Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1) Ekspresi

-seni visual boleh menjadi medium yang membantu individu mengekpresi tanggapannya
terhadap sesuatu.
-lukisan yang dilakukan oleh setiap individu adalah tanggapan individu tersebut terhadap
sesuatu berdasarkan pengalamannya.
-sebagai contoh, kanak-kanak menggambarkan perasaannya melalui lukisan yang seterusnya
membantu dalam perkembangan emosi dan psikologi mereka

2) Kemahiran
-kemahiran merupakan antara elemen seni visual yang sangat penting
-misalnya kemahiran seperti menvisualisasi ruang membentuk individu berimaginasi tinggi
yang mampu menghasilkan sesuatu yang kreatif
-bidang seni kraf tradisional yang memerlukan individu menguasai kemahiran tertentu
seperti kemahiran menenun mampu menjadi mata pencarian.
3) Pengetahuan dan kefahaman.
-pendidikan seni visual penting bagi membantu seseorang individu memahami sesuatu
perkara yang cuba disampaikan menggunakan symbol mahupun ilustrasi.
-pengetahuan tersebut dapat membantu seseorang memahami sesuatu keadaan dengan
lebih baik.
-misalnya, sekiranya pergi ke negara yang tidak menggunakan bahasa pengantara yang
sama, pengetahuan berkenaan symbol atau ilustrasi akan membantu individu tersebut
beradaptasi dengan lebih baik.

4) Menajamkan kepekaan pengamatan


-seni juga dilihat sebagai salah satu cara bagi membantu menambahkan kepekaan
pengamatan
-ini kerana, melalui seni, seseorang individu bukan sahaja perlu memerhati jenis medium
yang digunakan dalam penghasilan seni tersebut malah individu tersebut juga perlu cuba
memahami, mentafsir dan menilai intisari hasil seni tersebut bagi memperolehi mesej yang
cuba disampaikan.
5) Kreativiti
-pemupukan kreativiti dalam pendidikan seni visual membantu dalam percambahan idea
yang lebih baik.
-hal ini dapat dilihat apabila seseorang individu mampu mngekspresikan suatu yang
dilihatnya dalam bentuk yang lain daripada yang asal.
-Ia boleh dilakukan dengan penggunaan teknik atau gaya yang berbeza dengan
memanipulasikan idea tersebut dengan pelbagai cara

6) Pertimbangan dan kesedaran estetik


-pendidikan seni membantu individu menyedari dan menghargai keindahan objek ataupun
alam sekeliling

Anda mungkin juga menyukai