Anda di halaman 1dari 4

APRESIASI KARYA

KARYA TEMPATAN

Karya: Hoessein Enas (1924-1995) Tajuk: Gadis Melayu Media: Cat Minyak (55cm x 45cm)

Karya diatas merupakan karya yang telah dihasilkan oleh Mohd Hossein Enas. Beliau menggunakan media cat minyak dan menggunakan tema figuratif sebagai tema utama iaitu figura seorang perempuan. Karya ini merakamkan gambar seorang gadis yang mempunyai raut wajah gadis melayu yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, berantinganting, memandang ke arah satu tempat dan memakai baju kemeja. Rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi makna seorang gadis melayu yang asli. Baju kemeja pula membawa makna kemodenan. Karya potret ini secara keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu dizaman itu.

Hossein Enas bijak menggunakan teknik sapuan berus dengan baik dan Berjaya menimbulkan pandangan fokus kepada wajah gadis tersebut. Riak wajah gadis tersebut juga menimbulkn pelbagai takrifan dan dapat dijadikan bahan dokumentasi visual dan rujukan dalam banyak perkara seperti potret Monalisa. MENGGAMBAR Pelukis menggunakan garisan yang lembut pada karya Gadis Melayu ini dan menampakkan kelembutan pada rambut, bulu kening, bulu mata an bibir gadis tersebut tetapi pelukis menggunakan garisan tebal pada kolar baju kemeja dan menampakkan elemen bayang-bayang. Pelukis juga mengguna unsur rupa pada telinga gadis tersebut dan menggunakan bentuk pada hidung, mata dan kolar baju gadis tersebut yang telah menampakkan bentuk 3 dimensi pada karya yang dinyatakan ini. Jalinan pada garis halus yang digunakan oleh Hossein Enas menampakkan rambut gadis tersebut tampak lebat dan sihat. Warna yang digunakan juga menunjukkan kematangan pada raut wajah gadis tersebut dan menggambarkan ciri-ciri gadis melayu yang berkulit sawo matang. Campuran warna yang digunakan menimbulkan kesan ruang pada karya tersebut dan menampakkan gadis tersebut berada di hadapan dan dibelakangnya terdapat satu ruang yang boleh ditakrifkan sebagai dinding ataupun pemandangan yang dikaburkan. MENGANALISA Hoessein Enas merupakan pengkarya yang banyak menghasilkan karya figuratif yang bersifat realistik dan bijak menggunakan warna. Warna yang digunakan beliau dalam karya ini menunjukkan kelembutan pada gadis tersebut walaupun gadis tersebut berpakaian kemeja dan moden pada zamannya. Jalinan garisan halus juga menimbulkan pergerakan pada rambut gadis tersebut. Manakala mata yang agak besar dan bibir yang sedikit terbuka menimbulkan mood yang tenang dan selesa. Gabungan elemen-elemen ini menimbulkan perasaan harmoni. Kesan warna Berjaya diolah oleh beliau dengan begitu baik. Beliau juga menggunakan warna sekunder iaitu hijau, oren dan ungu yang dicampur halus dan menampakkan kesan ruang. Walaupun pada karya tersebut, pemberatan ruang kosong adalah disebelah kanan karya, tetapi karya tersebut tidak nampak cacat dan kelihatan kadar banding warna yang digunkan menampakkan keseimbangan dan tidak bosan kerana terdapat ciri kemodenan

pada karya tersebut. Penggunaan ton warna yang bersesuaian dapat menghasilkan kawasan yang terang dan gleap dengan baik sekali dan begitu neutral dan semula jadi. Stail yang digunakan oleh pengkarya ini bersifat realistik iaitu karya yang menggambarkan sepertimana objek atau situasi asal melibatkan imitasi, peniruan daripada bentuk asal. Beliau juga menggunakan bahan cat minyak iaitu bersifat legap dan dan menggunakan teknik sapuan berus yang pelbagai yang menjadikan karya tersebut kelihatan hidup dan menarik. Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan warna yangdihasilkan. Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan santai. Dari segi penegasan, peukis membuat enegasan dari segi warna iaitu di mana terdapat warna yang agak terang dan ada bahagian tertentu pelukis menggunakan warna yangagak gelap untuk menimbulkan satu suasana kontra dan menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik. Dalam karya ini, Hossein memberi makna ekspresif iaitu beliau telah melahirkan rasa bangga dan kagum beliau terhadap identiti gadis-gadis melayu dengan dengan fesyennya pada masa itu dengan mengabadikannya di dalam potret agar boleh dilihat dan terus kekal selagi hasil karyanya ini masih ada. TAFSIRAN Dalam karya yang telah dihasilkan oleh Hossein Enas ini, apat dilihat warna baju gadis tersebut melambangkan kesederhanaan tetapi masih mengikut fesyen pada zaman tersebut. Warna tersebut juga dapat mencerminkan perbezaan zaman dahulu dan sekarang di mana pada zaman sekarang warna baju yang menjadi kegemaran adalah warna yang lebih terang. Dalam potret ini juga, dapat dilihat bahawa gadis tersebut memakai anting-anting. Ini menunujukkan bahawa gadis tersebut dari keluarga yang berada tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan dan kesopanan kerana pakaian tersebut tidak mencolok mata. PENILAIAN Jika dilihat dengan teliti, karya Hossein Enas ini dilihat teknik yang digunakan begitu teliti sehinggakan perasaan gadis tersebut dapat dirasai olehorang lain. Teknik yang digunakan iaitu teknik sapuan lembut menghasilkan struktur warna yang sangat berkesan dan menampakkan keaslian gadis melayu terutama pada bahagian wajahnya. Gambar potret seorang gadis yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting memandang ke satu tempat dengan pandangan mata yang galak dan

memakai baju kemeja bukannya sekadar potret kosong tetapi memberi makna yang mendalam. Karya potret ini secara keseluruhannya dapat dinilai membawa makna seorang gadis Melayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Pemakaian kemeja juga merupakan fesyen gadis Melayu paa zaman tersebut. Disini beliau cuba menimbulkan identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang digambarkan secara natural. Setiap garisan-garisan yang ada pada karya juga disampaikan dengan baik bagi menimbulkan unsur pergerakan terutama pada wajah gadis tersebut walaupun figuratif tersebut hanya menampakkan separuh badannya tetapi tidak menampakkan ketidakkakuan dalam potret tersebut.