Anda di halaman 1dari 7

5.

TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN


5.1.

Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan
kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat
bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam berkaitan dengan
masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data
seperti berikut.
Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku muridmurid di dalam


kelas 4 Cerdas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung
dan didapati murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak
mendiamkan diri dan
tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul.
Murid juga
tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna
Ujian pra ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 )
Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan
diuji. Ujian ini mengandungi 24 perkataan kvkv bergambar yang
perlu

dilengkapkan oleh murid .


Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang daripada 15
perkataan adalah terlibat dalam kajian ini.

Perkataan yang
diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,m
ata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )

Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang


telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan murid
berdasarkan gambar.
KEPUTUSAN UJIAN PRA.
Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan
dalam jadual 1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi
sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian melengkapkan perkataan
kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang demikian, saya telah
membina bahan-bahan latihan secara interaktif dalam bentuk
powerpoint bagi mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv

bagi membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki


dengan lebih baik.
Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah
Kaedah IT Bestari
Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan
perkataan kvkv ini, saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu
murid murid menggunakan bahan latihan powerpoint yang telah saya
bina khas untuk murid-murid pemulihan yang terlibat.

a)
b)
c)
d)

Aktiviti yang dijalankan


Empat aktiviti yang dijalankan iaitu
Nyanyi lagu sukukata dan perkataan
Eja dan sebut perkataan
Latihan interaktif sukukata perkataan kvkv
Latihan melengkapkan perkataan interaktif.

Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata dan perkataan.


Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010
Cara pelaksanaan

Guru memaparkan senikata lagu .


Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut.
Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru.
Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan
Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan
muzik
Guru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan
berdasarkan lagu suku kata yang diberi.
Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk
menyanyikan lagu tersebut.

Aktiviti 1
CONTOH LAGU SUKUKATA

ba ba ba ba
be be be be
bi bi bi

bi bi
be be
bu bu
bo bo
bo bo

bi
be be be be
bu bu bu bu
bo
bo

Tambahkan perkataan dibelakang bersama


gambar
ba

ba

ba ju

be
bi

be
bi

be si
bi ru

bi

bi

bi ri

be

be

be

be

bu

bu

bu

bu

bo

bo

bo

bo

be ca
bu

ku

la
la

pengukuhan

Guru

menggunakan

sukukata

dan

perkataan lain
Refleksi dari aktiviti 1
Daripada

aktiviti

yang

dijalankan

didapati

murid

sangat

seronok

menyanyikan lagu sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak dapat


menarik minat mereka untuk menyebut sukukata dan perkataan.
Mereka juga dapat mengingat sukukata dan perkataan yang disebut.
Penggunaan gambar perkataan dihujung lagu juga sedikit sebanyak
dapat

membantu

murid

mengingat

perkataan

kvkv

yang

digunakan. Pengukuhan dengan perkataan kvkv lain beserta dengan


gambar dapat menambahkan lagi perkataan yang boleh diingati murid.
Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan
Tarikh : 14 April hingga 17 April 2010
Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk


mengeja dan membunyikan sukukata serta menyebut perkataan kvkv
yang disediakan.

Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja


dan menyebut sukuta akan kedengaran dan murid perlu mengikuti
suara sukukata dan perkataan tersebut
Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan
Refleksi dari aktiviti 2
Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut
perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya
sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara
menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan. Murid
dapat menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan murid mengeja dan
menyebut dengan betul
Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan
perkataan, isi
huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina
guru

Cara Pelaksanaan:

Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint padan


perkataan, mengisi sukukata awal dan akhir ,mengisi huruf
tertinggal perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
Gambar tidak dapat disertakan

Refleksi dari aktiviti 3

Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus
menggunakan

latihan

powerpoint

yang

disediakan.

Ini

kerana

murid

dapat

menjalankan aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir perkataan,
padan perkataan dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini sedikit sebanyak
membolehkan murid menguasai kemahiran menggunakan komputer dan dengan
menggunakan hyperlink dalam powerpoint ini semakin menarik minat untuk murid
terus belajar. Saya juga sangat teruja dengan perubahan sikap murid yang telah
berminat untuk mengulangi latihan-latihan yang telah saya sediakan itu.
Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan
perkataan kvkv
dengan betul.
Tarikh
: 4 Mei hinga 8 Mei 2010
Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk


melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui nombor
soalan yang diberi.

Gambar tidak dapat disediakan


Refleksi dari aktiviti 4
Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan
perkataan berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan
perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv.
Disamping itu mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan latihan
perpandukan komputer dan mereka dapat belajar menggunakan papan kekunci dan
tetikus yang ada pada komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka bukan
sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS
1. Ujian pos ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 )

24

Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk


Mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan
dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang
diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan
perkataan kvkv yang diberikan.

Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang


daripada 20 perkataan adalah gagal dalam kajian ini.

Perkataan yang diuji


(bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yo
yo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )

Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang


telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan
perkataan murid berdasarkan gambar.
Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan
dalam jadual 2 diatas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya
melengkapkan perkataan kvkv dan melepasi had yang ditetapkan

Penilaian dan refleksi


Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya
dapati bahawa Program IT Bestari yang saya bina menggunakan
program

perisian

powerpoint

khusus

untuk

murid

pemulihan

ini

merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat
murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran mengeja, menyebut
dan melengkapkan perkataan kvkv.
Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan murid
pemulihan dalam mengenal perkataan kvkv dengan mudah. Mereka
telah dapat melengkapkan perkataan kvkv dengan baik berdasarkan
gambar ataupun secara lisan.
Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan
membina bahan-bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas
mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan yang lain pula. Saya
juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak
sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga
kewangan bagi membolehkan saya membina banyak lagi bahan-bahan
seperti ini.
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.
Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk
menjalankan kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran
asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkvk.
Saya

akan

cuba

menambahkan

lagi

aktiviti

interatif

menggunakan aplikasi powerpoint yang telah saya pelajari sebaik


mungkin....Insyaallah..

Anda mungkin juga menyukai