Anda di halaman 1dari 1

Berfikiran positif dan kreatif

Berfikiran positif boleh didefinisikan sebagai suatu cara berfikir atau mempunyai cara berfikir yang pasti, tegas
dan tetap. Dalam erti kata lain, seseorang yang berfikiran positif ialah individu yang mempunyai pendirian yang
tetap atau konsisten tentang suatu perkara serta tidak mudah goyah.

Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang
baru dan mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil adea yang
diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada.

5 Kelebihan Bersikap Positif & kreatif

1/ Mengatasi tekanan (stress)


Berfikiran positif akan membantu anda untuk mengatasi tekanan (stress) dan mengabaikan pemikiran negatif
dengan menggantikan fikiran pesimis kepada optimis.
Sekiranya anda boleh atasi tekanan, hidup anda lebih ceria dan bermakna.
2/ Menjadi lebih sihat
Kesihatan tubuh badan tidak dapat di beli dengan wang ringgit. Fikiran kita secara langsung mempengaruhi
tubuh badan dan bagaimana ianya berfungsi.
Anda tidak akan mengalami gangguan ketika tidur dan tidak akan merasakan ketegangan otot, dan kelelahan.
Orang-orang yang berfikiran negatif lebih mudah tertekan.
3/ Boleh mengambil keputusan yang betul
Berfikiran positif dapat mencegah anda daripada memilih keputusan yang salah atau melakukan perbuatan
yang bertentangan yang merugikan anda.
Dengan berfikiran positif, setiap keputusan yang anda ambil akan lebih tepat kerana anda dalam keadaan
waras. Selain itu, anda tidak mudah terpengaruh dengan dengan keputusan orang lain kerana anda tahu apa
pilihan dan kesukaan anda.
4/ Memiliki banyak kawan
Orang yang berfikiran positif biasanya ada ramai kawan. Kerana, mereka mudah didekati dan memahami
rakannya yang lain.
Selain itu, mereka mudah untuk menarik perhatian orang sekeliling kerana apa yang mereka cakap, buat, rasa
dan fikir adalah benda yang positif.
5/ Hidup lebih bahagia
Percaya kepada diri sendiri bermaksud anda bahagia menjadi diri anda sendiri dan tidak mencuba untuk
menjadi orang lain. Jika anda memiliki semangat berfikiran positif, hidup anda selalu bahagia.

Untuk melatih diri agar selalu berfikiran positif dan kreatif amatlah mudah. Kerana sesungguhnya sang
motivator terbaik itu ada di dalam diri kita sendiri.

Ibarat sebuah pisau, kalau diasah dan digunakan, akan semakin tajam. Sebaliknya jika terbiar tanpa digunakan,
tidak akan bertambah tajam, bahkan suatu waktu akan berkarat. Begitu juga dengan fikiran kita, bila tidak
dilatih dan diasah, akan jadi tumpul dan tidak berdaya guna.

Kesimpulannya, sentiasalah berfikiran positif dan kreatif untuk kehidupan yang lebih bermakna.

ANDAI hendak melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pada anak mudanya pada hari ini. Demikianlah
mutiara kata Syeikh Dr. Yusof al Qhardawi yang menunjukkan bahawa generasi muda atau remaja pada hari ini
mencerminkan kelangsungan kepimpinan sesebuah negara pada masa akan datang.

Kumpulan 2
1. Syed
2. Farina
3. Saniah
4. Ustz Mastura
5. Ustz Sabanon

Anda mungkin juga menyukai