit
mesyuarat disahkan.
- Nasibah binti Awang menyokong.
3. Perkara Berbangkit
- Membincangkan mengenai penghasilan kertas kerja bagi Setiausaha
memohon peruntukan dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM
bagi melaksanakan program aktiviti permainan.
- Pemilihan lokasi yang sebenar untuk mengadakan program
aktiviti permainan.
4. Membahaskan usul yang diterima
- Pemilihan lokasi yang sebenar untuk mengadakan program AJK Aktiviti
aktiviti permainan antaranya ialah :
1. Pulau Rawa, Mersing
2. Pulau Redang, Terengganu

- Setelah berbincang, Pulau Redang, Terengganu telah


diluluskan sebagai lokasi untuk mengadakan program aktiviti
permainan.
5. Hal – hal lain
- Tiada hal-hal lain
6. Ucapan penangguhan Pengerusi

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Disediakan Oleh,

…………………………………………………...

(Bismi Nurnazatul Shima Binti Mohd Mahthir)

Setiausaha Organisasi Permainan

1 Jun 2017

Disahkan Oleh,

…………………………………………………...

(Prof Dr Hj Ahmad Bin Esa)

Pensyarah Penyelaras Pengurusan Kokurikulum Seksyen 1

1 Jun 2017

3) Minit Mesyuarat Ketiga


Tarikh: 18.2.2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Studio Pendidikan
Kehadiran : (Senarai nama dilampirkan)

Bil Agenda Tindakan


1. Ucapan Pengerusi
- Mengalu – alukan kehadiran semua AJK Organisasi
Permainan.
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Setiausaha
- Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Kali Kedua
Organisasi Permainan.
- Nurul Atiqah binti Abd Ghapar mencadangkan minit
mesyuarat disahkan.
- Muhammad Ilyasak bin Abdul Halim menyokong.
3. Perkara Berbangkit
- Membincangkan mengenai penghasilan kertas kerja bagi Setiausaha
memohon peruntukan dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM AJK Aktiviti
bagi melaksanakan program aktiviti permainan.
- Merancang aktiviti permainan yang akan dilaksanakan di
Pulau Redang.
4. Membahaskan usul yang diterima
- Cadangan aktiviti permainan yang akan dilaksanakan di Pulau AJK Aktiviti
Redang antaranya ialah :
1. Bola Sepak Pantai
2. Semakin Hari Semakin Sayang,
3. Tiup Tepung Bagi Mencari Gula-Gula
4. Lari Berpasangan
5. Boling Kelapa
- Setelah berbincang, semua ahli telah bersetuju memilih aktiviti
permainan tersebut :
1. Semakin Hari Semakin Sayang,
2. Tiup Tepung Bagi Mencari Gula-Gula
3. Lari Berpasangan
4. Boling Kelapa

5. Hal – hal lain


- Tiada
6. Ucapan penangguhan Pengerusi

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Disediakan Oleh,

…………………………………………………...

(Bismi Nurnazatul Shima Binti Mohd Mahthir)

Setiausaha Organisasi Permainan

1 Jun 2017
Disahkan Oleh,

…………………………………………………...

(Prof Dr Hj Ahmad Bin Esa)

Pensyarah Penyelaras Pengurusan Kokurikulum Seksyen 1

1 Jun 2017
4) Minit Mesyuarat Keempat

Tarikh: 17.5.2017 (Isnin)


Masa : 3.00 Petang
Tempat : Studio Pendidikan
Kehadiran : (Senarai nama dilampirkan)

Bil Agenda Tindakan


1. Ucapan Pengerusi
- Mengalu – alukan kehadiran semua AJK Organisasi
Permainan.
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Setiausaha
- Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Kali Ketiga
Organisasi Permainan.
- Nurul Atiqah binti Abd Ghapar mencadangkan minit
mesyuarat disahkan.
- Nur Khamisah Hanis binti Mohamad Rosli menyokong.
3. Perkara Berbangkit
- Melakukan sesi Pasca Nilai (Post Mortem) + Sumbang Saran Setiausaha
(Brainstorming) untuk aktiviti permainan yang telah
dijalankan semasa program UNESCO World Water Day (Sea
Scout, FPTV UTHM) di Pulau Redang, Terengganu.
4. Membahaskan usul yang diterima
- Persoalan sepanjang aktiviti permainan dilaksanakan di Pulau Setiusaha
Redang antaranya ialah :
1. Kekuatan Bagi Setiap Ahli
2. Cabaran Yang Dihadapi Oleh Setiap Ahli/Pasukan
3. Jawatan Yang Ingin Saya Pegang Pada Aktiviti Yang
Serupa Pada Masa Hadapan
4. Kekuatan Program
5. Cabaran Program
6. Perubahan Yang Akan Dilakukan Berpandukan Jawatan
Baru Yang Ingin Dipegang Pada Aktiviti Yang Serupa
Pada Masa Hadapan.
5. Hal – hal lain
- Tiada hal-hal lain
6. Ucapan penangguhan Pengerusi

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Disediakan Oleh,

…………………………………………………...

(Bismi Nurnazatul Shima Binti Mohd Mahthir)

Setiausaha Organisasi Permainan

1 Jun 2017

Disahkan Oleh,

…………………………………………………...

(Prof Dr Hj Ahmad Bin Esa)

Pensyarah Penyelaras Pengurusan Kokurikulum Seksyen 1

1 Jun 2017
SENARAI NAMA KEHADIRAN AJK ORGANISASI PERMAINAN

Pengerusi : Mohd Syazwan Afif bin Abd Karim


Tim. Pengerusi : Muhamad Fikri Zulhaq bin Abd Manan
Setiausaha : Bismi Nurnazatul Shima binti Mohd Mahthir
Tim. Setiausaha : Noor Syazila binti Che Youp
Bendahari : Nurul Atiqah binti Abd Ghapar
Ahli Jawatankuasa :
1. Certaikly Anak Daud
2. Kamarul Azwad bin Ruslani
3. Marlia Ainur binti Mohd Ngimran
4. Mohamad Faris bin Che Mohd Yusof
5. Muhammad Ilyasak bin Abdul Halim
6. Nasibah binti Awang
7. Nur Khamisah Hanis binti Mohamad Rosli
8. Nur Safirah binti Baharudin
9. Rasyidah binti Mohamad Hassan

Anda mungkin juga menyukai