Anda di halaman 1dari 1

SKRIP WAKIL MURID SEMPENA HARI GURU

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari Guru diraikan
untuk mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Jasa
dan pengorbanan guru amat ternilai harganya dan tidak dapat dijual beli.
Tema Hari Guru pada tahun ini ialah GURU INSANI PEMANGKIN
GENERASI MADANI.
Guru-guru yang disayangi,
Kami tahu guru-guru tidak mengharapkan balasan wang ringgit daripada kami
semua. Guru –guru hanya ingin melihat anak didik mereka berjaya sahaja. Itu
sudah cukup untuk membahagiakan hati semua guru. Oleh itu, saya menyeru
rakan-rakan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang. Saya aykin bahawa guru-guru pasti akan gembira apabila
melihat kejayaan anak didik mereka.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mewakili rakan-rakan semua untuk
memohon ampun dan maaf sekiranya kami ada melakukan kesilapan
sepanjang jami bergelar murid di sekolah ini, Mungkin, sepanjang kami
menjadi anak didik cikgu, ada perlakuan kami yang menyinggung dan
menggores hati dan perasaan cikgu. Kami berharap agar cikgu sudi
memaafkan kami semua.
Saya mewakili semua murid ____________________ ingin mengucapkan
Selamat Hari Guru kepada semua guru.
Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Tidur di kamar pakai kelambu,


Jangan lupa matikan lampu,
Kepada semua guru-guruku,
Terima kasih atas segala ilmu.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai