Anda di halaman 1dari 18

PENGGUNAAN BAHAN API FOSIL DALAM PENJANAAN ELEKTRIK DI

MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Setiap hari dalam kehidupan kita pasti akan menggunakan elektrik
tidak kira dalam apa jua aspek pekerjaan.Penggunaan elektrik telah memberi
banyak manfaat bukan sahaja kepada

manusia malah juga kepada

pembangunan sesebuah negara. Penggunaan bahan api fosil seperti arang


batu, minyak dan gas dalam penjanaan tenaga elektrik adalah sangat
penting di dunia termasuklah Malaysia. Hampir kesemua tenaga elektrik di
dunia dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak
dan arang batu. Kini, setelah lebih 200 tahun ia digunakan, sumber tenaga
ini telah semakin berkurangan. Hal ini menyebabkan harga bahan api fosil
melambung tinggi.
Permintaan terhadap bekalan elektrik di Malaysia semakin meningkat
dari tahun ke tahun. Hal ini menyebabkan permintaan bahan api fosil
sebagai bahan bakar di stesen jana kuasa elektrik turut meningkat untuk
membolehkan tenaga elektrik dapat dibekalkan dengan secukupnya secara
menyeluruh. Namun begitu, harga minyak mentah dunia yang melambung
dan tidak stabil sememangnya menjadi beban kepada orang ramai kerana ia
memberi kesan besar kepada kos penjanaan tenaga elektrik, selain daripada
sektor pengangkutan.
Sukar dibayangkan sekiranya kita tidak mempunyai bekalan tenaga
elektrik atau kehabisan bekalan gas, diesel atau petrol. Mungkin sukar untuk
kita ke sesuatu tempat tanpa kenderaan. Surirumah atau pengusaha
restoran mungkin tidak dapat menyediakan juadah kerana ketiadaan gas
memasak. Jalanraya juga mungkin kacau-bilau akibat lampu isyarat yang
tidak berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi menambah lagi kegelapan
malam. Mereka yang bekerja di bangunan tinggi juga tentu kepenatan
kerana terpaksa menaiki tangga akibat lif yang tidak berfungsi akibat
ketiadaan elektrik. Tanpa tenaga, tidak dapat dibayangkan bagaimana
kehidupan di dunia kini.
1

Penggunaan sumber bahan api fosil ini dalam penjanaan tenaga


turut mendatangkan banyak kesan negatif seperti pencemaran udara, hujan
asid, jerebu dan pemanasan global. Oleh itu, negara maju kini giat meneroka
sumber

alternatif

menjimatkan

mendapatkan

dan

berkekalan.

tenaga
Malaysia

yang
juga

mesra
tidak

alam,

selamat,

terkecuali

dalam

menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha mencari


sumber alternatif yang bersesuaian untuk menggantikan sumber bahan api
fosil tersebut.
2.0 PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DI MALAYSIA
Di Malaysia,

Tenaga

Nasional

Berhad

(TNB)

adalah

syarikat

bekalan elektrik yang terbesar khasnya di Semenanjung Malaysia yang


dahulunya dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara. Manakala di Sabah dan
Sarawak,

masing-masing

dibekalkan

olehLembaga

Letrik

Sabah

(LLS)

dan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak (SESCO). Selain itu, terdapat


juga

syarikat-syarikat

elektrik

persendirian

yang

lain

yang

turut

membekalkan tenaga elektrik di negara ini. Menurut Wikipedia, aset


perniagaan TNB adalah sejumlah RM60.0 billion. Perniagaannya terasnya
ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh
Malaysia. TNB juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu jaringan talian
penghantar elektrik ke seluruh negara. Lebih 420 stesen pencawang
di Semenanjung Malaysia dihubungkan oleh jaringan ini melalui talian 132kV,
275kV dan 500kV. TNB mempunyai keupayaan jana elektrik sebanyak
11,296MW. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga
elektriknya melalui loji jana kuasa konvensional manakala baki 14 peratus
dihasilkan oleh stesen jana kuasa hidro.
Penjana

yang

besar

digunakan

di

stesen

jana

kuasa

untuk

menghasilkan bekalan elektrik. Kebanyakan penjana menghasilkan bekalan


elektrik arus ulang-alik. Arus ulang alik (a.u) adalah lebih mudah daripada
arus terus (d.c) kerana ia boleh diubah kepada suatu voltan yang lebih tinggi
atau lebih rendah menerusi satu peranti disebut transformer. Maka, voltan
2

