Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI AUTISME

SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH

8 APRIL 2018 (AHAD)

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(PPKI)
SK SRI AMAR, JOHOR BAHRU.

TARIKH : 8 APRIL 2018 (AHAD)


TEMPAT : DEWAN SK SRI AMAR
MASA : 8.00 PAGI

HARI AUTISME SEDUNIA 1


KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA
PERINGKAT SEKOLAH 2018

1. PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap warga sekolah dapat


memberi sokongan dalam sambutan Hari Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April
setiap tahun.

2. RASIONAL

Matlamat program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran bahawa setiap insan
adalah istimewa termasuk kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme. Di samping itu,
program ini diharapkan dapat menyebarkan maklumat berkaitan Autisme kepada semua
warga sekolah.

3. OBJEKTIF

Objektif utama diadakan program ini adalah:

3.1. Menghargai insan istimewa terutamanya kanak-kanak yang menghidap autism.

3.2. Memupuk kesedaran tentang masalah Autisme di kalangan warga sekolah.

3.3. Mengurangkan diskriminasi terhadap golongan yang mempunyai masalah


autism.

3.4. Memupuk rasa kasih sayang antara guru dan murid aliran perdana serta aliran
pendidikan khas.

4. KUMPULAN SASARAN

Aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan melibatkan

4.1. Semua guru dan murid PPKI SK SRI AMAR

4.2. Guru dan murid aliran perdana

5. TARIKH PELAKSANAAN

5.1 Tarikh aktiviti : 8 April 2018

HARI AUTISME SEDUNIA 2


6. ANGGARAN PERBELANJAAN

Harga Seunit Jumlah anggaran


Bil Item Kuantiti
(RM) (RM)
1 Banner (5’ x 8’) 1 pcs Rm 50.00 Rm 50.00
2 Kek 100 Rm150.00 Rm150.00
Jumlah Rm 200.00

7. STRATEGI PELAKSANAAN

7.1 Tentatif Program

7.45 pagi Murid berkumpul di dewan


Ucapan aluan Penyelaras PPKI
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
Slide Tayangan Autism
Persembahan murid dan guru-guru PPKI
Penyampaian ‘cupcake ’ kepada semua guru.
Sesi bergambar

HARI AUTISME SEDUNIA 3


8. AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA

Pengerusi : Pn.Siti Zaidah Binti Tukeman


Penyelaras program : Cik Nurul Shahreen Binti Abdul Razak .

Jawatan kuasa Senarai AJK


Juruacara En. Amir Adri Mat Isa
Sistem Siaraya En. Amir Adri Mat Isa
En.Mohd Hafis Hazam
Hadiah dan Banner Cik Nurul Shahreen Abdul Razak
Pn.Halianiey Binti Abdul Aziz
Pn Fara Nur Suhada Omar
Persembahan Semua guru dan PPM
Kawalan murid Semua guru dan PPM
Jurugambar En.Hafis Hamad Hazam

9. PAKAIAN

Semarak Biru – Semua guru di galakkan memakai pakaian bewarna biru.

10. PENUTUP

Harapan program ini berjaya memberi kesan positif kepada semua warga Sk Sri
Amar di samping meningkatkan kesedaran tentang insan kurang upaya.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

(Nurul Shahreen binti Abdul Razak) (Pn. Siti Zaidah Binti Tukeman)
Penyelaras Program Penyelaras PPKI

Disahkan dan diluluskan oleh:

(Pn. Hjh Hamidah Binti Mustafa)


Guru Besar

HARI AUTISME SEDUNIA 4

Anda mungkin juga menyukai