Anda di halaman 1dari 6

OGOS 2017 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Drama Sains

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM

PERTANDINGAN
DRAMA SAINS
Tarikh:
8 OGOS 2017

Tempat:
DATARAN PERHIMPUNAN SEKOLAH SRI SEREMBAN

Anjuran:
MAKMAL SAINS SEKOLAH SRI SEREMBAN

Dengan Kerjasama
PERSATUAN SAINS SEKOLAH MENENGAH SRI SETIA
OGOS 2017 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Drama Sains

1. PENGENALAN

Pembangunan modal insan adalah nadi dan jantung utama dalam kerangka membangunkan
sesebuah masyarakat yang maju dan proaktif yang diredhai Allah SWT.Menurut perspektif
Islam, modal insan ialah bagaimana seseorang insan itu berpotensi melalui akal, hati dan
jasmani yang menjadi sumber kekuatan mengurus diri dan mengurus sistem.

Pembangunan dalam islam adalah satu proses dinamik dan harmonis dalam
meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhan di dunia dan di akhirat. Fokus utama
pembangunan dalam islam adalah pembangunan insaniah manusia itu sendiri. Zaman
keagungan pemerintahan islam telah memperlihatkan betapa relavennya pendidikan
berteraskan ilmu wahyu dan disokong dengan ilmu aqal.

Selaras dengan hasrat untuk membangunkan modal insan kelas pertama, memiliki
keseimbangan ilmu dunia dan akhirat didorong dengan kesedaran masyarakat dalam
memperkasakan sistem pendidikan, oleh yang demikian ilmu aqal perlu difokuskan supaya
bergerak seiring dengan ilmu wahyu menerusi aktiviti sains yang bercorakan pemerhatian dan
pemikiran yang kritis.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan inspirasi terhadap pelajar agar
berusaha mencapai kecemerlangan dan berani menerokai bidang baru dalam sains dan
teknologi. Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan menguasai
subjek sains dan teknologi serta memupuk minat melakukan eksperimen dalam mencapai
kejayaan.

Disamping mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menjadikan aktiviti


kokurikulum sebagai pelengkap dalam kurikulum, aktiviti ini juga dilihat dapat memberi
pendedahan kepada para pelajar tentang ilmu sains Fizik. Pembelajaran secara interaktif ini
juga secara umumnya dapat mengalakkan para pelajar untuk menjalankan penyelidikan secara
saintifik. Diharap aktiviti ini juga dapat digunakan sebagai platfom kepada guru untuk
mencungkil bakat, daya kreativiti dan inovasi pelajar khususnya dalam aspek sains.

2. OBJEKTIF

1. Membentuk kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid.


2. Mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat serta potensi.
3. Melahirkan insan yang berketerampilan dan berkeyakinan.
4. Mengetahui dan menyemai nilai-nilai murni dari cerita.
5. Membina minda yang sihat dan cerdas.
OGOS 2017 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Drama Sains

3. NAMA PROGRAM
PERTANDINGAN DRAMA SAINS

4.TARIKH
8 OGOS 2017

5.PENYERTAAN DAN KUMPULAN SASARAN


terbuka kepada pelajar sekolah menengah SRI Setia
(maksimum 15 peserta dengan 3 peserta setiap kumpulan)

6.BUTIRAN PERTANDINGAN
 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan sebuah dramayang mempunyai
sekurang-kurangnya dua unsur sains atau teori sains.
 Sebarang bentuk aplikasi atau demonstrasi fizikal yang dilakukan berkaitan teori sains
yang dipersembahkan merupakan nilai tambah yang baik untuk drama tersebut.
 Setiap kumpulan akan dibimbing oleh guru Sains kelas masing-masing untuk melakukan
eksperimen ini.
 Masa yang diperuntukan untuk persembahan drama ini ialah 10 ke minit untuk setiap
kumpulan.
 Penilaian dilakukan dari aspek kelancaran persembahan, unsur sains yang
diketengahkan dalam drama, demonstrasi sains serta prop yang digunakan.

7.TENTATIF PROGRAM
Lihat Lampiran 1

8.ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


Lihat Lampiran 2

9.SUMBER TENAGA DAN PENGELOLAAN


Lihat Lampiran 3

10.PENUTUP
Kami berharap agar cadangan ini dapat diterima baik pihak pengurusan sekolah dalam
membantu kami untuk meningkatkan pengetahuan am sains dalam diri pelajar SRI Seremban.
Semoga usaha yang kecil ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh:

..........................................
Amirul Hakim b. Ismail
Pegawai Sains Sekolah SRI Seremban
OGOS 2017 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Drama Sains

Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM

Hari: Selasa
Tarikh: 1 Ogos 2017

Masa Perincian perjalanan program


2.20 – 2.30 petang  Persiapan tempat
 Peserta bersedia dalam kumpulan

2.30– 2.35 petang  Taklimat ringkas pertandingan

2.35 – 3.25 petang  Pertandingan Drama Sains

3.25 – 3.30 petang  Penilaian panel


OGOS 2017 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Drama Sains

Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Pendapatan

Sumber Jumlah
Makmal Sains sekolah RM 172.00
JUMLAH RM 172.00

b) Perbelanjaan

Perkara Anggaran Kos Kuantiti Jumlah


Sijil Penyertaan RM 1.00 15 RM 15.00
Prop (jika ada) RM 8.00 5 RM 40.00
Hadiah
 Johan RM 8.00 3 RM 24.00
 Naib Johan RM 6.00 3 RM 18.00
 Tempat ketiga RM 4.00 3 RM 12.00

JUMLAH RM 109.00
OGOS 2017 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Drama Sains

Lampiran 3

JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi
En. Noorhisyam Ismail
Pengetua Sekolah Menengah SRI Setia

Naib Pengerusi
Pn. Juliyaniza Johari
GPK Akademik

Setiausaha
En. Amirul Hakim Ismail

Penyelaras Pertandingan
En. Amirul Hakim Ismail

Panel Penilai
En. Amirul Hakim Ismail
Pn. Najihah Abu Talib
En. Mohd Fawwaz Rahim
Pn. Kamariah Ahmad

Anda mungkin juga menyukai