Anda di halaman 1dari 22

Definisi tenaga diberikan oleh Kamus Oxford Fajar (Edisi Ketiga) sebagai keupayaan

untuk membuat kerja. Sumber Tenaga adalah bahan asas yang diperlukan untuk
menghasilkan tenaga.

1. Sumber Tenaga Utama Yang Tidak Boleh Diperbaharui


Sumber Tenaga Utama Yang Tidak Boleh Diperbaharui terdiri daripada berikut:

Bahan Api Fosil - Minyak mentah, arang batu dan gas asli adalah contoh sumber
tenaga utama yang tidak boleh diperbaharui.

Minyak mentah ataupun petroleum adalah sejenis serbatian hidrokarbon cecair


yang berwarna gelap dan pekat yang biasanya didapati di bahagian asas kerak
bumi.

Arang batu adalah pepejal hitam semula jadi dan digunakan sebagai bahan
bakar secara meluas.

Gas Asli adalah sejenis sebatian hidrokarbon dalam bentuk gas dan terbentuk di
lapisan magma bumi.

Bahan Api Mineral Uranium semula jadi seperti Uranium-234, Uranium-235


dan Uranium-238.

Uranium adalah unsur logam radioaktif yang berwarna kelabu atau keperakan.

2. Sumber Tenaga Utama Yang Boleh Diperbaharui


Sumber Tenaga Utama Yang Boleh Diperbaharui terdiri daripada berikut:

Solar Ia adalah sinaran cahaya dan haba dari matahari

Angin Ia adalah pergerakan udara

Air Pasang Surut Paras air laut yang naik turun akibat kesan putaran bumi dan
tarikan graviti bulan.

Biomass Ia adalah sisa-sisa hutan (seperti pokok-pokok mati, cawangan dan


tunggul pokok), serpihan kayu dan sisa-sisa pepejal perbandaran.Biomass
juga merangkumi pertanian dan sisa haiwan.

Geothermal Ia adalah tenaga yang tersimpan di dalam bumi. Contohnya


tempat yang mempunyai tenaga geothermal adalah di kolam-kolam air panas.

3. Sumber Tenaga Sekunder


Sumber Tenaga Sekunder adalah sumber tenaga yang telah berubah bentuk daripada
sumber tenaga utama melalui proses penukaran tenaga. Sumber tenaga sekunder juga
merujuk kepada pembawa tenaga kerana tenaga adalah dalam bentuk yang boleh
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Penukaran sumber tenaga daripada sumber tenaga utama kepada sumber tenaga
sekunder adalah penting untuk pengunaan yang lebih mudah dan memberi manfaat
kepada aktiviti-aktiviti pengguna. Contoh tenaga sekunder adalah tenaga elektrik dan
bahan bakar hidrogen. Penggunaan bahan bakar hidrogen sebagai sumber tenaga
sekunder masih terhad dan penggunaannya dijangka bertambah pada masa hadapan.
Sebagai contoh Hidrogen digunakan sebagai bahan bakar dalam roket. Kapal angkasa
mengunakan bateri yang berasaskan sel bahan api hidrogen untuk menjalankan sistem
komputer. Tenaga sekunder yang lain adalah tenaga elektrik dan kegunaannya adalah
pelbagai, misalnya untuk menjanakan perkakasan dan peralatan elektrik seperti
penyaman udara, peti sejuk, ruang serta pemanasan air, lampu dan lain-lain lagi.

Penggunaan tenaga solar amat terhad di negara kita. Penggunaan solar yang utama
adalah sistem pemanasan air bersolar di hotel-hotel, industri kecil makanan dan
minuman serta di rumah-rumah golongan kelas pertengahan atas. Adalah dianggarkan
tidak kurang daripada 10,000 unit sistem air panas domestik telah dipasang setakat ini.
Satu pertiga daripada jumlah peruntukan kerajaan yang bernilai RM469 juta bagi
program-program pengelektrikan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh
telah diperuntukkan bagi tujuan pemasangan kuasa solar untuk kegunaan penduduk di
kawasan luar bandar mahupun pedalaman.
Sebuah projek yang diberi nama '100kWp Demonstration Photovoltaic Project' telah
dilaksanakan atas inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dengan Kerajaan
Jepun yang diwakili oleh NEDA di Marak, Sabah. Projek ini telahpun siap pada tahun
1995. Projek ini telah menjadi permulaan bagi pemindahan teknologi yang lebih cekap
dan berkesan dalam aspek penjanaan kuasa PV.

Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negaranegara membangun. Tenaga ini dapat dijalankan di negara membangun kerana
adanya sungai yang mempunyai aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air
terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yang
mempunyai banyak empangan hidroelektrik seperti di Empangan Bakun, Sarawak. Hal
ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin
digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga
elektrik.
Bukan itu sahaja, isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan
tenaga hidroelektrik. Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin digerakkan
dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil adalah sedikit.
Selain itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di
peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas. Dalam hal ini, dapat dilihat
bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada
penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik.
Tenaga hidroelektrik juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak
mencemarkan udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida
yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia
lain yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional
seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika
penghasilan minyak. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga
ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.
Di samping itu, tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara-negara membangun
kerana kebanyakan sungai di negara ini sentiasa mengalir sepanjang tahun. Hal ini

membolehkan tenaga elektrik sentiasa dapat dijana setiap masa. Tenaga hidroelektrik
sukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun. Selain itu, negara-negara
membangun juga memiliki banyak tempat strategik untuk membina empangan
hidroelektrik. Hal ini membolehkan tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara
tersebut.

India merupakan salah satu negara yang banyak menjana tenaga

hidroelektrik.
Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Oleh sebab itu,
negara-negara membangun banyak menjana tenaga ini kerana hal ini bersesuaian
dengan keadaan kewangan negara membangun yang masih belum begitu kukuh.
Sebaliknya, penjanaan hidroelektrik ini mampu memberikan pulangan yang agak
lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia.

Angin telah digunakan beberapa ratus tahun yang lalu untuk membantu kapal belayar
dan kincir angin untuk mengepam air bagi tujuan pengairan.Angin boleh membantu
untuk melakukan kerja. Tenaga kinetik angin boleh ditukarkan kepada bentuk tenaga
yang lain, sama ada tenaga mekanikal atau tenaga elektrik.
Tenaga yang dihasilkan oleh angin bergantung kepada kelajuan angin. Semakin laju
angin bertiup, semakin banyak tenaga dihasilkan. Apabila sebuah kapal mula belayar,
ia memerlukan tenaga angin untuk menolaknya di atas permukaan air. Ini merupakan
satu bentuk kerja.
Petani telah menggunakan tenaga angin selama beberapa tahun untuk mengepam air
dari perigi menggunakan kincir angin. Angin juga digunakan untuk memusingkan batu
pengisar untuk mengisar gandum atau biji jagung.Angin juga digunakan untuk
menghasilkan elektrik.
Angin yang bertiup akan memusing bilah kipas pada turbin angin.Bilah kipas akan
menggerakkan gandar yang disambungkan pada generator yang akan menghasilkan
tenaga angin.

Tenaga biomass merupakan salah satu sumber tenaga yang tertua di dunia. Tenaga
biomass ini mudah diperoleh kerana merupakan sumber tenaga yang bergantung
sepenuhnya dengan alam sekitar. Tenaga biomass ini juga dikenali dengan nama
tenaga biojisim ataupun tenaga biogas. Pada masa dahulu masyarakat menggunakan
tenaga biomass dengan mengambil kayu-kayan sebagai bahan bakar utama untuk
mendapatkan tenaga.

