Anda di halaman 1dari 2

ASSALAMUALAIKUM WRT

ALHAMDULILLAHIRABILANLAMI ………..
ALLAHUMSALI ANLAIMUAHAM ………..

TERIMAKASIH PENGERUSI MAJLIS.


YANG BERUSAHA TUAN PENGETUA, USTAZ ZAIDI ISMAIL,
YDP PIBG, EN HASSANUDDIN B, SALIM DAN AJK
GPK HAL EHWAL PELAJAR, USTAZAH SITI RAHMAH BT WATAK
GPK KO KURIKULUM, USTAZ BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ.
YANG DI RAIKAN ;-
1. Cikgu Emran b Jamaludin
2. En Sabri b. Abd Malik dan
3. Puan Nor Shuhada bt Ismail
Rakan guru-guru, staff pejabat dan semua pelajar.

ALHAMDULILAH. Syukur kepada Allah kerana dengan limpah rahmatnya kita dapat
bersama dalam majlis Jasa Mu di Kenang pada pagi yang mulia ini.

Saya sebagai wakil guru SMA al Khairiah terlebih dahulu ingin mengucapkan
selamat Bersara kepada Cikgu Emran dan juga En Sabri dan kepada Pn Hada
diucapakn selamat bertugas di tempat baru.
Di sini juga kami guru-guru ingin mengucapkan berbanyak terimakasih kepada
Cikgu Emran, En Sabri dan puan Hada kerana banyak membantu guru-guru dalam
menjalan tugas harian di khairiah ini.
En Sabri adalah seorang yang bertanggungjawab dalam kerjanya. Tanpa
komitmen beliau, kerja-kerja guru sedikit terganggu. Pada saya beliau adalah
mudah kiro.

Begitu juga dengan cikgu Emran. Sebagai rakan sekerja, beliau sangat-sangat
memberi kerjasama kepada guru-guru lain dalam menjayakan perbagai aktiviti
dan program sekolah. Contoh yang terkini, ialah beliau sanggup bersama-sama
dalam Kem Kepimpinan Pengawas baru-baru ini walau pun dah nak bersara.

Kepada Pn Hada, kami semua warga pendidik ingin mengucap berbanyak


terimakasih di atas kerjasama yang diberikan. Beliau juga sangat komitmen dalam
kerjanya semasa berurusan dengan guru-guru.

Dan akhir sekali, saya wakil guru-guru sma al khairiah ingin memohon kemaafan
kepada yang diraikan (Cikgu emran, en Sabri dan Pn Hada) jika kami ada
melakukan dosa samada kata-kata, perbuatan atau lintasan hati. Kami mendoakan
semua mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

Sebelum saya berundur diri, 2 dua pantun.


Dua tiga kucing berlari
Kucing hitam tempat pertama
Hari ini mereka berpisah dan pergi
Insyallah lain kali bersua semula.

Daun lalang daun selasih.


Sekian Terimakasih.

Wassalamualaium…….

Anda mungkin juga menyukai