Anda di halaman 1dari 17

1.0 Teori Egoisme 1.

1 Pendahuluan Egoisme Individualisme adalah teori etika yang berasaskan sosial yang

menganjurkan kemerdekaan, kebenaran dan kebebasan bagi individu. Ia adalah sikap individu atau kumpulan yang mementingkan diri dari aspek pemikiran dan etika yang dikenali sebagai egoisme. Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika

menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri. Egoisme boleh dibahagikan kepada egoisme psikologi atau egoisme etika. Egoisme psikologi ialah satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang melakukan tindakan, manakala egoisme etika cara untuk bertindak. Dalam erti kata lain, egoisme psikologi berpendapat bahawa semua orang adalah individu yang emmentingkan diri, manakala egoisme etika berpendapat bahawa semua orang perlu mementingkan diri. Biasanya egoisme psikologi digunakan sebagai justifikasi bagi egoisme etika. (Eow. 2000) Rand (1964) dalam buku The Virtue of Selfishness menyatakan perkataan `selfishness' adalah concern with ones own interests. Webster's Third International Dictionary pula mendefinisikan `selfishness' sebagai satu teori yang bertujuan untuk merealisasikan kendiri maka ia merupakan satu ungkapan yang amat besar sehingga dapat merangkumi setiap sistem etika. Sebagai contoh, guru yang mengutamakan keluarganya daripada tugas sekolah tidak boleh dikatakan `selfish'. Oleh itu, penggunaan istilah `selfish dan 'unselfishly' hanya bertujuan untuk menandakan perbezaan antara bentuk tindakan, tujuan,

Page 1 of 17

motif, dan keadaan kelakuan itu. Sayang kepada diri sendiri (self-love) ialah alasan yang mudah untuk menerangkan berlakunya egoisme.

1.2 Pengasas Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 1900), ialah seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat. Kemoralan sosial (patuh kepada undang undang masyarakat) adalah untuk hamba abdi. Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah ramai dan lemah manakala golongan bangsawan ini minoriti tetapi kuat. Oleh itu, rakyat jelata ini selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap golongan bangsawan tersebut. Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme) sebagai salah. Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama dan lainlain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil daripada pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan.

Page 2 of 17

Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral. Kesan tindakan manusia harus memberi manfaat kepada diri sendiri tanpa perlu mempertimbangkan apakah orang lain akan peroleh kebaikan daripada perbuatan kita. Ahli falsafah: Epicurus, Ayn Rand, Jesse Kalin,John Haspers mengatakan kepentingan diri sendiri harus menjadi matlamat manusia dalam semua tindakan yang dilakukan.

1.3 Sejarah Egoisme a) Nietzche: untuk menjadi SUPERMAN, seseorang mesti menolak konsep pengorbanan diri dan diganti dengan konsep pemeliharaan diri, pengasihan diri,kepentingan diri dan ego. b) Bezakan setiap unsur dari untung dan rugi. c) Kaum bangsawan mesti menjadi tuankepada kod etika, peraturan dan undang undang moral. d) Manusia tidak perlu bermasyarakat dan berorganisasi. e) Eksploitasi golongan lemah demi kemajuan.

Page 3 of 17

1.4 Jenis dan Ciri-Ciri Egoisme boleh dibahagikan kepada egoisme etika dan egoisme psikologikal. Egoisme Etika Egoisme Psikologikal

Memberitahu (pescribe) bagaimana mereka perlu bertindak. Berpendapat bahawa semua orang perlu selfish.

satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang melakukan tindakan.

Berpendapat bahawa semua orang adalah selfish.

Rajah 1- Perbezaan egoisme etika dan egoisme psikologikal

Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi. Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.

Page 4 of 17

1.5 Faktor-faktor Penggalakkan Egoisme Beberapa faktor yang menggalakkan egoisme ialah pengaruh persekitaran sosial terhadap nilai-nilai seseorang individu. John Dewey mengatakan bahawa

pertimbangan moral kita, tabiat dan kelakuan ditentukan atau dibiasakan secara sosial. Apabila fikiran seseorang ditentukan secara individualistik dan penyusunan sosial adalah kurang penting maka tidak hairan seseorang individu itu akan cuba mencari justifikasi egoistik bagi tingkah lakunya lebih-lebih lagi dijelaskan dengan teori ekonomi yang mengatakan bahawa setiap orang hanya boleh hidup jika ia dapat mencari keuntungan dalam persaingan dengan orang lain. Maka, egoisme akan diterima oleh sosial sebagai satu sifat yang mulia bagi diri sendiri, sikap mempertahankan diri sendirir(ego) atau sikap mengagumi diri sendiri. Keadaan ini wujud daripada keinginan hendak mempertahankan diri daripada perasaan malu atau berdosa yang disebabkan oleh ketidaksamaan pembahagian dan keuntungan yang memanfaatkan diri tetapi mengakibatkan orang lain menderita. Oleh itu, kita berusaha untuk meyakinkan diri sendiri bahawa hak keistimewaan kita adalah untuk hidup dan ini adalah berpatutan. Ketidakanjalan dalam motif dan dorongan kerana setiap motif personality dikaitkan dengan perkembangan individu. Egoism

melibatkan perletakan kebaikan, kepentingan, dan kebajikan diri sendiri atas orang lain. Seorang bayi merampas barang mainannya dari bayi lain mungkin berbeza dengan seorang dewasa merampas harta pusaka dari ahli keluarganya.

Page 5 of 17


1.6 Contoh yang berkaitan a) Tindakan membantu orang lain

Contohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain, seseorang itu dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan.

b)

Tindakan peperangan

Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka iaitu tindakan British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu adalah dengan tujuan semata-mata untuk kepentingan diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat manakala orang tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak mengunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai pemilik) untuk mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki tanah melayu adalah bermoral.

c)

Tindakan kegiatan pertubuhan

Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap sebagai suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti politik. 1.7 Kelemahan-kelemahan
Page 6 of 17

a)

Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana setiap orang perlu mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini memudaratkan orang lain.

b)

Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkan tiada satu piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesuatu tindakan.

1.8 Kritikan lain terhadap egoisme a) Nietzche sebagai ateis yang tidak bermoral. b) Pentingkan diri, suka menindas orang lain. c) Egois tiada iltizam utk berkhidmat kepada masyarakat (Ross, 1998) d) Pengorbanan diri adalah sifat semulajadi manusia. e) Peraturan tidak boleh bersifat individualistik.

E G O I S M E

Secara

umum,

teori egoistik ini boleh dikaji dalam dua aspek, iaitu etika dan psikologokal. Aspek
Page 7 of 17

kedua-dua egoistik adalah satu perkara ideal vang memerlukan seseorang bertindak secara egoistik. Thomas Hobbes (1588-1679) menjelaskan bahawa perkara-perkara yang ingin dilakukan adalah baik (good) dan perkara-perkara yang kita benci sebagai jahat (evil). Tiada perkara dengan sendirinya adalah baik atau jahat tetapi akan menjadi baik atau jahat apabila seseorang menerima atau menolaknya. Sesuatu tindakan manusia adalah untuk mencapai apa yang baik iaitu perkara yang mereka inginkan atau untuk mengelak segala yang jahat iaitu perkara yang dibenci. Ini bererti Hobbes berpendapat bahawa manusia sentiasa bertindak untuk mencapai

Moritz Schlick (1882-1936) pula mengatakan bahawa peraturan motivasi yang memberi pilihan antara dua keadaan akan mendorong individu memilih perkara yang paling baik untuk diri sendiri. Schlick mengatakan bahawa ini tetap ialah cara manusia bertindak pada kebanyakan masa. Manakala Bishop Joseph Butler (16921752) menerangkan tentang beberapa sifat naluri manusia yang menekankan kepentingan diri sendiri seperti mengikut selera, sayangkan diri, murah hati dan suara hati adalah keperluan untuk keseronokan dan kepuasan diri. Hal ini menunjukkan manusia mempunyai suara hati untuk menghalang manusia daripada melakukan kejahatan dan membantu mereka untuk membuat kebaikan. Frankena (1973) pula berpandangan bahawa egoisme adalah satu teori etika tentang kebaikan dan keburukan atau kebajikan yang diperolehi oleh individu. Kemungkinan terdapat antara golongan ini yang bersifat hedonis yang mengutamakan kebaikan dan kebajikan dengan keseronokan yang diperolehi secara personal. Mereka juga mungkin mengenal pasti kebaikan dan kebajikan melalui pengetahuan, kekuasaan dan realisasi kendiri atau golongan ini juga mengabungkan antara keseronokkan dengan pengetahuan dalam mencari pengertian kebaikan dan kebajikan diri sendiri.
Page 8 of 17