yang berlainan yang diperlukan boleh dibekalkan kepada kilang, pejabat,


gudang, rumah kediaman dan lain-lain. Bilangan loji jana kuasa elektrik
utama di Malaysia adalah sebanyak 32 buah di Semenanjung Malaysia dan di
Sabah dan Sarawak pula sebanyak 15 buah. Jumlah keseluruhan tenaga
elektrik yang dijana oleh kesemua loji jana kuasa ini ialah 20,663MWe
dengan kapasiti penjanaan bekalan elektrik sebanyak 96,060GWh setahun.
Dengan keluasan tanah 329,733sq. km dan jumlah penduduk sebanyak 21.1
juta di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak sebanyak 5.5 juta
pada tahun 2006, memperlihatkan permintaan terhadap bekalan tenaga
elektrik semakin meningkat setiap tahun. Dianggarkan keperluan bekalan
tenaga elektrik di negara ini pada tahun 2006 sahaja adalah sebanyak
14,357MWe iaitu sebanyak 12,990MWe di Semenanjung Malaysia dan
sebnayak 1,367MWe di Sabah dan Sarawak.
Oleh itu, melalui penjanaan tenaga elektrik ini ke seluruh negara, maka
dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua rakyat Malaysia
dalam menjalani kehidupan sehari-harian di samping mempercepatkan lagi
tugas-tugas

mereka.

Contohnya

seperti

memasak,

menggosok

dan

sebagainya.

Foto 2.0 : Talian penghantaran elektrik 500kV melalui Lebuhraya Utara Selatan dan
Taiping.
3

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Grid_Nasional

3.0 PENGGUNAAN BAHAN API FOSIL DALAM PENJANAAN TENAGA


ELEKTRIK DI MALAYSIA
Bahan api fosil merupakan sisa tinggalan tumbuh-tumbuhan dan
haiwan darat dan laut yang telah lama mati dan tertimbus di bawah
timbunan batuan dalam kerak bumi. Ia tersimpan kira-kira 400 juta tahun
dahulu dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dan akan berubah
secara semula jadi lalu membentuk arang batu, petroleum dan gas asli.
(Murtedza Mohamed, 1991:11)
Bahan api fosil terdiri daripada arang batu, petroleum dan gas asli.
Bahan api fosil merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Ketiga-tiga
sumber ini terhad dan akan semakin berkurangan dan pupus jika digunakan
dan dieksploitasi secara berterus-terusan walaupun banyak kawasan baru
ditemui. Bahan api fosil mengandungi karbon dan hidrokarbon, maka ia
sesuai digunakan untuk menjana sumber tenaga. Di Malaysia, kita masih lagi
bergantung

kepada

bahan

api

fosil

dalam

penjanaan

elektrik

dan

pengangkutan.
Petroleum terhasil daripada timbunan atau pemampatan bahan-bahan
organik di dalam timbunan pasir atau tanah liat dalam jangka masa berjutajuta tahun lamanya lalu membentuk kawasan luaran yang tebal di
sekelilingnya. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan bahan organik
terurai menjadi bentuk cecair dan gas. Cecair ini dikenali sebagai petroleum
dan terperangkap di dalam lohongan batuan kerak bumi, bertambah dari
semasa ke semasa mengikut peredaran masa.Perlombongan petroleum telah
dijalankan sejak 1909 di Miri. Kapasiti pengeluarannya 650,000 tong sehari.
Ia dijangka masih dapat digunakan untuk tempoh 20 tahun akan datang lagi.
Industri penapisan petroleum terdapat di Kerteh, Port Dickson, Tangga Batu
dan Lutong.
4

Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam
bumi. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya
bersama-sama petroleum.

Komposisi

juga

hampir

sama,

sebatian

hidrokarbon terutamanya gas Metana. Pusat Elektrik Paka berfungsi sebagai


pusat pengeluaran utama gas asli. Jepun adalah merupakan pengguna gas
asli cecair ang utama di dunia dan mengimport lebih separuh gas asli cecair
dunia. Jepun turut mengimport gas asli cecair dari Malaysia.
Seterusnya, jika tumbuh-tumbuhan mati dan tertimbus lalu terawet
dalam jangka masa berjuta-juta tahun, maka tumbuhan tersebut akan
menjadi pepejal hitam iaitu arang batu. Arang batu merupakan batuan yang
keras

