Anda di halaman 1dari 7

CIRI GURU

BERINTEGRITI

o Integriti - wholeness atau completeness- kesempurnaan


o Nillsen 2004, - keikhlasan dan kejujuran
o Integriti guru - guru perlu melaksanakan amanah dan
kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan
umum.

DEFINISI

ADIL

TELUS

AMANAH

AKAUNTABILITI

ADIL
Perlu melayani kehendak murid secara adil dan saksama.
Bersikap adil berkait rapat dengan sesuatu keputusan yang dibuat.
Setiap keputusan yang hendak dibuat oleh guru memerlukan
pertimbangan yang sewajarnya berlandaskan peraturan-peraturan
dan prinsip-prinsip yang sedia ada. Ini bertujuan bagi mengelakkan
setiap keputusan yang dibuat tidak berat sebelah atau berpihak
kepada satu pihak sahaja. Sebagai contoh semasa proses pengajaran,
guru perlu melayani kehendak murid secara adil dan saksama. Jika
tidak, murid akan memberi tanggapan atau melabelkan guru tersebut
bersikap tidak adil. Ini akan menimbulkan perasaan benci dan sikap
ingin memberontak dikalangan murid terhadap guru tersebut.
Secara tidak langsung, ketidakadilan ini akan menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Sikap benci
dan memberontak murid yang wujud ini akan menyebabkan murid
tersebut tidak memberikan kerjasama kepada gurunya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Apabila situasi ini berlaku, ia juga
boleh mempengaruhi murid-murid yang lain untuk mengikut sikap
murid tersebut.

Guru dipertanggungjawabkan untuk mendidik, mengasuh,


membimbing dan membentuk anak murid menjadi insan yang
berguna.
Persamaannya ialah ia saling berkaitan dengan kepercayaan
yang diberikan kepada seseorang individu untuk melakukan
sesuatu tugas atau perkara yang dipertanggungjawabkan.
Dalam konteks profesionalisma keguruan, seseorang guru harus
mempunyai sikap amanah. Mengapa? Guru telah
dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan negara untuk
mendidik, mengasuh, membimbing dan membentuk anak
muridnya menjadi insan yang berguna, berdaya saing,
berinovasi, sentiasa ingin maju dan sebagainya kepada bangsa
dan negara.

Dalam pengajaran guru di dalam bilik darjah pula, guru


perlu melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan sama
ada oleh pihak kementerian, jabatan, sekolah dan
masyarakat selagi ia berkaitan dengan profesion seorang
guru. Misalnya, jika Guru Besar mengamanahkan guru
tersebut untuk berusaha meningkatkan prestasi muridnya
dalam pelajaran, guru tersebut hendaklah berusaha sedaya
upaya untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah, guru perlu menerapkan nilai amanah dalam diri
murid. Guru perlu menegaskan kepada murid supaya
sentiasa menyiapkan tugas yang diamanhkan dengan jujur
iaitu tidak meniru tugasan atau kerja rumah dengan rakanrakan mereka.

AMANAH

AKAUNTABILITI
guru akan berusaha melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut rancangan yang telah ditetapkan dengan
berkesan. Ini bermakna guru perlu mematuhi dan mengikuti apa yang
telah diarahkan oleh organisasinya selagi ia sesuai dan tidak melanggar
peraturan-peraturan atau undang-undang yang sedia ada. Jika
peraturan-peraturan sedia ada tidak dipatuhi, maka guru tersebut
hendaklah bertanggungjawab terhadap kesalahannya dan tidak
menyalahkan orang yang lain. Contoh situasi yang kadang-kadang
berlaku di sekolah ialah guru terlupa masuk ke kelas untuk sesi
pengajarannya pada waktu yang telah ditetapkan dan memarahi
muridnya kerana tidak memberitahunya bahawa waktu tersebut adalah
masa pengajarannya. Apabila keadaan ini berlaku, ia menunjukkan guru
tersebut tidak mempunyai akauntabiliti yang seharusnya ada pada
seseorang guru.. Jadi, bagaimana guru tersebut hendak memastikan
proses pengajaran dan pembelajarannya berkesan di dalam bilik darjah.

Menyempurnakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan


jujur
Contohya guru yang terlibat dalam pengurusan kewangan
haruslah telus dalam menguruskan segala hal-hal yang berkaitan
dengan kewangan sekolah bagi mengelakkan penyelewengan
berlaku.
Dalam kelas pula, guru perlu telus terutamanya apabila guru
mengutip wang daripada murid untuk membeli buku atau
membayar yuran.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
guru perlu melaksanakan pengajaran yang telah dirancang dengan
telus bagi mewujudkan pembelajaran murid yang berkesan.

TELUS

Anda mungkin juga menyukai