Namun kini ekoran daripada aktiviti pertanian yang giat

dijalankan hasil hampas daripada sisa pertanian ini boleh digunakan sebagai sumber
tenaga biomass. Contohnya negara Brazil banyak menggunakan hampas daripada
tebu untuk menghasilkan tenaga elektrik daripada sumber biomass ini.
Sumber tenaga biomas ini diperolehi dengan terus daripada hasil pembakaran bahan
bakar berkenaan yang boleh menghasilkan tenaga elektrik secara terus. Hasil daripada
pembakaran ini akan mengeluarkan gas metana yang akan diproses untuk
menghasilkan tenaga elektrik. Bagi kebanyakan negara-negara sedang membangun
tenaga alternatif ini banyak digunapakai bagi proses pemanasan air dan udara.
Tenaga alternatif biomass ini juga boleh dimajukan di negara kita. Hal ini adalah
kerana, negara kita mempunyai industri kelapa sawit Malaysia yang banyak
menghasilkan hampas-hampas kelapa sawit yang boleh di prosese untuk menghasilkan
tenaga elektrik. Namun demikain, sambutan terhadap tenaga alternatif bioamas ini
kurang mendapat perhatian dan tidak dimajukan oleh pihak pemerintah negara.
Malaysia bergantung sepenuhnya terhadap tenaga hidro untuk membekalkan tenaga
elektrik kepada penduduk negara ini

Untuk dapat melangsungkan hidupnya, manusia perlu berusaha memanfaatkan sumber


daya hayati yang ada di bumi ini dengan sebaik-baiknya. Akan tetapi penggunaan
tersebut haruslah mempunyai tujuan yang positif yang nantinya tidak akan
membahayakan manusia itu sendiri.
Kenyataanya, Malaysia mempunyai garis pantai terpanjang kedua selepas Norway.
Sayangnya potensi tenaga pantai yang ada belum banyak dimanfaatkan. Masalah yang
berlaku dalam keperluan manusia adalah jurang antara keperluan hidup serta
persediaan tenaga. Seperti saat ini keperluan akan minyak semakin turun, dikhuatirkan
5 tahun akan datang keperluan akan tenaga akan habis, lalu bagaimana dengan nasib
anak cucu kita nanti? Oleh kerana itu perlu adanya pemanfaatan tenaga sumber daya
hayati yang perlu dikembangkan saat ini.
Sumber daya hayati yang ada di planet bumi ini salah satunya adalah lautan. Selain
mendominasi wilayah di bumi ini laut juga mempunyai banyak potensi makanan
(beraneka ragam spesies ikan dan tanaman laut) dan potensi sebagai sumber tenaga.
Tenaga yang ada di laut ada 3 macam, iaitu: tenaga ombak, tenaga pasang surut dan
tenaga panas laut.
Salah satu tenaga di laut tersebut adalah tenaga ombak. Sebenarnya ombak
merupakan sumber tenaga yang cukup besar. Ombak merupakan gerakan air laut yang
turun-naik atau bergulung-gulung. Tenaga ombak adalah tenaga alternatif yang
dibangkitkan melalui kesan gerakan tekanan udara akibat turun naik pergerakan
gelombang.
Tenaga ombak boleh digunakan sebagai penjana tenaga elektrik, seperti saat ini telah
ditubuhkan sebuah Pembangkit Listrik Bertenaga Ombak (PLTO) di Kuala Lumpur, iaitu
model Oscillating Water Column. Tujuan penubuhan PLTO ini adalah untuk memberikan
model sumber tenaga alternatif yang ketersediaan sumbernya cukup melimpah di
kawasan perairan pantai Malaysia. Model ini menunjukkan tahap kecekapan tenaga
yang dihasilkan dan parameter-parameter minimum hiroosenografi yang layak, baik itu

secara teknik mahupun ekonomi untuk melakukan penukaran tenaga.


Dalam PLTO ini proses masuk dan keluarnya aliran ombak pada suatu bilik tertentu
(khusus) boleh menyebabkan terdorongnya udara keluar dan masuk melalui sebuah
saluran di atas ruang khas tersebut. Apabila diletakkan sebuah turbin di hujung saluran
tersebut, maka aliran udara yang keluar masuk akan memainkan turbin yang
menggerakkan generator. Kelemahan dari model ini adalah aliran keluar masuk udara
boleh menimbulkan hingar, akan tetapi kerana aliran ombak sudah cukup bising
umumnya ini tidak menjadi masalah besar.
Selain model Oscillating Water Column, ada beberapa syarikat & agensi lain yang
membangunkan model yang berbenda untuk memanfaatkan ombak sebagai penghasil
tenaga elektrik, antara lain:
1. Ocean Power Delivery; syarikat ini mereka bentuk tabung-tabung yang sekilas
kelihatan seperti ular mengambang di permukaan laut (dengan sebutan pelamis)
sebagai pengeluar elektrik. Setiap tabung mempunyai panjang sekitar 122 meter dan
terbahagi kepada empat segmen. Setiap ombak yang melalui alat ini akan
menyebabkan tabung silinder tersebut bergerak secara menegak mahupun lateral.
Gerakan yang ditimbulkan akan mendorong piston diantara tiap sambungan segmen
yang selanjutnya mengepam cecair hidraulik bertekanan melalui sebuah motor untuk
menggerakkan generator elektrik. Supaya tidak ikut terbawa arus, setiap tabung ditahan
di dasar laut menggunakan jangkar khusus.
2. Renewable Energy Holdings; idea mereka untuk menghasilkan elektrik dari tenaga
ombak menggunakan peralatan yang dipasang di dasar laut dekat tepi pantai sedikit
mirip dengan pelamis. Prinsipnya menggunakan gerakan naik turun dari ombak untuk
menggerakkan piston yang bergerak naik turun pula di dalam sebuah silinder. Gerakan
dari piston tersebut selanjutnya digunakan untuk mendorong air laut guna memutar
turbin.
3. SRI International; konsepnya menggunakan sejenis plastik khas bernama elastomer
dielektrik yang bertindak balas terhadap elektrik. Ketika elektrik dialirkan melalui
elastomer tersebut, elastomer akan meregang dan dimampatkan bergantian.
Sebaliknya jika elastomer tersebut dimampatkan atau diregangkan, maka tenaga

elektrik pun timbul. Berdasarkan konsep tersebut ideanya ialah menghubungkan


sebuah pelampung dengan elastomer yang terikat di dasar laut. Ketika pelampung
diumbang-ambingkan oleh ombak, maka regangan mahupun tahanan yang dialami
elastomer akan menghasilkan elektrik.
4. BioPower Systems; syarikat inovatif ini mengembangkan sirip-ekor-ikan-jerung
buatan dan rumput laut mekanik untuk menangkap tenaga dari ombak. Ideanya
bermula dari pemikiran sederhana bahawa sistem yang berfungsi paling baik di laut
tentunya adalah sistem yang telah ada disana selama beribu-ribu tahun lamanya.
Ketika arus ombak menggoyang sirip ekor mekanik dari samping ke samping sebuah
kotak gir akan mengubah gerakan osilasi tersebut menjadi gerakan ke arah yang
menggerakkan sebuah generator magnet. Rumput laut mekaniknya pun bekerja
dengan cara yang sama, iaitu dengan menangkap arus ombak di permukaan laut dan
menggunakan generator yang sama untuk mengubah pergerakan laut menjadi elektrik.
Namun kekurangan dalam pemanfaatan tenaga ombak sebagai penjana elektrik ini
adalah:
1. Bergantung pada ombak; kadang dapat tenaga, kadang pula tidak,
2. Perlu mencari lokasi yang sesuai di mana ombaknya kuat dan muncul secara
konsisten. Akan tetapi jika kita menggunakan tenaga ini maka kelebihan yang kita
dapatkan adalah tenaga boleh diperolehi secara percuma, tidak perlu bahan bakar,
tidak menghasilkan sisa, mudah dikendalikan dan kos penyelenggaraan rendah, serta
dapat menghasilkan tenaga dalam jumlah yang mencukupi.
Oleh kerana itu mengingat potensi yang telah dmiliki oleh ombak begitu besar, maka
sebaiknya mulai sekarang kita perlu memanfaatkan tenaga ombak ini sebagai penjana
tenaga elektrik bagi memenuhi keperluan akan energy elektrik di hari mendatang,
dengan membangunkan model tersebut di seluruh pesisir pantai Malaysia

Tenaga geotermal merupakan salah satu tenaga yang amat rumit untuk dijana. Hal ini
demikian kerana tenaga ini berasal dari dalam bumi. Oleh sebab itu, tenaga geotermal
dikatakan sebagai penghasilan haba dari dalam bumi untuk menjana tenaga elektrik.
Tenaga ini juga banyak dijana di negara-negara membangun khususnya negara yang
berada dalam lingkaran api pasifik. Hal ini demikian kerana haba yang dialirkan di
kawasan mata air panas atau gunung berapi ini adalah lebih cepat iaitu melalui proses
perolakan.
Namun begitu, hal ini berbeza dengan kawasan lain yang melibatkan proses
kekonduksian untuk pengaliran haba. Selain itu, faktor kedalaman pusat bumi juga
amat mempengaruhi suhu atau kandungan haba di sesuatu kawasan.. dan haba yang
terbentuk merupakan hasil daripada pereputan bahan radioaktif yang berjuta tahun
lamanya terdapat dalam lapisan bumi.
Proses penggerudian pula diperlukan untuk mendapatkan wap dari dalam bumi.
Proses ini dilakukan menerusi batuan penutup dan wap bertekanan tinggi yang terhasil
akan mampu menggerakkan turbin dan seterusnya membolehkan tenaga elektrik yang
terhasil adalah tinggi. Hal ini penting untuk menampung jumalah penduduk yang
semakin ramai.
Walaubagaimanapun, wap air ini masih boleh habis akibat penurunan air dalam tanah.
Hal ini demikian kerana kadar penyerapan air ke dalam tanah adalah perlahan dan
mengambil masa yang lama untuk menjadi stabil semula. Bukan itu sahaja, haba yang
telah digunakan akan memerlukan masa untuk digantikan. India merupakan salah
sebuah negara membangun yang menjana tenaga geotermal dalam kadar yang
banyak.

Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat"
nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear
seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear.
Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang
membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini
dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. Loji komersial
menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti
elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk
menghasilkan tenaga elektrik.
Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik Perancis bernama Henri Becquerel pada
tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam
gelap berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X,
yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895.[1]
Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma, iaitu "Pereputan radioaktif",
yang melibatkan satu proton atau neutron dalam nukleus radioaktif yang mereput lalu
membebaskan samada zarah-zarah, sinaran elektromagnet (seperti sinar gamma),
neutrino atau kesemuanya sekali; "pembelahan nuklear, yang membelah satu nukleus
berat menjadi dua (atau jarang sekali tiga) nuklues yang lebih ringan; dan "pelakuran
nuklear, yang menggabungkan dua nukelus atom untuk membentuk satu nukleus yang
lebih berat.
Pereputan radioaktif adalah satu tindakbalas yang berlaku secara spontan, rawak dan
semula jadi. Pembelahan nuklear pula, yang tidak berlaku secara semula jadi, telah
digunakan secara meluas dalam penjanaan tenaga elektrik sejak 1950-an lagi.
Sementara itu, pelakuran nuklear boleh berlaku secara semula jadi, seperti dalam

Matahari, dan secara buatan. Walaupun, proses itu telah dibuktikan boleh dilakukan
secara buatan, namun terdapat beberapa masalah seperti kawalan ke atas tindak
balas, yang perlu diatasi sebelum proses ini boleh dilakukan secara besar-besaran.

Tahap teknologi rendah


Teknologi yang tinggi diperlukan untuk membangun dan menjana tenaga keterbaharuan
dengan giat. Tahap teknologi di negara-negara membangun masih rendah dan belum
begitu maju. Hal ini menyukarkan negara tersebut untuk memajukan tenaga ini.
Namun begitu, mereka boleh mendapatkan khidmat teknologi dari negara luar seperti
Jepun. Hal ini memerlukan negara membangun ini mengeluarkan perbelanjaan yang
besar untuk mendapatkan teknologi tersebut.