dan

mudah

terbakar. Hal

mengandungi karbon dan hidrokarbon selain

ini

sebatian

kerana
dan

ia

unsur-unsur

lain, terutamanya sulfur. Apabila arang batu tersebut dibakar, tenaga purba
yang tersimpan di dalamnya akan dilepaskan sebagai haba. Stesen jana
kuasa elektrik Sultan Salahudin Abd. Aziz, dan Tanjung Bin merupakan stesen
jana kuasa yang menggunakan arang. Tanjung Bin merupakan stesen jana
kuasa yang terbesar di Asia. Malaysia mempunyai simpanan arang batu di
negeri Sabah dan Sarawak. Namun begitu, ia hanya dilombong dalam
peratusan yang kecil. Oleh itu, kebanyakan sumber arang batu diimport dari
negara luar.
Tenaga merujuk kepada keupayaan atau kebolehan untuk melakukan
kerja. Tenaga diperlukan untuk menggerakkan objek pada sesuatu jarak.
Tenaga tidak boleh diukur secara langsung. Ia hanya boleh diukur secara
tidak langsung dengan melihat berapa banyak kerja yang dilakukan. Unit
untuk mengukur tenaga ialah joule, Btu dan kalori. Tenaga tidak boleh dicipta
atau dimusnahkan. Ia hanya boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain.
Tenaga wujud dalam bentuk-bentuk yang berlainan seperti tenaga cahaya,
kimia, haba, graviti, mekanikal, elektrik dan sebagainya.
Tenaga elektrik dijana apabila sumber-sumber tenaga ditukar dari
satu bentuk ke bentuk yang lain melalui proses-proses tertentu. Melalui
pembakaran sumber tenaga bahan api fosil, maka akan menghasilkan
5

tenaga haba. Tenaga haba kemudiannya akan bertukar menjadi tenaga


kinetik. Seterusnya daripada tenaga kinetik akan bertukar menjadi tenaga
elektrik. Semasa proses penukaran sumber tenaga kepada tenaga elektrik,
banyak tenaga akan hilang. Dengan erti kata lain, untuk menghasilkan
tenaga elektrik, banyak tenaga diperlukan.
Di Malaysia, tenaga elektrik bukan sahaja dijana melalui sumber
tenaga kovensional tetapi turut dijana malalui tenaga tidak kovensional
seperti tenaga hidro. Terdapat tiga jenis stesen jana kuasa iaitu stesen jana
kuasa hidro, terma dan gas. Stesen-stesen jana kuasa ini didirikan di lokasi
yang bersesuaian dengan penggerak utamanya. Stesen jana kuasa hidro
menggunakan air daripada empangan sebagai penggerak utamanya untuk
memusingkan turbin. Stesen jana kuasa hidro menggunakan konsep fizik di
mana apabila air ditakung pada paras yang tertentu, ia akan menghasilkan
tekanan yang tinggi sekitar 90-95%. Selain dapat menjana tenaga elektrik
untuk keperluan negara, stesen jana kuasa hidro ini juga membantu dalam
mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan minyak malah dapat
mengurangkan masalah pencemaran udara. Contohnya seperti Empangan
Hidroelektrik Bakun di Sarawak dan Empangan Hidroelektrik Kenyir di
Terengganu. Stesen jana kuasa terma pula menggunakan bahan api seperti
arang batu dan gas bagi memanaskan air dalam dandang. Dandang akan
mengeluarkan stim bertekanan tinggi bagi memutarkan kipas turbin. Stim
bertekanan tinggi merupakan sumber penggerak utama stesen jana kuasa
terma.

Seterusnya,

stesen

jana

kuasa

gas

pula

menggunakan

gas

bertekanan tinggi sebagai sumber penggerak utama bagi memutarkan kipas


turbin. Gas bertekanan tinggi dihasilkan daripada dandang pembakaran
melalui pemampatan udara.
Namun begitu, walaupun penggunaan bahan api fosil ini banyak
memberi manfaat kepada manusia, timbul pula isu kesan sampingannya
terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. Pembakaran bahan api fosil di
stesen jana kuasa telah menghasilkan berjuta-juta ton gas-gas rumah hijau
dan bahan-bahan terampai seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida,
nitrogen

dioksida

dan

sebagainya.

