Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM PENGUKUHAN PEMBELAJARAN


SISTEM PENGKATALOGAN BUKU PERPUSTAKAAN
SMK LKTP CHEMOMOI

1. PENGENALAN
Pada tahun ini, pihak pentadbir SMK Chemomoi telah memmperkemaskan
sistem pengurusan Pusat Sumber dengan mengagih-agihkan juzuk-juzuk Pusat
Sumber kepada guru yang khusus dibawah penyeliaan Guru Media bagi
memudahkan dan melicikan pengurusan. Perpustakaan adalah salah satu juzuk
dalam Pusat Sumber SMK Chemomoi.
Sebuah perpustakaan yang baik perlulah kondusif dan bahan-bahan di
dalamnya perlulah mudah dicapai.

2. RASIONAL
Keadaan perpustakaan sekolah buat masa ini masih boleh dikatakan
kurang teratur. Hal ini kerana guru dan pengawas perpustakaan kekurangan ilmu
dan pengalaman berkaitan kaedah penyelenggaraan bahan di sini termasuk
buku-buku baru dan majalah. Sehubungan dengan itu, satu program khusus
untuk melatih guru dan pelajar memproses buku-buku dengan bimbingan
fasilitator dari luar amat-amatlah diperlukan.

3. OBJEKTIF
1. Memberi guru dan pengawas perpustakaan kemahiran yang tepat
dalam pengkatalogan buku
2. Memberi pengetahuan kepada guru dan pengawas perpustakaan
kaedah penyusunan buku agar capaiannya menjadi lebih mudah.
3. Menghasilkan keadaan yang lebih kondusif bilamana bahan berada
dalam susunan yang kemas dan teratur
4. Membolehkan data diurus dengan lebih sempurna

4. LOKASI/ TARIKH/MASA
Lokasi : Perpustakaan SMK Chemomoi
Tarikh : 20 Mei 2016
Masa : 8.00 pagi 12.20 tgh hari

4. KEWANGAN
Sumber
Pentadbir
Peruntukan Pusat Sumber
JUMLAH

50.00
70.00
120.00

Kos
Makanan (6x 10.00)
Hadiah
Bahan
JUMLAH

60.00
50.00
10.00
120.00

5. PENUTUP
Besarlah harapan kami agar program ini berjalan lancar dan menjadi titik
tolak kepada pengurusan, penyusunan serta capaian bahan yang strategik dan
berkesan.

Disediakan oleh;

(NOORASELIZA BINTI YUSUF)


GURU PERPUSTAKAAN
SMK LKTP CHEMOMOI

Disahkan oleh:

..
(EN. MAH HUSSAIN BIN AWANG LAH)
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK LKTP CHEMOMOI

Anda mungkin juga menyukai