Anda di halaman 1dari 2

Disiplin bermaksud kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang menjadi baik.

Di sekolah, Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada arahan gurunya. Di rumah, Anak yang soleh merupakan anak yang menuruti perintah agama dan mendengar arahan ibu bapanya. Dan di jalan raya pengguna jalan raya yang berhemat adalah pengguna yang akur dengan arahan dan peraturan jalan rayanya. Kajian menunjukkan bahawa individu yang cemerlang ialah individu yang akur dan patuh t dengan arahan. Contohnya, guru menyuruh pelajar mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah tetapi pelajar ini bukan seorang yang patuh pada arahan dan pasti tidak diendahkan kata-kata guru tersebut. Bagaimana ingin cemerlang jika berlaku sedimikan rupa?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin penting bagi seseorang pelajar dan disiplin juga merupakan tulang belakang untuk mencapai kejayaan . Disiplin dalam diri perlu dipraktikkan sepanjang masa.

Di sekolah , setiap pelajar perlu mengikut segala peraturan sekolah untuk menjadi pelajar baik. Sebagai contoh jika kita mengikut peraturan dan arahan tentunya proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan berjalan lancer. Selain tu kita juga dapat mengikut segala pengajaran guru dengan penuh tumpuan dan penelitian serta lebih fokus di dalam kelas. Selain itu pelajar yang berdisiplin juga merupakan pelajar yang sangat menjaga ketrampilan diri mereka. Mereka akan sentiasa berpakaian kemas, bersih. Rambut dipastikan sentiasa rapi. Berpakain mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Bagaimana pula caranya untuk Mendisiplinkan diri ketika di rumah yang pertama kita perlu menyediakan jadual belajar yang munasabah dan cuba untuk mematuhi jadual berkenaan dengan tekun dan gigih serta menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru dalam jangka masa yang diberi . selain itu kita juga boleh menyediakan nota dan mengulang kaji . Jangan mengamalkan sikap membuat kerja di saat saat akhir dan elakkan menangguh sesuatu tugas

Dalam pergaulan juga perlu ada sikap berdisiplin. Mendisiplinkan diri ketika bersama rakan - rakan adalah dengan cara menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Menjaga adab ketika berbicara dengan orang lain terutamanya dengan orang yang lebih tua. membataskan diri agar tidak terlibat dengan gejala negative atau tidak sihat seperti merokok, lepak, ponteng sekolah dan sebagainya. Selain itu kita juga perlu bijak menggunakan akal fikiran dan jauhi rakan-rakan yang boleh bawa pengaruh buruk Bagi memebntuk disiplin dalam diri seseorang itu perlu Mengawal diri dan tingkah laku secara keseluruhan, mengikut segala ajaran agama, patuh dan taat pada nasihat ibu bapa & guru serta belajarlah menghargai diri sendir.i

Penutup: Disiplin membolehkan seseorang pelajar menuju ke arah kecemerlangan dan menjadi seorang insan yang sempurna. Pilihan terletak dalam tangan anda sendiri. sudah terbukti hanya dengan disiplin yang tinggi sesebuah kejayaan akan dapat dicapai. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Anda mungkin juga menyukai