Anda di halaman 1dari 2

“Musang Makan Ayam”

*Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

*Terima kasih Pengerusi Majlis yang saya hormati para hakim, guru-guru
dan rakan-rakan sekalian.

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Musang Makan


Ayam”.

Musang dan ayam jantan mempunyai sebuah kebun jagung. Mereka


menjaga kebun itu dengan baik. Musang mendapat berita bahawa isterinya
hamil. Ia hendak pulang bertemu dengan isterinya.

Musang menyuruh ayam jantan menjaga kebun jagungnya. Ia


meminta ayam jantan menyimpan buah jagung bahagiannya. Ayam jantan
bersetuju dengan permintaan itu.

Musang pun pulang. Ayam jantan menjaga kebun jagung dengan


baik. Pokok-pokok jagung berbuah lebat. Ayam jantan memetik buah-buah
jagung itu. Tiba-tiba ia berniat jahat.

Ayam jantan tidak mahu menyimpan buah-buah jagung bahagian


musang. Ia memanggil rakan-rakannya makan buah-buah jagung itu.
Ayam-ayam lain memuji-muji ayam jantan yang baik hati itu.

Setelah beberapa hari kemudian, musang pun pulang. Ia berasa


terkejut melihat pokok-pokok jagungnya tidak berbuah. Ia pergi berjumpa
dengan ayam jantan. Ayam jantan memberitahu musang pokok jagungnya
tidak berbuah.

Musang tidak percaya akan perkara itu. Tiba-tiba, ia terjumpa


tongkol-tongkol jagung yang tidak berisi lagi. Ia tahu dirinya ditipu oleh
ayam jantan. Musang memarahi ayam jantan.

Musang memberi masa tiga hari kepada ayam jantan supaya


menggantikan jagung bahagiannya. Jika tidak, ia akan makan ayam jantan
dan keluarganya. Ayam jantan berasa takut.

Selepas tiga hari kemudian, ayam jantan gagal menggantikan buah


jagung musang itu. Musang memburu ayam jantan dan keluarganya. Sejak
itu, musang keluar pada waktu malam untuk memburu ayam.

* Ingat kawan-kawan,
Orang yang tidak bertanggungjawab dalam sesuatu amanah yang
diberikan akan memusnahkan dirinya sendiri.

Sebelum mengundurkan diri, mari kita fikir-fikirkan………


Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Sesungguhnya
sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan kepada seseorang itu perlu
dipikul dengan baik kerana ia merupakan amanah yang paling besar
tanggungjawabnya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai