Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU SEMESTER III CERAMAH FASA III DI DEWAN SRI BUDIMAN

Program Bina Insan Guru Fasa 3 yang dijalankan pada semester 3 PISMP ini adalah berteraskan kepada ceramah. Ini merupakan kali yang ketiga saya

melibatkan diri dalam Program BIG. Program ceramah ini diadakan di Dewan Sri Budiman yang memuatkan semua pelajar semester 3 PISMP pada 23 Februari 2013 bersamaan hari Sabtu. Tajuk ceramah kali ini terbahagi kepada dua iaitu, Pengurusan Majlis dan Etika di Meja Makan. Program bermula pada pukul 1.45 petang di mana setiap pelajar harus mendaftar terlebih dahulu di kaunter pendaftaran yang dijaga oleh beberapa orang pelajar daripada opsyen Pendidikan Khas. Setiap pelajar juga diberi sebatang pen sebagai cenderahati untuk memudahkan membuat nota atau catatan. Setelah mendaftar, pelajar mengambil tempat duduk di dalam dewan. Penceramah yang dijemput adalah Puan Rohana Binti Mohamad dari Nur Beauty Academy.

Setelah semua pelajar mengambil tempat di dalam dewan, program dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi BIG iaitu saudara Sapuan dan diteruskan dengan pengacara majlis iaitu Nancy yang bertanggungjawab

menguruskan majlis. Sebelum itu, suatu cetakan telah diedarkan berkaitan informasi yang akan disampaikan bagi memudahkan pemahaman oleh pelajar. Puan Rohana memulakan ceramah beliau dengan tajuk Etika di Meja Makan. Terdapat dua buah meja yang disediakan bagi aktiviti praktikal. Saya telah mendapat banyak ilmu dari hasil ceramah tajuk yang pertama ini. Puan Rohana telah menerangkan tentang definisi etika dan juga etika ketika menghadiri majlis makan rasmi. Hal ini merangkumi adab di meja makan sebagai contoh, menongkat dagu dan juga menggunakan alat seperti garfu sehingga berbunyi bising adalah perbuatan yang dianggap tidak sopan dan ditegah untuk dilakukan di meja makan. Selain itu, beliau juga ada menerangkan mengenai perbezaan perkakasan dan juga peralatan.

Beliau juga memberitahu mengenai susunan peralatan bagi jamuan makan dengan menu barat. Terdapat jenis garfu, sudu dan juga pisau yang mempunyai kegunaan masing-masing. Beliau juga ada melakukan praktikal di hadapan dewan dengan menjemput beberapa orang pelajar dan melakukan demonstrasi cara memotong makanan menggunakan pisau dan juga sudu. Selain itu, lipatan napkin juga ada di ajar, dan saya merupakan salah seorang antara peserta yang mendapat napkin kerana bilangan napkin yang ada sangat terhad. Saya telah mempelajari cara melipat napkin yang pelbagai serta menarik dan ilmu yang saya dapat akan digunakan pada masa akan datang.

Kemudian setelah selesai membentangkan tajuk itu, Puan Rohana beralih kepada tajuk kedua iaitu Pengurusan Majlis di mana ia merupakan tajuk yang penting untuk dipelajari. Terdapat beberapa jenis majlis antaranya, Majlis Penuh Istiadat, Majlis Rasmi dan Formal, Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal, Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal dan juga Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal. Selain dari itu, beliau juga menerangkan tentang perancangan, persediaan, pelaksanaan dan juga post mortem majlis. Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah perbezaan di antara tentatif dan program kerana selama ini saya menyangka bahawa keduanya adalah sama. Namun begitu, tentatif sebenarnya adalah buku program yang masih boleh berubah-ubah mengikut keadaan sementara atur cara harus diikut seperti yang telah diaturkan. Puan Rohana juga ada memberitahu bahawa sekiranya ingin melakukan majlis rasmi melibatkan pihak atasan seperti Menteri seharusnya dirancang seawal 3 bulan bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Setelah membentangkan kesemua maklumat, Puan Rohana mengakhiri ceramah beliau dengan pesanan agar sabar menjadi seorang guru kerana ianya tidak mudah dan mengucapkan selamat berjaya kepada kami semua. Majlis diteruskan dengan majlis penutup dan penyampaian cenderahati kepada wakil Kolej Komuniti Batu Pahat yang telah bekerjasama dengan IPTHO untuk melaksanakan program ini.

Refleksi

Bersyukur kepada Tuhan kerana Program Bina Insan Guru Fasa

3 yang

memerlukan kami untuk mengikuti ceramah ini berakhir dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa bagi ceramah ini yang bertungkus lumus membuat perancangan dan mencari keputusan yang terbaik dalam merancang ceramah ini.

Input yang didapati daripada ceramah ini juga amat menarik dan berguna sekali terutamanya bagi kami sebagai bakal guru yang akan terlibat dalam majlismajlis formal yang memerlukan kami untuk mengaplikasikan adab di meja makan yang betul. Oleh itu, kami tidak akan melakukan perbuatan-perbuatan yang akan dianggap tidak sopan atau boleh mendatangkan rasa kurang selesa tetamu-tetamu lain ketika makan.

Selain

itu,

kami

juga

dapat

mempelajari

poin-poin

penting

dalam

menguruskan suatu majlis. Pengetahuan ini amat berguna pada masa kelak apabila sudah rasmi untuk menjalankan tugas di sekolah malahan pada masa ini pun sudah boleh diaplikasikan contohnya dalam perhimpunan dan program-program rasmi IPG.

Kesimpulannya, ceramah ini memeberikan kami suatu impak dan input yang positif dan amat berguna sekali. Tidak rugi kami meluangkan masa kami untuk program seperti ini malahan ini merupakan suatu contoh persediaan untuk membentuk jati diri guru dalam diri kami.

Anda mungkin juga menyukai