Dengan kata lain, etika egoisme juga dikatakan individualisme apabila meletakkan individu mempunyai kewajipan moral untuk bertindak dan mengambil keputusan dengan merujuk piawaian moral yang dapat meningkatkan kebajikan diri iaitu mementingkan diri sendiri dan memberi keuntungan secara individu. 2.0 Egoisme moral Nama lain bagi egoisme moral juga ialah egoisme etika yang bertentangan dengan sifat memegang kriteria moral untuk menjadi kebajikan orang lain. Menurut egoisme moral, tugas kita hanyalah untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Adakah itu bermakna kita boleh lakukan apa-apa sahaja yang kita mahu?. Egoisme moral sebenarnya adalah kepercayaan bahawa sesuatu tindakan itu hanya wajar dari segi moral jika akibat daripada tindakan itu adalah lebih baik daripada tidak memihak kepada orang atau kumpulan yang melaksanakan tindakan itu. Di bawah falsafah egoisme moral, kejadian seperti rogol, pembunuhan, kecurian dan kecurangan yang kebanyakan daripada kita anggap sebagai suatu perkara yang tidak bermoral adalah wajar dan sentiasa betul bagi seseorang yang melakukannya kerana ia mengikut kepentingan diri, walaupun ia membahayakan orang lain. Hakikatnya, seseorang sebenarnya tidak boleh lakukan "Apa sahaja yang mereka suka" kerana dalam kebanyakan kes ini adalah termasuk perkara-perkara yang sebenarnya tidak memberi manfaat kepada mereka. Contohnya, aktiviti menghisap dadah mungkin dilihat dapat memuaskan hati kepada penagih dadah tersebut pada masa ini, tetapi akhirnya ia akan merosakkan badan mereka. Seseorang itu hanyalah perlu melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada diri mereka. Di bawah egoisme moral ini juga, tiada kewajipan moral wujud kepada sesiapa sahaja selain daripada diri sendiri.

Page 9 of 17

Terdapat banyak variasi pada tema egoisme moral asas, termasuk: a) hedonistik vs rasional. Hedonistik mengatakan bahawa kita perlu mendapatkan keseronokan segera iaitu mendapatkan apa sahaja yang kita boleh sekarang. Rasional berkata kita harus memandang ke hadapan iaitu dalam mendapatkan keseronokan kita haruslah berhati-hati untuk anda masa depan juga. b) "Akta" vs "Peraturan". Akta ialah sesuatu perkara yang kita harus pertimbangkan akibat setiap perbuatan individu manakala peraturan mengatakan setiap orang harus mengikuti peraturan asas yang ada seperti jangan menipu kerana ini juga akan meningkatkan kepentingan diri anda. c) Memaksimumkan vs bukan memaksimumkan. Memaksimumkan ialah kita perlu melakukan apa sahaja yang memberi kepentingan kepada diri kita sendiri manakala yang bukan memaksimumkan mengatakan bahawa orang mungkin altruistik iaitu mengambil berat terhadap kesejahteraan orang lain tanpa memerhatikan diri sendiri.

Page 10 of 17

3.0 Egoisme psikologikal.

Egoisme Psikologikal pula merujuk kepada manusia bertindak demi kepentingan diri dan mereka adalah sememangnya seorang yang mementingkan diri. Egoisme psikologikal membawa maksud pandangan masyarakat tentang kelakuan manusia atau keinginan manusia dalam mencapai sesuatu. Sebenarnya, kewujudan dua egoism ini akan menimbulkan dilema moral kepada diri kita. Psikologikal egoisme merujuk kepada satu keadaan dimana manusia sentiasa dimotivasikan untuk menolong dengan keinginan untuk memuaskan hati mereka. Terdapat beberapa pandangan tentang tingkah laku menolong dikalangan manusia. Salah satu daripada pandangan tersebut menyatakan bahawa manusia pada dasarnya mementingkan diri sendiri, bertindak mengurangkan kesakitan, sebaliknya memaksimumkan kenikmatan untuk dirinya sendiri. Pandangan ini dirujuk sebagai egoisme.

Psikologikal egoisme tidak semestinya mnegandaikan bahawa manusia tidak langsung mahu menolong orang lain, tetapi maksudnya bahawa kesan daripada tindakan sesuatu pertolongan yang telah dberikan menguntungkan manusia yang menolong itu. Tingkah laku seperti ini dapat digambarkan melaluin contoh seorang pekedai yang menjual barang keperluan harian kepada seorang pelanggan yang benar-benar memerlukannya. Seseorang yang mementingkan diri sendiri biasanya tidak mengambil berat tentang kepentingan orang lain. Dengan demikian terdapat perbezaan antara tindakan yang bertujuan mementingkan diri sendiri semata-mata dengan tindakan yang bertujuan mengharapkan faedah untuk diri sendiri disamping ingin menolong orang lain.

