Anda di halaman 1dari 6

Islam Itu Indah

Sesungguhnya Agama Islam itu Mudah dan Sederhana

Mengapa Islam ada 4 Mazhab? Baca untuk ketahui


jawapannya
ShareTweet

Korang pernah terfikir tak kenapa islam ada 4 mazhab? Kita mazhab apa? Apa beza
setiap mazhab ni Ha..mesti korang pernah terfikir kan. Jom baca ulasan dibawah ini.

1. Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-
hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika
masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?

2. Seperti yang diketahui ramai, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki, dan
Hanafi. Siapa cakap Syi’ah tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu putih, sampin
hijau, dan pergi masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam,
tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.
3. Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tak satu
je. Siap ada sesetengah pihak yang bajet legend, cakap tak payah ikut mazhab ikut Nabi
je, sebenarnya dia menggelabah je. Ustaz saya cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan
suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut dia sendiri.

4. Mazhab ni bezanya dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna
cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana nak sembahyang, nak ambil wudhu’,
dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu
sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.

5. Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh,
Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat
seperti Iraq. Mengenai perkara ini lah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya
mazhab.

6. Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tak
boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh.
Sekarang, di Mekah mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Okay, cuba bayangkan,
di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke? Kita tengah baca
Fatihah, tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita terpaksa gerak sikit, pastu ada
pulak Minah Arab lalu kat belakang kita kena gerak lagi. Kalau pergerakan kaki kita
melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang
sembahyang balik, sebab sembahyang kita asyik batal.

BACA: Amalkan Baca Al-Mathurat Pagi & Petang, Ganjarannya Dalam


Rumah Tangga Datang Tak Disangka!

7. Situasi A: Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab je. Nanti kat Kaabah
tiada siapa dapat habiskan sembahyangnya. Situasi B: Cuba bayangkan pulak kalau satu
dunia amalkan satu mazhab je, yang boleh bergerak banyak kali. Nanti sampai kat
Malaysia (yang masjidnya selalu tak penuh), nanti rilek je orang sembahyang gerak
banyak kali. Siap ada mamat sembahyang sambil baca Naruto lagi.

8. Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang
sesuai dengan tempat-tempat tertentu. Cuba bayangkan, kalau kerajaan wajibkan
semua budak sekolah pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa hantar, tak
boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila ke? Semua orang ada cara
masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke
permaidani ajaib ke.

9. Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh
dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’. Contoh paling terdekat, hukum mengucapkan
Selamat Hari Natal. Hal ini memang bikin gua panas.

10. Apa yang susah sangat? Ada ulama’ kata haram tak boleh. Al-Qaradhawi kata boleh.
Bukannya semua ulama’ kata Haram Mutlak. Seperti biasa khilaf (perbezaan pendapat)
ini berguna mengikut tempat. Agak-agak kalau lu duduk kat Arab Saudi, jiran kau 100%
Muslim, takkan tiba-tiba lu nak bagi pengumuman, “Hey Assalamualaikum. Merry
Christmas“?

11. Tapi takkanlah kalau kau duduk kat Malaysia, ada 30 kawan Kristian. Kau
terserempak dengan mereka. Kau nak diam je? Pastu “hehe sorry agama saya tak bagi
wish Krismas hehe“. Cuba kau fikir macam mana persepsi penganut agama lain kalau
mereka nampak kita macam ni? Kalau kita ini, mereka wish Hari Raya, kita suka kan?
Eleh, jangan nak tipu. Kimora wish Eid Mubarak tergedik-gedik je kau RT.

BACA: Inilah Enam Janji Allah Kepada Orang yang Rajin Bersedekah, Rugi
Kalau Tak Baca

12. Jadi dengan keadaan yang kita bercampur-baur bangsa dan agama di sini, kita kena
hormat pegangan orang lain. Bukan setakat hormat orang Kristian, tapi lagi penting
hormat orang Islam sendiri yang berpendapat lain daripada kita. Agak-agak kalau kita
ni jenis tak bercampur dengan bangsa lain, semua kawan melayu, so diam-diamlah tak
payah wish Krismas. Ini, bila ada member kita yang jenis bercampur dengan
masyarakat, dia berpendapat seperti Al-Qaradhawi dan wish kawan-kawan dia yang
beragama Kristian, boleh pergi wall post dia haram this haram that. Bodohnya?
13. Anyhow, sorry menyimpang jauh. Cerita asal mengenai mazhab.

14. Maka timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab
lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak. Hal ini
dinamakan talkin (menyampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama
sekali. Kecuali: A) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. B) Kita pergi
ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.

15. Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan
supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun
beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e
sahaja.

16. Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk
memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri
kita dengan diriNya.Wallahua’lam…

Sumber: Islamik Info Via airsoya


{ 1 comment… add one }

 afiq December 4, 2017, 2:30 am

perbezaan mazhab. lahir daripada perbezaan kaedah/methodology mengeluarkan


hukum yang tidak mutlak/kurang jelas dari al-quran dan hadith… approach yang
berbeza mengeluarkan huum yang berbeza.
methodology imam malek, berbeza dengan imam ahmad, imam hanafi imam syafie dan
imam-imam mazhab lain..ada lebih dari 4 mazhab atau methodology.
namun 4 mazhab ini masih bertahan kerana pengikut yang ramai serta methodology
fiqh yang berkesan dengan peredaran masa

saya setuju dengan hampir semua bahagian artikel (walaupun penerangan agak kurang
tepat dan over simplified)

kecuali bab tidak boleh sama sekali mengamalkan mazhab lain..

imam mazhab tidak maksum dan setiap methodology ada kelemahan dan tidak
semuanya praktikal untuk semua keadaan.
hakikatnya di masyarakat Malaysia memang mazhab bercampur walau pun kita isytihar
ikut mazhab syafie.(cuma ramai tak sedar)
saya syorkan buku “evolution of fiqh” oleh bilal phillip, untuk rujukan, ianya mudah di
baca, ringkas dan tidak berat untuk bacaan orang awam

sekian
wallahhualam

Anda mungkin juga menyukai