Anda di halaman 1dari 12

KATA MEREKA (PENULIS BLOG) http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/kenali-jemaah-tabligh.

html
Pada 16 Oktober 1965, telah diadakan pertemuan besar-besaran para Alim Ulamak seluruh negeri India, bertempat di Kirla, India. Pertemuan ini telah mengadakan perbahasan tentang kewujudan gerakan Jemaah Tabligh yang dirasakan telah cukup lama menimbulkan keresahan masyarakat Islam. Hasil pertemuan Ulamak tersebut telah menyatakan bahawa kelompok Jemaah Tabligh ini adalah SESAT LAGI DAN LAGI MENYESATKAN. Keputusan ini telah diambil setelah para Ulama' melakukan penelitian dan pengkajian secara adil dan saksama pada beberapa kitab-kitab, risalah dan edaran-edaran yang tersebar dikalangan Jemaah Tabligh dan ditulis oleh pemimpin-pemimpin mereka.

JAWAPAN KAMI
Kami tidak mempunyai maklumat tentang pertemuan ini.Jadi tidak diketahui ulamak mana yang yang menghadirinya,ulamak mana yang terlibat,sebesar dan seramai manakah ulamak yang dikatakan alim ulamak dari seluruh negeri India itu dan dari aliran/manhaj apakah para ulamak itu.Sufikah? Sekularkah? Salafi/ Wahabikah?.Mengapa Kirla yang di pilih menjadi lokasinya,sedangkan di situ,populasi kaum Muslim tidak sampai 20%?Maklumat yang disertakan oleh penulis blog sangat minima, jadi kami tidak dapat memberi komen yang sesuai.Berkaitan dengan keputusan bahawa Jemaah Tabligh sebagai sesat lagi menyesatkan itu juga nampaknya sangat berat.Tapi yang pasti, sejak 1965 (Zaman Jemaah Tabligh di bawah pimpinan Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Yusof al-Kandhalawi1) itu dan sehingga sekarang,dakwah Jemaah Tabligh,ini memang begitu subur tumbuhnya di India dan di seluruh dunia.Tambahan pula,di daerah Kirla itu sangat subur dan membangun dengan dakwah yang di lakukan oleh Jemaah Tabligh.2Dewasa ini, yang nampak lantang menghukum sesat kepada Jemaah Tabligh dan firqah-firqah yang lain sesat adalah dari kalangan para eksterimis Salafi/Wahabi.3Juga di India,mereka yang sangat lantang menyesat dan memusuhi Jemaah Tabligh adalah datangnya daripada golongan penyembah kubur seperti Brelwi.4Ahli bidaah tercela daripada golongan Brelwi ini mengelarkan Jemaah Tabligh di India sebagai Salafi/Wahabi.

Beliau adalah putera kepada Maulana Muhamad Ilyas.Beliau termasuk seorang ulamak besar India.Beliau memiliki karya beberapa kitab dan antaranya Hayatush Sahabah dalam,Amanil Ahbar Syarh Maanil Atsar, Muntakhab Ahadis.Beliau juga termasuk seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki. 2 Penulis mempunyai pengalaman sampai di Kirla,rata-rata kawasan yang di singgahi penulis sangat mesra dengan Jemaah Tabligh,para ulamak yang mengajar di Kirla dan sekitar Gujerat sangat memuliakan Jemaah Tabligh.Para Imam di daerah Kirla sendiri sanggup turun bersama Jemaah Tabligh ketika melakukan ziarah. 3 Penulis merasakan bahawa pertemuan besar-besaran para Alim Ulamak seluruh negeri India, bertempat di Kirla, India itu benar-benar meragukan ,kerana jika amati sanjungan yang diberikan oleh Ulamak-Ulamak dan para Mufti di India terhadap Amir Jemaah Tabligh pada ketika itu,iaitu Syeikhul Hadis,Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi sangat di hormati oleh mereka.Ketika Maulana Muhammad Yusof mengarang kitab Hayatush Sahabah,Maulana di gelar oleh Mufti Besar di Darul Ulum,Deoband iaitu (Mufti Mahmood Hasan Gangohi) yang mengatakan bahawa Maulana Muhammad Yusof seorang yang alim mengenai sirah para sahabat.(Kata-kata ini boleh di rujuk di Malfuzat Mufti Mahmud Hasan Gangohi sendiri). 4 Golongan Brelwi ini sangat memusi Jemaah Tabligh.Hal ini dibukti dengan aktiviti mereka yang kerap mengenakan sihir kepada pimpinan Jemaah Tabligh seperti Maulana Muhammad Ilyas,Maulana Muhammad Yusof dan Maulana Inamul Hassan.Kebanyakan mereka ini meninggal dunia adalah di sebabkan sihir yang di lakukan oleh golongan Brelwi ini.(Rujuk Malfuzat ketiga-ketiga Masyaikh Jemaah Tabligh).

Kami sendiri telah melihat satu manuskrip fatwa yang di tandatangi oleh jemaah Mufti dalam negeri India mengenai keizinan dan kebenaran Jemaah Tabligh.Fatwa yang di tandatangani oleh 36 Mufti itu menjadi hujjah kuat tertolaknya fatwa yang meragukan dari perjumpaan di Kirla itu.5Manuskrip fatwa ini masih lagi tersimpan di maktabah milik Madrasah Kasyifatul Ulum.6Sefaham kami juga nama-nama besar dalam kalangan umat Islam ini yang tidak menghukum sesat lagi menyesatkan ke atas jemaah ini,7tidak sedikit juga.Oleh itu,sebaiknya kita imbangkan keputusan pertemuan pada tahun 1965 itu dengan para ulamak yang tidak menghukum sesat lagi menyesatkan itu. KATA PENULIS BLOG : Diantara beberapa alasan yang dikemukakan oleh para Ulamak tersebut ialah berdasarkan pengkajian dan penelitian yang mendalam dari beberapa kitab,edaran dan risalah yang ditulis oleh pemimpin Jemaah Tabligh,telah ditemukan ada kemiripan diantara fahaman Jemaah Tabligh dengan fahaman WAHABI. Seperti anti-taqlid terhadap imam-imam mujtahid, orangorang yang sudah meninggal tidak dalam mendengar orang yang masih hidup,mengingkari Karomah Awliya dan lain-lain yang kesemuannya bertentangan dengan fahaman AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH. JAWAPAN KAMI : Kemiripan itu tidak jelas sebesar mana. Adakah kesemua sudut,ataupun sebahagian besar, ataupun sebahagian kecil, ataupun dalam beberapa perkara sahaja. Jika kemiripannya itu sedikit,tidak pula di hakimi sebagai sesat lagi menyesatkan pada Jemaah Tabligh.Jika dikatakan mereka anti-taqlid,pendiri Jemaah Tabligh itu sendiri iaitu Maulana Muhammad Ilyas sendiri bermazhab Hanafi.8Kebanyakan mereka (aktivis Jemaah Tabligh)muqallid kepada salah satu mazahib arba'ah,dan inilah keadaan orang awam di dalam jemaah ini,manakala pula Jemaah Tabligh dari Arab Saudi kebanyakan mereka tidak taqlid kepada mana-mana mazhab sebagaimana jelas pengamalan fiqh di sana.9

Pada kami kurang tepat jika dikatakan Jemaah Tabligh anti-taqlid,tetapi sebenarnya lebih kepada saling meraikan.Maklum sajalah gerakan dakwah Jemaah Tabligh ini tersebar ke seluruh pelosok dunia dan pertemuan-pertemuan mereka sering sahaja melibatkan para karkun

Perlu di ingat bahawa barisan Muftimufti di India ini tidak di lantik oleh kerajaan,sebalik mereka di lantik daripada Jemaah para mufti-mufti dan alim ulamak yang banyaknya di Negari India.Maka keputusan yang di buat adalah keputusan yang adil dan tidak mungkin mengandungi kesilapan. 6 Madrasah Kasyifatul Ulum adalah Madrasah di asaskan oleh pimpinan Jemaah Tabligh iaitu Maulana Ihtisamul Hassan Kandhalawi,Maulana Inamul Hassan Kandhalawi,Maulana Izharul Hassan Kandhalawi dan Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi.Kebanyakan masyaikh Jemaah Tabligh berkhidmat di madrasah ini. 7 Boleh di lihat di dalam kitab ini al Firqah An Najiyah Hia Al Ummatul Islamiyah Kulluha oleh Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali. 8 Boleh di rujuk dalam Mahfuzat Maulana Muhammad Ilyas sendiri.Keluarga Kandhalawi sangat terkenal dengan keturunan para ulama yang di sangat berpegang teguh dengan Mazhab Hanafi.Maulana Muhammad Ihtisamul Hassan telah menceritakan mengenai salasilah dan keluarga ini di dalam bukunya iaitu Halaat Masyaikh Kandhala. 9 Kebiasaanya,aktivis Jemaah Tabligh di Malaysia akan bertaqlid kepada Mazhab Syafie dan Mazhab Hanafi (bagi kalangan aktivis India Muslim (mamak).

(aktivis Jemaah Tabligh) dari pelbagai mazhab.10Takkanlah setiap kali waktu solat hendak dibuat paling kurang 4 kali bergilir-gilir kerana ada 4 mazhab?.Habis waktu di situ sahajalah. Namun begitu kami tidak menafikan yang jemaah ini terdorong untuk mencontohi perlakuan umat zaman Salaf (tetapi bukan berfaham Salafi/Wahabi) kerana mereka seboleh-bolehnya mahu mencontohi para sahabat r.hum ajmain dalam bahagian sunnah-sunnah besar,seperti sunnah bermujahadah ketika melakukan dakwah. Tentang orang-orang yang meninggal tidak dapat mendengar orang-orang yang hidup,kami menganggap ianya satu tuduhan yang tidak benar.Lihat sahaja dalam kitab-kitab dan bukubuku Jamaah Tabligh,dipenuhi dengan pelbagai kisah yang mana tidak sekadar orang mati dapat mendengar orang hidup.

JEMAAH TABLIGH MENGINGKARI KARAMAH PARA AULIYA/WALI


Satu tuduhan yang agak pelik,sedangkan kitab-kitab seperti Fadhilat Amal yang menjadi muqarrar/sukatan ketika para aktivis Jemaah Tabligh melakukan khuruj 11sarat dan penuh dengan kisah-kisah karamah para auliya/wali.

KATA PENULIS BLOG


: ...dan lain-lain yang kesemuannya bertentangan dengan fahaman AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH. Sudah di jelaskan dari awal lagi,bahawa Jemaah Tabligh kuat berpegang teguh dengan prinsipprinsip AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH.Boleh di lihat dalam kitab-kitab yang di karangan dan ucapan-ucapan para para ulamak (di India) dalam Jemaah Tabligh,mereka merupakan pendokong kuat ASWJ di India.12 Di antara para ulamak yang berada di Jemaah Tabligh ialah Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi13,Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi14,Maulana Inamul Hassan Kandhalawi15,

10

Penulis melihat perkara ini ketika berlangsung Ijtimak/perhimpunan besaran yang di anjurkan oleh Jemaah Tabligh.Kalangan manusia yang berfahaman mazhab yang 4 dapat di himpunkan dalam satu saf solah berjemaah.Bahkan bukan itu sahaja,mereka yang tidak terikat kepada mana-mana mazhab juga ikut solat bersama sama dalam satu saf solat.Hal ini merupakan pemandangan yang luar biasa kerana ,jarang mereka berlainan aliran ini dapat duduk bersama. 11 Di antara kitab-kitab yang menjadi muqarrar di dalam Jamaah Tabligh yang menjadi bacaan harian ketika khuruj ialah Zaadul Ma'ad oleh Imam Ibnu Qayyim,Hayatush Sahabah oleh Maulana Muhamad Yusuf al-Kandhalawi,Muntakhabah alhadis oleh Maulana Muhammad Yusof Al-Kandhalawi dan Maulana Muhammad Saad al-Kandhalawi,Riyadhus Salihin oleh Imam Nawawi,Al-Targhib Wa al-Tarhib oleh Imam al-Munziri dan Al-Adab al-Mufrad oleh Imam Al-Bukhari.Cuma di Malaysia lebih kepada Fadhilat Amal dan Muntakhabah alhadis. 12 Perkara ini telah di jelas oleh Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi, di dalam bukunya. (Sejarah Hidup Maulana Muhamad Ilyas). 13 Beliau adalah ulamak hadis dan juga pendiri Jemaah Tabligh.Di antara kitab karangan beliau Al Abwabul Muntakhabah min Misykatul Musabbih. 14 Beliau adalah putera kepada Maulana Muhamad Ilyas.Beliau termasuk seorang ulamak besar India.Beliau memiliki karya beberapa kitab dan antaranya Hayatush Sahabah dalam,Amanil Ahbar Syarh Maanil Atsar, Muntakhab Ahadis.Beliau juga termasuk seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki. 15 Beliau termasuk seorang ulamak besar India yang oleh Mufti Mahmud Hassan Gongohi.Beliau juga termasuk salah seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki.

Maulana Zhafar Ahmad Thanwi16,Maulana Muhammad Zakaria Kandhalawi17, Maulana Manzhur Numani,18Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi19.20 Mereka bukan sahaja di kenali di benua Hindustan (tempat kelahiran mereka),bahkan mereka juga di kenali di seluruh dunia.Mereka merupakan ulamak ASWJ yang telah melakukan sumbangan besar terhadap dunia Islam.21 KATA PENULIS BLOG : Kenyataan ini tidaklah menghairankan kerana jika diteliti lebih jauh, ternyata guru kepada pendiri gerakan ini adalah pengikut gerakan SALAFI/WAHABI di Arab Saudi. Abu Hassan Ali An-Nadwi dalam kitabnya Dini Da'watu halaman 44 berkata " Sesungguhnya pendiri Jemaah Tabligh ini telah dididik oleh gurunya Rasyid Ahmad AlGangohi". Muhamad Ilyas sendiri dalam Malfuzatnya halaman 123 berkata " Guruku Al-Gangohi adalah seorang quthub pembimbing pada zamannya dan mujaddid bagi umatnya". JAWAPAN KAMI : Mari kita menilai pernyataan ini.Di dalam buku Sejarah Hidup Maulana Muhammad Ilyas karya Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi, An-Nadwi sendiri menulis : Suatu ketika beliau (bapa Muhammad Iyas iaitu,Maulana Muhammad Ismail Kandhalawi) meminta Maulana Rasyid Ahmad Gangohi 22mengajarnya tentang SULUK (satu jalan kerohanian yang dipakai oleh kaum sufi, yang tentunya bertentangan dengan fahaman para Salafi/Wahhabi),Maulana Rasyid Ahmad Gangohi mengulas : Engkau tidak memerlukannya. Engkau telah mencapai matlamat yang sepatutnya dicapai melalui jalan ini.Hal ini adalah seumpama seorang yang telah membaca al-quran berkata bahawa dia perlu membaca buku asas bahasa Arab kerana dia belum bermula dari situ. (halaman 10)

16

Beliau adalah penyusun kitab Ilaa Ussunan (Ahadis Ahkam, terdiri dari 21 jilid, satu jilid khusus membahaskan pentingnya bermazhab dan bantahan untuk gulongan Wahabi dan ghoiru Muqollid. 17 Syeikhul hadis yang telah menghasilkan lebih daripada 60 kitab, antaranya ialah: Al Abwab Wat Tarajim Lishohihil Bukhori, Awjazul Masalik Syarh Muwathok Imam Malik 15 jilid. Syarh Syamail Tirmizi, Al Itidal fi Maratibir Rijal serta takhrij hadis beberapa kitab.Kitab yang paling terkenal adalah Fadhail Amal. 18 Beliau adalah [enulis kitab terkenal Inqilabu Iran (Iran Revolution) kitab yang menedahkan hakikat Revolusi Iran dan perancangan Syiah. 19 Beliau ialah Mudir Madrasah Nadwatul Ulama Lucknow, India.Antara kitab-kitab tulisan beliau : Rijalul Fikri Wad Dakwah, Madza Khosiro Alam Binhithotil Muslimin, Qashassul Nabiyyin, Sirah Nabawiyah.Beliau juga adalah penulis kitab Biografi Maulana Muhammad Ilyas. 20 Petikan dari kitab Meluruskan Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh muka surat : 8- 9, Karangan Maulana Ahmad Harun Al Rasyid. 21 Lihat buku Sejarah Ulamak Hadis di India oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam. 22 Maulana Rasyid Ahmad Gangohi ialah seorang Ulama ASWJ di benua Hindustan dan juga Ulama Sufi kemudiannya pada tahun 1880 ketika Maulana Muhammad Qasim Nanotwi meninggal dunia dan posisinya digantikan oleh Maulana Rasyid Ahmad Gangohi (1829-1905) sebagai Mudir kedua Madrasah Darul Ulum,Deoband.Mereka juga adalah pengikut mazhab fiqh Abu Hanifa,dan di dalam aqidah mereka mengikuti Abu Mansur Maturidi.Mereka juga di kenali sebagai ulamak yang kuat memerangi kesyirikan khurafat dan bidaah yang tercela. (Lanjutan boleh di dalam Fatawa Al-Rosyidiyah).

Berdasarkan maklumat ini,Maulana Rasyid Ahmad Gangohi adalah seorang pengikut jalan sufi dan pengajar suluk,dan secara umumnya kedua-duanya bertentangan dengan fahaman Salafi/Wahabi. Gangoh itu nama sebuah tempat di India.Pada zaman Maulana Muhammad Ilyas,Gangoh terkenal sebagai pusat kesufian.Kata An-Nadwi lagi : Pada masa itu Gangoh adalah TEMPAT TINGGAL PARA SUFI dan ulama, yang memberikan Muhammad Ilyas faedah yang begitu banyak khususnya di bidang keilmuan dan pendidikan. (halaman 15) KATA PENULIS BLOG Telah memetik kata-kata Maulana Muhammaf Ilyas : Guruku Al-Gangohi adalah seorang quthub pembimbing pada zamannya.. Petikannya ini turut membuktikan jalan kesufian Muhammad Ilyas kerana istilah QUTUB dan kepercayaan terhadapnya sangat akrab dengan para sufi dan pengikut mereka. Bahkan istilah qutub umumnya ditolak oleh para Salafi/ Wahabi.Maulana Muhammad Ilyas sendiri banyak dipengaruhi Tariqat Chistiyyah cabang Sabiriyah23dalam amalan kerohaniannya. Namun,ianya tidak hanya beramalkan tariqat ini sahaja,tetapi juga beramal dengan tariqat yang lain yang tersebar di India, seperti Naqsyabandiyah, Qadiriyah, dan Suhrawardiyah.Sifat keterbukaan ini biasanya dikaitkan dengan ajaran Shah Waliyullah al-Dihlawi 24yang mempengaruhi sikap Maulana Muhammad Ilyas sendiri.25 KATA PENULIS BLOG : Kemudian timbul persoalan,siapakah Rasyid Ahmad Al-Gangohi yang menjadi guru kepada pendiri gerakan ini. Di dalam kitab Fatawa Al-Rosyidiyah halaman 237, kitab bagi kumpulan fatwa Rasyid Al-Gangohi, ia berkata : " Orang-orang yang telah menuduh Muhamad Bin Abd Wahab sebagai orang yang sesat. Padahal dia adalah orang yang soleh, pengamal hadis dan penentang bidaah". JAWAPAN KAMI : Kita kena faham kedudukannya bahawa,Maulana Rasyid Gangohi tidak pernah bergiat dalam Jemaah Tabligh,malah tidak sempat melihat pun gerak kerja jemaah ini kerana dia meninggal dunia sebelum Jemaah Tabligh diasaskan.Maka secara zahirnya,beliau tidak ada kaitan dengan jemaah ini. Dan untuk menjawab persoalan,mengapa Maulana Rasyid Ahmad Gangohi yang di lihat mempertahankan Muhamad Bin Abd Wahab 26telah pun di perjelaskan oleh seorang ulamak
23

Tariqat Chistiyyah merupakan salah satu daripada cabang Tariqat yang muktabar di India.Juga boleh di lihat di dalam buku M. Anwarul Haq,halaman 67.,Tentang Tariqat Chistiyyah.Lihat juga Karya Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi,Saviours of Islamic Spirit, vol 2. (Lucknow: Academy of Islamic Research & Publications, 1977, pada haIaman 147-165. 24 Al-Imam al-Mujaddid Shah Waliyullah al-Dihlawi (1114H1176H) 25 Ibid,.Halaman 67. 26 Pengasas gerakan Wahabi (Kaum Muda).