Keadaan

ini

telah

menyebabkan
6

berlakunya masalah pencemaran udara, hujan asid, pemanasan global dan


sebagainya yang boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar fizikal dan
manusia.
4.0 KESAN NEGATIF DARIPADA PENGGUNAAN BAHAN API FOSIL
DALAM PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DI MALAYSIA
Pembakaran bahan api fosil dalam penjanaan tenaga elektrik telah
membebaskan asap yang mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan
terampai

seperti

karbon

dioksida,

sulfur

dioksida,

hidrokarbon

dan

sebagainya ke udara. Masalah ini menyebabkan udara menjadi semakin


tercemar kerana ditambah pula dengan pembebasan gas-gas pencemar oleh
industri-industri perkilangan lain dan kenderaan-kenderaan bermotor. Maka,
hal ini telah memburukkan lagi keadaan sehingga boleh menyebabkan
berlakunya kejadian hujan asid, jerebu, dan peningkatan suhu yang juga
boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia.
4.1 Hujan Asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Hal ini disebabkan oleh
air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas
berasid contonya seperti sulfur dioksida yang terdapat di atmosfera. Pada
masa kini, peningkatan penggunaan tenaga elektrik telah menyebabkan
bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api
fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga membebaskan banyak
bahan-bahan pencemar. Bahan-bahan pencemar ini kemudiannya disebarkan
oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air
hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke
bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Hal ini berlaku apabila
asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh
menyebabkan

tumbuh-tumbuhan

dan

hidupan

di

dalam

tasik

mati,

bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan
lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan
asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama kepada golongan kanan7

kanak dan golongan warga emas, serta mereka yang berpenyakit seperti
penghidap asma.
4.2 Jerebu
Jerebu pula merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara
semulajadi ataupun wujud akibat daripada aktiviti manusia. Masalah jerebu
sering kali berlaku di Malaysia. Keadaan ini berpunca apabila berlaku
pembakaran bahan api fosil yang tidak lengkap dari stesen jana kuasa serta
proses perindustrian yang mengeluarkan asap hitam. Apabila zarah-zarah
kecil ini berkumpul dalam jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di
udara maka ia akan bertindak menyerap dan menghalang cahaya matahari
dari sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat
pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada suatu
ketika

dahulu.

Contohnya

pada

11

Ogos

2005,

Malaysia

pernah

mengisytiharkan darurat akibat jerebu di Selangor dan Pelabuhan Klang


setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 500. Hal ini
telah menyebabkan kesihatan dan kadar penglihatan penduduk di kawasan
tersebut terjejas. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10
mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan
iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Jerebu
selalunya berlaku di kawasan bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah
terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di
bahagian kerongkong dan batuk-batuk, kesukaran untuk bernafas atau
kesesakan nafas, mata pula terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap
bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
4.3 Peningkatan Suhu Bumi
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia termasuk
Malaysia. Kenaikan suhu bumi berlaku disebabkan oleh pembebasan gas-gas
pencemar seperti gas karbon dioksida ke udara. Tambahan pula, banyak
hutan telah dibalak untuk tujuan komersial. Hal ini menyebabkan hutan tidak
8

dapat

lagi

berfungsi

sebagai

penyerap

gas

karbon

dioksida.

kandungan gas karbon dioksida semakin meningkat dalam

Maka,

udara. Gas

karbon dioksida yang terlalu banyak ini telah bertindak menyerap haba,
maka

menyebabkan haba

tidak

dapat

terbebas

ke udara

dan

lalu

menyebabkan suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.


Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini.
Kesannya adalah, permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu,
banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam seperti
gempa bumi, letusan gunumg berapi dan sebagainya.
Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu dilakukan untuk
mengurangkan kesan negatif akibat daripada penggunaan bahan api fosil
tersebut. Sumber alternatif juga perlulah dibangunkan untuk mengurangkan
atau menggantikan bahan api fosil yang boleh memudaratkan alam sekitar
fizikal dan alam sekitar manusia.
5.0

LANGKAH-LANGKAH

PENCEGAHAN

DAN

PENGAWALAN

PECEMARAN UDARA DARI STESEN JANA KUASA


Penggunaan bahan api fosil seperti minyak, arang batu dan gas asli
sebagai bahan bakar dalam penjanaan elektrik oleh stesen jana kuasa
sememangnya mengundang kepada masalah pencemaran udara. Maka,
langkah-langkah pencegahan dan pengawalan yang efektif telah diambil
oleh pihak stesen jana kuasa untuk meminimakan pelepasan sisa gas dan
cecair ke persekitaran dengan menggunakan teknologi terkini supaya ia
tidak menjejaskan alam sekiatar fizikal dan alam sekitar manusia.
Antara langkah-langkah yang akan diambil bagi meminimumkan
pencemaran udara akibat penggunaan arang batu sebagai bahan bakar
adalah melalui pemasangan Electrostatic Precipitator (ESP) iaitu sejenis
perangkap habuk yang berupaya untuk memerangkap 99.7% habuk produk
pembakaran dari terlepas ke udara. Di samping itu, penggunaan Flue Gas
Desulphurization (FGD ) boleh diguna pakai dalam operasi stesen janakuasa
bagi tujuan menyerap sulfur yang terhasil daripada pembakaran arang batu,
9

