Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI MURID

Alhamdulillah bersyukur kepada Tuhan kami berjaya menyiapkan tugasan yang


diberikan. Saya telah memilih dua orang murid tahun 4 dari SK Desa Murni untuk
menguji kefahaman mereka terhadap tajuk penolakan masa. Murid yang pertama
bernama Kamal Adli dan yang kedua ialah Asyraf. Mereka menyatakan bahawa mereka
mengalami masalah dalam pengumpulan semula semasa melakukan penolakan masa.
Oleh itu, saya telah menjemput mereka untuk bermain permainan ini di rumah
saya. Setelah selesai bermain, mereka menyatakan bahawa ternyata permainan ini
amat memudahkan mereka dalam penolakan masa. Melalui permainan ini, mereka
telah dapat melihat penolakan masa secara konkrit. Mereka menyatakan rasa amat
gembira dan seronok selepas bermain pemainan ini.
Saya bertanya kepada mereka apa yang mereka dapat hasil daripada permainan
ini. Mereka menyatakan bahawa melalui permainan ini, mereka telah faham
sepenuhnya pengumpulan semula. Apabila suatu minit tidak boleh ditolak dengan minit
yang lebih besar, mereka dikehendaki untuk meminjam 1 jam dari unit jam. Contoh
soalan 5 jam 20 minit 3 jam 30 minit. Kemudian mereka harus menukarkan unit
tersebut kepada minit. Ini bermakna 1 jam bersamaan dengan 60 minit. Barulah mereka
dapat menolak masa tersebut. Melalui permainan ini mereka dikehendaki mengambil
satu biji guli biru dari unit jam dan menukarkan kepada 6 biji guli putih bersamaan
dengan 60 minit. Kemudian setelah melakukan pengasingan, mereka mengira jawapan
dengan menggunakan batu seremban. Ternyata cara ini berkesan dan mereka sendiri
terkejut tanpa melakukan pengiraan mereka telah mendapat jawapan.
Menurut murid, melalui permainan ini telah membuatkan mereka faham dengan
lebih kuat mengenai pengumpulan semula. Apabila sesuatu masa seperti minit tidak
dapat menolak minit yang seterusnya, mereka dikehendaki meminjamnya dari unit jam.
Hal ini yang selalu murid keliru dan tidak dapat menjawab soalan jenis ini. melalui
permainan ini, murid telah menyatakan bahawa peminjaman yang diwakili dengan biji
guli telah menyebabkan mereka sedar dan Nampak cara penolakan masa sebenarnya.

Cara mendapatkan jawapan melalui batu seremban juga telah menarik minat mereka
untuk mendapatkan jawapan. Konklusinya mereka berpuas hati dengan permainan batu
loncatan masa dan telah membantu mereka dalam konsep penolakan masa.

Murid berpuas hati dengan permainan batu loncatan masa

1 biji guli biru bersamaan dengan 6 biji guli putih

Anda mungkin juga menyukai