Anda di halaman 1dari 9

KURSUS: KTR3013-Teknologi Maklumat Sekolah Rendah

GROUP: EL- M03( SEMESTER 2 2011)

PENSYARAH: Dr. Ahmad Zamzuri Bin Mohamad Ali SOALAN: Tugasan 1B

NAMA: NG KAH LEE NO. MATRIK: D20102044718

Tugasan 1B: Esei ( 20% ) Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut: 1. Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.
2. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan

masalah dalam (1).

Pengenalan Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran . Teknologi pendidikan melibatkan penggunaan kemahiran dan teknik moden yang meliputi kemudahan belajar , perkaedahan dan penyesuaian bahan dengan persekitaran agar ia menimbulkan rangsangan pembelajaran yang bermakna kepada murid . Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif, dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997). Pada asalnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Isu ini memberi satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan mental serta kompetensi dalam penggunaannya dalam kalangan guru secara amnya. Pada masa yang sama, masih terdapat guru yang ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT). Akibatnya mereka, tidak dapat mengikuti perkembangan pesat yang berlaku dalam pendidikan terutamanya yang dikaitkan dengan IT. Oleh itu, penggunaan IT dalam pendidikan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan yang semakin maju dan menutut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi daripada mereka.

Mengaplikasikan teknologi komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat dan seterusnya prestasi pelajar. Tidak boleh dinafikan penggunaan teknologi komputer dan multimedia dapat meningkatkan prestasi pencapaian di sekolah. Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan kos yang perlu guru gunakan dalam aktiviti dalam kelas. Dalam mengkaji tahap penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan, Sunal (1996) telah mengkategorikan tahap penggunaan teknologi komputer kepada lima tahap penggera dan seperti dalam jadual di bawah: Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Mengumpul maklumat dari internet. Berkongsi maklumat yang boleh diperolehi daripada internet dengan pelajar. Mengaplikasikan atau menerapkan penggunaan internet terus ke dalam pengajaran yang hendak disampaikan Guru bertindak sebagai pemudahcara dalam projek pelajar yang

menggunakan pelbagai sumber dan internet Tahap 5 Pelajar merancang dan melaksanakan penggunaan internet itu sendiri. Tahap penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan

Isu-isu

penggunaan

teknologi

komputer

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran di bilik darjah. Isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai social menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan. Isu penggunaan

teknologi dalam pendidikan terbahagi kepada empat bahagian, iaitu social budaya, ekonomi, pendidikan serta undang-undang dan etika.

Isu Sosial Budaya

Jika terdapat jurang yang ketara di dalam literasi penggunaan komputer adalah merugikan kepada sesebuah masyarakat. Pihak kerajaan dan juga Badan Bukan Kerajaan(NGO) perlu mengambil perhatian yang serius bagi merapatkan jurang perbezaan ini kerana kita tidak mahu ada dalam kalangan masyarakat kita yang masih tidak mahir dalam penggunaan komputer. Isu Ekonomi

Aplikasi Sekolah Bestari dijalankan di bawah projek Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah untuk membolehkan integrasi pendidikan direncanakan dalam penggunaan teknologi yang terkini. Tambahan pula,terdapat juga kerajaan negeri yang melaburkan sejumlah wang bagi membentuk syarikat yang menyediakan murid sekolah untuk penggunaan computer yang memuatkan subjek dan pembelajaran tertentu di dalamnya. Isu Undang-undang dan Etika

Kemudahan untuk plagiat, muat turun hak cipta serta penipuan siber telah semakin berleluasa. Perkara ini penting untuk diterangkan secara jelas kepada orang ramai berkaitan dengan kesan yang bakal timbul terutama yang melibatkan perundangan. Isu Pendidikan

Penggunaan teknologi pendidikan ini menyokong kepada teori pembelajaran yang wujud sekian lama. Teknologi yang digunakan dapat mencetuskan pembelajaran yang diinginkan serta teknologi itu menjadi pemangkin kepada tercapainya objektif pembelajaran. Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi

media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-batan dan kayu, sebaliknya alam maya.

1) Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah. Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan teknologi komputer di kalangan pelajar dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ini.
I.

Kepakaran guru yang terhad Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembalajaran. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer. Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad. Namun demikian perkara ini tidak berlaku sekiranya pengetahuan dan pengalaman seseorang guru adalah terhad penggunaan internet.

II.

Masalah isi kandungan dalam internet

Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar yang menjadikan antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, keganasan, hasutan, kabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Kajian yang telah dijalankan oleh School Board Foundation dalam Thomas (2000) mendapati ibu bapa bimbang terhadap laman web lucah, keganasan dan kandungan kebencian.
III.

Masalah mencari maklumat

Mempunyai akses ke internet tidak menjamin maklumat ada dapat digunakan untuk pembelajaran yang bermakna. Keadaan ini berlaku kerana guru menghadapi masalah untuk membuat pilihan ketika mencari maklumat disebabkan gambaran di hadapan mereka bercampur aduk serta maklumatnya bercelaru. Keadaan ini akan memberi kesan kepada pemilihan. Oleh itu, guru haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan enjin mencari maklumat yang dikehendaki daripada internet.

IV.

