Anda di halaman 1dari 16

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM) KUMPULAN 1 BIL 5/2011

NO. 70 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang anggota perkhidmatan awam telah mula diperkenalkan melalui PKPA bil 2/1993 dan telah mengalami beberapa pindaan sehinggalah terbitnya PKPA bil 2/2002. Terangkan dengan jelas kelayakan dan asas penilaian bagi membolehkan seseorang anggota perkhidmatan awam diberi anugerah tersebut.

Nama No K/P TARIKH

:NURUL IZZA BINTI MD ADNAN :860906-29-6398 : 26 Julai 28 Julai 2011

TEMPAT : Hotel Sri Malaysia Taiping, Perak.

ISI KANDUNGAN
1. 2. 3. Penghargaan Pengenalan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) a) Tujuan b) Kelayakan c) Asas Penilaian APC d) Pemilihan Penerima APC Mengikut Kategori Anggota yang Dipertimbangkan e) Kriteria Pemilihan Penerima APC Peringkat Sekolah f) Kuasa PPSM g) Insentif APC 4. 5. 6. Rumusan Refleksi Bibliografi 11 12 13 14 15 11 5 5 8 10 3 4

PENGHARGAAN
Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya maka dapat saya menyiapkan tugasan individu Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) ini. Dengan tajuk yang diberikan kepada saya iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan tempoh masa yang mencukupi serta sokongan dan bantuan dari orang-orang di sekeliling saya, maka terhasillah satu naskhah tugasan individu ini. Jutaan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana telah memilih saya untuk menyertai Kursus Induksi Sistem Saraan baru ini dan sekali gus membolehkan saya untuk pengesahan dalam jawatan andai saya lulus dalam kursus ini. Namun, kursus ini tetap menjadi jalan kepada saya untuk disahkan dalam jawatan. Tugasan seperti ini juga dapat memantapkan ilmu para guru baru seperti saya berkenaan dengan isu semasa dan juga bidang tugas sebagai pegawai awam. Terima kasih juga untuk Pengetua SMK Penang Free, Tuan Haji Ramli bin Din kerana peluang yang diberikan kepada saya. Saya amat menghargai tunjuk ajar, teguran dan bimbingan yang beliau berikan sejak saya mula bertugas di bawah pimpinan beliau. Ribuan terima kasih juga buat suami tercinta dan keluarga yang memberi dorongan serta semangat sehingga terlaksananya penulisan ini. Sekalung budi dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan khas buat rakan rakan guru yang banyak memberi

bimbingan, tunjuk ajar, dan kerjasama tanpa mengira masa sehingga penulisan ilmiah ini dapat disempurnakan. Segala teguran dan bimbingan yang diberikan amat bererti dan bernilai sekali. Pengenalan Pada hari ini ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk bekerja dengan kerajaan. Tidak kurang juga yang memilih untuk bekerja sendiri atau bekerja dengan syarikat swasta. Berbanding dengan syarikat swasta, bekerja sebagai penjawat awam dengan agensi kerajaan memberi banyak kelebihan terutamanya dari segi kestabilan. Tidak ada risiko dibuang kerja, cuti yang banyak, kemudahan membuat pinjaman dan sebagainya.

Dek kerana keistimewaan-keistimewaan ini, ramai yang menganggap mereka berada di zon selesa apabila menjawat jawatan sebagai penjawat awam. Ada yang mengambil mudah dan bekerja sambil lewa. Dan ramai juga yang menghargai keistimewaan-keistimewaan yang diterima. Maka untuk meningkatkan kesungguhan para penjawat awam, satu anugerah telah diwujudkan untuk menggalakkan persaingan yang sihat dan memberi penghargaan kepada mereka yang bekerja bersungguh-sungguh.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah anugerah yang diberi setiap tahun kepada penjawat awam yang terpilih berdasarkan ciri-ciri pemilihan tertentu. Ia melambangkan penghargaan kepada jasa dan usaha dalam perkhidmatan. Pemilihan dibuat oleh Ketua Jabatan atau Ketua Unit berdasarkan pemerhatian, pemarkahan dan perbincangan dengan orang atasan yang lain. Anugerah ini mula diadakan bermula 1 November 2002 iaitu pada tarikh perlaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Namun

anugerah ini diberikan kepada kedua-dua penjawat awam Sistem Saraan Malaysia dan Sistem Saraan Baru (SSB).