yang beraliran Deoband sendiri iaitu Mufti Muhammad ibnu Adam,Darul Iftaa,Leicester,UK..Jawapannya Sila buka link di bawah ini : http://www.daruliftaa.com/question?txt_QuestionID=q-18272411 Maulana Rasyid Ahmad Gangohi juga bukanlah satu-satunya guru kepada Maulana Muhammad Ilyas.Maulana Muhammad Ilyas berguru dengannya hanya pada zaman remaja selama 9 tahun.Maulana Rasyid Ahmad Gangohi meninggal ketika Maulana Muhammad Ilyas berusia 20 tahun.Selepas itu Maulana Muhammad Ilyas berguru pula dengan beberapa orang guru lain seperti Maulana Khalil Ahmad (Saharanpuri)27, Maulana Mahmud Al-Hassan28, Shah Abdul Rahim Raipuri29 dan Maulana Ashraf Ali Thanawi 30.31Kesemua guru-guru Maulana Muhammad Ilyas adalah ulama ASWJ yang di iktiraf di benua Hindustan.32Maka hujjah ini tertolak di sebabkan penulis blog ini berdusta di atas nama-nama ulamak besar tersebut. Sebagai tambahan,kami petik tulisan an-nadwi : perhubungan yang selalu (antara muhammad ilyas) dengan guru-guru tariqat yang lain dan juga pengikut-pengikut Maulana Gangohi (kerana Maulana Gangohi sudah meninggal dunia) terus dijagainya pada masa itu. (halaman 20) Petikan ini jelas menunjukan pandangan Maulana Muhammad Ilyas terhadap golongan tariqat yang bertentangan dengan sikap kaum Wahabi yang jelas menolak konsep tariqat dalam syariat Islam. KATA PENULIS BLOG : Pada halaman 41, Rasyid Ahmad Al-Ganggohi berkata " Sesungguhnya Maulana Muhammad Ismail (penyebar gerakan WAHABI di India) adalah seorang yang alim,bertaqwa,penentang bidaah,pengamal al-quran dan as-sunnah dan pembimbing ummat. JAWAPAN KAMI : Ada kami sebutkan di atas tadi bagaimana peristiwa Maulana Muhammad Ismail meminta pelajaran SULUK33 daripada Maulana Rasyid Ahmad Gangohi. Bagaimana peminat suluk dan guru suluk boleh dikatakan sebagai penyebar gerakan Wahabi di India? Perkataan penyebar gerakan WAHABI di India itu juga ditulis dalam KURUNGAN. Adakah semua penentang bidaah itu mesti berfaham Salafi/Wahabi?.Di sini,penulis blog ini kelihatan bercelaru kerana gagal membezakan antara fakta dan auta.Sekarang siapakah yang berdusta dan siapakah yang benar.
27

Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri ialah seorang Ulama ASWJ kelahiran Deoband,juga seorang Ulama Sufi dan pengarang kepada kitab Badhl al-Majhud syarh Sunan Abi Daud. 28 Juga di kenali Syeikhul Hind (Mahmud Hassan).Di antara Ulamak yang berpengaruh di Darul Ulum Deoband. 29 Beliau ialah seorang ulamak Hadis,Fiqh dan Tasawuf.Di antara Ulamak yang mewarisi Zikir ialah Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariya Kandhalawi,Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi,Maulana Abul Hasan Ali Nadwi. 30 Maulana Al-Syaraf Ali Al-Tahanawi,juga di gelar sebagai Hakimul Ummah,merupakan ulamak ASWJ juga alim di dalam Fiqh,hadis dan Tassawuf.Di antara buku yang di karang oleh beliau ialah Hawashi Tafsir Bayan al-Quran( Arab), Behishti Zewar (Urdu) dan banyak lagi. 31 Fakhr al-Muhaddithin Allamah Zafar Ahmad Uthmani. 32 Lanjutan di buku Gerakan Islam Tradisional di Malaysia karya Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah,halaman 2. 33 Satu amalan dalam amalan tariqat.

KATA PENULIS BLOG: Pada halaman 105,Rasyid Ahmad Gangohi telah mengeluarkan fatwanya " Ziarah Awliya' seperti tradisi yang berlaku, sebenarnya diperbolehkan pada kurun awal Islam, tetapi kemudian tidak diperbolehkan dimasa kini.Demikian juga dengan peringatan Maulid Nabi SAW. JAWAPAN KAMI : Sebenarnya,Maulana Rasyid Ahmad Gongohi memberikan pandangannya berdasarkan umum kondisi/keadaan masyarakat Islam di India,perbuatan khurafat yang terjadi apabila mereka menziarahi perkuburan awliya.Hal ini merupakan masalah yang rumit dan tersembunyi,kerana kita tidak mengetahui apa yang tersedik dalam hati setiap orng yg melakukan perbuatan itu, kecuali berbuatannya adalah terang-terang melakukan kesyirikan seperti sujud di depan kubur Anbia atau Awliya. Telah berkata Maulana Rashid Ahmad Gangohi bahawa istianah dengan ahli qubur itu ada tiga makna : 1.) Berdoanya seseorang pada Allah SWT lalu berkata, Allahummaf Ally kaza bihurmati fulan Ya Allah tunaikanlah hajatku dengan kemulaan fulan (sama saje samaada dia berdoa disisi kubur antau di tempat lain), maka yang demikian itu adalah harus secara ittifaq (yakni disisi Ulamak Deoband dan Ulamak-ulamak yang terdahulu yang kita mengikuti mereka). 2.) Bahawasanya berdoa pada ahli kubur tunaikanlah hajatku, maka yang demikian ini adalah syirik sama saja samada berdoa di sisi kubur atau jauh darinya. 3.) Bahawasanya berdoa di sisi kubur lalu berkata,Wahai Fulan! Berdoalah pada Allah supaya ditunaikan hajatku, Maka yang demikian ini ada khilaf diantara ulamak (deoband),mereka yang mengharuskan simaul mauta mengatakan yang demikian itu adalah harus manakala mereka yang tidak mengharuskan simaul mauta telah melarang dari yang demikian itu.34 KATA PENULIS BLOG : Guru lain yang memberikan bimbingan kepada pendiri gerakan Tabligh ini adalah Ahmad AlSaharanpuri dan Al-Syaraf Ali Al-Tahanawi. Kedua-dua mereka adalah pengikut fahaman WAHABI. JAWAPAN KAMI : Kami beranggapan bahawa Ahmad Al-Saharanpuri yang dimaksudkan oleh penulis itu ialah Maulana Khalil AHMAD SAHARANPURI. Jika benar, dia seorang berfaham sufi. An-Nadwi menulis : ... dengan demikian beliau (Muhammad Ilyas) dapat menyempurnakan beberapa peringkat suluk di bawah pengawasan MAULANA SAHARANPURI. Takkanlah guru suluk berfaham Salafi/Wahabi?.Dan begitu juga dengan pengarang kepada kitab Al-Muhannad ala al-Mufannad yang mendedahkan kepincangan aqidah dan amalan Salafi/Wahabi dan mendedahkan kebenaran aqidah ulamak-ulamak aliran Deobandi ASWJ bahkan kitab ini juga
34

Boleh di lihat di Fatawa Al-Rosyidiyah,Maulana Rasyid Ahmad Gangohi.

di terima pakai sebagai kitab aqidah ASWJ di seluruh dunia ,dan yang menjadi keganjilan kami,bahawa pengarang kitab ini juga di tuduh sebagai pengikut fahaman Salafi/Wahabi.Bukankah ini semakin menerlahkan lagi kecelaruan penulis blog ini. Apabila Maulana Al-Syaraf Ali Al-Tahanawi dan para ulamak Deoband yang lain di tuduh sebagai Salafi/Wahabi kerana kuat berpegang dengan sunnah adalah sesuatu tuduhan yang selalu di lemparkan oleh golongan Brelwi.Bahkan golongan ini telah mentakfirkan ulamak kelahiran Deoband seperti Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri,Maulana Al-Syaraf Ali AlTahanawi,Maulana Qasim Nanotwi dan Maulana Rasyid Ahmad Gongohi .35 KATA PENULIS BLOG : Berdasarkan fakta, ramai pengikut Jemaah Tabligh yang meninggalkan kewajipan keluarganya untuk keluar rumah berdakwah. JAWAPAN KAMI : Kami tidak bersetuju jika digunakan istilah ramai. Sefaham kami, hanya segelintir yang berbuat demikian. Kita tidak boleh menghukum jemaah berdasarkan kesalahan segelintir ahli jemaah ini. Yang kami perhatikan, Jemaah Tabligh sudah berusaha melakukan yang terbaik.Antaranya langkah yang diambil ialah keluarga-keluarga jemaah yang ahli keluarga mereka yang lelaki khuruj ke Jalan Allah,maka dikehendaki saling mengambil berat.Mereka juga dikehendaki menziarahi keluarga sahabat mereka yang ditinggalkan untuk dipastikan keperluan makanan, perlindungan dan urusan seharian.Bahkan ini merupakan kewajipan dan perkara yang dititip beratkan sebelum seorang aktivis (Jemaah Tabligh) itu khuruj,maka mereka di kehendaki menyediakan segala kelengkapan secukupnya sepanjang peninggalan mereka.36 KATA PENULIS BLOG : .Yang lebih menyedihkan, ramai diantara mereka yang keluar untuk berdakwah, tapi ternyata TIDAK MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN agama yang cukup. Sehingga terjadi penyesatan kepada orang-orang yang mendengar ceramah dan bayan Jemaah Tabligh ini. JAWAPAN KAMI : Pada pandangan kami,Jemaah Tabligh (kami lebih menfokusan situasinya di Malaysia) sudah ada tajdid (pembaharuan).Jika dahulu,bilangan para alim ulamak yang turut serta di dalam Jemaah ini sangat sedikit,tetapi setelah lebih 30 tahun Jemaah ini bertapak di
35 36

Boleh di lihat di sini Fatawa Husam al-Haramayn dan al-Sawarim al-Hindiyya. Berdasarkan pemerhatian penulis,dan hal inilah yang menjadikan amalan setiap ahli Jemaah Tabligh.Oleh kerana itu,di dalam Jemaah Tabligh ada sesi tafakut (temuduga) oleh Majlis Syuranya supaya setiap perkara ini di titip beratkan.Dalam sesi temuduga itu,pelbagai persoalan akan di tanya,sebagai contoh :Jika pekerja ,bagaimana dengan pekerjaanya,segi cuti ataupun siapa yang mengantinya,seorang pelajar di tanya tentang keizinan daripada Ibu-bapanya,seorang suami akan di tanya tentang jumlah tanggungnya dan belanja yang di tinggalkan dan sebagainya lagi.Jika di dalam sesi Tafakut ini gagal,maka karkun (aktivis Jemaah Tabligh) tidak akan di benarkan khuruj.

Malaysia,peningkatan alim ulamak yang mengambil bahagian di dalam Jemaah ini meningkat.Jika dahulu,yang menggerakan struktur Jemaah ini ialah golongan Awamunaas (orang awam),maka kebarangkalian mereka menyampaikan sesuatu berisiko yang mengandungi kesilapan sangat tinggi37.Tetapi,sekarang alhamdulillah,kebanyakan yang menyampaikan syarahan/bayan (penerangan) di dalam majlis Jemaah Tabligh ialah para alim ulamak,paling tidak alim ulamak kalangan mereka ialah yang telah tamat pengajian secara Daurah al-Hadith38.Mereka (para alim ulamak inilah di berikan peranan sebagai jurubicara di setiap majlis-majlis anjuran Jemaah Tabligh.39 Dalam kerangka kerja dakwah,aktivis Jemaah Tabligh dilatih untuk berkata-kata dalam perkaraperkara asas terutamanya tentang 6 Prinsip para sahabat r.hum ajmain 40yang begitu masyur dalam kalangan Jemaah Tabligh. Sebagai pegangan untuk memudahkan para aktivisnya menuturkan sesuatu yang bersandarkan nas dan dalil,mereka (para aktivis )Jemaah Tabligh di galakan membaca dua karya sejarah/sirah kehidupan para sahabat r.hum ajmain iaitu Hikayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahalawi dan Hayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahalawi.41 Sesuai dengan tujuannya untuk membentuk akhlak atau sifat-sifat mulia,kitab-kitab ini tidak memaparkan sejarah para sahabat secara kronologis,sebaliknya membahagikan bab-bab berdasarkan sifat-sifat tertentu serta contoh kehidupan para sahabat.Kitab Hikayatush Sahabah dibahagikan kepada bab-bab seperti :ketabahan,ketakwaan,kesederhanaan,wara dan keperwiraan,semangat mencari ilmu,menyenangkan perasaan Rasulullah Saw, serta bab-bab khusus perihal mengenai kehidupan para wanita dan anak-anak di dalam generasi itu.42Sedangkan di dalam kitab Hayatush Sahabah terdiri atas pasal-pasal tentang dakwah,baiat,kesabaran,hijrah,jihad,dan sebagainya.43 Jemaah Tabligh juga menekan aspek wirid dan zikir,seperti yang disebutkan sebelumnya, bahawa Maulana Muhammad Ilyas adalah pengikut tariqat Chistiyyah yang bersikap terbuka terhadap berbagai tariqat lain.Dalam tariqat apa pun,aspek ini merupakan tiang utama. Di dalam Jemaah Tabligh sendiri amalan tariqatnya tidak banyak dicampuri ajaran syeikh atau guru-guru tariqat yang menjadi sumber kasyaf sebagai puncak rujukannya.Barangkali hal ini

37 38

Baca selanjutannya buku Pemikiran Islam Di Malaysia : Sejarah Dan Aliran (Dr Abdul Rahman Bin Haji Abdullah). Satu system pengajian yang di perkenalkan di setiap madrasah milik Jemaah Tabligh.Di dalam pengajian hadith yang dikenali Daurah al-Hadith ini,antara kitab-kitab yang dipelajari ialah Sahih al-Bukhari,Sahih Muslim, Sunan al-Tirmidhi, Sunan Abu Daud,Sunan Ibn Majah (sebahagian sahaja), Sunan al-Nasai (sebahagian sahaja), al-MuwattaMalik, al-Shamail al-Tirmidhi, Mishkat al-Masabih,Nukhbat al-Fikar li al-Hafiz Ibn Hajar,Taysir Mustalah al-Hadith, Matan al-Bayquniyah, al-Arbain alNawawiyah,Riyad al-Salihin dan banyak lagi. 39 Berdasarkan pemerhatian penulis yang menceburkan diri di dalam Jemaah Tabligh lebih dari 20 tahun. 40 Kalimah Toyyibah,Solat Khusyuk dan Khuduk,Ilmu dan Zikir,Ikram Muslimin,Ikhlas Niat,Dakwah dan Tabligh. 41 Hikayat as-Sahabah karya Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahalawi, dan Hayat as-Sahabah karya Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahalawi.Merupakan satu karya yang membicarakan tentang kehidupan para sahabat. 42 Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahalawi,Kisah Para Sahabat (Penerbitan Klang Book). 43 Muhammad Yusuf al-Kandahiawi. Kehidupan Para Sahabat Rasulullah Saw (Penerbitan Pustaka Ramadhan).

disebabkan kerana Jamaah Tabligh banyak berpegang pada sumber hadis dan mencontohi kehidupan para sahabat r.hum ajmain sebagai ikutan mereka.44 Kesimpulannya,menghukumi secara literal/zahir bahawa Jemaah Tabligh adalah sesat dan mendengar ucapan-ucapan mereka akan menjadi sesat adalah merupakan satu tohmahan yang berat kerana kedangkalan penuduh dalam memahami waqi dan maqasid jemaah ini.Kami mengakui kadang-kala mendengar ucapan dari awamunaas Jemaah Tabligh ada kala mengandungi kesilapan fakta,hujjah dan sebagainya.Namun tindakan penuduh membakulkan bahawa semua aktivis Jemaah Tabligh adalah sebegitu merupakan satu kesilapan besar.Kami sudah menerangkan bahawa di dalam Jemaah Tabligh khususnya di Malaysia sudah mengalami tajdid/pembaharuan kerana rata-rata sekarang,setiap jemaah yang di keluarkan akan di sertakan seorang alim dan hafiz.45 Mutakhir ini,penyertaan daripada golongan Warisatul Anbiya ini di dalam Jemaah Tabligh amatlah menggalakan,agamawan daripada pelbagai institusi pondok,madrasah,Universiti Islam dari dalam dan luar negara dan sebagainya membuktikan bahawa Jemaah Tabligh kini kian mendapat perhatian daripada golongan Warisatul Anbiya.Merekalah yang akan berada di barisan hadapan dan akan mempertahankan dan memperkukuhkan perjuangan Jemaah Tabligh di lapangan dakwah ini.46 KATA PENULIS BLOG : Keputusan para Ulama' ini juga telah difatwakan oleh Ulama' AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH terkenal di India pada masa itu, seperti Syeikh Adam, Mufti India Bahagian Selatan dan Syeikh Al-Qothbay,Mufti Malibari India dan lain-lain. Hasilnya,kewujudan gerakan ini telah banyak meyebarkan kerosakan daripada kebaikan yang diciptakannya. Sumber Rujukan: KITAB AJARAN, FAHAM DAN AMALIYAH ASWAJA. Serial Tanya Jawab Panduan Bagi Warga dan Pengurusan Nahdlatul Ulama(NU) Oleh Ustaz H. Muhibbul Aman Ali dan Disahkan oleh KH Abdurrohman Syakur (Rois Cabang Nahdlatul Ulama Kabupaten Pasuruan) juga Disahkan oleh KH Masduqi Mahfudz (Pengurus Wilayah NU Jawa Timur) juga Disahkan oleh KH Abdul Mujib Imron, SH (Anggota Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia) Al-Faqir Ilallah 2 Rabi'ul Awwal 1432H

44 45

Boleh di lihat secara terperinci Maulana Zakaria Al-Kandhalawi (Syariat wa ath Thariqat). Berdasarkan pemerhatian penulis. 46 Penulis sendiri adalah lepasan institusi pondok dan sekarang mengajar di Madrasah dan mempunyai rakan-rakan yang terlibat sama dalam kegiatan Jemaah Tabligh ini adalah lepasan dari Institusi pengajian yang telah di sebutkan oleh penulis sendiri.

JAWAPAN KAMI : Dalam hal ini,kami tidak tahu adalah ini merupakan kajian yang ilmiah yang di lakukan memenuhi standard disiplin dan etika dalam melakukan kajian,kerana setiap penuduh hanya bergantung kepada rujukan yang sangat minima iaitu perjumpaan di Kirla itu.Bagi kami,apakah ini yang di terjemahkan hasil daripada perjumpaan itu. Sebenarnya,satu perkara yang menarik untuk kita semua ketahui bahawa Jemaah Tabligh ini di tuduh sebagai Jemaah Sufi oleh golongan Salafi/Wahabi manakala di tuduh pula sebagai Jemaah Salafi/Wahabi oleh golongan sufi.Sebenarnya,Jemaah Tabligh ini adalah satu manhaj dakwah yang mengkehendaki penyertaan bagi setiap lapisan sosial umat,tidak kira mereka itu Salafi/Wahabi atau Sufi. Kami sudah menerangkan bahawa apabila dua golongan ini,mereka duduk di dalam Jemaah Tabligh,mereka akan meraikan satu sama lain kerana di dalam Jemaah Tabligh sendiri antara aspek yang di berikan penekanan penting ialah sifat Ikramul Muslimin dan setiap aktivis di tekan sifat mengutamakan saudara mereka dari diri mereka sendiri sangat di titip beratkan di dalam jemaah ini.47 Sebenarkan,jika kita teliti kajian yang dibuat oleh Majlis Ugama Islam Indonesia ini adalah bertentangan dengan kajian juga yang di buat oleh mereka ini.Satu kaijan dan analisis yang positif dan tidak pula mereka menyesatkan Jemaah Tabligh. Sila buka link di bawah ini yang di paparkan di laman web rasmi majlis itu. http://www.nu.or.id/a,public-m,dinamic-s,detail-ids,4-id,32537-lang,id-c,kolomt,Jamaah+Tabligh-.phpx Juga catitan seorang tokoh Nadhatul Ulama yang berpandangan positif terhadap kegiatan Jemaah Tabligh iaitu Kyai Tengku Zulkarnaen adalah merupakan salah satu Kyai berfahaman ASWJ yang terkenal di Indonesia.Catitan turut di paparkan di laman web rasmi majlis itu.Sila buka link di bawah ini. http://www.nu.or.id/a,public-m,dinamic-s,detail-ids,5-id,7484-lang,id-c,halaqoht,KH+Tengku+Zulkarnaen+++Umat+Kehilangan++Rasa++Dakwahnya-.phpx Hal ini di buktikan lagi dengan fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.Boleh di buka di link di bawah ini. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/laporan-kajian-mengenai-kumpulan-jemaahtabligh-0 Juga pandangan daripada Mufti Ebrahim Desai,Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa. FATWA DEPT, Jawapan No. 2611).

47

Maulana Abu Hasan Ali An-Nadwi pra kata di dalam Kitab Muntakhab Al Hadis.

Dan pandangan daripada Mufti Mahmud Hassan Gangohi,Mufti Besar Darul Ulum Deoband, dikeluarkan pada 24 Muharram 1388 (dipetik dari Fataawaa Mahmudiyyah (Jilid 12 m/s 235250). Untuk mengetahui pandangan-pandangan seterusnya,kami mencadangkan supaya membaca buku Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh" yang ditulis oleh Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy,Guru Besar di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah AlMunawarrah. Kesimpulannya,Jemaah Tabligh merupakan satu gerakan dakwah,namun ianya agak mustahil akan terjadinya kesatuan dalam satu satu mazhab fiqh.Justuru itu,salah satu amalan yang diamalkan mesti ada sandaran dan asal dalam syariat,dan setahu kami tidak ada amalan bidaah yang zahir yang diamalkan atas nama Jemaah Tabligh,dan jika adapun,ianya adalah bersifat individu dan jumlahnya sedikit dan inshaAllah kita semua sama-sama berusaha untuk membaikinya,dan jika ada amalan-amalan yang bertentangan dengan amalan mana aliran di dalam masalah fiqh,maka ia bukanlah dasar dari jemaah,bahkan ia dibahaskan dan diperincikan atas dasar mereka ulamak hadis dari India/Pakistan bukannya atas sifat mereka adalah masyaikh Jemaah Tabligh.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini,maka bolehlah melihat kitab Maslak Ulamak' Deoband jadi PENULIS BLOG INI kena tahu membezakan antara pandangan dan fatwa yang sifatnya adalah manhaj/aliran pengajian dan pandangan dan fatwa atas nama jemaah. Di sediakan oleh Fuad Akmal Bin Mohamad Zahir dan Ustaz Ahmad Kamal Bin Mohd Taib. Panel Rujukan Ustaz Ahmad Kamal Bin Mohd Taib,Ustaz Nasai Hanafi dan Ustaz Abu Zulfiqar.

Anda mungkin juga menyukai