Masalah hakcipta Teknologi komputer telah menjadi kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang iaitu dengan hanya menggunakan arahan file:save as pada pemapar web. Biasanya maklumat yang terdapat di internet diperolehi secara percuma. Dari sudut undang-undang adalah menjadi kesalahan apabila seseorang menyiarkan semula sesuatu maklumat di web tanpa kebenaran bertulis daripada penulis asalnya. Namun demikian, terdapat ramai orang yang menyalin dan mempergunakan maklumat dan gambar grafik dari internet tanpa menghiraukan masalah hakcipta (warren, 1998). Sehubungan dengan itu, Akta hak Cipta ( Pindaan) 1997 diwujudkan bagi melindungi hak cipta intektual pengeluar multimedia melalui pendaftaran produk di internet, perlesenan dan pemerolehan royalty. Di samping itu, akta ini melindungi dan menjaga bahan-bahan perantaraan seperti program komputer, teks, gambar rajah, foto, imej dan lain-lain yang dilindungi oleh akta hak cipta.

V.

Kekurangan peralatan

Kajian yang dijalankan oleh Sunal(1996) mendapati masalah utama penggunaan internet dalam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses internet supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian juga menunjukkan guru memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas. Untuk mencapai tahap penggunaan yang optima, beberapa komputer diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik darjah. Namun demikian, kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internet untuk satu atau sua komputer yang terletak di

perpustakaan atau makmal komputer sahaja. Penyusunan demikian akan menyebabkan tahap penggunaan internet masih rendah dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet menjadi sukar kerana tidak terdapat komputer dalam kelas. Ini adalah disebabkan kekangan peruntukan kewangan untuk membeli komputer dan membuat penyelenggaraan komputer. Analisis SWOT Fungsi teknologi komputer pada pendidikan boleh diananlisis dengan metode SWOT ( strength, weakness, opportunity, and threat). Dengan melalui analisis SWOT guru dapat mengatasi masalah pembelajaran pelajar dalam kelas. Kekuatan Kaedah ini dapat memenuhi kebolehan dan keperluan pembelajaran individu . Murid mengikut kadar kecepatan proses pembelajaran masing-masing dan justeru itu dapat menyelamatkan masa pembelajaran berbanding dengan pengajaran secara biasa dalam bilik darjah . Murid dapat mengawal kadar dan urutan pembelajaran .

Makmal komputer boleh digunakan atau diakses oleh pelajar pada makmal komputer.

Komputer dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran . Ciri-ciri komputer yang lebih mesra , tidak jemu, tidak penat , tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan menggunakan program menjadi ia sesuai untuk murid terutama bagi murid-murid yang kurang cerdas . Dengan menggunakan powerpoint dalam proses p&p guru dapat menggunakan bahan maujud yang senang dapati sebagai contoh bahan bantu mengajar. Ia dapat meningkatkan minat dan sifat ingin tahu pelajar. Kelemahan Kos pembelian perkakasan komputer dan alat tambahan adalah tinggi . Pertimbangan harus diberi tentang kos efektif dari segi pembelian dan penyelenggaran perkakasan .

Ketiadaan portal pendidikan yang dibina oleh guru-guru dan mata pelajaran sendiri atau panitia mata pelajaran tertentu. Kelemahan menggunakan powerpoint dalam sesi pengajaran banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru berbanding kaedah berpusatkan pelajar kerana guru perlu terlebih dahulu member penerangan kepada pelajar.
Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Hal ini akan menyebabkan

pelajar berasa bosan , jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar.

Peluang Kerajaan Negeri sedia memberi peruntukan untuk Program Peningkatan Prestasi Pelajar (4P).
Sokongan kewangan daripada PIBG dan Persatuan Bekas Pelajar.

Kekangan Ketiada juruteknik khususnya untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan computer membebankan guru-guru yang dipertanggungjawabkan menjaga Makmal computer. Ibu bapa kurang memotivasikan anak ke arah kecermelangan akademik.

Kesimpulan Keberkesanan proses p&p merupakan aspek yang sangat penting dalam system pendidikan. Justeru, bagi meningatkan dan memperhenat usaha-usaha kea rah amalan pengajaran berkesan memerlukan kapada daya kreativiti guru yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran. Sungguhpun kemudahan teknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masa kini menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun keberkesananya dalam proses pengajaran hanya dilihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalah

menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi mewujudkan kedinamikan proses p&p tanpa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan teknologi pengkomputeran. Rujukan

Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip Dan Amalan Pengajaran, Kuala Lumpur: utusan publications & distributors sdn. Bhd Jacobs, H.H (2010). Curriculum 21: Essential education for a changing world. Baltimore: Associatian for Surpervision & Curriculum Development. Dr.Maizatul Hayati Mohamad Yatim, Mohd Nazri Md. Saad, Roznim Mohamad Rasli, Modul KRT 3013, Teknologi maklumat Sekolah Rendah. Aimee Shahrin Bin Jais (2007): Sekolah Berkesan : Dari Perspektif pensyarah IPPM. Jurnal Penyelidikan IPG MKPM. Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Muhammad Zohir Ahmad dan Abdul Rahman Abdul Aziz : Kesan efikasi kendiri guru terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT), Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 7, BPPDP, KPM Dis 2005

Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986); Kurikulum baru Sekolah Rendah , Tahap 1Siri Maktab Perguruan Heinemann Asia, Kuala Lumpur Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp, Rose alinda Alias (1996), Penyelidikan Pengajaran Bantuan Komputer

Anda mungkin juga menyukai