Tujuan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tujuan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini diberikan kepada anggota perkhidmatan awam adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai awam. Selain itu, anugerah ini dapat memupuk semangat persaingan yang positif dalam sesuatu organisasi. Maka dengan ini, semua penjawat awam akan berusaha untuk meningkatkan mutu dan prestasi kerja kerana semua itu akan dinilai. Anugerah ini dapat menjadi penggerak kerja dan pembangkit semangat kepada anggota demi mencapai matlamat sesebuah organisasi.

Kelayakan APC Untuk melayakkan diri bagi menerima anugerah ini, seseorang pegawai perlulah mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang menjadi asas kepada penilaian anugerah ini. Berikut adalah huraian kelayakan APC yang dibuat merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 2002 mengenai Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2002 mengenai Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan ((Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Anggota Perkhidmatan Awam).

1. Telah disahkan dalam jawatan.

Hanya pegawai yang telah disahkan dalam jawatan sahaja yang layak dipertimbangkan untuk menerima anugerah ini. Bagi pegawai yang baru dilantik dan belum disahkan jawatan, secara automatik tidak layak untuk menerima anugerah ini. Sebagai contoh, guru lepasan ijazah yang baru dilantik dengan gred DC41 tidak layak diberi anugerah ini. Hanya setelah menghadiri kursus induksi dan kem BTN serta disahkan dalam jawatan dengan gred DG41 barulah guru tersebut layak dipertimbangkan untuk menerima anugerah ini.

2. Bebas daripada dikenakan sebarang tindakan tatatertib atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Antara kesalahan-kesalahan yang boleh menyebabkan seseorang itu diambil tindakan tatatertib adalah kes sabitan mahkamah syariah seperti tuduhan berkhalwat atau pun ditangkap basah, gangguan seksual sama ada secara perbuatan, lisan dan tulisan serta terlibat dengan kegiatan politik. Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Profesional dilarang bergiat dalam politik atau memakai lambang parti politik. Seorang penjawat awam juga tidak boleh melakukan pekerjaan luar kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan dengan syarat pekerjaan tersebut adalah di luar waktu pejabat, tidak menjejaskan kegunaan pegawai dan tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan. Berpakaian yang tidak bersesuai seperti memakai pakaian menjolok mata adalah merupakan satu kesalahan tatatertib. Penyalahgunaan

dadah adalah satu kesalahan tatatertib yang besar. Namun, penggunaan dadah dibolehkan bagi maksud perubatan bersesuaian dengan Akta Perubatan 1971.

Bagi kesalahan ini, tindakan yang boleh diambil adalah dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan atas kepentingan awam. Satu kesalahan yang dipandang remeh adalah menerima hadiah kerana ia boleh disabitkan dengan kesalahan menerima rasuah. Banyak jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pegawai yang melakukan kesalahan. Antaranya ialah hukuman ringan seperti amaran, kemudian disusuli dengan tindakan-tindakan yang lain seperti denda, lucut hak emolument, tangguh pergerakan gaji, turun gaji. Hukuman berat pula adalah diturunkan pangkat dan akhir sekali adalah dibuang kerja. Pihak Lembaga Tatatertib boleh mengenakan satu atau apa-apa kombinasi dari dua atau lebih hukuman tersebut.

3. Genap setahun perkhidmatan. Kebiasaannya penjawat awam mengambil masa 1 hingga 3 tahun untuk disahkan dalam jawatan. Maka dengan itu, hanya selepas setahun berkhidmat, penjawat awam tersebut layak dinilai untuk anugerah ini. 4. Anggota yang telah dinaikkan pangkat hendaklah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun dengan tahun permulaan pertama yang diambil kira adalah pada tahun berikutnya; iaitu sebagai misalannya seperti berikut :. a. anggota yang mendapat kenaikan pangkat pada 1.1.1998, hanya akan dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001;

b. begitu juga jika tarikh naik pangkat anggota ialah 1.7.1998, anggota juga layak dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001 dan; 5. Anggota yang telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang hendaklah berkhidmat tidak kurang dari selama lima (5) tahun perkhidmatan dengan tahun permulaan pertama diambil kira adalah pada tahun berikutnya, sebagai misalannya seperti berikut:"Anggota yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang pada Disember 1996, akan dipertimbangkan dalam tahun 2002 untuk penganugerahan pada Disember 2002"

6. Anggota yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak termasuklah lantikan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976. Penjawat awam untuk Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia layak untuk menerima anugerah ini.