manakala penunu rendah NOx atau Low Nox Burner pula dapat digunakan
bagi mengawal kandungan Nitrogen Oksida (NOx). Seterusnya, pepejal yang
terhasil daripada pembakaran arang batu seperti abu terbang dapat diguna
pakai dalam industri simen.
Penjana stim yang digunakan pula mempunyai rekabentuk jenis
supercritical once-through, jenis panas semula yang dilengkapkan dengan
relau yang disejukkan oleh air, superheater, reheater, dan economizers.
Ia berfungsi menghasilkan stim bertekanan tinggi memutarkan turbin stim
seterusnya menjana kuasa elektrik. Sistem pembakaran akan dilengkapi
dengan penunu rendah NOx lanjutan jenis vorteks dengan senapang minyak
api di tengah penunu. Pembakaran dengan menggunakan bekalan udara
over-fire dilaksanakan untuk pengurangan NOx dan pembakaran zarah
arang batu yang lebih lengkap.
Selain itu, dari segi pengurusan air sisa buangan pula, loji jana kuasa
juga

perlu

dilengkapi

dengan

sistem

merawat

air

kumbahan

bagi

memastikan sisa air yang dirawat memenuhi piawaian yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Di stesen jana kuasa arang batu, air hujan
yang terkumpul di lapangan arang batu akan dialirkan dan disimpan di
dalam kolam takungan. Hal ini bagi tujuan pemendapan pepejal terampai
sebelum ia dipam ke kolam abu. Manakala,air sisa buangan yang selebihnya
pula akan dikumpul di loji rawatan air sisa untuk proses perawatan sebelum
dilepaskan. Alat hembus campuran akan dipasang untuk melaraskan pH air
buangan sebelum ia dilepaskan.
Sementara itu, pemasangan stesen-stesen pengesan kualiti udara di
kawasan yang berdekatan penempatan penduduk juga perlu dilakukan
supaya maklumat mengenai tahap kualiti udara dapat disalurkan secara
berterusan. Maklumat ini seterusnya perlulah dipantau oleh JAS bagi
memastikan tahap pencemaran udara berada pada paras yang telah
ditetapkan.

10

6.0 SUMBER-SUMBER ALTERNATTIF YANG BOLEH MENGGANTIKAN


BAHAN API FOSIL
Sumber-sumber

alternatif

merupakan

sumber

yang

boleh

diperbaharui dan mesra alam. Penggunaan sumber ini boleh digunakan


untuk menjana tenaga. Terdapat pelbagai sumber yang boleh dijadikan
alternatif bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil seperti tenaga
solar (matahari), tenaga hidro, hidrogen, biojisim,dan tenaga nuklear.
6.1 Tenaga Solar
Tenaga solar merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh
diperbaharui dan tidak akan kehabisan. Tenaga solar adalah daripada cahaya
matahari. Malaysia merupakan negara yang beriklim panas dan lembap
sepanjang tahun. Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap
hari dan masa matahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang
memancarkan tenaga suria secara maksimum. Oleh itu pada ketika matahari
tegak diatas kepala, tenaga suria boleh dijana secara maksimum melalui
penggunaan kaedah pengumpul penumpu. Dengan menggunakan kaedah
ini, ia dapat menghasilkan suhu yang sangat tinggi untuk menghasilkan
tenaga. Pantai barat semenanjung Malaysia dan pulau-pulau kecil di pantai
barat semenanjung Malaysia mempunyai potensi yang amat luas untuk
menjana tenaga solar kerana kawasan ini mendapat sinaran matahari
sepanjang tahun. Hal ini adalah kerana kawasan ini tidak mengalami musim
tengkujuh seperti yang berlaku di kawasan pantai timur semenanjung
Malaysia yang akan mengalami musim tengkujuh sekali setiap tahun. Maka,
kawasan pantai timur semenanjung Malaysia tidak sesuai untuk dijanakan
tenaga suria
Penerimaan cahaya matahari pada waktu siang boleh dimanfaatkan
sebagai sumber tenaga untuk menggantikan tenaga elektrik. Tenaga
matahari boleh diperolehi dengan menggunakan sel-sel suria. Tenaga
matahari yang diperangkap oleh sel-sel suria yang dipasang pada khasnya di
bumbung rumah akan di tukarkan menjadi tenaga elektrik oleh rod atau sel
suria tersebut. Tenaga ini dapat disimpan di dalam bateri sebelum digunakan
11

