Anda di halaman 1dari 3

 

Temu ramah seorang tokoh murid

Ahmad : Assalamualaikum, apa khabar?

Salina : Waalaikumusalam, khabar baik.

Ahmad : Saya Ahmad dari buletin sekolah ingin menemuramah saudari kerana saudaridinobatkan
sebagai tokoh murid sekolah ini.

Salina : Boleh apa salahnya.Ahmad : Pertama sekali, saya dengan besar hatinya ingin mengucapkan


tahniahkepada saudari kerana telah berjaya menjadi tokoh murid 2009.Salina: Terima kasih.

Ahmad : Bolehkah saudari menceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudari?

Salina : Baiklah. Nama penuh saya Salina bt Halim berasal dari Ipoh, Perak. Sayamerupakan anak
sulung dari 3 orang adik beradik. Sebagai anak sulungbanyak juga tanggungjawab yang terpaksa saya
pikul bagi membantu ibu bapasaya. Ayah saya hanyalah bekerja sebagai pemandu di sebuah
syarikatmengedar barangan runcit. Manakala ibu saya hanyalah seorang suri rumahtangga sahaja.

Ahmad : Apakah perasaan saudari apabila bergelar tokoh pelajar?

Salina : Semestinya saya berasa bangga dan gembira. Saya amat bersyukur keranausaha saya selama


ini membuahkan hasil. Saya juga dapat berkongsikegembiraan ini bersama keluarga saya. Oleh itu,
saya mengambilkesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepda guru, keluargadan
rakan-rakan kerana tidak jemu memberi semangat kepada saya untukterus berusaha sehingga
berjaya mencapai kecemerlangan ini.

Ahmad : Apakah rahsia kecemerlangan saudari sehingga berjaya menjadi tokoh muridini?

Salina : Sebenarnya sesiapa pun boleh menjadi tokoh murid. Semuanya bergantungkepada dua
prinsip sahaja iaitu disiplin dan usaha yang gigih. Di samping itu,kita hendaklah sentiasa mengerjakan
suruhan Allah dan sentiasa berdoakepadaNya.

Ahmad : Mengikut pandangan saudari, apakah yang harus dilakukan oleh seseorangmurid itu agar


boleh terus berjaya?

Salina : Sesetengah pelajar tidak sanggup berkorban masa dan tenaga untukmencapai sesuatu yang


mereka idamkan. Sebenarnya, sikap yang sentiasatelus dan kesedaran tentang kepentingan pelajaran
perlu ditanamkan dalamdiri kita Untuk pengetahuan saudara, saya sentiasa berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Saya jugamementingkan sahsiah diri dan
ketatasusilaan yang tinggi. Hal ini sekaligusdapat mengeratkan lagi hubungan saya dengan guru dan
sesama rakan-rakan di sekolah. 

Ahmad : Bolehkah saudari ceritakan kejayaan yang telah saudari capai dalam bidangkokurikulum
pula?

Salina : Sebenarnya, saya memang suka bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikulumini. Aktiviti-


aktiviti kokurikulum sebenarnya banyak juga membantumencerdaskan pemikiran kita di samping
dapat mencergaskan tubuh badan .Saya merupakan wakil sekolah bagi Pertandingan Pidato sehingga
berjayamenjadi johan bagi peringkat negeri. Selain itu, saya juga terlibat denganpertandingan secara
berkumpulan seperti koir,pertandingan‘choral speaking’, wakil sekolah bagi permainan bola baling,
permainan sofbol dan sebagainya.Lantaran itu, saya telah dilantik pula menjadi pengerusi persatuan
Sains danMatematik, Pengerusi unit Pengakap dan pengerusi bagi permainan sofbol.

Ahmad : Memandangkan banyak pengetahuan dan pengalaman yang sudah saudaritimba di sekolah
ini, bolehkah saudari berikan serba sedikit nasihat yang patutditeladani oleh semua murid di sini?

Salina : Oh, boleh, boleh tidak menjadi masalah. Untuk menjadi pelajar yang dicontohi,seseorang itu
seharusnya melakukan semua perkara yang baik danmenghindari segala yang buruk. Selain itu,
bergiat aktif dalam aktiviti sukandan kokurikulum atau apa jua bidang sekalipun adalah sangat
penting. Tidakketinggalan pula, sokongan dan kata-kata semangat daripada semua golonganamat
diperlukan . Kita harus saling menasihati sesama sendiri agar dapatmendorong kita untuk terus
berusaha. Kita jangan sesekali mengamalkansikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing.

Ahmad : Akhir sekali, saudari apakah harapan saudari untuk masa hadapan?

Salina : Saya harap saya akan terus berjaya dan maju ke hadapan. Sekiranya, sayaberundur satu
tapak ke belakang, saya akan berusaha sedaya-upaya untukmaju dua tapak lagi ke hadapan. Saya
tidak akan berhenti berusaha untukmenjadi murid cemerlang sekaligus memberi contoh kepada
murid-murid lainuntuk bersaing secara sihat. Putus asa tidak pernah wujud dalam kamus hidupsaya.

Ahmad : Baiklah setakat itu sahaja temu ramah kita pada hari ini. Terima kasih kepada saudari kerana


sudi diwawancara. Semoga saudari terus berjaya dengan lebihcemerlang lagi dan mencapai segala
yang diinginkan. Saya wakil dari pihakbuletin sekolah sentiasa memberi sokongan kepada saudari
untuk terus maju jaya.

Salina: Sama-sama. Saya gembira kerana dapat membantu.
TEMURAMAH : TOKOH MURID CEMERLANG

Amira : Selamat pagi, Ainnur. Silakan duduk.

Ainnur : Terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari
kerana telah  terpilih sebagai murid cemerlang.

Amira : Terima kasih. Saya berasa bersyukur atas kejayaan saya ini. Apakah tujuan awak
datang ke sini?

Ainnur : Tujuan saya datang ke sini adalah untuk menemu ramah saudari.

Amira : Boleh, apa salahnya.

Ainnur : Siapakah yang banyak mendorong saudari untuk mencapai kejayaan dalam bidang
akademik?

Amira : Guru-guru dan ibu bapa yang banyak mendorong saya mencapai kejayaan ini.

Ainnur : Bagaimanakah saudari boleh terpilih sebagai murid cemerlang?

Amira : Saya tidak pasti tetapi mungkin kerana saya selalu mendapat keputusan yang baik
dalam ujian dan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR. Selain itu saya banyak mewakili
sekolah dalam beberapa pertandingan. Di samping itu juga, saya tidak pernah terlibat
dengan masalah disiplin di sekolah.

Ainnur : Apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan yang ingin berjaya dalam pelajaran?

Amira : Nasihat saya kepada rakan-rakan supaya mendengar nasihat guru dan ibu bapa serta
menumpukan perhatian semasa guru mengajar.

Ainnur : Terima kasih atas kesudian saudari untuk ditemu ramah.

Amira : Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai