Anda di halaman 1dari 4

Mengapa Mesti Banyak Perbezaan

Benarkah apa yang anda huraikan di atas cara-cara sebenar Nabi solat? sebab saya terfikir kenapa
mazhab selain syafi`ie seperti maliki bersolat lurus tangan tidak memeluk tubuh? Apakah mereka
takikut cara Nabi bersolat?

Jika anda menjawab bahawa ia merupakan perbalahan atau perselisihan ulama, maka jawapan ini
sangat tidak boleh diterima kerana Nabi hanya satu, Quran satu…maka caranya mesti satu. Takkanlah
hari ini nabi solat lurus tangan besok peluk pulak…kan Nabi contoh umat Islam. Pastu saya nak tanya,
kenapa banyak sangat mazhab kat dunia ni? ulama pun tak boleh bersatu? kenapa pulak malaysia
menghadkan mazhab syaf`ie sahaja? apakah mazhab lain tak betul?

Pening saya dibuatnya, semua orang (mazhab) mereka berada dalam kebenaran. Tapi semuanya rujuk
pada hadits Nabi…kan hadits nabi mengajarkan hanya satu perbuatan dan perkara sahaja? jadi camna
boleh berbalah lagi?

betul ke cara nabi bersolat macam yang tuan bentangkan ni….setahu saya ini cara mazhab syafi`ie
bukan nabi. kenapa pulak mazhab maliki lurus tangan pulak…diorangpun ada hadits jugak…takkan nabi
buat cara lain2 setiap hari…

Jawap…jawab..

berapa lama saya nak tunggu jawapan ni tuan…dah lama sangat ni…pening kepala saya ni…

Saya macam takleh terimalah nabi boleh terlupa sampai kena sujud sahwi…takkanlah nabi yang
maksum yang sentiasa dijaga Allah boleh terlupa. Bukankah kalau nabi nak mengajar manusia untuk
membetulkan solat kalau terlupa cukup dengan menerangkannya dengan sabdaan baginda? takkan
samapi nak tunjuk buat salah pastu betulkan dengan alasan ajar manusia…takleh terimalah akal.

Tuan ni berfahaman wahabi ke sampai guna tasbih pun takleh?

***************************
Bismillah
Assalamualaikum
al-Jawab:

1. Istilah Sifat Solat Nabi S.A.W


Istilah tsb bermaksud, cara Nabi solat yang paling tepat menurut kajian dari hadith-hadith atau sunnah
baginda. Oleh kerana hadith ini bersimpang siur riwayatnya, maka ketepatan cara solat itu pelbagai
bukan satu cara sahaja. Kepelbagaian itu bukanlah dalam masalah pokok solat, tapi dalam perkara2
rantingan sahaja yang dima'afkan dan ia tidak mencacatkan maksud sifat solat Nabi saw.

1.1 Apakah cara solat Nabi itu mesti satu cara sahaja?

Jawab: Memang satu cara sahaja dalam gerakan2 utama solat, tapi pada gerakan (yang bukan dasar
solat) dan bacaan serta zikir terdapat variasi.

CTH: bersedekap ketika berdiri. Majoriti ulama' kata kena meletakkan tangan di bahagian dada atau
perut ketika qiam (bersedekap) kecuali sebahagian dari penganut madzhab Maliki. Ini kerana Imam
Malik pernah berbuat demikian ketika beliau cedera kerana jatuh kuda, maka beliau meluruskan
tangannya. Maka perbuatan Imam Malik itu telah tersibar dan mereka menganggap ia merupakan cara
solat Nabi. Tapi sebenarnya ia cuma salah faham sahaja.

1.2 Kenapa banyak sangat cara solat Nabi sedangkan rujukan umat Islam cuma satu: AQ dan as-Sunnah?

Jawab: AQ memamg satu, tapi cara mentafsirnya pelbagai. Sunnah juga satu, tapi perawi-perawinya
ramai dan mereka melihat dan menghafal apa yg sampai kepada mereka. Cuba kita lihat tragedi tanah
runtuh di Bkt Antarabangsa, dan lihat pelbagai lapuran akhbar mengenai peristiwa itu, maka kita akan
dapati pelbagai jenis maklumat. Maka begitulah lapuran mengenai sifat solat Nabi, ia akan dilaporkan
oleh perawi dengan pelbagai variasi mengikut apa yg beliau ingat dan lihat

1.3 Kenapa banyak sangat madzhab di dunia?

Madzhab muncul kerana Islam membebaskan akal manusia. Inilah satu2nya agama yang membebaskan
akal. Madzhab muncul kerana kebebasan berhujah dan berdalil. Maka para Imam dan mujtahid memiliki
akal dan ilmu, maka mereka memiliki pandangan tersendiri dalam banyak isu dan setiap Imam ada
pengikutnya, maka secara otomatik muncullah madzhab. Madzhab merupakan madrasah dan akhirnya
menjadi aliran pemikiran dan aliran fiqh. Islam tidak melarang madzhab, tapi melarang taksub
madzhab....

Madzhab itu menjadi masalah jika berlaku fanatisma atau taksub atau pengikut yg mengikutnya secara
butatuli.

Kita di zaman moden, kena melihat madzhab sebagai bintang2 di langit yang menjadi obor dan panduan
dalam memecah masalah2 yg kompleks. Madzhab adalah turath atau khazanah dan gedung ilmu,
sebuah wikipedia, sebuah search engine Islam, lautan ilmu pengetahuan. Jangan kita musuhi madzhab,
bahkan gunalah ia sebagai panduan bila kita buntu dalam memecahkan permasalahan agama. TBC

1.4 Kenapa ulama' tak boleh bersatu?

Jika madzhab itu cuma madzhab fiqih, sebenarnya tidak ada perpecahan kerana madzhab fiqih cuma
perpecahan dalam rantingan agama sahaja. Perpecahan berlaku dalam madzhab akidah spt sunni vs
syi'ah. Masalah kesatuan umat Islam bukan saja isu madzhab tapi isu sejagat umat Islam yang kita kena
tanggung bersama. Nabi pernah bersabda, ummat baginda akan berpecah kepada 73 puak." (hadith
sahih) Perpecahan ummat ada banyak faktur, bukan fiqih...tapi masalah ideologi atau aliran pemikiran
dan akidah...kenapa terjadi demikian? Banyak fakturnya...masalah dalaman umat dan luaran (zionis
dan syaitan) Masalah dalaman, umat telah meninggalkan AQ dan as-Sunnah masalah luaran ialah
penjajahan kaum Barat dan perang salib) yang menakluk dan meranapkan empayar khilafah kita...

1.5 Kenapa Malaysia menetapkan hanya madzhab syafi'iy sahaja?

Ia adalah faktur sejarah. Madzhab hidup kerana ada penajaan, promosi dan penjagaan oleh
pengikutnya. Madzhab fiqih ni banyak, tapi penajaan dan promosi hanya pada madzhab yg empat:
maliki, syafi'iy, hanafi dan hanbali. Lama kelamaan, madzhab akhirnya mendapat campurtangan
Pemerintah, bila pemerintah juga meminati salah satu madzhab, maka baginda akan mengisytiharkan
madzhab resmi sesebuah negara mengikut madzhab tertentu, maka itulah timbulnya sesebuah negara
Islam mengikuti madzhab tertentu.

Zaman sekarang, walaupun sesebuah negara OIC menjadikan madzhab tertentu sebagai madzhab resmi,
tapi pada hakikatnya, madzhab lain juga digunapakai...Ini menolak dakwaan anda, jika sesebuah
negara ikut madzhab tertentu, maka apakah madzhab lain tak betul. Jawabnya: Tidak, cuma sesebuah
negara hanya suka kepada madzhab tertentu berdasarkan kebanyakan ulamak dalam negara tersebut
banyak mendapat pendedahan dalam madzhab tsb sahaja, maka mereka sudah tentu lebih suka
menggunapakai madzhab yg mereka dah biasa.

Untuk kajia lanjut tentang madzhab fiqih, kami syorkan anda membaca e-book atau membeli buku
beliau berjodol: Pedoman2 Bermadzhab dalam Islam oleh Kapten Hafizfirdaus keluaran Jahabersa atau
melawati laman web beliau (lihat link beliau di web AFN TBC

Quote::
aya macam takleh terimalah nabi boleh terlupa sampai kena sujud sahwi…takkanlah nabi yang maksum
yang sentiasa dijaga Allah boleh terlupa.
Isu kedua: Nabi yg maksum mana boleh terlupa?

Tidak benar sama sekali bahawa sifat maksum itu bermaksud Nabi akan selamat dari sifat lupa. Sifat
lupa ada pada Nabi S.A.W dan umatnya dan kelupaan itu ada syari'atnya atau hukum-hakamnya yg
tersendiri, antaranya jika lupa dalam solat, maka dikenakan hukum sujud sahwi sebagai pelengkap
kepada kesempurnaan syari'at Muhammad (Ibn Qayyim, al-Zaad, 1:186)

Sifat lupa adalah juga sifat seorang Rasul, tapi ia bukan suatu keaiban atau cacat bagi Rasul kerana
disebalik kelupaan, Allah menyempurnakan syari'at Muhammad S.A.W

Jika anda tidak dapat menerima Nabi pun ada terlupa, anda terlupa bahawa Nabi adalah manusia,
cuma jika baginda terlupa, baginda didatangkan hukum untuk menutup kelupaan tersebut...

Quote::
Tuan ni berfahaman wahabi ke sampai guna tasbih pun takleh?

Ini suatu soalan yg berunsur kebodohan dan kepandiran. Ini kerana apa jua usaha pemurnian agama
bukanlah wahabisme tapi usaha mujaddid di sepanjang zaman. Ini kerana Allah beri jaminan bahawa
setiap 100 tahun akan dibangkitkan para mujaddid (pembaharu agama) utk memurnikan ajaran agama
Islam dari tokok tambah. Ia bukan usaha wahabiah sebagaimana yg difahami oleh kaum yg bodoh akan
sejarah.

Berbalik pada isu penggunaan biji2 tasbih ketika berzikir, kesemua ulama' salaf menyatakan berzikir
dan menghitungnya cukup dgn tangan sahaja kerana umat Islam sepatutnya berzikir sesuatu lafaz zikir,
bilangannya tidak melebihi 100 kali, maka tidak perlu menggunakan manik2, biji2 tasbih atau alat
tasbih letronik kerana ia membuka kepada pintu kesesatan yg dibawa oleh tareqat yang berzikir sampai
100,000 kali. Penggunaan biji tasbih juga membuka kepada khurafat, bila material biji tasbih itu
diperbuat dari kayu spt koka dan batu2 tertentu yg dianggap keramat. Ini semua khurafat dan bid'ah.
Maka seruan supaya kembali berzikir menggunakan tangan dan membuang biji tasbih bukanlah seruan
wahabi tapi usaha2 memurnikan agama kita dari diresapi ajaran Hindu yang mana tasbih itu merupakan
ajaran majusi dan Hindu kerana mereka membaca mantera dalam angka2 yg besar bilangannya. sekian

*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

Anda mungkin juga menyukai