7. Anggota berkenaan telah memberi sumbangan kepada organisasi, perkhidmatan awam, komuniti, daerah, negeri dan seterusnya negara sehingga ke peringkat antarabangsa.

8. Mempunyai rekod kehadiran yang bersih.

Asas Penilaian APC

1. Mendapat markah 85% ke atas untuk Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Penilaian prestasi dilakukan sebagai tanda aras untuk pembaikan prestasi dan kemajuan kerjaya. Ia sebagai penentuan kedudukan kerjaya, dokumentasi, diperlukan dalam penentuan pergerakan gaji dan ini dapat membantu pegawai dalam tugas harian.

2. Bilangan penerima anugerah APC adalah tidak melebihi 8% daripada jumlah anggota. Sebagai contoh, jika di sebuah sekolah terdapat 126 orang guru, maka hanya 10 orang sahaja yang boleh dipilih untuk menerima anugerah ini. Guru Sandaran Tidak Terlatih dan Guru Sandaran Terlatih tidak boleh diambil kira dalam pengiraan jumlah keseluruhan anggota yang sedang berkhidmat dalam sesebuah organisasi bagi tujuan pemilihan 8% penerima APC kerana pegawai berkenaan tidak dan belum dilantik oleh pihak Berkuasa Melantik.

Selain itu juga, penjawat awam tersebut perlulah mematuhi nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Apabila seseorang itu memahami dan mematuhi nilai dan etika yang dalam perkhidmatan awam, individu itu akan berazam untuk meninggikan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha untuk mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan, bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara, bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh negara serta berpegang teguh kepada ajaran agama. Ini semua

bersesuaian dengan teras perkhidmatan awam. Maka dengan itu dapatlah dinilai taat setia, amanah dan kejujuran, sifat bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, tekun, berdisiplin, bekerjasama, bersih dan sederhana.

Prestasi dan mutu kerja yang dilakukan oleh pegawai itu melebihi daripada keperluan tugasan dan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Inilah yang membuatkan pegawai itu lebih menyerlah dalam prestasinya dan dinilai oleh penilai. Jika mutu dan hasil kerja hanyalah di takat biasa sahaja, maka tiada beza antara pegawai tersebut dan pegawai-pegawai yang lain.

Pemilihan Penerima APC Mengikut Kategori Anggota yang Dipertimbang. Bagi memastikan pemilihan penerima APC lebih adil dan menyeluruh, anggota yang dinilai boleh dibahagikan berdasarkan kategori-kategori berikut:

1. Jenis kumpulan anggota yang dipertimbang (pengurusan dan profesional serta anggota kumpulan sokongan.

2. Mengikut cawangan/sector/unit. Ketua cawangan/sektor/ unia boleh mencadangkan mana-mana pegawai yang memenuhi syarat dan layak di bawah seliaan masing-masing kepada Pusat Pengurusan Smber Manusia (PPSM)

3. Skim perkhidmatan.

10

4. Gred jawatan anggota yang dipertimbang.

Kriteria Pemilihan Penerima APC Peringkat Sekolah. Bagi pemilihan pering sekolah, selain daripada kriteria-kriteria umum dan tambahan yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat juga pemilihan khusus yang boleh diambil kira: 1. Pencapaian dalam Pembelajaran dan Pengajaran (P & P) 2. Pencapaian aktiviti Ko-kurikulum. 3. Bebas teguran audit.

Kuasa PPSM Walau bagaimanapun, pemilihan penerima APC adalah tertakluk kepada PKPA Bil 2 Tahun 2002 dan PPSM mempunyai kuasa mutlak untuk memilih penerima APC. PPSM juga boleh mengambil kira perkara-perkara berikut semasa memilih penerima APC. 1. Bangsa 2. Jantina 3. Lokasi tempat bertugas, sama ada di bandar, luar bandar atau pun di kawasan pedalaman.