untuk membekalkan arus elektrik. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi
dan sesetengah kawasan tidak mendapat matahari untuk jangka masa
panjang kerana keadaan cuaca tidak menentu, tetapi kebaikannya tidak
boleh diabaikan juga. Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran
udara dan kesan rumah kaca serta tenaganya boleh disimpan untuk
penggunaan eletrik pada waktu malam. Di Malaysia, tenaga solar telah
digunakan untuk tiang lampu jalan, lampu lintasan kereta api, pengepaman
air dan sebagainya.
6.2 Tenaga Hidro
Tenaga hidro juga merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular
di negara-negara membangun untuk menggantikan bahan api fosil. Manusia
telah menggunakan tenaga ini untuk menjalankan kehidupan sejak beriburibu tahun dahulu lagi dengan menggunakan air bagi memusingkan roda
pedal untuk mengisar gandum.Tenaga ini dapat dijalankan jika terdapatnya
sungai yang mempunyai aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air
terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan. Hal ini demikian
kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin
digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan
tenaga elektrik. Malaysia mempunyai aliran sungai yang deras maka,
membolehkan empangan hidroelektrik dibina. Contohnya seperti Empangan
Bakun di Sarawak, Empangan Kenyir di Terengganu dan lain-lain. Maka,
dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini
penting kepada seluruh penduduk di dunia termasuklah Malaysia dalam
pembekalan tenaga elektrik.
Tenaga

hidroelektrik

ini

juga

bersih

dan

tidak

mencemarkan

udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang
mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan
kimia lain yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza pula dengan
tenaga

konvensional

seperti

petroleum

yang

mampu

mencemarkan

kandungan udara di sekeliling ketika proses pembakarannya di stesen jana


kuasa. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini
selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.
12

Tambahan

lagi,

tenaga

hidroelektrik

juga

amat

murah

untuk

dijanakan. Hal ini bersesuaian dengan keadaan kewangan negara-negara


membangun seperti Malaysia yang masih belum begitu kukuh. Melalui
penjanaan hidroelektrik ini, ia mampu memberikan pulangan yang agak
lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di
dunia.
6.3 Hidrogen
Menurut Wikipedia, hidrogen merupakan unsur paling ringan, dengan
dua atom hidrogen membentuk satu molekul hidrogen. Hidrogen wujud
secara bebas, dan juga sebagai sebahagian daripada air, bahan galian, dan
bahan organik. Hidrogen dibebaskan semula melalui elektrolisis air dan
melalui pemprosesan petroleum. Hidrogen tidak terbakar, tetapi meletup
apabila bercampur dengan oksigen dan didedahkan kepada api.
Hidrogen juga merupakan bahan pengganti kepada bahan api fosil.
Hidrogen boleh digunakan sebagai sejenis bahan api untuk menggerakkan
kenderaan. Hidrogen akan dibakar dalam enjin melalui kaedah yang serupa
seperti kereta petrol tradisional. Dalam penukaran sel bahan api, hidrogen
akan bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan air dan elektrik
untuk menjana motor tarikan elektrik. Kenderaan yang menggunakan
hidrogen sebagai bahan bakar dapat mengurangkan pembebasan gas rumah
hijau dan gas perosak lapisan ozon. Namun begitu, untuk mendapatkan
bahan ini adalah sukar kerana hidrogen diperoleh melalui kaedah termokimia
yang menggunakan gas asli, arang, gas petroleum cecair, dan biojisim,
melalui proses termolisis atau dihasilkan dari air melalui elektrolisis. Oleh itu,
hidrogen dikenali sebagai kaedah yang paling kurang cekap dan paling
mahal untuk mengurangkan gas rumah hijau.
6.4 Biojisim
Tenaga biomass salah satu sumber tenaga yang tertua di dunia.
Tenaga biomass ini mudah diperoleh kerana merupakan sumber tenaga yang
13

bergantung sepenuhnya dengan alam sekitar.

