Anda di halaman 1dari 1

Sedikit latar belakang tentang beliau , nama penuh beliau adalah Ustaz Ebit Irawan Bin

Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau.Mempunyai 12 orang adik beradik, 6 budda dan 6 islam.
Beliau ada seorang berbangsa cina dan Ayahnya juga berbangsa Cina. Ayahnya pernah
bernikah dengan wanita Cina dan mempunyai 6 orang anak hasil perkongsian hidup
dengan isteri pertama. Kemudian mereka bercerai. Seterusnya, beliau bertemu jodoh
dengan seorang wanita beragama Islam lalu menukar agamanya kepada Islam. Namun
begitu ,mereka sekeluarga jauh dari Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam.

Ustaz Ebit Liew ketika kecil, tidak dibesarkan dengan ajaran Islam sepenuhnya. Di
sekolah juga, dia seorang murid yang nakal, selalu mencari pasal dan menjadi
murid yang tidak digemari oleh guru-guru. Nakal sangatlah pendek katanya.
Hinggalah pada suatu hari, ketika berusia 12 tahun, seorang guru matematiknya
telah berjaya mengetuk pintu hatinya berkaitan tentang tak solat dan
membuatkan dia menangis dan menginsafi dirinya . Alhamdulilllah, berkat usaha
guru itu dan izin Allah, dia yang tak pernah solat mula belajar solat dan mendekati
Allah. Tidak setakat itu, perubahan Elbit Liew rupa-rupanya bagai suatu
'pembuka' yang seterusnya mendorong seluruh keluarganya, termasuk ibu dan
ayahnya juga mendekati Islam. SubhanaAllah.
Kini beliau menjadi seorang penceramah yang sangat di segani, acik sangat suka
bila mendengar cerita ustaz ebit lew lagi-lagi soal Rasullulah. Cerita yang di
bawakan jelas dan penuh pengajaran di samping di selitkan unsur-unsur jenaka.

Anda mungkin juga menyukai