Anda di halaman 1dari 3

Zailah

Secara keseluruhannya, saya berpendapat strategi penambahbaikan PdP KBAT yang digunakan oleh saya
boleh membantu saya untuk menjadikan PdP KBAT lebih efektif dan dinamik. Semua kaedah yang
dicadangkan tidak perlu pengetahuan lanjut dalam pedagogi pengajaran. Namun begitu, ianya
memerlukan guru ada semangat untuk melaksanakan aktiviti kelas berorientasi KBAT dan percaya
kepada nilai dan kepentingan KBAT demi masa depan murid mereka.

nazahata

Secara keseluruhannya, saya berpendapat strategi penambahbaikan PdP KBAT yang digunakan oleh saya
boleh membantu saya untuk menjadikan PdP KBAT lebih efektif dan dinamik. Saya selalu memberi
peluang kepada murid untuk berfikir mengenai jawapan dan ada murid yang semangat untuk
melaksanakan aktiviti kelas berorientasi KBAT dan percaya kepada diri sendiri dan kepentingan KBAT
demi masa depan murid.

Maryam

Secara keseluruhannya, saya berpendapat strategi penambahbaikan PdP KBAT yang digunakan oleh saya
boleh membantu saya untuk menjadikan PdP KBAT lebih efektif dan dinamik. Saya selalu
memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL). Namun
demikian, saya percaya sekiranya penambahbaikan dari segi alat berfikir KBAT sekiranya digunakan lebih
banyak dapat membantu murid dari segi penglibatan kerja buat secara aktif dan menjadikan PdP lebih
menyeronokkan.

Zailah

Saya akan perbanyakkan aktiviti interaktif dan inovatif, gamifikasi dan pelbagai model pembelajaran
yang dicadangkan supaya halangan kekurangan motivasi dan minat belajar dalam kalangan murid juga
akan diselesaikan. Saya juga tidak perlu bimbang tentang keperluan untuk menggunakan alat teknologi
pendidikan yang terlebih maju untuk amalan KBAT dalam PdP. Adanya akses internet sudah cukup.
Semua alat yang dikongsi termasuk kuiz interaktif, Short Answer, Image Upload, Video Record dan Audio
Record memerlukan Internet. Alat gamifikasi dan anotasi boleh digunakan dalam kelas bersemuka untuk
melaksanakan pelbagai aktiviti dan kegiatan walaupun murid tidak ada akses kepada Internet atau
peranti. Dengan ini, PdP KBAT menjadi senang dan mudah untuk dilaksanakan oleh setiap pendidik di
Malaysia.

Nazahata

Saya akan perbanyakkan aktiviti interaktif dan inovatif, gamifikasi dan pelbagai model pembelajaran
yang dicadangkan supaya halangan kekurangan motivasi dan minat belajar dalam kalangan murid juga
akan diselesaikan. Saya juga akan perbanyakkan aktiviti pemikiran aras tinggi yang teradapat dalam
Buku Teks. Dengan ini, PdP KBAT menjadi senang dan mudah untuk dilaksanakan oleh setiap pendidik di
Malaysia.
Maryam

Saya akan perbanyakkan aktiviti seperti kaedah projek serta memperbanyakkan lagi aktiviti
pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL) dalam PdP KBAT saya. Pembelajaran
berasaskan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka panjang adalah menjadi
keutamaan saya dalam memperkasakan lagi PdP KBAT saya pada masa akan datang.

Zailah

Guru kreatif dan inovatif dalam mengajar murid dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian
dengan persekitaran. Seterusnya guru juga ada berfikir di luar kotak serta merentas pemikiran dan
pengajaran dengan tidak menggunakan buku teks dan lembaran kerja semata-mata. Guru juga mampu
merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan jayanya dan menyentuh
hati murid. Bukan itu sahaja, guru juga menerapkan nilai murni semasa menjalankan PdP bagi
melahirkan individu yang sihat dan cemerlang daripada aspek rohani. Untuk tujuan tersebut, guru
memanfaatkan penggunaan komputer dan aplikasi yang berkaitan sebagai satu daripada kaedah yang
sesuai dan menarik untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid. Antaranya, guru memanfaatkan
perisian seperti power point untuk mencipta permainan bahasa dengan tajuk pembelajaran, sekali gus
dapat membuka peluang sangat bermanfaat dalam membimbing murid ke arah KBAT pada peringkat
awal dan seterusnya dapat membangunkan KBAT dalam kalangan murid untuk jangka panjang.

Nazahata

Secara keseluruhannya, guru ini sentiasa mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang
diajar. Seterusnya guru juga ada mengarah murid ke arah membentuk konsep pemahaman yang
tersendiri dan bentuk soalan selalu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid. Namun demikian, guru
ini berpotensi menjadi lebih baik dalam PdP KBAT sekiranya guru ini dapat memperbanyakkan aktiviti
pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL).

Maryam

Secara keseluruhannya, guru ini sentiasa mendorong murid melakukan aktiviti yang boleh merangsang
pemikiran aras tinggi. Guru ini mempraktikkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-
based learning (PBL) serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu dengan baik dan berkesan
seterusnya dapat membentuk murid yang mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi,
KBAT.

Zailah

Secara keseluruhannya, guru ini berjaya mengalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
juga kritis. Kaedah PdP KBAT digunakan bersesuaian dengan persekitaran kelas dimana guru ini kerap
memiilih teknik penyoalan dalam PdP sekaligus dapat melahirkan interaksi antara guru dan murid secara
berkesan. Guru ini banyak mempelbagaikan aktiviti penyelesaian masalah kepada murid dan ada juga
digunakan alat berfikir KBAT seperti peta i-Think dalam PdP nya seterusnya membantu murid berfikir.
Nazahata

Secara keseluruhannya, guru ini berjaya mengalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
juga kritis. Kaedah PdP KBAT digunakan bersesuaian dengan persekitaran kelas dimana guru ini kerap
memiilih teknik penyoalan dalam PdP sekaligus dapat melahirkan interaksi antara guru dan murid secara
berkesan. Guru ini banyak mempelbagaikan aktiviti penyelesaian masalah kepada murid dan ada juga
digunakan alat berfikir KBAT seperti soalan dan penyoalan dan peta minda dalam PdP nya seterusnya
membantu murid berfikir.

Maryam

Secara keseluruhannya, guru ini berjaya mengalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
juga kritis. Kaedah PdP KBAT digunakan bersesuaian dengan persekitaran kelas dimana guru ini kerap
memiilih teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Guru ini banyak mempelbagaikan aktiviti penyelesaian
masalah kepada murid dan ada juga menggunakan alat berfikir KBAT seperti pengurusan grafik dalam
PdP nya seterusnya membantu murid berfikir secara KBAT. Teknik penyoalan oleh guru ini
membolehkan murid menjawab dengan baik yang mana aras soalan tidak terlalu senang dan tidak
terlalu sukar bagi murid.

Anda mungkin juga menyukai