11

Insentif APC Anugerah ini diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan disertakan dengan beberapa insentif berikut: a) Sijil Perkhidmatan Cemerlang b) Hadiah prestasi RM1000 c) Keutamaan Kemajuan Kerjaya seperti keutamaan untuk menyertai kursus dan seminar. d) Pencalonan Pingat Bintang dan darjah kebesaran negeri dan negara. e) Nama dan gambar dipamerkan pada papan kenyataan organisasi.

12

RUMUSAN
Sebagai rumusannya, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah satu anugerah yang diberi kepada penjawat awam sebagai penghargaan kepada jasa dan usaha yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan pegawai tersebut. Anugerah ini juga menjadi pendorong kepada pegawai-pegawai lain untuk berusaha, bekerjasama dan menunjukkan prestasi cemerlang.

Terdapat kelayakan yang perlu dipertimbangkan untuk membolehkan seseorang pegawai menerima anugerah ini. Pertama, anggota yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak termasuklah lantikan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 sama ada penjawat awam untuk Sistem Saraan Baru atau pun Sistem Saraan Malaysia. Ketiga, anggota yang telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang hendaklah berkhidmat tidak kurang dari selama lima (5) tahun perkhidmatan. Keempat, anggota yang telah dinaikkan pangkat hendaklah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun. Kelima, genap setahun perkhidmatan. Ketujuh, penjawat awam tersebut perlulah bebas daripada dikenakan sebarang tindakan tatatertib. Akhir sekali, penjawat awam tersebut telah disahkan dalam jawatan.

13

Bagi asas penilaian pula, dua perkara perlu diambil kira. Pertama, penjawat awam itu perlulah mendapat markah 85% ke atas untuk Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan bilangan penerima anugerah APC adalah tidak melebihi 8% daripada jumlah anggota keseluruhan.

REFLEKSI
Sepanjang menyiapkan tugasan individu ini, banyak yang telah saya pelajari. Walaupun tajuk yang saya terima adalah berkenaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, namun untuk melengkapkan tugasan ini saya telah membuat banyak kajian dan bacaan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ini termasuklah perkara tindakan tatatertib, Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia, penilaian prestasi, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam dan banyak lagi perkara lain.

Selain itu, setelah membuat tugasan tentang APC ini, ia sedikit sebanyak memberi dorongan kepada saya untuk bertugas sebagai guru dengan lebih tekun dan komited lagi. Melihat kepada guru-guru yang pernah menerima anugerah ini membuatkan saya bersemangat juga untuk berusaha.

Namun, terdapat satu perkara yang menjadi persoalan kepada diri saya sendiri. Setelah mengkaji semua teori-teori, saya memandang kepada sudut realiti. Sewaktu bacaan saya di internet, terdapat komen dari penjawat-penjawat awam mengenai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini. Mereka mempersoalkan realiti pemilihan penerima anugerah ini. Memanglah secara dasarnya terdapat garis panduan yang

14

ditetapkan dalam pemilihan tersebut. Tapi adakah realiti perlaksanaannya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Adakah APC diberikan berdasarkan penilaian atau pun diberi secara giliran di mana semua orang akan mendapat anugerah tersebut berdasarkan giliran?

BIBLIOGRAFI
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Diperoleh 20 Julai 2011 daripada www.ums.edu.my/webv3/appl/downloadfiles/APC.ppt

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Diperoleh 20 Julai 2011 daripada Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. http://www.jpa.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=381%3Aanugerah-perkhidmatan-cemerlangapc&catid=133%3Aprestasi&Itemid=41&lang=ms Garis Panduan Pemilihan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pelajaran Malaysia. Diperoleh 20 Julai 2011 daripada Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat. http://www.ppdbatupahat.edu.my/index.php/Khidmat/garis-panduan-pemilihanpenerima-anugerah-perkhidmatan-cemerlang-apc-kpm.html

Perlembagaan Dan Undang-Undang Am [Panduan Kepada Calon-calon Peperiksaan Undang-undang Kerajaan] (1992) Kuala Lumpur : International Law Book Services.

15

Undang-undang

Malaysia/

Perintah-perintah

Am/

Peraturan-peraturan

Lembaga

Tatatertib Perkhidmatan Awam/ Arahan Perbendaharaan/ Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor / Arahan Perkhidmatan / Akta Acara Kewangan. (1998) Kuala Lumpur: MDC Penerbit Pencetak Sdn Bhd.

16

Anda mungkin juga menyukai