Tenaga biomass ini juga

dikenali dengan nama tenaga biojisim ataupun tenaga biogas. Pada masa
dahulu masyarakat menggunakan tenaga biomass dengan mengambil kayukayan sebagai bahan bakar utama untuk mendapatkan tenaga. Namun kini
ekoran daripada aktiviti pertanian yang giat dijalankan hasil hampas
daripada sisa pertanian ini boleh digunakan sebagai sumber tenaga biomass.
Contohnya negara Brazil banyak menggunakan hampas daripada tebu untuk
menghasilkan tenaga elektrik daripada sumber biomass ini.
Biomass juga merupakan salah satu alternatif untuk menggantikan
bahan bakar fosil. Ia merujuk kepada bahan buangan dan sisa-sisa organik
seperti sisa tumbuhan, sisa tanaman, sisa makanan dan najis haiwan serta
sisa domestik khususnya sampah sarap. Tenaga biomass dapat di gunakan
untuk pelbagai tujuan, antaranya ialah menghasilkan tenaga elektrik,
menghasilkan tenaga haba secara langsung dan menghasilkan bahan api
berbentuk gas, cecair dan pepejal. Biomass menghasilkan karbon dioksida
yang jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan bahan bakar fosil yang
sememangnya mencemarkan udara. Biomass dapat terurai dan sumber
bahan buatan biomass adalah terjamin serta mampu mengelakkan daripada
rumah hijau. Malaysia berpotensi menghasilkan tenaga biomass kerana
terdapat banyak bahan buangan dan sisa organik. Bahan buangan industri
sawit seperti tandan sawit dan air sisa sawit terutamanya daripada kilang
minyak sawit berpotensi dapat digunakan sebagai sumber bahan bakar bagi
menghasilkan tenaga elektrik dan sebagainya. Selain sisa kelapa sawit, sisa
padi seperti jerami, dan sekam padi serta sisa kilang papan sperti kulit kayu,
reja kayu dan habuk gergaji juga dapat digunakan untuk mengahasilkan
tenaga biomass.
6.5 Tenaga Angin
Angin adalah udara yang bergerak. Ia tidak boleh dilihat tetapi boleh
dirasai. Angin yang melalui penjana (turbin) akan memusingkannya dan
pergerakan ini membolehkan tenaga elektrik dihasilkan. Ia berubah daripada
tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. Penjanaan jenis ini bergantung
kepada kekuatan tiupan angin. Ia memerlukan kekuatan tiupan angin yang
14

kuat. Di Malaysia, kelajuan tiupan angin adalah rendah dan tidak konsisten.
Maka, penjanaan tenaga elektrik melalui angin kurang sesuai di Malaysia.
6.6 Tenaga Nuklear
Menurut Wikipedia, tenaga nuklear kadangkala disebut tenaga atom,
ialah sejenis tenaga yang mengikat nukleus sesebuah atom. Tenaga nuklear
juga merupakan salah satu sumber yang dapat menjana tenaga elektrik.
Tenaga nuklear melibatkan penggunaan bahan radioaktif iaitu uranium.
Tenaga ini dapat dihasilkan melalui tindak balas pembelahan nuklear dan
pelakuran yang boleh digunakan untuk penjanaan tenaga elektrik. Antara
contoh negara yang telah menggunakan tenaga nuklear ialah Amerika
Syarikat, Sweeden, Jepun, dan Korea. Malaysia masih lagi tidak berupaya
untuk membangunkan sumber tenaga elektrik disebabakan oleh beberapa
faktor tertentu seperti kurangnya komitmen kerajaan dalam membangunkan
tenaga ini, dan kekurangan sokongan daripada masyarakat kerana bimbang
kesan sampingannya terhadap alam sekitar berikutan tragedi Chenobyl,
Three Mile Island dan yang terbaru ialah tragedi di Loji Nuklear Fukushima
Daiichi di Jepun.
7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan
perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan sumber tenaga
yang berterusan bagi kegunaan manusia pada masa depan. Pihak stesen
jana kuasa juga perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan
loji-loji penjanaan supaya dapat menjimatkan kos operasi lalu memberi
keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan-pelanggannya. Selain itu,
pengguna-pengguna elektrik juga digalakkan meminimakan penggunaan
elektrik. Penyelidikan dan pembangunan(R&D) juga perlulah dilakukan
supaya sumber tenaga alternatif yang sesuai di dalam negara dapat
dibangunkan untuk menggantikan bahan api fosil. Untuk mengelakkan bumi
daripada terus tercemar, penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam
adalah amat digalakkan. Melalui penggunaaannya, ia dapat membantu
dalam memulihara alam dan menjamin kehidupan yang lebih baik pada
masa akan datang.
15