Page 11 of 17

Sementara itu satu lagi pandangan mengenai tingkah laku menolong menyatakan bahawa manusia yang menunjukan tingkah laku peduli atau mengambil berat tentang kebajikan orang lain tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran daripada apa yang dilakukannya. Tingkah laku yang tidak mementingkan diri ini dirujuk sebagaialtr uis m . Seseorang yang bertindak menolong orang lain yang berada dalam kecemasan boleh dianggap sebagai altruistik (mempunyai sikap

mengutamakan kesenangan orang lain) sekiranya dia tidak mengharapkan apa-apa ganjaran sosial, material, atau psikologikal daripada pertolongan tersebut. Dengan kata lain pertolongan yang diberikan adalah secara ikhlas. Tingkah laku seperti ini terjadi mungkin disebabkan perasaan tanggungjawab dan bermoral manusia tersebut.

3.1 Bentuk Psikologikal Egoisme Psikologikal terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:

a) Egoisme etika individu Merujuk kepada pemikiran setiap orang patut bertindak untuk kepentingan diri sendiri

b) Egoisme etika personal- Merujuk kepada menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain.

c) Egoisme universal- Merujuk kepada setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga dapat memenuhi kepentinggannya.

Page 12 of 17

Dalam membuat pertimbangan tentang etika dan moral,seseorang itu tidak sahaja membuat penilaian terhadap tindakan seseorang samada betul atau salah,ia juga perlu membuat penilaian dari segi perwatakan yang baik atau buruk.Kritikan dibuat adalah secara positif atau negatif dan bukan setakat berdasarkan kepada apa yang dilakukan tetapi siapa mereka dan apakah perwatakan dalaman yang

dipamerkan.Sebagai contoh, dalam satu insiden kemalangan kapal terbang yang jatuh terhempas ke dalam laut dan terdapat beberapa mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut. Salah seorang daripada mangsa tersebut telah menjumpai tali dan menjalankan proses menyelamat dengan tujuan untuk mengumpul mangsamangsa yang berselerakan.Tanpa menghiraukan keselamatan dirinya,mangsa tersebut telah menyelamatkan mangsa-mangsa yang lain ke tempat yang selamat dan akhirnya dia sendiri telah tenggelam ke dasar laut.Tindakan mangsa yang mati tadi seharusnya dipuji kerana disifatkan sebagai seorang yang berhati baik kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berkesanggupan untuk menggorbankan nyawa bagi menyelamatkan orang lain. Seseorang yang memiliki ethical egoism bertindak kerana hanya melaksanakan tanggungjawab kadangkala dianggap sebagai tidak ikhlas dan lebih kepada memenuhi keperluan moralnya. Oleh yang demikian,kita tidak boleh menganggap mangsa yang mati tadi sebagai seorang yang berakhlak mulia dan memiliki sifat yang baik dan bermoral. Mangsa yang mati tadi boleh dipuji kerana tindakannya tetapi tidak kepada tindakan yang dibuatnya dari segi individu itu sendiri. Dalam kes mangsa yang mati kerana untuk menyelamatkan orang lain,maklumat lain tentang mangsa tersebut tidak diketahui melainkan tindakan yang telah diambilnya untuk menyelamatkan orang lain.Sebaliknya pula dia dianggap sebagai seorang yang berakhlak mulia kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berani
Page 13 of 17

dengan

tindakan

yang

diambilnya.

Samada

dia

melakukannya

kerana

tanggungjawab atau tidak, adalah tidak diketahui dan mungkin tindakannya itu tidak membawa sebarang makna. Kita menganggapnya sebagai seorang hero kerana tindakannya dan menganggap dia memiliki ciri-ciri tret yang tekal dengan tindakannya. Kita percaya bahawa terdapat hubungan dengan tindakan yang diambilnya,yang mana kita boleh mempertikaikan tindakan moralnya dan dirinya sendiri daripada mengatakan etika itu adalah apa yang telah dilakukannya.Malah kita boleh katakan bahawa etika itu terdiri daripada tindakan moral yang diambil atau dilakukan oleh seseorang yang bermoral. Mangsa yang mati kerana menyelamatkan orang lain boleh katakan sebagai seorang yang mempunyai egoism jenis egoism psikologikal iaitu tingkahlaku seseorang itu dimotivasikan oleh kehendak sendiri.Adalah sukar untuk diterima bahawa mangsa itu telah meletakkan keutamaan orang lain daripada keselamatan dirinya sendiri dan mengorbankan nyawa sendiri untuk membolehkan orang lain hidup. Menerusi tindakannya itu tidak seorang pun boleh mengatakan bahawa dia melakukan tindakan tersebut kerana keinginannya sendiri. Tetapi sekiranya dikaji secara mendalam,ia akan dapat melihat bahawa tindakan mangsa tersebut mempunyai unsur-unsur keinginan sendiri(self-interest). Mangsa yang membantu dalam menyelamat tadi mungkin telah wujud di dalam dirinya perasaan integriti yang menyebabkan ia berkorban dalam situasi tersebut.Untuk ia melakukan sesuatu yang lain adalah mustahil kerana ini akan merosakkan imej dan integriti dirinya sendiri. Sekiranya dia membiarkan dirinya diselamatkan dan menyebabkan orang lain mati,dia mungkin tidak dapat meneruskan hidup kerana merasa malu kepada keluarga,rakan dan seterusnya timbul perasaan menyesal sepanjang hidupnya. Jadi dia tidak mempunyai pilihan selain daripada bertindak berdasarkan imej yang telah
Page 14 of 17