Secara tidak langsung, hal ini

menyukarkan negara tersebut mendapatkan teknologi tersebut dalam kuantiti yang


agak banyak. Hal ini akan menyebabkan wujudnya had untuk memajukan tenaga
alternatif.
Modal besar
Tenaga alternatif yang ingin dimajukan juga mempunyai halangan seperti memerlukan
modal yang besar. Hal ini menyukarkan negara membangun untuk memajukan tenaga
alternatif kerana kewangan mereka terhad.

Modal yang besar diperlukan untuk

membeli teknologi dan kepakaran dari luar. Secara tidak langsung, kewangan yang
terhad menyebabkan operasi untuk memajukan tenaga alternatif juga adalah terhad.
Hal ini juga menyebabkan berlakunya gangguan ketika menjana tenaga tersebut kerana
terdapat perkongsian teknologi antara kawasan janaan tenaga alternatif yang berbeza.
Dalam hal ini, pembaziran masa dan kos penghantaran yang tinggi akan berlaku.

Kekurangan buruh mahir


Kebanyakan negara maju mendapatkan teknologi dari luar untuk memajukan tenaga
alternatif atau tenaga keterbaharuan. Oleh sebab itu, mereka memerlukan kepakaran
dari luar untuk mengendalikan teknologi atau mesin yang berkaitan. Keadaan ini
berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan buruh yang terlatih atau mahir dalam
mengendalikan teknologi tersebut.

Dalam hal ini, negara membangun terpaksa

mengimport kepakaran dari luar bagi membolehkan teknologi digerakkan untuk


memajukan tenaga alternatif. Secara tidak langsung, hal ini akan meningkatkan kos
untuk menampung kegiatan ini. Bukan itu sahaja, buruh yang sedia ada pula hanya
melakukan kerja bawahan tanpa mendapat latihan untuk mengendalikan teknologi
tersebut kerana kepercayaan untuk mengendalikan mesin diserahkan sepenuhnya
kepada buruh dari luar. Hal ini akan menyebabkan pengeluaran yang berlaku adalah
tidak menguntungkan kerana negara tersebut terpaksa menampung kos untuk
pembelian teknologi dan kepakaran dari luar.
Saiz pasaran yang kecil
Saiz pasaran yang kecil untuk tenaga alternatif juga menyukarkan tenaga tersebut
untuk dimajukan dan dikomersialkan.

Hal ini menyebabkan keuntungan bagi

pengeluarannya adalah sedikit. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional yang
mendatangkan keuntungan yang banyak kerana telah berjaya dikomersialkan. Secara
tidak langsung, tenaga alternatif ini akan menyukarkan negara membangun untuk
mendapatkan

keuntungan

pengeluarannya.

dan

menampung

penduduk

yang

banyak

dengan

Mesra alam dan tidak kehabisan


Salah satu kebaikan tenaga alternatif ini adalah mesra alam. Hal ini adalah kerana
kadar pencemaran yang berlaku adalah rendah berbanding dengan pengunaan sumber
tenaga yang lain. Selain daripada dapat menjana tenaga dengan lebih efektif sifat
tenaga alternatif yang mesra alam ini mendorong banyak negara untuk memproses
tenaga alternatif sebagai sumber tenaga utama negara mereka.
Malaysia umpamanya merupakan sebuah negara sedang membangun yang banyak
bergantung kepada tenaga hidro elektrik sebagai sumber tenaga utama negara.
Malaysia membangunkan tenaga hidro ini atas banyak sebab antaranya tenaga hidro
ini tidak mencemarkan alam sekitar. Kita hanya menggunakan aliran air untuk menjana
tenaga elektrik tanpa membabitkan elemen-elemen yang boleh mencetuskan
pencemaran. Tenaga hidro elektrik juga tidak akan kehabisan kerana Malaysia
merupakan kawasan tadahan hujan yang baik.
Begitu juga dengan tenaga geoterma yang banyak diproses di negara sedang
membangun yang berada dalam lingkaran api pasifik yang tidak mencemarkan alam
dan bersifat mesra alam. Hal ini adalah kerana, tenaga ini diperoses hasil daripada
stim atau keupayaan tenaga yang berada dalam perut bumi dan kemudiannya dijana
untuk menghasilkan tenaga elektrik tanpa melibatkan unsur pencemaran dan tenaga ini
juga tidak akan kehabisan.

Jalan keluar daripada masalah krisis tenaga dunia


Tenaga alternatif merupakan salah satu jalan keluar daripada masalah krisis tenaga
dunia. Hal ini adalah kerana, dengan menjana tenaga alternatif negara yang sedang
membangun tidak akan mengalami masalah kekurangan bahan api asli lagi untuk
menjana tenaga elektrik. Hal ini adalah kerana, dunia sekarang sedang mengalami
masalah krisis tenaga dunia ekoran daripada bahan bakar utama iaitu petroleum dunia
semakin berkurangan dan bagi negara-negara yang bergantung sepenuhnya dengan
bahan bakar berkenaan terpaksa mencari bahan bakar lain untuk menjana tenaga
elektrik di negara mereka.
Peluang untuk menjana tenaga alternatif dalam kalangan negara yang sedang
membangun dalah tinggi berbanding dengan negara maju. Tetapi ekoran daripada
teknologi dan kepakaran yang terhad negara sedang membangun terpaksa
melepaskan peluang ini terbiar begitu saja. Namun kini, pelbagai pihak telah tampil
untuk membuat penyelidikan dan inovasi dalam bidang tenaga alternatif ini kerana
memandangkan negara yang sedang membangun ini mempunyai pelbagai khazanah
mengenai tenaga keterbaharuan bagi menangani masalah krisis tenaga yang sedang
melanda dunia sekarang ini. Contohnya pihak kerajaan Malaysia sedang menjalankan
penyelidikan untuk menghasilkan tenaga daripada hampas kelapa sawit dan sektor
pertanian yang lain daripada terbiar begitu saja

Kertas
Cadangan

Sediakan satu kertas cadangan mengenai pelbagai sumber tenaga yang akan
digunakan oleh negara pada masa depan.

Kita telah melihat pelbagai jenis tenaga dan kegunaanya. Daripada tenagatenaga yang tersebut kami mencadangkan Tenaga Solar adalah tenaga yang boleh
digunakan oleh negara pada masa depan. Tenaga Solar Akan Lebih Menjimatkan
Daripada Bahan Api Fosil Dalam 10 Tahun Menurut

Institut Jurutera Elektrik dan

Elektronik (IEEE) , sistem solar PV mungkin akhirnya menjadi bentuk elektrik paling
menjimatkan dalam dekad ini tetapi jika industri solar terus meningkatkan kecekapan
sel suria dengan pesat dan memberi pulangan menguntungkan" Apabila kos elektrik
solar terus menurun berbanding sumber tenaga tradisional, kita lihat pasarannya akan
berkembang

sangat

besar,

dan

hanya

keupayaan

pembekal

yang

akan

menghadkannya. PV solar akan menjadi salah satu unsur utama penyelesaian untuk
menangani keperluan tenaga untuk jangka panjang," kata James Prendergast,
Pengarah Eksekutif IEEE, dalam satu kenyataan.Tidak perlu menunggu satu dekad penyelidik di Bloomberg New Energy Finance berpendapat bahawa kuasa solar boleh
mencapai pariti grid (titik di mana harga solarsama murah seperti bahan api fosil) dalam
tempoh dua tahun akan datang.

Di kawasan sangat cerah seperti rantau Timur Tengah, para penyelidik berhujah
bahawatenaga solar sudahpun berdaya saing. Ketika ini kos arang batu ialah lebih
kurang 7 sen se watt, berbanding dengan 22 sen bagi solar. Menjelang 2013, kos ini
dijangka akan sama. Ramalan juga telah dibuat bahawa Tenaga Solar akan murah
seperti arang batu dalam tempoh dua tahun. Sinaran suria dapat digunakan secara
terus dengan menukarkannya kepada tenaga elektrik menggunakan sel fotovoltaik atau
digunakan sebagai tenaga haba dalam sistem air panas suria dan juga pengeringan.
Tenaga suria tersimpan dalam dua bentuk; pertama dalam bentuk mineral yang
disimpan dalam perut bumi seperti arang batu, petroleum dan gas. Ketiga-tiga sumber
ini merupakan tenaga yang amat terkenal penggunaanya pada masa sekarang.

Pada masa depan penduduk di Negara kita boleh

memasak dengan dapur

tenaga solar dan mandi dengan mesin pemanas air. Tenaga solar sebagai sumber

tenaga yang baru mempunyai keistimewaan kerana bersih, perlindungan alam sekitar
dan dikitar semula daripada sumber tenaga tradisional yang lain. Tenaga solar telah
menjadi sumber tenaga yang hijau dipopularkan di dunia disebabkan oleh sumber
tenaga ini semakin berkurang. Sumber tenaga hijau itu mempunyai keistimewaan luar
biasa di Wilayah Autonomi Tibet China sekarang ini. Ahli penyelidik dari Pusat
Penyelidikan Sumber Tenaga Tibet, Wang Haijiang berkata, sinaran mata hari mencatat
kira-kira 3 ribu jam di Tibet. Sinaran mata hari harian di wilayah itu mencatat lebih dua
kali ganda banyaknya daripada kawasan pedalaman. Tibet merupakan kawasan yang
paling kaya dengan sumber solar di China dan di Malaysia. Oleh itu, sumber solar yang
kaya itu bersesuaian untuk meneroka dan meningkatkan pembangunan tenaga solar.
Setiap jam isolasi solar ke Bumi lebih daripada tenaga yang cukup untuk
memenuhi keperluan tenaga global bagi tahun keseluruhan. Tenaga solar adalah
teknologi yang digunakan untuk memanfaatkan tenaga matahari dan membuat ia boleh
digunakan oleh manusia. Hari ini, teknologi yang menghasilkan kurang daripada satu
persepuluh atau satu peratus daripada permintaan tenaga global.Ramai orang sudah
biasa dengan apa yang dipanggil sel-sel photovoltaic, atau panel solar, yang biasa
kelihatan pada kapal angkasa, bumbung, dan kalkulator. Sel-sel dijadikan bahan
semikonduktor seperti yang terdapat dalam cip komputer. Apabila cahaya matahari hits
sel-sel, ianya mengalirkan elektron daripada atom suria. Sebagai elektron, ia mengalir
melalui sel, boleh menjana tenaga elektrik.

Pada skala yang lebih besar, loji kuasa haba solar menggunakan pelbagai teknik
untuk mengumpulkan seluruh tenaga matahari sebagai sumber haba. Haba
kemudiannya digunakan untuk mendidihkan air untuk memacu turbin stim yang
menjana elektrik sama seperti arang batu dan loji kuasa nuklear, membekalkan elektrik
untuk beribu-ribu orang.
Dalam satu teknik, palung panjang cermin berbentuk U-menumpukan cahaya
matahari pada paip minyak yang berjalan melalui tengah-tengah. Minyak panas
mendidih air bagi penjanaan elektrik. Teknik lain menggunakan cermin alih untuk
memberi tumpuan kepada sinar matahari di menara pemungut, di mana seorang

penerima duduk. Garam lebur mengalir melalui penerima yang dipanaskan untuk
menjalankan penjana. Negara kita masih lagi jauh terbelakang dalam program tenaga
solar ini. Ini berkemungkinan kekurangan tenaga pakar atau pihak kerajaan yang
memerintah masih belum berminat dalam membangun industri solar. Akhir kata, tenaga
solar akan menjadi tenaga yang paling sesuai untuk digunakan di negara kita pada
masa depan.

Anda mungkin juga menyukai