BIBLIOGRAFI
Bernard Cox, Leo Bartlett (1988) Geography for Understanding, New
Zealand.
Jerome D. Fellman, Arthur Getis, Judith Getis (1999) Sixth Edition. Human
Geography : Landscapes of Human Activities, United States of Americas.
Katiman Rostam, Asmah Ahmad (2006) Penilaian dan Pengurusan Sumber Alam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (2009) Kategori Soalan Parlimen :
Tenaga
dicapai
pada
26
September
2011
daripada http://www.kettha.gov.my/category/kategori-soalanparlimen/tenaga?page=11.
Khairunnisa Dan Muthia (2008) Hydogen as an Alternative Fuel dicapai pada 25
September 2011 daripadahttp://www.wikimu.com/News/displaynews.aspx?
id=7885
Malakoff Corporation Berhad (25 Julai 2011) RINGKASAN EKSEKUTIF TAJUK
PROJEK dicapai
pada
17
September
2011
daripada
http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/Ringkasan-Eksekutif-DEIATg.-Bin-Power-Plant.pdf.
16

Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (2005) Pembangunan Dan
Alam Sekitar di Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Murtedza Mohamed (1991) Sumber Alam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nasrin Abu Bakar (2010) Biojisim, biogas sawit sumber elektrik dicapai pada 25
September
2011
daripadahttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Biojisim_biogassawitsu
mberelektrik/Article/index.
National Energy Education Development Project (2011) Petroleum dicapai pada
17
september
2011
daripadahttp://www.need.org/needpdf/infobook_activities/ElemInfo/PetroE.pdf
.
Sandakan (2011) Sandakan Membantah Arang Batu dicapai pada 17 September
2011 daripadahttp://sandakan.wordpress.com.
Sandakan (2009) 30 Sebab Mengapa Stesen Jana Kuasa Elektrik Arang Batu Tidak
diperlukan
di
Sabah
dicapai
pada
17
September
2011
daripada http://sandakan.wordpress.com/2009/02/20/30-sebab/.
Shafie (2009) Jenis-jenis Stesen Janakuasa di Malaysia dicapai pada 20
September
2011
daripadahttp://asyyshafiesmtmt.blogspot.com/2009/05/jenes-jenis-stesenjanakuasa-di.html.
Sunray (2011) Topik 5: Penjanaan & Penghantaran Elektrik dicapai pada 20
September
2011
daripadahttp://www.slideboom.com/presentations/320457/Topik-5%3APenjanaan-%26-Penghantaran-Elektrik
Suzalie bin Mohamed (9 Mac 2011) Malaysia Negara Kuasa Nuklear Menjelang
2010
dicapai
pada
8
Oktober
2011
daripada http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=2&opt=com_article&grp=2&sec=&key=2277&cmd=resetall.
Tenaga Nasional Berhad (2009) Laporan Tahunan 2009 dicapai pada 1 Oktober
2011
daripadahttp://www.tnb.com.my/tnb/application/uploads/annualreports/TNB0
9_BM%28Website%29.pdf.
Ann Bowen, Roger Clay, Carmela Di Landro, John Pallister, Olly Phillipson (1997)
Longman Geography for GCSE, London.
Wikipedia, ensiklopedia bebas (2010) Tenaga Nasional Berhad dicapai pada 17
September
2011
daripadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_Nasional_Berhad.
Wikipedia, ensiklopedia bebas (2009) Grid Nasional dicapai pada 17 September
2011 daripadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Grid_Nasional.
Wikipedia, ensiklopedia bebas (2011) Gas Asli dicapai pada 17 September 2011
daripadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gas_asli.
Wikipedia, ensiklopedia bebas (2011) Arang Batu dicapai pada 17 September
2011 daripadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Arang_batu.
Wikipedia, ensiklopedia bebas (2011) Turbin Stim dicapai pada 20 September
2011 daripadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Turbin_stim.
Wikipedia, the free encyclopedia (2011) Biofuel dicapai pada 25 september 2011
daripadahttp://en.wikipedia.org/wiki/Biofuel.
Wikipedia, ensiklopedia bebas (2011) Tenaga Nuklear dicapai pada 1 Oktober
2011 daripadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_nuklear.
17

William P Cunninham, Mary Ann Cunningham (2006) Principles of Environmental


Science, Third Edition. Mc Graw-Hill, United States of Americas.

18

Anda mungkin juga menyukai