dibentuk untuk sekian lama.

Dia samada boleh membiarkan orang lain

menyelamatkannya dan ini akan merosakkan psikologinya atau dia menyelamatkan orang lain dan merosakkan dirinya secara fizikal. Mangsa tersebut juga mungkin membuat satu andaian secara tidak sedar tentang kebaikan selepas mati di mana dia menerima pujian daripada rakan-rakannya dan dianggap sebagai seorang yang tidak mementingkan diri sendiri.Mangsa tadi mungkin juga mempunyai sifat ethical egoism iaitu melakukan sesuatu untuk kepentingan peribadi dan dalam keadaan ini dia menganggap tindakannya itu sebagai satu ganjaran kepada sifat super egonya itu di mana sekiranya dia tidak melakukan tindakan tersebut dia mungkin menyesal kerana tidak bertindak dan seterusnya menjadi hero dalam situasi tersebut.

Page 15 of 17

4.0 Kesimpulan dan penutup Pengajaran egoisme menyokong etika individualisme. Psikologikal egoisme merupakan kelakuan yang dimotivasikan oleh kehendak atau keinginan seseorang. Seseorang cenderung untuk melakukan apa sahaja yang dingini olehnya. Kebiasaannya, psikologikal egoisme dapat dikawal melalui etika egoisme. Hal ini adalah kerana kelakuan seseorang secara langsung akan dikawal oleh peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam masyarakat. Ego tidak mengajar kita menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri tetapi ego mengajar kita erti ketabahan dan kecekalan dalam mengejar cita-cita. Contohnya, kita tidak akan berputus asa jika kita mengalami kegagalan malah kita berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan semua kejayaan itu. Walau bagaimanapun, masih terdapat keraguan tentang pengiktirafan Prinsip Egoisme

dalam peraturan moral sejagat. Egoisme yang sihat akan membantu orang lain di sa mping untuk kepentingan diri sendiri. Manakala egoisme yang tidak sihat akan merosakkan diri sendiri dan juga orang lain iaitu masyarakat amnya. Oleh itu, pemikiran yang rasional diperlukan Melalui sikap tersebut,

disamping sikap perikemanusiaan dalam segala tindakan. seseorang

individu itu akan lebih dihormati dalam masyarakatnya dan

hidupnya akan menjadi lebih bermakna. Oleh itu, dalam kehidupan seharian, kita mestilah berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat daripada mana-mana pihak.

Page 16 of 17

Bibliografi
Makhsin, M. (2006). Sains Pemikiran dan Etika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

anon-470236 (n.d.). Topik 1 : Konsep Moral. Retrieved October, 2012 from


http://www.scribd.com/doc/4218232/moral-egoisme

WanBK Leo (Jan 26, 2010). BAB 7 Pemikiran Sebagai Asas Etika Dan Nilai-Nilai Moral Bahagian Pertama. Retrieved October, 2012 from http://www.slideshare.net/wanbk/spe-bab8
Tree builder (November 25, 2010). Teori Utilitarianisme, Teori Egoisme, Teori Prinsip Kewajipan dan Teori Eksistentialisme. Retrieved from http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/teoriutilitarianisme-teori-egoisme.html

Aisyah Shabirin (n.d.). TEORI DEONTOLOGIKAL for ETIKA DARI PERSPEKTIF BARAT. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/50326312/1/TEORI-DEONTOLOGIKAL

http://xa.yimg.com/kq/groups/22546797/2042333694/name/UTILITARIAN+-+PRINT!!.docx

Page 17 of 17

Anda mungkin juga menyukai