Anda di halaman 1dari 4

L

LAPORAN JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS MAJLIS MAKAN MALAM 1 MALAYSIA

Pada 11 Oktober 2017 yang lalu, Pelajar-pelajar kursus Pengurusan Acara Semester 5 yang

terdiri daripada pelbagai opsyen dengan telah mengadakan satu program Makan Malam 1

Malaysia. Jamuan makan malam ini diadakan dengan tujuan untuk memenuhi kehendak soalan

kerja kursus iaitu amali pengaturcaraan majlis bagi kursus Pengurusan Acara, kod kursus PACK

3013 di samping menghubungkan dan mengeratkan silaturahim antara para pelajar dan

pensyarah-pensyarah. Majlis makan malam tersebut bertempat di Balai Kerapatan, IPGKRM.

Majlis bermula tepat pada jam 8.30 malam setelah tetamu majlis serta tetamu kehormat hadir.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia, Tuan Haji Baharom Bin Mohd

Noor, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM). Alhamdulillah majlis

ini dapat berlangsung dengan lancar dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Jabatan,

Jabatan Pengajian Melayu IPGKRM, Encik Azmi Bin Ayob. Sambil menikmati juadah yang

tersedia, para tetamu dapat menyaksikan pelbagai persembahan menarik yang dilakukan oleh

para pelajar kursus PACK 3013 seperti tarian, nyanyian dan sketsa pendek. Alhamdullilah,

sesungguhnya dengan tamatnya majlis makan malam tersebut, tujuan dan objektif yang

dihasratkan dapat dicapai. Saya dan rakan saya, Sivajothy telah memegang jawatan sebagai

pengacara majlis. Berikut adalah laporan sebagai pengacara majlis.

SEBELUM

Sebelum memulakan mana-mana aturcara majlis, adalah menjadi kewajipan kepada seorang

pengacara majlis untuk memastikan perjalanan majlis selari dengan yang telah dirancang dan

tertulis pada buku program. Tetamu kehormat perlu disapa dengan betul sepanjang majlis. Selain

itu, saya juga telah memberi sedikit taklimat berkaitan majlis yang akan diadakan untuk tujuan

kelancaran kepada semua yang terlibat untuk majlis perasmian pembukaan dan penutupan,
khususnya untuk perarakan masuk dan keluar dewan, bahagian audio, protokol, hadiah dan

cenderahati.

SEMASA

Saya telah menggunakan skrip yang telah ditulis bersama rakan pengacara saya iaitu saudari

Sivajothy sepanjang majlis ini dijalankan, selaras dengan aturcara yang sepatutnya berjalan.

Setinggi-tinggi syukur kepada Yang Esa, kerana sepanjang majlis ini berjalan, tidak berlaku

sebarang kesilapan oleh pengacara majlis yang boleh mencemarkan aturcara. Sedikit masalah

berlaku apabila sistem audio mengalami kerosakan teknikal semasa majlis penutupan serta

sedikit masa yang dicuri ketika persembahan kerana masalah teknikal. Pada masa yang akan

datang, adalah menjadi keperluan untuk bahagian teknikal untuk menyediakan back-up untuk

mengatasi masalah-masalah sebegini.

SELEPAS

Tugas pengacaraan selesai selepas majlis tamat.

Disediakan oleh,

.........................................................
(MUHAMMAD DANIAL BIN ROSLI)
Pengacara Majlis Makan Malam 1 Malaysia
PISMP Muzik Ambilan Jun 2015
REFLEKSI KENDIRI

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dankurnianya saya telah
berjaya menyiapkan kerja kursus Pengurusan Acara PACK 3013 bagi semester 5 ini. Ribuan
terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan Hajah Amanah
Binti Mohd Noor kerana telah banyak membantu dan memberi banyak pengetahuan baru dalam
melaksanakan kerja kursus ini. Kerja Kursus pada kali ini telah banyak membere saya
pengetahuan baru dalam menguruskan acara dan majlis yang berpprotokol. Hal ini kerana saya
rakan-rakan dikehendaki untuk menguruskan sebuah majlis makan malam sebagai projek amali
kami yang memenuhi kehendak kerja kursus PACK 3013

Sepanjang amali ini, apa yang saya dapat perhatikan ialah, kekuatan pada nilai kerjasama.
Semangat kerjasama yang ditunjukkan dengan rakan-rakan. Masing-masing membantu dalam
memastikan program majlis makan malam ini berjalan dengan lancar. Misalnya, semasa
menyediakan teks pengacaraan majlis perhimpunan, saya dan rakan saya, saudari Sivajothy
meminta bantuan daripada rakan-rakan yang lebih arif dalam menyediakan teks ucapan kerana
kami tiada pengalaman dalam menjadi pengacara majlis. Alhamdulillah, hasil kolaborasi bersama
dengan mereka, maka teks ucapan majlis perhimpunan dapat disiapkan. Seterusnya, saya turut
bertanya dengan pensyarah-pensyarah mengenai butir-butir protokolseperti panggilan yang betul
kepada tetamu kehormat serta cara berucap seperti pengacara majlis. Dengan ilmu yang
diberikan kepada saya, dapat lah saya mengetahui perkara-perkara tersebut dan
mengaplikasikan dalam majlis tersebut.

Kekuatan seterusnya ialah, dari aspek keyakinan diri. Saya bertambah lebih yakin apabila
bercakap berhadapan sebagai seorang pengacara majlis. Sebagai seorang guru, kita perlu yakin
dengan diri apabila berhadapan dengan orang lain. Melalui pengacaraan majlis makan malam
ini, saya dapat memperbaiki kelemahan diri saya dan belajar cara untuk meyakinkan penonton
atau audiens supaya mendengar perkara yang disampaikan oleh kita. Selain itu, saya turut
mempelajari perkara baharu. Sebelum ini, saya tidak pernah mengendalikan majlis makan malam
dan jarang sekali diberikan peluang untuk menjadi pengacara majlis. Melalui projek ini, saya
dapat merasai sendiri bagaimana beratnya tugas menjadi pengacara majlis sesuatu acara. Kita
perlu mengawal suasana majlis, intonasi suara kena baik dan dapat didengari, dan menggunakan
kata sapaan yang betul kepada tetamu yang hadir.
Terdapat juga kelemahan yang dialami semasa mengendalikan majlis ini. Antaranya ialah
menukar teks pengacaraan majlis pada saat akhir. Pada awalnya, semasa perbincangan
bersama pensyarah, kami dimaklumkan yang Timbalan Pengarah IPGKRM, Dr. Nizam Bin Abdul
Latib akan turut hadir, tetapi pada majlis sebenar beliau tidak hadir dan susunan teks perlu ditukar
pada masa tersebut. Seterusnya ialah, pengurusan masa. Masa untuk menguruskan majlis ini
agak singkat kerana saya juga turut sibuk dengan perkara lain. Oleh yang demikian, saya
terpaksa menyiapkan projek ini dengan cepat agar tidak menggangu projek atau tugas yang lain.

Saya perlu membuat penambahbaikan dari aspek pengurusan masa projek. Saya perlu
menyiapkan awal segala aspek yang telah dirancang agar projek tidak dilakukan secara terburu-
buru. Misalnya, sentiasa melihat kepada pelan tindakan awal pelaksanaan projek.
Seterusnya, saya juga perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku. Misalnya,
perubahan pada teks pengacaraan majlis. Saya seharusnya membuat dua teks pengacaraan
agar kejadian yang sama sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai